Mendirikan Antena Silver 5/8

Pada 16 Januari 2016, saya telah mendirikan antena Silver 5/8 yang dibeli dari 9W2NTM di kedai beliau, Bukit Gading. Harga keseluruhan termasuk kos wayar RG-58 dan paip PVC serta beberapa bahan lain memakan kos lebih kurang RM250.

Aktiviti pemasangan telah dijalankan pada waktu malam hari di beranda bilik. Hanya perlu ditambah sedikit tiang yang dibuat dari paip PVC. Hasilnya antena base dengan ketinggian hampir 40 kaki dari paras bumi. Sepanjang pemasangan, saya telah dibantu oleh 2 orang rakan saya iaitu Abdul Rahim dan Arif Fahmi.

Namun, sebelum aktiviti pemasangan sebenar dilakukan, saya telah melakukan beberapa perkara terlebih dahulu. Pertamanya ialah uji pancar dari aras paling rendah iaitu betul-betul pada paras bumi.

Antena Silver 5/8.

Antena Silver 5/8.

Antena Silver 5/8.

Sebelum mendirikan antena, saya terlebih dahulu telah mereka bentuk tapak yang akan digunakan untuk memegang antena supaya tidak mudah tumbang.

Tapak antena yang dibuat dari kayu.

Seterusnya, saya telah membeli 4 batang paip PVC yang berukuran 3 kaki dan satu daripadanya berukuran 4 kaki. Bagi mencantumkan PVC dengan batang antena, saya telah menggunakan tali.

Antena dan paip PVC yang belum diikat.

Antena yang telah diikat bersama paip PVC.

Pada mulanya, antena itu saya hanya letakkan di atas lantai. Namun, terdapat masalah dari segi penerimaan yang tidak bagus.

Penerima antena terlindung.

Jadi, setelah mendapat nasihat dari 9W2NTM, saya telah memperbaiki ketinggian antena. Maka dengan bantuan 2 rakan saya, antena base Silver 5/8 telah berjaya didirikan di asrama IPG Kampus Kota Bharu. Perlu dimaklumkan bahawa saya terlebih dahulu telah meminta kebenaran dari pihak IPG sebelum mendirikan antena ini.

Antena Silver 5/8.

IMG-20160116-WA0001Antena Silver 5/8.

Pada hari berikutnya, saya cuba meninggikan lagi antena kepada 40 kaki, namun terdapat masalah. Gangguan terlalu kuat sehingga amat sukar untuk saya memahami apa yang rakan radio sedang perkatakan. Apabila dinilai semula, gangguan tersebut mungkin berpunca dari radar kapal terbang yang berada tidak jauh dari tempat saya mendirikan antena. Jadi, antena diturunkan semula pada kedudukan sebelum ini.

IMG-20160116-WA0002Antena dengan ketinggian 40 kaki.

Radar kapal terbang.

Saya berharap dengan berdirinya antena ini, bidang radio amatur akan dapat saya perkenalkan kepada rakan-rakan guru pelatih yang lain. Setakat pengetahuan saya, selain saya juga terdapat 2 orang pensyarah lagi yang merupakan ahli radio amatur yang memegang lesen 9W2DMJ dan 9W2CGJ.

Pandangan dari sebelah belakang.

Terima kasih kerana membaca dari saya 9W2ZOW.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *