Kelebihan Tingkatan 6

Selamat tahun 2021!

Jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Sebarang pertanyaan, anda boleh bertanya di ruangan komen di bawah.

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, antaranya adalah:

1. Diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.

2. Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya mestilah mendapat 4 prinsipal/3 prinsipal dan 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.

3. Kiraan ‘pointer’ STPM berdasarkan jumlah markah kesemua pointer subjek diambil dibahagi dengan 4 sahaja. ‘Pointer’ untuk memasuki ke universiti menggunakan STPM ini tidak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. 

4. Kualiti sijil STPM ini bertaraf diploma. Maksudnya anda boleh memohon jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan.

Taraf Sijil STPM

Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge/UK. Taraf soalannya sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level. Di luar negara, STPM digelar Senior Cambridge, SPM – Junior Cambrige atau High School Certificate (HSC), High School Diploma di US.

Kelayakan Bekerja dengan Kerajaan

Bagi Peperiksaan STPM mulai 1987, lantikan dalam jawatan kerajaan:

1. Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

2. Lulus 2 matapelajaran dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU

3. Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

4. Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

Kesimpulannya, jika anda memperolehi 4 principal C dan ke atas atau 3 prinsipal + 2 subsid dan ke atas tetapi kiraannya mestilah Pengajian Am lulus penuh atau gred C, subjek yang lain mestilah gred C (syarat paling asas untuk STPM bertaraf lulus penuh boleh kerja dengan kerajaan).

Penggantian Subjek

Penjelasan lanjut tentang STPM bagi kemasukan ke IPTA atau kerja berdasarkan penggantian subjek adalah seperti berikut:

Contohnya, pelajar A mempunyai keputusan  SPM dan STPM dalam masa yang sama. Pelajar A tidak mendapat paling kurang kredit dalam subjek Ekonomi di peringkat SPM tetapi dia mendapat prinsipal dalam subjek Ekonomi di peringkat STPM.

Semasa ingin memohon untuk memasuki ke universiti nanti, jika terdapat kursus yang mensyaratkan pelajar A mesti mendapat kredit dalam subjek Ekonomi pada peringkat SPM (tetapi dia tidak mendapat kredit), maka pelajar A bolehlah menggunakan kelulusan prinsipal ekonomi dalam STPM untuk menggantikan nilai kredit bagi subjek ekonomi di peringkat SPM tadi.

Maksudnya, apa-apa subjek yang sama dan diambil pada peringkat SPM dan STPM, lulus prinsipal subjek yang sama di peringkat STPM akan dapat menukar atau menampung nilai subjek yang sama di peringkat SPM bagi penggantian kredit atau perpindahan kredit.

Hanya subjek yang sama iaitu subjek STPM boleh menampung subjek SPM bagi penggantian kredit SPM. Tidak boleh subjek yang sama di peringkat SPM mengganti subjek yang sama di peringkat STPM kerana taraf STPM lebih tinggi daripada taraf SPM.

Taraf STPM adalah A-Level manakala taraf SPM adalah O-Level.

A-Level (Advanced Level): STPM iaitu merupakan tahap lanjutan dan di Malaysia dikatakan prinsipal atau lulus penuh.

O-Level (Ordinary Level): SPM iaitu tahap biasa dan di Malaysia dikatakan kredit atau kepujian.

Pembelajaran di Tingkatan 6

Belajar di tingkatan 6 seperti belajar di universiti, tidak boleh harapkan pengajar nak bagi semua ilmu, kerana ilmu bagi setiap subjek STPM ini ruang lingkup pembelajarannya terlalu luas sampaikan bidang sains pun berkait dengan sastera, sastera pun berkait dengan sains.

Fikiran juga harus matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah dengan cita-cita, kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan, insya-Allah anda pasti berjaya kelak.

Memasuki tingkatan 6 memang mencabar minda dan keazaman kental. Persediaan rohani dan jasmani perlu wujud daripada awal pembelajaran lagi. Ingat, STPM adalah antara 5 peperiksaan tersusah di dunia.

Gred STPM

Berikut ialah nilai gred lulus penuh atau prinsipal:

A : 4.00

A-: 3.67

B+: 3.33

B : 3.00

B-: 2.67

C+: 2.33

C : 2.00

Berikut pula adalah bagi nilai gred lulus sebahagian atau subsid:

C-: 1.67

D : 1.33

D-: 1.00

F : 0.00

Sila layari laman di bawah bagi melihat syarat-syarat kelayakan STPM bagi pelantikan dalam perkhidmatan awam:

Syarat Kelayakan STPM bagi Pelantikan Perkhimatan Awam.

Sukatan Pelajaran

Kurikulumnya serta kualitinya diambil atau didasari dengan lembaga atau badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge itu sendiri dan ahlinya terdiri dari profesor dan pensyarah pakar.

Di Malaysia, soalannya digubal oleh pensyarah IPTA, kertas soalannya ditanda oleh cikgu tingkatan 6 yang pakar dalam bidangnya.

Soalan serta kualitinya setaraf dengan soalan peperiksaan University Cambridge luar negara. Diiktiraf oleh badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge.

Untuk mendapatkan sijil STPM, anda haruslah sekurangnya mendapat 1 prinsipal dari mana-mana subjek.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai STPM anda bolehlah melayari laman web yang berikut:

1. Sukatan Terkini STPM.

2. Sistem Pentaksiran STPM.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang STPM, sila klik di sini. Manakala, bagi melihat kemasukan ke tingkatan 6 pula, sila klik di sini.

Jemput ‘Like’ page blog ini di Facebook.

249 thoughts on “Kelebihan Tingkatan 6

  1. Saya sudah berputus asa belajar di tingkatan 6, padahal hanya tinggal lagi 2 bulan sebelum peperiksaan akhir. Rugi rasanya kerana tidak menyambung pelajaran di UiTM atau Politeknik. Harap anda dapat membantu saya.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Saya hanya mampu memberikan beberapa nasihat. Sentiasalah mempunyai hati yang besar apabila ditimpa dengan ujian. Lihatlah orang-orang yang lebih diuji daripada anda. Sentiasalah bersabar dan yakinlah bahawa akan datang pertolongan daripada Allah yang akan menunjukkan jalan keluar daripada masalah yang anda sedang hadapi.

      1. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya sama ada saya masih layak atau tidak untuk memohon UPU dengan menggunakan sijil STPM saya pada tahun 2016?

        1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Setakat semakan saya, pemohon yang menggunakan keputusan STPM bagi mengisi permohonan kemasukan ke universiti melalui UPU perlu menggunakan sijil STPM tahun semasa. Namun, bagi pemohon yang menggunakan keputusan SPM, terdapat kategori B iaitu bagi pemohon yang menggunakan keputusan SPM bukan tahun semasa. Bagi mendapatkan maklumat lebih tepat, saya galakkan anda terus menghubungi pihak Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di talian 03-8870 8200. Harap membantu.

          1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat carian saya, syarat minimum kemasukan ke universiti awam melalui UPU ialah anda mesti memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am. Sekiranya anda mendapat PNGK kurang dari 2.00, anda boleh cuba memohon melanjutkan pelajaran ke UiTM. Harap membantu.

          2. Salam. Adakah bermakna juga sijil STPM tahun 90-an tidak boleh digunakan untuk memohon kemasukan ke mana-mana universiti awam sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa? Untuk pengetahuan saudara, saya pemegang sijil STPM tahun 1994.

          3. Assalamualaikum, boleh jawab pertanyaan saya? Saya sudah mengambil STPM pada 2019/2020 dengan keputusan PNGK 2.5. Saya tidak memohon mana-mana universiti. Saya berniat untuk sambung semula pelajaran. Persoalannya, boleh ke saya ambil semula STPM yang baharu pada tahun-tahun akan datang?

          4. Waalaikumussalam. Terima kasih bertanya. Anda boleh memilih untuk menyambung ke peringkat diploma dengan keputusan STPM sedia ada ataupun boleh menduduki semula peperiksaan STPM pada tahun akan datang. Tiada masalah.

      2. Salam. Saya pelajar lepasan STPM 2020. Keputusan pointer sebenar belum diumumkan tetapi mengikut kiraan saya. Saya mungkin akan mendapat CGPA 2.81 dan muet band 3. Soalan saya, adakah saya masih layak untuk melanjutkan pelajaran ke mana mana IPTA dan peluang untuk melanjutkan pelajaran cerah atau saya hanya perlu berharap sekiranya ada rezeki?

        1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. CGPA 2.81 yang anda perolehi telah melebihi syarat minima yang ditetapkan untuk kemasukan ke IPTA iaitu CGPA 2.0 sahaja. Jadi anda mempunyai peluang yang cerah untuk melanjutkan pelajaran. Boleh rujuk Sistem e-Panduan di bawah untuk syarat kemasukan bagi setiap bidang yang ditawarkan oleh pihak IPTA:

          https://online.mohe.gov.my/upu5/epanduan/kodprogram/vMenuKod.php?jenprog=stpm&pagefunc=kodByIPTA&carian1=&carian2=AS

    2. Saya mahu bertanya. Saya mengambil STPM. Saya tahu syarat untuk menyambung ijazah ke luar negara mestilah PNGK3.50 ke atas. Saya telah mengambil MUET. Sekiranya saya mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara, adakah saya tetap perlu mengambil IELTS? Sedangkan sudah mempunyai sijil MUET yang sama tarafnya dengan IELTS?

      1. IELTS tetap perlu diambil sekiranya universiti luar negara yang anda ingin mohon mensyaratkan anda untuk memperolehi tahap tertentu dalam IELTS. Namun, jika terdapat mana-mana universiti yang menerima keputusan MUET untuk permohonan masuk, anda tidak lagi perlu mengambil IELTS. Jadi, hubungi terlebih dahulu pihak universiti yang anda ingin melanjutkan pelajaran bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan syarat kemasukan. Harap membantu.

        1. Selamat sejahtera. Jika saya mendapat gred C- dalam subjek Pengajian Am, adakah boleh saya memohon UPU. Hal ini adalah kerana sesetengah pihak katanya tidak boleh dan atas nasib jika berajaya. Saya cuma C- dalam subjek Pengajian Am sahaja.

          1. Selamat sejahtera. Jika merujuk syarat umum untuk permohonan melalui UPU bagi lepasan STPM, memang dinyatakan pemohon perlu memperolehi sekurang-kurang gred C bagi subjek Pengajian Am. Jadi, memandangkan anda memperolehi gred C-, jadi mungkin terdapat pertimbangan lain yang boleh diberikan kelonggaran oleh pihak UPU. Saya cadangkan anda hubungi pihak Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA di talian 03-88708200 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Harap membantu.

  2. Salam, rasanya tidak terlambat lagi untuk saya bertanya. Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam ‘finance degree’ di New Zealand dalam 2 tahun lagi. Soalan saya, adakah lebih baik saya melanjutkan pelajaran dalam program a-Level atau STPM? Saya sekarang hanya mempunyai sijil SPM sahaja. Setahu saya yuran kemasukan ke program a-Level lebih mahal daripada STPM. Saya mendapat info daripada website tarc, masa pengajian bagi program a-Level & STPM ialah sama iaitu 18 bulan. Saya mohon pencerahan, terima kasih.

      1. Assalamualaikum. Saya pelajar lepasan STPM 2014 dan baru sahaja mengisi UPU. Semasa SPM dahulu saya telah gagal dalam bahasa Inggeris. Namun, keputusan STPM saya semua prisipal PNGK 3.17 saya perolehi. Setelah saya mengisi UPU, saya tidak mendapat pangilan temuduga atas kos yang saya pilih. Adakah ini disebabkan saya gagal bahasa Ingeris ketika SPM dahulu? Mohon pencerahan.

        1. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, apabila anda mengisi UPU dengan keputusan STPM anda, maka keputusan SPM anda tidak akan dinilai lagi. Hal ini adalah kerana pelajar lepasan STPM boleh terus memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Jadi, saya berpendapat anda tidak mendapat tidak mendapat pangilan temuduga atas kos yang anda pilih bukan kerana anda gagal bahasa Ingeris semasa SPM dahulu. Hal ini mungkin adalah kerana kos yang anda inginkan tersebut mempunyai saingan yang ramai.

    1. Assalamualaikum. Mohon pencerahan. Saya lepasan STPM tahun 2017, tetapi saya masih belum menyambung pelajaran kerana mempunyai masalah peribadi. Adakah saya masih layak untuk memohon UPU kembali?

      1. Waalaikumussalam. Terima kasih bertanya. Anda masih layak untuk memohon asalkan keputusan STPM anda sekurang-kurangnya menepati syarat am kemasukan ke universiti awam.

        Saya doakan urusan anda dipermudahkan. Amin.

  3. Saya mempunyai masalah di TG6 iaitu tertinggal semester pertama kerana masalah kesihatan. Oleh kerana itu, saya berasa mampukah saya mengulangkaji pelajaran untuk semester yang telah tertinggal itu. Saya ingin minta pindapat anda, adakah perlu saya teruskan TG6 atau pergi ke IPTA/Politeknik? Saya perlukan penjelasan. Terima kasih.

    1. TG6 tu tingkatan 6.

      Saya rasa lebih baik tidak teruskan tingkatan 6 jika telah banyak ketinggalan pelajaran. Semua ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

      1. Salam. Saya lepasan STPM 2015. Keputusan saya ialah 2.92 iaitu 3B 1B- dan MUET saya band 4. Jadi, adakah saya mempunyai peluang untuk ditempatkan di universiti dengan pemilihan kos perniagaan dan ekonomi memandangkan saya mempunyai asas bagi subjek tersebut? Adakah pemilihan kos ini sesuai dengan keputusan saya?

  4. Salam. Jika saya mempunyai sijil STPM, bolehkah saya menyambung pelajaran ke peringkat ijazah? Tempoh pembelajaran bagi matrik & STPM, manakah yang lebih singkat?

    1. Ya, anda boleh menyambung pelajaran di peringkat ijazah dengan sijil SPTM. Tempoh pembelajaran bagi matrik & STPM adalah lebih kurang sama iaitu selama 3 penggal/semester (1 1/2 tahun).

  5. Assalamualaikum. Sekiranya saya gagal dalam subjek matematik tambahan atau mana-mana subjek sains, adakah saya masih layak untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6?

    1. Waalaikumussalam. Ya, anda masih layak untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 tetapi hanya dalam jurusan kemanusiaan.

  6. Assalamualaikum, saya baru sahaja menamatkan peperiksaan SPM. Sekiranya saya ingin menyambung pelajaran ke tingkatan 6, bagaimana? Hal ini adalah kerana saya hanya diberi pendedahan oleh guru-guru tentang cara-cara kemasukan ke IPTA, asasi dan matrikulasi sahaja. Terima kasih.

  7. Assalamualaikum. Saya ingin meminta pendapat daripada anda. Saya sebenarnya ingin mengmbil STPM tetapi kebanyakan kawan saya mengatakan STPM itu susah. Boleh tolong jelaskan lebih lanjut mengenai STPM? Terima kasih.

    1. Saya mahu memberikan pendapat. Tingkatan 6 susah? Memang pun susah. Bagi pengetahuan semua, peperiksaan STPM adalah antara peperiksaan yang tersusah di dunia. Namun, hal itu mengikut kemampuan individu juga. Sekiranya dia memang pandai, maka peperiksaan STPM adalah mudah baginya. Apapun, cuba dulu mengikuti pengajian di tingkatan 6 bagi 1 penggal. Rasa sendiri macam mana. Cuba menduduki peperiksaaan pertama hal ini adalah kerana ujian bagi tingkatan 6 bawah ini terasa cepat. Kenapa saya mengatakan 1 penggal? Hal ini adalah kerana tingkatan 6 sudah menggunakan sistem penggal seperti diploma. Hanya terdapat 3 semester sahaja. Sekiranya lulus dengan cemerlang, anda boleh terus melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Cepat sambung ijazah, betul? Jika dibandingkan dengan diploma, ia akan mengambil masa yang lebih lama. Walau bagaimanapun, jangan asyik berfikir mahu menghabiskan pengajian dengan cepat kerana apa yang penting ialah niat mahu belajar. Sekiranya cepat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah tetapi kualitinya tiada, maka tiada gunanya.

  8. Salam. Sekiranya saya medapat 3 prinsipal dalam STPM namun subjek ekonomi subsid dan pointernya hanya 2.8, adakah saya mempunyai peluang untuk diterima oleh mana-mana univesiti tempatan?

    1. Maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Sekiranya anda masih lagi memerlukan jawapan ini, sila balas komen ini.

    2. Situasi dia sama dengan saya. Boleh tolong jelaskan. Saya juga mempunyai pointer 2.8 dan subjek Ekonomi saya subsid. Saya tidak berjaya mendapat tawaran dari UPU hasil permohonan STPM baru-baru ini. Adakah melalui rayuan saya mempunyai peluang untuk medapatkan tempat di universiti awam? Bolehkan saya memohon kursus yang sama saya mohon sebelum ni?

      1. Maaf kerana lambat memberikan respon. Umumnya anda boleh membuat rayuan semula. Kemungkinan untuk rayuan anda diterima bergantung kepada faktor kekosongan tempat dan persaingan dengan individu lain yang turut memohon. Semasa membuat rayuan semula, anda boleh mengisi kursus yang sama seperti yang pernah anda mohon sebelum ini. Harap membantu.

      2. Saya ingin bertanya, sekiranya PNGK 1.92, adakah saya berpeluang memohon UPU untuk menyambung pelajaran? Harap dapat membantu saya.

          1. Salam. ‘Link’ tidak boleh dibuka. Harap boleh membantu saya sebab keputusan saya pun CGPA 1.92 juga.

  9. Saya pelajar SPM. Saya bercadang ingin melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 tetapi saya risau kerana ramai kenalan saya yang mengatakan tingkatan 6 ini susah. Jadi, macam mana?

  10. Saya telah mendapat keputusan STPM. Pengajian Am dan BM saya lulus sebahagian sahaja iaitu gred C-. Bolehkah saya memasuki universiti bagi meneruskan pengajian di peringkat ijazah?

    1. Ya, anda masih layak untuk memohon melanjutkan pelajaran ke universiti. Hal ini adalah kerana syarat umum kemasukan ke universiti bagi lepasan STPM ialah lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

      1. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am
      2. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
      3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

      1. Saya berkemungkinan besar akan mendapat C- dalam Pengajian Am. Adakah saya dikira gagal dalam STPM. Keputusan ramalan STPM saya ialah Sains Sukan (B-), Pengajian Am (C-), Bahasa Melayu (A-) dan Seni (A-). Adakah saya masih layak untuk memasuk universiti? Mohon penjelasan.

      2. Saya berjaya memperolehi keputusan CGPA 2.08. Jadi, boleh saya tahu bidang apa yang saya layak minta?

  11. Assalamualaikum. Boleh cadangkan tempat yang sesuai untuk abang saya melanjutkan pelajaran kerana dia baru sahaja mendapat keputusan STPM. Dia mendapat pointer 2.00. Pengajian Am C- , BM C, SJ C, P.Perniagaan D+. Terima kasih.

    1. Dia masih layak untuk memohon melanjutkan pelajaran ke universiti. Hal ini adalah kerana syarat umum kemasukan ke universiti bagi lepasan STPM ialah lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

      1. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am
      2. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
      3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

    1. Ya, anda masih layak untuk memohon melanjutkan pelajaran ke universiti. Hal ini adalah kerana syarat umum kemasukan ke universiti bagi lepasan STPM ialah lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

      1. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am
      2. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
      3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

      1. Saya telah mendapat C dalam subjek PA dan Sejarah. Jadi, adakah saya boleh mendapat tawaran ke universiti?

        1. Ya, anda tetap boleh mendapat tawaran ke universiti. Namun, anda amat digalakkan untuk mengisi mana-mana borang permohonan ke universiti yang diiktiraf untuk meninggatkan lagi peluang anda.

          1. Bolehkah saya mendapat peluang pekerjaan dengan kerajaan apbila keputusan STPM saya hanya 1.33? Kemudian bolehkah saya mengambil ulangan sekali lagi untuk STPM 2013?

  12. Salam, saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam Pra-Universiti (Sains). Jadi, jka saya ingin menjadi pegawai perubatan, berapakah minimum PNGK yang harus saya perolehi? Saya juga keliru, program matrikulasi hanya mengambil masa 1 tahun. Adakah pelajar lepasan matrikulasi akan meneruskan pengajian mereka di peringkat ijazah atau mereka akan bercuti terlebih dahulu sementara menunggu pelajar Pra-Universiti menamatkan pengajian mereka?

    Saya amat berharap maklumat daripada saudara. Terima kasih saya ucapkan.

    1. Maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Sekiranya anda masih lagi memerlukan jawapan ini, sila balas komen ini.

  13. Assalamualaikum. Saya pelajar lepasan SPM 2013. Saya bercadang untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 tetapi nama saya telah terpilih untuk ke PLKN penempatan ketiga. Kalau di mana-mana IPTA, terdapat juga yang boleh masuk pada Januari tahun hadapan atau pada bulan November tahun ini. Jadi, bagaimana dengan Tingkatan 6? Boleh atau tidak kalau saya masuk ke tingkatan 6 pada bulan Nov/ Jan? Memang ramai yang kata kita boleh buat penangguhan untuk PLKN, tapi saya lebih selesa jika diteruskan sahaja tanpa membuat apa-apa penangguhan. Jadi,bagaimana?

    Lagi satu, adakah syarat kelayakan ke UniSZA perlu mengambil Bahasa Arab? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Setakat maklumat yang saya perolehi, sekiranya anda mengikut PLKS (Fasa 3), maka anda tidak boleh memasuki Tingkatan 6 pada bulan November atau Januari tahun depan. Hal ini berbeza sekiranya anda mengikuti program PLKN (Fasa 2) kerana anda masih boleh melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6.

      Bagi syarat kelayakan ke UniSZA, anda tidak semestinya perlu mengambil subjek Bahasa Arab. Namun, sekiranya anda mahu menyambung pelajaran di UniSZA dalam program Pengajian Islam, maka anda sekurang-kurang mesti memperolehi Kepujian (gred C) dalam subjek Bahasa Arab.

  14. Salam, saya telah mendapat CGPA 2.92 (P.P B+, Ekonomi C, Sejarah B+, P.Am B) dalam STPM dan band 2 dalam Muet. Adakah saya mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA? dan apakah kursus yang layak untuk saya?

  15. Saya hanya mahu bertanya, kalau Pengajian Am (D+) and subjek lain saya mendapat A (4.0) seperti Fizik, Matematik, Biologi, dan MUET (Tahap 4), adakah saya layak melanjutkan pelajaran ke universiti?

    1. Maaf, saya tidak dapat memastikan sama ada boleh atau tidak. Saya hanya boleh menyatakan bahawa syarat miniman bagi lepasan STPM yang mahu melanjutkan pelajaran adalah seperti berikut:

      1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.
      2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00, mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
      3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

      Bagi maklumat lanjut, silalah menghubungi pihak universiti yang anda mahu pilih.

    2. Setahu saya subjek Pengajian Am adalah wajib prinsipal. Cikgu saya memaklumkan bahawa jika mendapat prinsipal untuk subjek lain tetapi Pengajian Am tidak prinsipal maka tiada guna. Hal ini adalah kerana ia adalah merupakan syarat bagi melanjutkan pelajaran ke universiti.

      1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini.

  16. Assalamualaikum, saya mendapat gred C- dalam STPM 2013. Adakah saya layak memohon untuk menyambung pelajaran ke universiti?

    1. Ya, anda layak. Hal ini adalah kerana berikut ialah syarat am bagi lepasan STPM yang mahu menlanjutkan pelajaran ke universiti:

      1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.
      2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00, mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
      3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

  17. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya, sekiranya kita bersetuju menerima tawaran ke tingkatan 6, adakah permohonan kita di UPU masih diproses? Hal ini adalah kerana untuk Matrikulasi, berdasarkan apa yang saya dengar mengatakan jika kita sudah menerima tawaran ke Matrikulai permohanan melanjutkan pelajaran ke universiti melalui UPU tidak akan diproses lagi oleh pihak kementerian. Adakah ini akan terjadi untuk tingkatan 6. Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam, terima kasih kerana bertanya. Jawapannya, permohonan anda melalui UPU masih diproses walaupun anda menyambung pelajaran di tingkatan 6. Satu lagi, saya mahu memperbetulkan maklumat yang anda dengar. Anda jangan keliru dengan keputusan masuk Matrikulasi KPM yang telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran. Tawaran untuk ke Matrikulasi KPM dan tawaran ke IPTA/ Politeknik Premier adalah dua tawaran yang berlainan. Anda boleh mendapat kedua-dua tawaran sekaligus. Pilihan di tangan anda. Buatlah pilihan dengan bijak.

  18. Salam. Saya budak lepasan SPM 2013. Saya mahu tanya mengenai MUET. Boleh anda terangkan mengenai tahap-tahap yang terdapat dalam MUET? Terima kasih.

    1. Maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Sekiranya anda masih lagi memerlukan jawapan ini, sila balas komen ini.

  19. Keputusan STPM 2013 telah keluar. Adik saya telah mendapat keputusan PA(C-), BM(B-), GEO(B), PEN.SENI VISUAL(B+). MUET(BAND 1). Adakah dia berpeluang masuk ke IPTA?

    1. Maaf kerana lambat menjawab persoalan anda. Apapun bagi pertanyaan anda jawapannya ialah dia masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. Sila isi maklumat yang diperlukan melalui sistem UPU.

  20. Saya lulusan STPM 2012 dengan pencapaian 4A-1B dan telah mendapat tawaran menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi Pentadbiran Perniagaan. Oleh kerana masalah kewangan saya terpaksa menolak tawaran tersebut. Walau bagaimanapun, pada tahun ini saya telah membuat permohonan UPU yang baru. Soalan saya, adakah permohonan saya masih akan dilayan oleh pihak KPM?

  21. Salam. Saya ingin melanjutkan pengajian ke luar negara untuk ijazah. Borang permohonan universiti tersebut meminta saya untuk mengisi sama ada saya mengambil peperiksaan A-Level atau lain-lain. Adakah saya perlu memilih A-Level ataupun lain-lain kerana saya mengambil STPM. Tuan mengatakan A-Level dan STPM setaraf. Jadi macam mana? Mohon pencerahan.

    1. Setakat maklumat yang saya perolehi, keputusan STPM boleh digunakan untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Anda hanya perlu memilih lain-lain. Semoga berjaya.

      Namun, bagi mendapatkan kepastian saya amat menggalakan anda menghubungi pihak universiti tersebut. Harap membantu.

  22. Salam. Saya mahu minta pencerahan daripada saudara mengenai SPM. Saya telah mendapat 4 kepujian sahaja iaitu BM (B+), BI (D), Sejarah (B), MT (B), PM (C+), BIB (D), Kimia (E), Biologi (E) dan Fizik (D). Saya telah melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dan mendapat CGPA 2.75. Hari itu saya telah cuba memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di UiTM. Namun, pegawai yang mengambil borang rayuan mengatakan bahawa saya tidak layak memohon. Seterusnya, dia mencadangkan saya memohon program pra-diploma kerana saya memperolehi 4 kepujian sahaja dalam SPM. Adakah betul bahawa keputusan saya tersebut menyebabkan saya tidak layak menyambung pelajaran ke peringkat ijazah? Jadi, apa yang patut saya lakukan? Adakah saya perlu bermula semula dari pra-diploma?

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini.

  23. Adakah terdapat pelajar yang gagal STPM untuk semua subjek? Jika dia mendapat 4 prinsipal kecuali MUETnya gagal iaitu cuma mendapat tahap 1, adakah akan diiktiraf juga oleh Cambridge?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini.

  24. Salam. Saya ialah pelajar lepasan STPM. Pada semester 1, saya memperolehi Pengajiam Am (C+), BM (B+), Sejarah (D+) dan Pengajian Perniagaan (F). Pada semester 2 pula, saya hanya memperolehi Pengajian Am (D), Sejarah (D), BM (B) dan Pengajian Perniagaan (F). Pada semester 3 pula, saya memperolehi Pengajiam Am (C+), Sejarah (C), BM (D+) dan Pengajian Perniagaan (D+). Jadi, adakah saya layak menyambung pelajaran saya ke peringkat ijazah? Saya mohon penjelasan.

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini.

  25. Assalamualaikum, saya mahu bertanya. Adakah sekiranya saya memperolehi C- bagi subjek Pengajian Am, saya tidak layak untuk mendapat sijil STPM?

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini.

  26. Salam. Saya pelajar lepasan tingkatan 6 2014. Saya ingin bertanya adakah terdapat pelajar STPM lepasan tahun-tahun lalu yang layak melanjutkan pelajaran ke IPTA dengan hanya mendapat gred C- dalam subjek Pengajian Am?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya minta maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan anda. Namun, salah satu syarat am permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti bagi lepasan SPM ialah mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am.

  27. Assalammualaikum. Saya pelajar lepasan SPM 2014 dan berminat untuk mengambil STPM. Jikalau saya mendapat keputusan yg bagus dlm STPM, adakah saya berpeluang untuk menyambung ijazah ke luar negara? Sekiranya boleh, bagaimana? Adakah melalui biasiswa atau terdapat cara lain?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya tahniah kerana anda mahu melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6. Lepasan STPM memang mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara. Caranya adalah dengan melayari mana-mana universiti yang anda minati, kemudian lihat sama ada universiti tersebut menerima keputusan STPM sebagai syarat kemasukan ke universiti mereka.

  28. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya, sekiranya saya hanya memperolehi 4 kredit dalam SPM (BM, SJ, MT, PI) tetapi cemerlang dalam STPM nanti, adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di IPTA? Harap membantu.

    1. Anda boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dengan menggunakan keputusan STPM anda.

  29. Saya pelajar lepasan SPM 2014. Saya berminat untuk mengambil STPM. Namun, ramai yang mengatakan jika permohonan kita ke matrikulasi diterima, kita tidak akan mendapat tawaran untuk mengambil tingkatan 6. Jadi, sekiranya saya menolak program matrikulasi dan mengambil STPM. Adakah saya perlu membuat rayuan?

    1. Setakat pengetahuan saya, sekiranya anda mendapat tawaran ke matrikulasi, anda masih mempunyai peluang untuk ditawarkan ke Tingkatan 6. Boleh terangkan apa yang anda maksudkan dengan membuat rayuan?

  30. Salam. Bolehkah saya membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 sekiranya saya memperolehi gred D bagi subjek bahasa Melayu?

  31. Assalamualaikum. Saya ingin membuat pertanyaan, sekiranya keputusan STPM ialah Pengajian Am (D+), Bahasa Malaysia (C+), Sains Sukan (C), dan Sejarah (F). Adakah saya layak memperolehi sijil STPM?

    1. Waalaikumussalam. Maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Setakat pembacaan saya, berikut ialah pernyataan rasmi dari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia:

      “Sijil STPM akan dianugerahkan kepada calon yang mendapat kelulusan sebahagian atau lebih baik dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran”. Sila layari laman berikut:

      http://portal.mpm.edu.my/stpm1

  32. Saya ingin mngambil STPM dalam aliran agama. Bolehkah lepasan STPM menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara seperti negara di timur tengah?

    1. Setakat pengetahuan anda, pelajar lepasan STPM boleh memilih untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara. Anda boleh melayari laman rasmi Universiti Antarabangsa al-Madinah sebagai salah satu universiti yang menawarkan peluang tersebut.

  33. Saya ingin bertanya, jika saya menamatkan STPM, saya masih boleh memilih kursus rekaan dalaman?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Anda boleh memilih mana-mana kursus selagi ia menerima sijil STPM sebagai salah satu syarat permohonan bagi program tersebut.

  34. Saya mahu tahu cara menyambung belajar TESL di luar negara seperti UK selepas STPM? Saya berminat mahu menjadi guru tetapi dengan lulusan TESL luar negara bukan dalam negara? Hal ini adalah kerana saya berasa iri hati apabila tidak terpilih bagi Program Berkembar Bahasa Inggeris IPG-Universiti Luar Negara? Harap dapat bantu saya.

    1. Selepas menamatkan STPM, anda boleh mencari mana-mana universiti luar negara yang menawarkan program TESL dan menerima sijil STPM sebagai syarat kemasukan bagi melanjutkan pelajaran. Seterusnya, selepas menamatkan pengajian di universiti tersebut, anda boleh membuat permohonan untuk menjadi guru sama ada di bawah pihak kerajaan (KPM) atau swasta.

  35. Salam, saya ingin bertanyakan pendapat sahaja. Mungkin anda dapat menambah pemahaman tentang perkara ini iaitu antara mata pelajaran perakaunan dan pengajian perniagaan, program mana satu yang lebih bagus? Seterusnya antara dua program tersebut, ke mana hala tuju kerjayanya? Selepas itu, bagaimana pula dengan peluang untuk menyambung ke peringkat ijazah nanti? Mohon penerangan yang jelas. Terima kasih.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Antara mata pelajaran perakaunan dan pengajian perniagaan, kedua-dua mempunyai kelebihan masing-masing. Sila pilih mana-mana subjek yang anda lebih minati. Seterusnya, bagi mengetahui program-program yang boleh diambil apabila anda mahu melanjutkan pengajian di peringkat ijazah nanti, anda boleh melayari laman web yang berikut:

      https://online.moe.gov.my/upu/emas/index_kod.php

  36. Saya telah memperolehi gred (C) dalam subjek Sejarah, gred (E) dalam subjek Geografi dan (R) bagi subjek Bahasa Malaysia. Pada kali kedua pula, saya telah mendapat (R) bagi subjek Pengajian Am dan Bahasa Melayu. Bagi subjek lukisan pula saya memperolehi gred (E). Jadi, apakah kursus yang layak saya pohon?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya dan minta maaf kerana lambat menjawab persoalan anda. Saya juga minta maaf kerana saya pun tidak pasti mengenai kursus apa yang layak anda pohon. Saya amat galakkan anda menghubungi pihak UPU secara terus bagi mendapatkan jawapan bagi pertanyaan anda. Saya doakan anda agar dipermudah segala urusan.

  37. Assalamualaikum. Saya pelajar STPM 2013/2014 dan baru sahaja megisi UPU pada tahun ini setelah megetahui keputusan pada bulan 4 lalu. Saya telah mendapat PNGK 3.17. Semasa SPM dahulu saya telah gagal dalam subjek Bahasa Inggeris. Adakah ini akan menyukarkan saya ke IPTA? Hal ini adalah kerana saya tidak mendapat pangilan temuduga IPTA 2015 bagi kos bertemuduga. Adakah kegagalan saya tersebut menjadi puncanya? Mohon saranan tuan.

    1. Terima kasih kerana bertanya dan maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Pada pendapat saya, kegagalan anda dalam Bahasa Inggeris boleh menjadi salah satu punca anda tidak mendapat panggilan temuduga IPTA 2015 bagi kos bertemuduga. Selain itu, mungkin terdapat juga beberapa faktor lain. Faktor lain ialah kos yang anda pilih tersebut mungkin memerlukan anda sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Bahasa Inggeris.

    1. Pertamanya, tahniah atas pencalonan anda sebagai MPP. Namun, boleh tahu nama tempat anda sedang melanjutkan pelajaran?

    1. Waalaikumussalam. Berdasarkan syarat-syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA, pelajar lepasas STPM perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.00. Seterusnya, mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.00) dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am dan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET.

      Sumber rujukan:

      http://upu.mohe.gov.my/web/

  38. Saya pelajar tingkatan 6. Saya akan menduduki peperiksaan semester 3, 13 hari lagi. Selepas keputusan yang agak teruk pada semester 2, semangat saya terus hilang. Saya tidak tahu apa sebabnya saya tidak boleh mengingati perkara yang saya telah pelajari. Saya rasa tertekan sebab saya tahu bahawa saya tidak akan dapat memperolehi keputusan cemerlang dalam STPM. Macam mana saya mahu mengulang kaji semua mata pelajaran dalam masa 13 hari? Saya runsing.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Seterusnya, maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Pada masa jawapan ini diberikan, kemungkinan besar anda sudah pun menduduki peperiksaan STPM. Nasihat saya, sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan bagi menghadapi ujian ini. Saya doakan anda berjaya melalui dengan tenang.

  39. Saya merupakan pelajar tingkatan 6 (2015). Saya ingin bertanya jika saya lulus dengan baik untuk peperiksaan STPM yang akan datang tetapi saya hanya memperolehi keputusan lulus bagi subjek Matematik dalam peperiksaan SPM, adakah saya layak untuk memohon program ijazah di mana-mana universiti? Mohon penjelasan.

    1. Apabila anda telah mempunyai sijil peperiksaan STPM, maka anda tidak perlu lagi menggunakan keputusan peperiksaan SPM untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di universiti.

  40. Saya ialah lepasan SPM 2014. Saya mendapat kepujian bagi subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Sains dan Pendidikan Islam. Bagi subjek Matematik ialah lulus atas, manakala subjek Perdagangan dan Sains Sukan saya memperolehi keputusan lulus. Namun, saya mendapat gred G bagi subjek Bahasa Inggeris. Jadi, adakah saya layak menyambung belajar di peringkat STPM bagi sesi 2016?

  41. Salam, saya pelajar lepasan STPM bagi tahun ini. Keputusan keseluruhan saya tidaklah begitu memuaskan iaitu Pengajian Am ialah mendapat gred C (2.1826), Ekonomi D+ (1.4381), P. Perniagaan C-(1.75) dan ICT iaitu C (2.268). Apakah saya patut mengulang kertas bagi mata pelajaran P. Am, Ekonomi, dan ICT untuk sekurang-kurangnya memenuhi kehendak permohonan SPA dan melanjutkan pelajaran ke institusi tempatan. Mohon penjelasan.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya nasihatkan anda supaya menghubungi talian rasmi pihak SPA dan UPU terlebih dahulu. Anda nyatakan keputusan penuh STPM anda kepada mereka dan tanya sama ada dengan keputusan yang anda perolehi sekarang membolehkan anda memohon SPA dan melanjutkan pelajaran ke institusi tempatan. Selepas anda mendapat jawapan, baru anda membuat keputusan seterusnya.

  42. Adakah saya akan menerima sijil STPM sekiranya keputusan saya hanya 1.92. Hal ini adalah kerana saya sedang menghadapi masalah tersebut. Bagi pengetahuan saudara, di bawah slip tersebut ada juga menyatakan sekiranya lulus sekurang-kurangnya C+, baru anda layak menerima sijil STPM.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Saya nasihatkan anda bertanya dengan pihak sekolah terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak mendapat jawapan yang memuaskan, sila hubungi talian utama pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) iaitu 03-61261600.

  43. Saya ialah lepasan STPM 2015 CGPA 2.17 dengan keputusan penuh PA (C), Sejarah (B), Ekonomi (C-) dan PP (C-). Adakah saya dapat memasuki mana-mana IPTA?

    1. Saya nasihatkan anda menghubungi talian rasmi pihak UPU seperti berikut:

      1. 03-8870 6767.
      2. 03-8870 6777.

      1. Assalamualaikum. Berdoalah pada Yang Maha Esa. Sesulit mana pun masalah kita, insya-Allah niat kita untuk belajar dan mencari ilmu Allah Subhanahu Wa Taala tetap ada. Sentiasa berserah pada-Nya dan jangan putus asa untuk berdoa. Sentiasa perbanyakkan pekerjaan yang sunat dan dekatkan diri dengan-Nya.

  44. Assalamualaikum. Saya lepasan SPM 2015. Saya mahu melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 tetapi saya melebihi 12 point. Saya mendapat 13 point. Saya mendengar bahawa boleh membuat rayuan. Adakah saya boleh melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6? Bagi pengetahuan saudara, subjek Matematik dan bahasa Inggeris saya mendapat D semasa SPM. Adakah diterima oleh mana-mana universiti?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Pertamanya, apa maksud saudari dengan 12 atau 13 point? Seterusnya, keputusan D bagi subjek Matematik dan bahasa Inggeris tidak menjadi penghalang utama untuk anda melanjutkan pelajaran ke universiti.

  45. Saya merupakan lepasan SPM 2016 tetapi gagal dalam subjek Matematik Tambahan. Adakah surat tawaran kemasukan tingkatan 6 akan ditawarkan kepada saya? Atau saya perlu memohon sendiri?

    1. Setakat pengetahuan saya, anda perlu memohon sendiri sekiranya anda mahu melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6.

  46. Saya merupakan lepasan SPM 2015 dan memperolehi D dalam subjek BI. Adakah itu penghalang untuk saya masuk ke tingkatan 6 secara automatik? Adakah saya layak melajutkan pelajaran dalam aliran Sains, jika saya mendapat kurang daripada 18 unit seperti Matematik A+ (1 unit), Fizik C (6 unit) dan Kimia D (7 unit)?

      1. Saya suda baca. Namun, saya cuma ingin tahu adakah markah BI saya itu akan menghalang saya untuk layak ke tingkatan 6? Adakah matapelajaran BM dengan kredit dan lulus SPM sahaja yang dilihat untuk layak ke tingkatan 6?

        1. Bagi melayakkan anda melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6, anda perlu mendapat sekurang-kurang kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Seterusnya, berdasarkan artikel tersebut anda berpeluang ditawarkan aliran Sains jika jumlah mata unit anda tidak melebihi 18 mata unit.

          1. Bagi aliran Sains, saya mesti mendapat 3 kepujian dan tidak melebihi 18 unit. Saya mendapat gred A dalam Matematik, gred C+ dalam Fizik dan gred D dalam Kimia. Jadi, kiranya saya sudah mendapat 14 unit dalam 3 mata pelajaran. Adakah saya mempunyai jaminan untuk ke aliran Sains?

          2. Sekiranya berdasarkan artikel dari laman rasmi KPM tersebut, anda memang layak ditawarkan ke aliran Sains. Saya doakan anda berjaya.

  47. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya sekiranya saya ingin menjadi guru matematik. Apa subjek tingkatan 6 yang perlu saya ambil? Adakah mesti memasuki aliran Sains? Adakah boleh tukar aliran lain? Mohon penjelasan. Terima kasih.

  48. Salam, saya lepasan STPM 2015. Keputusan saya ialah 2.92 dan MUET band 4. Adakah saya masih mempunyai peluang untuk ditempatkan di universiti dengan pemilihan kos perniagaan dan ekonomi memandangkan saya memang mempunyai asas dalam subjek tersebut? Apakah yang dimaksudkan dengan memilih kos yang kurang popular?

  49. Salam. Saya ingin bertanya sekiranya saya memperolehi gred R bagi sujek Pengajiam Am dan lulus sebahagian yang lain. Adakah saya layak memohon kerja kerajaan yang menggunakan kelayakan STPM?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, ia bergantung kepada syarat minimum yang telah ditetapkan oleh sesebuah agensi kerajaan tersebut.

  50. Salam, saya lepasan SPM 2015. Sekiranya sambung belajar di Tingkatan 6, adakah saya berpeluang melanjutkan pelajaran di IPTA dalam jurusan TESL?

  51. Salam. Berapa keputusan yang patut saya perolehi sekurang-kurangnya, sekiranya saya mahu melanjutkan pelajaran ke UM?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Sebelum itu, boleh tahu nama kursus yang anda ingin ambil di UM nanti?

  52. Adakah pelajar yang mendapat 4 kredit semasa SPM tidak layak untuk menyambung pengajian peringkat ijazah di IPTA? Saya lepasan STPM 2015 dan sekarang sedang menunggu keputusan UPU. Mohon pencerahan.

    1. Apabila merujuk di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), anda perlu mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM bagi melayakkan anda melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di universiti.

  53. Saya baru sahaja mendapat keputusan STPM dengan CGPA 1.83. Saya berjaya lulus dalam subjek Pengajian Am (C+), Ekonomi (C) dan Pengajian Perniagaan (B). Namun saya gagal dalam subjek Matematik. Jadi, adakah saya layak memohon mana-mana universiti?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Saya nasihatkan anda supaya terus menghubungi pihak Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di talian rasminya iaitu 03-8870 8200 bagi mendapatkan jawapan yang lebih tepat.

  54. Hai. Saya pelajar lepasan STPM tahun 2015. Tahun lepas saya tidak dapat memohon UPU kerana masalah keluarga. Jadi, pada tahun ini saya mahu membuat permohonan. Keputusan saya ialah 3.08 dan MUET band 4. Lagi, terdapat pihak yang mengatakan UPU selalunya diutamakan kepada pelajar tahun semasa. Adakah betul? Jadi, adakah peluang saya untuk mendapat tawaran dari UA adalah rendah?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Saya amat galakkan anda menghubungi pihak Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) secara terus di talian 03-8870 8200 bagi mendapatkan jawapan bagi pertanyaan anda. Harap membantu.

  55. Assalamualaikum. Saya mengambil aliran Sains Biologi dalam STPM 2016. Namun, saya cuma mendapat 1.92 dengan Pengajian Am (B-), Biologi (C), Kimia (C) dan Matematik Tambahan (D). Jadi, adakah saya boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya saya minta maaf kerana saya pun kurang pasti. Saya nasihatkan anda supaya menghubungi pihak Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di talian 03-8870 8200 bagi mendapatkan jawapan yang lebih tepat.

  56. Saya baru mendapat keputusan STPM saya. Subjek PA, Matematik Tambahan dan Kimia saya memperolehi C manakala Fizik saya mendapat C-. Adakah saya layak memohon kemasukan ke universiti?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Buat pengetahuan anda, syarat am bagi kemasukan ke universiti untuk lepasan STPM adalah perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am. Sila rujuk laman rasmi UPU bagi makluman lebih lanjut.

  57. Hi. Pengajian Am saya dapat C- sahaja. Semasa mengisi 12 pilihan saya, sistem UPU tidak menyediakan sebarang kursus untuk saya pilih. Adakah saya perlu mengosongkan semua pilihan saya itu dan menghantar kepada pihak UPU serta tunggu masa rayuan? Adakah pihak UPU akan memberi kelonggaran syarat am semasa rayuan?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apabila dilihat semula, syarat minimum untuk kemasukan ke universiti awam ialah memperolehi gred C dalam subjek Pengajian Am. Walau bagaimanapun, saya nasihatkan anda untuk menghubungi terus pihak UPU bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

  58. Salam. Saya lepasan SPM. Saya berminat untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Saya ingin bertanya, adakah saya boleh mengambil aliran Sains seperti Kimia, Biologi & Fizik walaupun saya tidak belajar subjek tersebut di tingkatan 5 kerana saya ialah pelajar aliran sastera?

      1. Saya memperolehi 1D 7B+. Boleh? Sebabnya saya memang betul-betul berminat dengan Jurusan Kejuruteraan Awam tetapi jurusan itu memerlukan sekurang-kurangnya saya mengambil subjek Fizik.

  59. Assalamualaikum, saya ingin bertanya.

    1. Adakah sistem soalan STPM seperti soalan SPM juga? Maksudnya adakah soalan STPM itu boleh bertukar format seperti soalan SPM?
    2. Adakah soalan STPM itu berunsur KBAT?
    3. Saya berminat untuk masuk ke dalam bidang perubatan, adakah lebih bagus saya mengambil sijil STPM ataupun masuk ke matrikulasi sahaja?
    4. Bagaimana pula dengan topik yang dimasukkan ke dalam soalan STPM? Adakah topik yang dikeluarkan sewaktu semester 1 tidak lagi dikeluarkan pada semester 2 dan semester 3? Atau pun digabung semua topik yang dipelajari?

    Harap dapat membantu menjelaskan. Terima kasih. ?

      1. Terima kasih kerana membalas pertanyaan saya. Walau bagaimanapun terdapat beberapa pertanyaan saya yang tidak dapat dijelaskan melalui portal yang dicadangkan iaitu saya berminat untuk mengambil ijazah dalam bidang perubatan. Saya membuat keputusan untuk menduduki STPM dan menolak tawaran matrikulasi. Adakah keputusan yang saya lakukan itu berbaloi? Maaf jika soalan ini kurang menyenangkan.

  60. Assalamualaikum. Sekiranya keputusan STPM semuanya gred prinsipal dan saya ingin menyambung pengajian di luar negara, adakah saya perlu ambil A-Level juga?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Ianya bergantung kepada jenis bidang dan universiti luar negara yang anda mohon. Sekiranya dalam syarat permohonan, mereka menerima keputusan sijil STPM, maka anda tidak lagi perlu mengikuti kursus A-Level.

  61. Salam. Saya ingin bertanya. Saya mempunyai 4 kredit termasuk BM tetapi unit saya untuk jurusan kemanusiaan melebihi 12. Boleh ke saya masuk?

      1. Syarat untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 6 bagi Jurusan Kemanusiaan tidak boleh melebihi 12 unit tetapi markah saya melebihi 12 unit walaupun saya mempunyai 4 kredit termasuk BM. Boleh ke saya memohon masuk ke Tingkatan 6? Maaf jika soalan saya ini agak mengelirukan.

  62. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya, benarkah sijil Tingkatan 6 cuma laku untuk tahun semasa? Macam mana kalau saya ingin bekerja dahulu selepas tamat Tingkatan 6 kerana mahu mengumpul duit sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah disebabkan masalah ekonomi keluarga?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat pembacaan saya, sijil Tingkatan 6 anda laku bukan hanya untuk tahun semasa. Ianya tiada had melainkan terdapat sebarang perubahan terkini. Apapun saya doakan anda dimurahkan rezeki dan dipermudah segala urusan.

  63. Salam, saya ingin bertanya. Adakah semasa hari pendaftaran akan terdapat orientasi? Bilakah sesi pembelajaran Tingkatan 6 akan bermula pada kebiasaanya? Lagi satu, adakah sesi pembelajarannya sampai waktu petang? Maaf, saya banyak bertanya.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Berdasarkan pengalaman saya, selalunya minggu pertama bermula pada hari pendaftaran adalah merupakan minggu orientasi. Namun ia bergantung kepada pihak pengurusan sekolah. Seterusnya bagi sesi pembelajarannya pula mungkin boleh sehingga waktu petang. Ianya bergantung pada pembahagian jadual subjek bagi setiap semester. Harap membantu.

  64. Salam, saya mahu bertanya. Saya terlepas pendaftaran Tingkatan 6 hari ini kerana tidak sempat. Saya sekarang sedang bercuti dan tidak sempat balik untuk mendaftar. Saya sangat sangat berminat untuk masuk ke Tingkatan 6 ?. Boleh tolong adakah saya boleh lagi pergi mendaftar walaupun saya sudah terlepas tarikh pendaftaran. Saya tidak pergi PLKN pun. Hal ini adalah kerana setakat pengetahuannya saya, sekiranya kita tidak menghadirkan diri semasa pendaftaran, ianya dikira menolak tawaran? Tolong bantu saya ?.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Berdasarkan pengalaman saya, ianya bergantung kepada budi bicara pihak pengurusan sekolah yang anda ditempatkan. Boleh tahu sekolah mana anda perlu mendaftar?

      Nasihat saya, sila hubungi segera pihak sekolah. Seterusnya, nyatakan masalah yang dihadapi dan sebab anda tidak dapat mendaftar pada hari yang telah ditetapkan. Saya doakan anda dipermudah segala urusan.

  65. Sekiranya saya sudah mendaftar untuk masuk ke tingkatan 6 tahun ini tetapi saya memilih untuk membatalkan semula pendaftaran tersebut, adakah boleh saya memohon semula ke tingkatan 6 di tahun hadapan? Saya baca selagi umur di bawah 20 tahun masih boleh memohon.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Memang betul selagi anda berumur antara 17 – 20 tahun, anda masih layak mohon kemasukan ke tingkatan 6. Seterusnya, mengenai pertanyaan sama ada boleh memohon semula setelah membuat pembatalan, saya kurang pasti. Maaf.

  66. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya semester 1 saya mendapat pointer 1.83. Jadi, adakah saya mempunyai peluang untuk mencapai keputusan cemerlang dalam STPM saya nanti? Saya ambil aliran Agama.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Anda masih lagi mempunyai peluang yang cerah. Hal yang penting ialah pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am dalam keputusan STPM nanti kerana hal tersebut ialah syarat am kemasukan ke universiti awam.

  67. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, keputusan STPM saya ialah 1.83. Adakah saya layak untuk memohon UPU. Apa yang perlu saya buat? Adakah saya mempunyai peluang lagi untuk menyambung pelajaran?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, anda perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am dalam keputusan STPM kerana hal tersebut ialah syarat am kemasukan ke universiti awam. Saya nasihatkan anda cuba menghubungi terus pihak UPU bagi meminta nasihat yang lebih tepat. Berikut ialah nombor Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU):

      Hotline 1 : 03-8870 6767
      Hotline 2 : 03-8870 6777

      Harap membantu.

  68. Assalamualaikum. Saya baru sahaja mendapat keputusan SPM. Saya mengambil aliran Sains. Jika saya hendak menyambung pelajaran ke STPM, adakah saya perlu mengambil aliran yang sama dengan SPM? Boleh saya tahu bilakah tawaran ke tingkatan 6 akan dibuka?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, sekarang hanya terdapat pengambilan calon Tingkatan 6 (Tahfiz) di Pusat Tingkatan 6 KPM Ambilan Tahun 2019. Sila rujuk di bawah:

      https://www.moe.gov.my/index.php/dibuka

      Seterusnya jika anda mahu melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6, anda hanya perlu membuat semakan tawaran. Tiada sebarang permohonan perlu dibuat. Sekiranya anda keputusan anda layak, pihak KPM akan menawarkan anda secara automatik. Semakan biasanya boleh dibuat selepas 30 hari dari tarikh keputusan SPM diumumukan.

  69. Assalamualaikum. Saya mahu bertanyan adakah adik saya layak ke IPTA sekiranya keputusannya adalah Pengajian Am C- dan 3 subjek lain prinsipal dan mendapat PNGK 2.00 sahaja? Mohon pencerahan.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, seseorang itu perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am dalam keputusan STPM kerana hal tersebut ialah syarat am kemasukan ke universiti awam. Saya nasihatkan anda cuba menghubungi terus pihak UPU bagi meminta nasihat yang lebih tepat. Berikut ialah nombor Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU):

      Hotline 1 : 03-8870 6767
      Hotline 2 : 03-8870 6777

      Harap membantu.

  70. Saya ingin bertanya. Jika STPM 2018, subjek Pengajian Am, saya dapat gred C-, adakah MPM memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki subjek Pengajian Am pada tahun 2019?

  71. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Saya memperoleh gred D bagi subjek bahasa Inggeris dalam SPM. Bolehkah saya mengambil jurusan Undang-undang? Nanti kalau saya menamatkan pengajian STPM, bolehkah saya lanjutkan pengajian dalam ijazah Undang-undang. Adakah permohonan masih mengikut keputusan SPM?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat carian saya, anda perlu mendapat sekurang-kurangnya gred C bagi subjek bahasa Inggeris dalam SPM. Sila rujuk halaman di bawah:

      https://www.uitm.edu.my/index.php/ms/akademik/fakulti/12-academic/319-faculty-of-law

      Seterusnya, jika anda melanjutkan pelajaran dalam STPM, maka untuk permohonan ke universiti awam, keputusan STPM yang merupakan peperiksaan tertinggi akan digunakan.

      Harap membantu.

  72. Salam. Saya mahu bertanya. Saye lepasan SPM 2018. Saya memperolehi keputusan SPM iaitu BM A+, MM A, PI A+, Sejarah A, Fizik B+, Kimia B, BI C+, Biologi C+, Matematik Tambahan C+. Adakah saya layak untuk ke matrikulasi? Saye risau saya tidak dapat ke Tingkatan 6. Hal ini adalah kerana ramai yang mengatakan kalau saya mendapat tawaran ke matrikulasi, dia tidak akan ditawarkan ke Tingkatan 6. Saya betul-betul minat ke tingkatan 6. Keputusan matrikulasi diumumkan pada 12 April manakala STPM pada 16 April. Jadi, adakah saya perlu tolak tawaran ke matrikulasi? Namun, saya risau kalau saya tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Keputusan SPM anda sudah memenuhi syarat minimum untuk kemasukan ke matrikulasi. Apapun maaf kerana lambat memberikan respon. Sekiranya anda menerima tawaran ke matrikulasi, hal tersebut tidak menjejaskan peluang penawaran anda untuk ke Tingkatan 6.

      Harap membantu.

  73. Hi. Saya mahu bertanya apa yang patut saya lakukan untuk sambung belajar bagi lepasan STPM. Hal ini adalah kerana saya memperolehi pointer 1.92 iaitu tidak melepasi syarat minimum bagi UPU. Jadi, boleh berikan sebarang nasihat untuk saya menyambung ke peringkat ijazah dengan pointer macam ini? Saya mahu sangat sambung belajar.

    1. Maaf sebab lambat memberikan respon, sekiranya anda ingin melanjutkan pelajaran ke universiti, anda boleh memohon melalui program pra-diploma. Cumanya, permohonan program pra-diploma tidak boleh menggunakan keputusan STPM. Jadi, solusinya ialah anda boleh memohon untuk menduduki semula STPM bagi memperbaiki pointer anda supaya melebihi 2.0 sekurang-kurangnya. Saya doakan anda berjaya.

  74. Saya melihat antara syarat kemasukan ke pengajian usuluddin UM ialah mendapat sekurang-kurangnya gred B+ pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi. Kelihatannya gred STPM tidak dapat membaiki gred mata pelajaran yang sama di peringkat SPM. Bagaimana pandangan tuan? Terima kasih.

  75. Salam. Saya merupakan pelajar lepasan SPM tahun ini dan ibu bapa saya mencadangkan saya untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 kerana pembelajaran di politeknik mengambil masa yang lebih lama untuk habis. Saya merupakan pelajar aliran sastera. Adakah saya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan awam selepas STPM? Sekiranya boleh, subjek apa yang patut saya pilih. Terima kasih sangat.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Maaf lambat memberikan respon. Selepas menamatkan pengajian di peringkat STPM, anda masih mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan awam. Cadangannya anda memilih aliran Sains. Harap membantu.

  76. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, sekiranya keputusan CGPA STPM di bawah 2.00, adakah saya layak untuk melanjutkan pelajaran?

    1. Waalaikumussalam. Anda masih mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran. Salah satu universiti awam yang anda boleh cuba mohon ialah UiTM.

  77. Sekiranya seseorang itu tidak memperoleh sekurang-kurangnya 2.0 dalam STPM, bolehkah dia memohon untuk sekali lagi bersekolah di Tingkatan 6? Ulang dari semester 1.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Sekiranya anda mahu memperbaiki keputusan akhir STPM, anda boleh menduduki semula peperiksaan ulangan. Harap membantu.

  78. Assalamualaikum. Sekadar bertanya, adik saya baru sahaja mendapat keputusan STPM dengan PNGK 2.70. Jadi, adakah adik saya layak untuk meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah? Atau bergantung pada kursus yang hendak diambil di universiti tersebut.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya dan tahniah kepada adik anda kerana berjaya mendapat keputusan yang baik dalam STPM. Untuk pengetahuan anda, syarat minimum kemasukan ke universiti awam melalui UPU ialah anda mesti memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am. Jadi, adik anda mempunyai peluang yang cerah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Saya doakan urusannya dipermudah dan berjaya. Amin.

  79. Assalamualaikum. Saya baru sahaja mendapat keputusan PNGK 2.58 dalam STPM. Adakah saya layak untuk masuk ke universiti dan kursus apa yang patus saya mohon? Saya sangat keliru untuk membuat permohonan bidang untuk melanjutkan pelajaran.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya dan tahniah kerana anda berjaya mendapat keputusan yang baik dalam STPM. Untuk pengetahuan anda, syarat minimum kemasukan ke universiti awam melalui UPU ialah anda mesti memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am. Seterusnya pilihan kursus yang ingin diambil, anda boleh membuat semakan di UPU bagi melihat syarat minimum yang diperlukan. Saya doakan urusannya dipermudah dan berjaya. Amin.

  80. Salam, maaf bertanya. Jika keputusan STPM saya mendapat PNGK bawah 2.0 tetapi mempunyai 3 prinsipal ke atas, adakah masih boleh memohon UPU dengan kos yang disarankan? Adakah masih mempunyai harapan untuk sambung belajar? Sila doakan saya berjaya. Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Anda masih mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran. Saya doakan urusan anda dipermudah dan berjaya melanjutkan pelajaran.

  81. Assalamualaikum, saya ialah pelajar lepasan STPM 2019. Saya ingin bertanya adakah saya layak untuk meneruskan pengajian ke IPTS/ Universiti Swasta jika saya mendapat C- dalam subjek Pengajian Am? Keseluruhan PNGK saya pula ialah 2.33, terima kasih. 🙂

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Kelayakan masuk ke universiti swasta mungkin berbeza mengikut kursus yang ditawarkan. Jadi, sama ada anda layak atau tidak, ianya bergantung kepada syarat kelayakan minima yang ditetapkan. Anda boleh cuba melihat syarat kursus di laman sesawang rasmi mana-mana universiti swasta yang anda minati. Harap membantu.

  82. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya, bolehkan saya menyambung pengajian ke peringkat ijazah dengan menggunakan keputusan STPM walaupun semasa SPM saya memperolehi keputusan gred F bagi subjek Matematik?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Selagi anda memenuhi syarat untuk memohon bagi kemasukan ke peringkat ijazah dengan menggunakan keputusan STPM, maka anda tak perlu risau tentang keputusan yang anda perolehi semasa SPM.

  83. Salam, saya mahu bertanya, kalau keputusan STPM untuk dua subjek termasuk Pengajian Am ialah 3.0 ke atas serta dua lagi sekadar memperolehi 1.0 sahaja, adakah saya masih boleh mendapat kerja kerajaan?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Selagi anda memenuhi syarat untuk memohon bagi perkerjaan tersebut, anda masih mempunyai peluang. Terus berusaha dan mencuba. Saya doakan anda berjaya mendapat pekerjaan dan dipermudah segala urusan. Amin.

  84. Salam, saya mahu bertanya jika keputusan STPM saya ialah CGPA 1.92, bidang apa yang saya layak memohon?

  85. Assalamualaikum. Saya mendapat keputusan CGPA 1.92 dalam STPM. Adakah saya layak memohon mana-mana universiti untuk menyambung pelajaran? Saya memperolehi gred F bagi subjek ekonomi. Saya betul-betul berminat untuk menyambung pelajaran. Apa saya perlu buat?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pembacaan saya, syarat minima untuk kemasukan ke IPTA bagi lepasan STPM, mestilah memperolehi CGPA 2.0 sekurang-kurangnya. Jadi, sekiranya anda memperolehi kurang dari CGPA tersebut, anda boleh mencuba untuk memohon kemasukan ke kolej swasta. Harap membantu.

  86. Hai. Bolehkah saya tanya tentang sijil STPM laku berapa tahun? Bolehkah saya memohon lagi UPU atau universiti swasta?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Sijil STPM tiada tarikh luput. Anda boleh gunakan keputusan STPM tersebut untuk memohon UPU ataupun mana-mana universiti swasta asalkan anda memenuhi syarat ditetapkan. Hal yang menjadi halangan, hanya apabila sekiranya terdapat syarat tambahan seperti had minima umur untuk permohonan kemasukan. Harap membantu.

  87. Assalamualaikum. Saya telah membaca keseluruhan isi blog ini dan menarik perhatian saya untuk menyambung ke tingkatan 6. Baru-baru ini saya memperoleh tawaran ke Tingkatan 6 bagi aliran Sains. Namun keputusan SPM saya untuk semua subjek Sains Tulen ialah gred C dan Matematik Tambahan pula ialah gred D. Adakah saya mampu membawa aliran Sains untuk tingkatan 6 nanti?

  88. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah D+ dalam Pengajian Am dikira lulus dan boleh menerima sijil STPM?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Setelah merujuk Peraturan Peperiksaan STPM 2020, pada perkara No. 21, sijil STPM akan dianugerahkan kepada calon yang mendapat sekurang-kurangnya lulus sebahagian dalam satu mata pelajaran. Lulus sebahagian ini maksudnya seseorang calon itu memperolehi gred C-, D+ dan D.

  89. Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Saya menyambung pengajian di Tingkatan 6. Masuk bulan ini, saya berada di semester 2. Saya ingin menjadi guru Seni. Persoalannya berapakah pointer yang perlu saya dapat untuk melanjutkan pelajaran bawah bidang pendidikan dan subjek apakah yang saya perlu tumpukan selain subjek Seni untuk menjadi guru Seni. Untuk pengetahuan, saya sekarang mengambil subjek Geografi, Sejarah, BM, Seni, MUET dan Pengajian Am.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Jika anda mahu menjadi guru Seni dengan melanjutkan pengajian di IPG. Berikut ialah syarat yang ditetapkan. Namun, kemasukan hanya menggunakan keputusan SPM.

      https://pismp.moe.gov.my/BIDANG_TAWAR.cfm?BUKA=1&KODBIDANG_C=&NPP_C=SENI&ALIRAN_C=&CATATAN_C=

      Untuk lepasan STPM, boleh mohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) di UPSI. Berikut ialah syarat yang ditetapkan.

      https://bhea.upsi.edu.my/wp-content/uploads/2020/10/FSKIK.pdf

    1. Terima kasih kerana bertanya. Untuk kemasukan ke universiti awam bagi peringkat ijazah mungkin tidak lepas kerana syarat minimum ialah sekurang-kurangnya PNGK 2.00. Namun masih terdapat pilihan lain seperti menyambung pelajaran di peringkat diploma.

  90. Dalam permohonan UPU, saya tidak dipanggil temu duga untuk kursus yang mempunyai temu duga. Adakah saya masih berpeluang untuk mendapat panggilan untuk kursus tersebut walaupon tidak dipanggil temu duga. Terima kasih.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Kebiasaannya jika sesuatu kursus yang ditawarkan itu, dinyatakan bahawa terdapat panggilan temu duga, maka hanya mereka yang layak ditawarkan akan dipanggil temu duga. Sekiranya anda tidak dipanggil untuk ditemu duga, maka peluang untuk ditawarkan kursus tersebut adalah agak rendah. Harap membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *