Pada 19 Jun 2015 yang lalu, saya dan Mukhlis telah berpeluang untuk berjumpa dengan salah seorang rakan radio amatur iaitu Pak Solah (9W2WFR). Beliau bertugas di rumah bot di tempat yang ramai kenali sebagai Tasik Banding, Perak.
Sebenarnya, saya dan Mukhlis dalam perjalanan pulang ke Kelantan kerana semester yang baharu bakal bermula. Dalam perjalanan tersebut, saya telah singgah di tempat tugasan Pak Solah. Di sana, beliau telah menunjukkan tempatnya bekerja iaitu sebagai seorang pemandu bot pelancong di Tasik Banding.
Saya dan rakan bersyukur kerana Pak Solah sudi untuk membawa kami pusing Pulau Banding dengan botnya. Perjalanan keseluruhan adalah lebih kurang selama 30 minit. Sepanjang perjalanan tersebut, Pak Solah banyak berkongsi cerita dan pengalamannya.
Saya berasa seronok kerana setelah banyak kali melalui kawasan Pulau Banding, ini kali pertama saya berpeluang untuk menaiki bot bagi melihat Pulau Banding dari sudut pandang atas air. Pak Solah juga menunjukkan beberapa tempat atau kediaman orang kaya di pulau tersebut. Saya berharap dapat berjumpa lagi dengan Pak Solah di masa hadapan.
Menghampiri rumah bot.
Pengalaman ini merupakan pengalaman yang sangat berharga buat saya kerana kali pertama saya mengelilingi Pulau Banding dengan menaiki bot. Jasa dan budi Pak Solah akan saya kenang. Terima kasih.