Program Asasi Sains di UM

Selamat tahun 2017.

Sila layari laman rasmi UM bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat kemasukan yang terkini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen di bawah.

Terdapat 3 program yang ditawarkan di peringkat asasi Sains di UM. Pusat Asasi Sains menawarkan program pengajian seperti berikut:

1. PROGRAM ASASI SAINS

Pengambilan pelajar adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Kementerian Pengajian Tinggi dengan bilangan pengambilan yang sama. Setelah tamat Program Asasi Sains, pelajar-pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke program Ijazah Sarjana Muda di IPTA seluruh Malaysia.

2. PROGRAM ASASI ALAM BINA

Mulai 2007/2008, Pusat Asasi Sains telah menawarkan Program Asasi Alam Bina dengan pengambilan seramai 100 orang pelajar. Pelajar-pelajar yang lulus dan tamat pengajian akan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Senibina, Ukur Bahan, Ukur Bangunan dan Pengurusan Harta Tanah di Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya.

3. PROGRAM RANCANGAN PERSEDIAAN KHAS KE JEPUN

Program Rancangan Persediaan Khas ke Jepun (RPKJ) adalah program intensif dua (2) tahun yang dijalankan dengan kerjasama pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerajaan Jepun yang dikendalikan oleh Pejabat Ambang Asuhan Jepun, Pusat Asasi Sains. Pengambilan pelajar untuk mengikuti program ini adalah melalui Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan II (Luar Negara), Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA.

Maklumat lain:

1. Brosur Program Pengajian Asasi Universiti Malaya.

2. Senarai Program Asasi UM.

11 thoughts on “Program Asasi Sains di UM

  1. Boleh tolong jelaskan mengenai peluang pekerjaan dalam bidang Sains Hayat dan Sains Politik? Saya kurang jelas mengenainya. Terima kasih.

  2. Saya musykil dengan kenyataan yang anda berikan untuk kelayakan Asasi Sains Hayat. Hal ini adalah kerana saya telah melayari beberapa halaman sesawang yang lain yang menyatakan bahawa syarat kelayakannya adalah seperti berikut:

    1. Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam mata pelajaran Biologi.
    2. Mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam semua mata pelajaran berikut iaitu Mathematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Bahasa Inggeris.
    3. Lulus temu duga.

    Persoalannya, adakah awak yakin bahawa kenyataan yang awak berikan ialah tepat sedangkan terdapat halaman sesawang lain menyatakan kenyataan yang berlainan. Harap sangat dapat memberi penjelasan secepat mungkin.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Bagi pengetahuan anda artikel ini ditulis pada tahun 2012. Jadi tidak mustahil terdapat perubahan dari segi syarat kelayakan yang diperlukan. Bagi mendapat maklumat yang lebih terperinci, sila layari laman rasmi UM.

      Apapun, saya dalam proses mengemaskini semua artikel yang terdapat dalam blog ini. 😉

      1. Terima kasih atas penerangan. Sekiranya keputusan tidak menepati syarat kelayakan, maksudnya memang tiada harapan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat asasi di UM? Jika sudah terdapat sebarang kemaskini mengenai syarat memohon, tolong maklumkan.

  3. Jika markah saya rendah, adakah saya akan dikeluarkan dari UM? Seterusnya, adakah saya masih perlu mengisi semula UPU apabila mahu melanjutkan pelajaran peringkat ijazah nanti?

    1. Anda mungkin akan dikeluarkan dari UM sekiranya markah anda tidak melepasi tahap yang telah ditetapkan. Maaf saya pun tidak pasti sama ada perlu mengisi semula UPU apabila mahu melanjutkan pelajaran peringkat ijazah nanti.

  4. Sekiranya saya ingin memohon untuk program Rancangan Persediaan Khas ke Jepun. Adakah saya perlu menunggu keputusan SPM keluar pada bulan 3 tahun hadapan barulah saya boleh memohon? Satu lagi, jika saya hendak memohon program Asasi Sains Fizikal, adakah saya perlu membeli nombor pin di BSN sebelum atau selepas keputusan SPM dikeluarkan?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Mulanya saya pun mempunyai kurang maklumat berkaitan Program Rancangan Persediaan Khas ke Jepun (RPKJ) ini. Berikut ialah pautan rasmi bagi program tersebut:

      http://asasi.um.edu.my/academics/foundation-new/foundation-studies/special-preparatory-programme-to-enter-japanese-universities

      Seterusnya, permohonan untuk ke asasi boleh mula dibuat apabila permohonan UPU Online mula dibuka. Apabila dilihat pada Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), permohonan akan boleh mula diisi pada 5 Februari 2018. Maka, pembelian nombor unik ID di BSN juga hanya boleh mula dibeli pada tarikh yang sama iaitu 5 Februari 2018.

      Harap membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *