Gotong-royong di SK Kuala Nal

Program ini disertai oleh kumpulan guru pelatih semester 3 yang terdiri daripada opsyen Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas dengan bilangan seramai 39 orang. Program tersebut bermula pada 9 hingga 12 Februari 2015 iaitu selama 3 hari 2 malam di SK Kuala Nal. Kami telah diiringi oleh 5 orang pensyarah lelaki dan 2 orang pensyarah perempuan.

090220151154Perjalanan bermula.

090220151151Ahli yang terlibat.

090220151153Pemandu bas, En Zaki.

090220151152Ahli yang terlibat.

Pada masa saya dan rakan-rakan tiba di SK Kuala Nal, kami masih dapat melihat kesan banjir yang ditinggalkan. Banjir pada masa tersebut telah sampai sehingga ke tingkat 2. Atap dan bumbung dewan makan bagi para pelajar prasekolah telah hilang. Saya dan rakan-rakan telah ditempatkan di dalam asrama sekolah. Saya sangat bersyukur kerana kemudahan seperti tilam dan bantal telah disediakan, jika tidak kami akan terpaksa tidur di atas lantai.

090220151163Rumah sementara.

090220151165Papan tanda Kg Kuala Nal.

090220151164Kesan banjir.

090220151171Papan tanda SK Kuala Nal.

Pada hari pertama, kami telah dibahagikan kumpulan dan tugas masing-masing yang perlu diselesaikan. Saya telah ditugaskan untuk mengangkat meja-meja yang telah dibersihkan di bawah makmal komputer. Meja-meja tersebut akan dibawa semula ke dalam makmal kemahiran hidup.

090220151178Memunggah keperluan air bersih.

090220151179Menyusun barang-barang.

090220151182Menunggu.

090220151181Sesi taklimat.

090220151190Peralatan membersih.

090220151193Abd Rahim dan Arif.

Pada malam hari, cuaca di SK Kuala Nal sungguh selesa dan suhunya sejuk. Pada keesokan harinya, cuaca selepas waktu Subuh adalah berkabus. Saya membayangkan seolah-olah saya berada di Cameron Highlands atau Genting Highlands. Walaupun sebenarnya, ia disebabkan oleh kedudukan SK Kuala Nal yang berada di kawasan lembah.

110220151236Suasana berkabus.

110220151241Suasana berkabus.

110220151237Suasana berkabus.

Selain membersihkan kawasan sekolah, saya juga berasa sangat beruntung kerana dapat merasai pengalaman memancing di sungai dari atas bot. Pada malam pertama, saya, beberapa rakan lain dan Hj Md Nor telah pergi memancing selepas solat Isyak dan makan malam. Kami membawa cacing yang dicari hasil menggali di kebun getah berhampiran sungai. Hj Md Nor pula membawa peralatan memancing.

090220151210Mencari cacing.

090220151212Mencari cacing.

Seterusnya, kami juga berpeluang untuk memancing udang. Saya dan beberapa rakan lain bersama Hj Md Nor dan En Roslan telah bergerak untuk memancing udang. Perjalanan ke tempat yang ingin dituju menambil masa lebih kurang 10 minit. Setibanya di tempat memancing. Di sana, kami berpeluang belajar memancing dari Hj Md Nor. Beliau telah menunjukkan cara yang betul untuk mencampak mata kali dan sebagainya.

Pada kali ini, kami beruntung kerana salah satu umpan telah dimakan oleh udang. Saya dan yang lain berasa sangat gembira. Walaupun hanya berjaya mendapatkan seekor udang kami berasa sangat bersyukur. Selepas itu, udang tersebut telah direbus dan dimasak bersama dengan maggi. Pada jam 12 tengah malam kami belum tidur kerana menunggu udang siap direbus. Rasa maggi udang sungai memang sangat sedap. Rasanya manis dan menyelerakan.

100220151233Maggi udang sungai.

100220151235Maggi udang sungai.

Berikut ialah foto-foto lain sepanjang beberapa hari kami di SK Kuala Nal. Sama-sama kita mengambil iktibar.

090220151200Minum di kedai berdekatan sekolah.

100220151227Bilik prasekolah.

100220151228Bilik prasekolah.

090220151189Kantin sekolah.

Sepanjang berjalan-jalan di sekitar kampung, kami dapat melihat kesan rumah yang hampir tenggelam 100%. Terdapat juga rumah berada di atas jalan yang kemungkinan hanyut dibawa air.

Namun, terdapat 2 banner yang ditulis kata-kata hikmah iaitu “Masa untuk kita muhasabah, kita bangkit dari rebah, kita serah segalanya pada Allah” dan “Awal tiada bermula, akhir tiada bersudah. Segalanya dari Allah, hati ini tabah berserah. Biar harta dunia lenyap, iman tetap terpahat lekat“.

090220151213Sungai berhampiran.

Akhirnya, saya mendoakan agar semua murid, guru dan penduduk kampung diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi musibah yang telah menimpa mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *