Rahsia Cemerlang dalam Subjek Sejarah

BeDAK: Belajar Dengan Akronim.

Kepada semua pelajar terutamanya mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM, hari ini saya akan memberitahu rahsia untuk anda semua cemerlang dalam subjek Sejarah. Sebenarnya, subjek Sejarah adalah antara subjek yang paling mudah untuk anda semua kuasainya.

Caranya: Belajar Berpandukan Soalan. 

Setiap bab mempunyai soalan tertentu yang boleh ditanya dalam peperiksaan. Jadi, untuk kiriman yang akan datang saya akan menyenaraikan semua soalan yang boleh ditanya dalam peperiksaan SPM bagi setiap bab bermula daripada subjek Sejarah tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Mudah-mudahan, selepas ini kita semua tidak lagi menganggap subjek Sejarah ialah subjek yang sukar dan kita juga akan lebih fokus tentang apa yang kita perlu pelajari dalam setiap bab.

Silalah sertai kumpulan BeDAK di Facebook untuk mengikuti perkembangan lanjut. Klik di sini.

2 thoughts on “Rahsia Cemerlang dalam Subjek Sejarah

  1. Hello! Sebenarnya saya mempunyai banyak masalah dalam subjek Sejarah.Walau bagaimanapun saya hendak memperolehi keputusan yang terbaik dalam peperiksaan SPM kelak. Jadi, apakah yang patut saya lakukan?

    1. Mulanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya. Saya juga pernah merasakan bahawa subjek Sejarah adalah antara subjek SPM yang susah.Hal ini adalah kerana kita perlu menghafal pelbagai fakta-fakta yang penting.

      Oleh sebab itu, saya cadangkan agar anda belajar subjek Sejarah berpandukan soalan-soalan yang boleh ditanya bagi setiap bab. Untuk mengetahui apakah soalan yang boleh ditanya bagi setiap bab, ikutilah perkembangan program BeDAK ini sama ada melalui blog ini ataupun anda boleh menyertai kumpulan BeDAK di Facebook. Hanya klik alamat yang berikut https://www.facebook.com/groups/178496928905418/

      Saya berharap selepas ini anda akan dapat menguasai subjek Sejarah dengan lebih mudah. Semoga berjaya dalam peperiksaan SPM!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *