Berhati-Hati Menuliskan Wallahu A’lam

Pertamanya, jemput ‘Like’ page blog ini di Facebook.

Penulis artikel keagamaan (Islam) atau media Islam lazimnya mengakhiri tulisan dengan kalimat Wallahu a’lam yang ertinya: “Dan Allah lebih tahu atau yang Maha Tahu/ Maha Mengetahui. Sering ditambah dengan bish-shwabi menjadi Wallahu a’lam bish-shawabi.

Hal itu bagi menunjukkan bahawa Allah yang Maha Tahu atau lebih tahu segala sesuatu dari kita. Hanya Allah yang Maha Benar dan Pemilik Kebenaran Mutlak.

Penulisan yang benar, jika yang dimaksud “Dan Allah Maha tahu” adalah Wallahu a’lam iaitu tanda koma di atas [‘] selepas huruf “a” dan sebelum huruf “l”. Namun, sangat sering kita jumpai penulisannya begini:

Wallahu ‘alam (koma di atas [‘] sebelum huruf “a”).

Jelas, Wallahu a’lam dan Wallahu ‘alam membawa makna yang berbeza. Perkataan yang pertama (Wallahu a’lam) ertinya “Dan Allah Maha Tahu/ Maha Mengetahui atau Lebih Tahu”. Perkataan yang kedua pula (Wallahu ‘alam) ertinya “Dan Allah itu alam”, bahkan tidak jelas apa arti ‘alam di situ?

Sekiranya ‘alamin atau ‘aalamin, jelas ertinya alam seperti dalam bacaan hamdalah – alhamdulillahi robbil ‘alamin.

Jadi, kalau yang kita maksud itu “Dan Allah Maha tahu”, maka penulisan yang benar adalah Wallahu a’lam bukan Wallahu ‘alam.

A’lam itu asal katanya ‘alima artinya tahu. Daripada kata dasar ‘alima itu kemudian terbentuk kata ‘ilman (isim mashdar, artinya ilmu/ pengetahuan), ‘alimun (fa’il/ pelaku, yakni orang yang berilmu), ma’lumun (pemberitahuan, maklumat), dan sebagainya, termasuk a’lamu/ a’lam (lebih tahu).

Tanda petik tunggal atau koma di atas (‘) dalam a’lam itu terjemahan Bahasa Malaysia untuk huruf ‘ain dalam bahasa Arab seperti Jum’ah, Ka’bah, Bid’ah, Ma’ruf, dan sebagainya. Kata a’lam artinya “lebih tahu”. Jadi, penulisan yang sepatutnya ialah Wallahu a’lam bukan Wallahu ‘alam.

Mungkin, kesalahan penulisan itu tidak disengajakan kerana mereka merasakan bahawa tulisan itu betul, padahal tidak tepat. Jadi, sama-samalah kita sebarkan ilmu ini. Semoga bermanfaat.

21
Leave a Reply

avatar
14 Comment threads
7 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
16 Comment authors
Abdul Hadi IsmailAQ Malaysiazmd94Umar JulaybibAfiq Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Jefry
Guest

Terima kasih atas infonya. Artikel ini telah memberikan panduan kepada saya supaya berhati-hati semasa menulis kalimah Waallahu A’lam.

Toni Martnoni
Guest
Toni Martnoni

Saudara telah menciplak artikel daripada http://media.kompasiana.com/new-media/2009/11/21/hati-hati-menuliskan-wallahu-a%E2%80%99lam/

Hati-hati, sesama umat islam harus saling menghargai kekayaan intelektual.

Tenda
Guest

Terima kasih. Mohon izin untuk dikongsikan di Facebook. Semoga menjadi satu teguran & peringatan untuk semua.

Herizal
Guest
Herizal

Bagus.

Pidoli
Guest
Pidoli

Terima kasih, saya sudah mendapat satu ilmu yang bermanfaat.

Pidoli
Guest
Pidoli

Dalam hal ilmu agama, tiadalah istilah ciplak. Hal ini adalah kerana kita hanya menyampaikan daripada sumbernya setelah kita kaji untuk lebih dipahami oleh orang awam. Kalau hasil kajiannya sama, maka bukan bererti sesuatu pihak itu telah menciplak hasil kerja pihak yang lain. Kalau kita mengetahui suatu ilmu agama, maka menjadi satu kewajiban bagi kita untuk menyampaikan ilmu tersebut kepada yang lain. Jadi, jika artikel kita disalin oleh orang lain, bayangkan pahala yang kita akan dapat daripada setiap orang yang membacanya. Jadi, ikhlaskan sahajalah.

Widi Sulistiyono
Guest

Saya setuju sekali dengan anda.

Fadhil
Guest

Mungkin kerana kurang ilmu, jadi salah menuliskannya.

Widi Sulistiyono
Guest

Perkongsian yang bagus. 😉

Alnajwa
Guest

Terima kasih atas perkongsian yang berharga ini.

Bisagrosir
Guest

Wallahu a’lam atau Wallahu ‘alam itu sebenarnya hanya tulisan abjad biasa. Sekiranya mahu yang paling betul, mestilah ditulis dengan tulisan arab. Hal ini sama seperti pada perkataan Insya Allah atau In sha Allah.

Afiq
Guest
Afiq

Saya sangat setuju dengan pendapat anda.

Anonym
Guest
Anonym

Wallah Hu A’lam.

Afiq
Guest
Afiq

Hal ini adalah sesuatu yang bermanfaat tetapi yang lebih penting adalah sebutan dalam bahasa Arab. Sekiranya ia ditulis Wallahua’lam tetapi sebutannya Wallahu’alam, maka masih lagi terpesong maknanya.

Umar Julaybib
Guest
Umar Julaybib

Alhamdulillah saudara.

AQ Malaysia
Guest
AQ Malaysia

Alhamdulillah, ilmu bermanfaat.

Abdul Hadi Ismail
Guest

Bagus sekali peringatan ini.

Semua ilmu milik Allah. Kita manusia hanya mengutip itu & ini. Namun ilmu itu tidak juga jadi milik kita. Siapa saja boleh mengambilnya kembali. Manusia mencipta pesawat terbang dengan melihat burung. Kapal selam dicipta dengan melihat ikan, dll. Hal itu sebenarnya menciplak ciptaan Allah.

والله أعلمُ بالـصـواب