Kehidupan di Institut Pendidikan Guru (IPG)

Selamat tahun 2021.

Sila lihat dahulu pertanyaan yang telah diajukan di ruangan komen di bawah sebelum mengajukan soalan anda.

Apa khabar rakan-rakan? Pada kiriman kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kehidupan sebagai pelajar IPG. Mulanya, apa yang anda semua perlu tahu adalah apabila anda sudah memilih untuk memasuki ke IPG maka bermakna anda sudah mempunyai cita-cita yang tetap iaitu ingin menjadi guru. Bagi pengetahuan anda, hidup sebagai pelajar IPG mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

STRUKTUR KURSUS

Bagi struktur kursus pelajar IPG terbahagi kepada 3:

1. Subjek Teras.

2. Subjek Akademik.

3. Kokurikulum.

1. Subjek Teras:

Terdapat 7 subjek teras yang akan dipelajari semasa Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Keistimewaan subjek teras ialah tiada peperiksaan akan dijalankan bagi ketujuh-tujuh subjek teras tersebut. Keseluruhan markah hanya berdasarkan kepada kerja khusus.

7 subjek teras itu ialah Pendidikan Islam/Pend. Moral (TAR), English Language Proficiency (TBI), Bahasa Melayu Kontekstual (TBM), Kemahiran Generik (Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar, dan Kompetensi Kecerdasan Emosi), Pengantar Pendidikan (TAP), Basic Mathematics (TMT), dan Pendidikan Jasmani Asas (TPJ).

2. Subjek Akademik:

Bagi subjek akademik, subjek-subjek yang akan diambil oleh pelajar IPG adalah berbeza mengikut opsyen/kursus yang akan diambil semasa di peringkat ijazah. Secara umumnya para pelajar akan mengambil 6 subjek akademik. Perbezaan yang ketara bagi subjek akademik ialah bagi setiap subjek akademik akan dijalankan peperiksaan. Selain itu, markah keseluruhan juga akan diambil kira daripada kerja khusus yang dilakukan.

3. Kokurikulum:

Bagi saya, salah satu perbezaan yang utama apabila kita bandingkan pelajar IPG dengan pelajar-pelajar di universiti lain ialah para pelajar IPG mempunyai waktu khusus yang diperuntukkan khas untuk aktiviti kokurikulum dan dimasukkan dalam jadual pembelajaran seharian.

Bagi pengetahuan anda, aktiviti kokurikulum yang dijalankan terbahagi kepada 2 iaitu Persatuan dan Permainan.

SUASANA PEMBELAJARAN

1. Ahli kelas:

Secara keseluruhan, ahli bagi setiap kelas adalah lebih kurang seramai 20 orang sahaja.

2. Panggilan:

Untuk pengetahuan anda semua, para pelajar IPG tidak dipanggil dengan gelaran ‘Pelajar’. Sebaliknya, para pelajar IPG dipanggil dengan panggilan ‘Guru’. Manakala para pensyarah yang mengajar di IPG dipanggil ‘Encik’, ‘Puan’, ‘Tuan Haji’, ‘Dr.’, ‘Ustaz’ atau ‘Ustazah’.

3. Kolej Kediaman:

Setiap pelajar IPG akan tinggal di kolej kediaman yang disediakan tertumanya para guru pelatih baharu. Memang tidak dinafikan terdapat juga para pelajar yang tidak tinggal di kolej kediaman terutamanya mereka yang berada di Semester 4 dan ke atas yang mengambil kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP). 

Setiap satu bilik akan ditempatkan seramai 2 orang sahaja dan kemungkinan terdapat bilik yang hanya untuk seorang guru pelatih sahaja.

4. Aktiviti Lain:

Seperti di universiti atau pusat pembelajaran yang lain, di IPG juga menyediakan persatuan/ kelab/ permainan untuk membolehkan para pelajar melibatkan diri. Dengan adanya aktiviti berpersatuan menunjukkan bahawa IPG bukan sahaja mementingkan prestasi akademik, bahkan prestasi kokurikulum juga.

KELEBIHAN MEMILIH GURU

1. Elaun:

Antara kelebihan utama apabila anda belajar di IPG ialah anda akan diberikan elaun pada setiap bulan sepanjang kurus PPISMP & PISMP (selama 5 1/2 tahun). Elaun yang diberi adalah mengikut tempat anda belajar.Contohnya apabila anda belajar di IPG Kampus Kota Bharu, anda akan diberikan elaun sebanyak RM430 sebulan(bagi pelajar kursus PPISMP). Bagi para pelajar yang tinggal di IPG yang terletak  di Kuala Lumpur pula, elaun yang diberikan akan lebih tinggi daripada RM 430 sebulan.

Para pelajar yang mengikuti kursus PISMP akan menerima elaun yang lebih tinggi daripada pelajar yang mengikuti kursus PPISMP. Contohnya, pelajar PISMP di IPG Kampus Kota Bharu akan menerima elaun sebanyak RM630 sebulan berbanding RM430 sebulan bagi para pelajar yang mengikuti kursus PPISMP.

Jadi, apabila tamat pengajian para pelajar IPG tidak perlu risau mengenai masalah pinjaman yang perlu dijelaskan. Sebaliknya, hanya perlu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara lain.

2. Sesi Pembelajaran:

Sesi pembelajaran di IPG bermula pada 7.45 pagi sehingga 1.00 petang. Hal ini adalah kerana ingin mendidik para pelajar IPG membiasakan diri dengan waktu pekerjaan sebenar yang akan ditempuhi semasa sudah bergelar guru. Para pelajar tidak dibenarkan keluar daripada kawasan sekolah (di IPG tempat belajar dipanggil ‘Sekolah’) antara waktu 7.45 pagi-1.00 petang.

Walau bagaimanapun, terdapat juga para pelajar yang masih mempunyai sesi pembelajaran sehingga 6.00 petang (kebiasaannya hanya para pelajar yang mengambil kursus PPISMP).

3. Jaminan Pekerjaan:

Antara kelebihan utama apabila anda memilih untuk belajar di IPG ialah anda akan mempunyai jaminan pekerjaan di masa hadapan. Anda tidak perlu risau mengenai masalah pengangguran apabila sudah menamatkan pengajian. Hal ini adalah berbeza dengan graduan daripada universiti lain yang perlu berani untuk menceburi bidang pekerjaan yang berbeza dengan bidang pengajian yang diambil semasa di universiti disebabkan kemungkinan bidang pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian diambil sudah pun penuh. 

Nota: Apapun, yang penting ialah anda mesti berusaha melakukan yang terbaik bagi memperolehi hasil yang terbaik. Jaminan pekerjaan adalah salah satu isu pada masa kini kerana para lepasan IPG perlu bersaing dengan lepasan kursus perguruan sama ada di IPTA atau IPTS.

4. Peperiksaan MUET:

Bermulanya pada tahun 2012, para pelajar yang belajar di IPG tidak perlu menduduki peperiksaan MUET. Para pelajar hanya perlu menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat IPG.

5. Waktu Cuti:

Waktu cuti para pelajar IPG ialah sama dengan waktu cuti para pelajar yang belajar di sekolah menengah/rendah. Hal ini adalah berbeza dengan waktu cuti para pelajar yang belajar di universiti lain. Mereka kebanyakan hanya mempunyai cuti akhir semester atau cuti peristiwa-peristiwa tertentu.

5. Peluang untuk Melanjutkan Pelajaran:

Bagi pengetahuan anda semua, mana-mana guru layak untuk melanjutkn pelajaran di bawah satu program khas seperti Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Program Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTG TB). Program khas ini membolehkan para guru melanjutkan pelajaran dengan lebih mudah daripada peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat Doktor Falsafah. Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web berikut ini.

637 thoughts on “Kehidupan di Institut Pendidikan Guru (IPG)

    1. Salam sejahtera. Adakah petempatan pelajar IPG berdasarkan mata pelajaran yang dipilih. Contohnya, jika saya memilih opsyen Bimbingan & Kaunseling atau Pendidikan Awal Kanak-Kanak, jadi dimanakah kampus yang akan saya ditempatkan?

      1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, pemilihan IPG mana yang akan mengambil opsyen tertentu adalah bergantung kepada tahap kesediaan tenaga pengajar dan kemudahan pengajaran bagi opsyen tersebut. Jadi, pun kurang pasti IPG mana yang akan terpilih untuk menempatkan guru-guru pelatih bagi opsyen Bimbingan & Kaunseling atau Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

        1. Salam sejahtera. Mungkinkah pelajar lepasan SPM yang hanya mendapat 3A dapat ditawarkan untuk IPG?

          1. Terima kasih kerana bertanya. Jika mengikut syarat permohonan yang dikeluarkan IPG, anda perlu mendapat sekurang-kurangnya gred cemerlang iaitu merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran SPM bagi melayakkan anda melanjutkan pelajaran ke IPG. Jadi, jika keputusan yang diperoleh adalah di bawah dari syarat yang ditetapkan, maka kemungkinan untuk permohonan anda diterima adalah sangat tipis. Harap membantu.

          2. Adakah pelajar lepasan diploma boleh melanjutkan pelajaran di IPG. Adakah permohonan serta tempoh belajarnya sama seperti pemohon lepasan SPM. Terima kasih atas jawapan.

          3. Terima kasih kerana bertanya. Maaf. Permohonan masuk ke IPG hanya menggunakan keputusan SPM. Jadi, pelajar lepasan diploma tidak dapat melanjutkan pelajaran di IPG.

        2. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya kalau lepasan SPM, mahu masuk IPG, berapa lama masa diambil untuk belajar di IPG?

          1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Tempoh pengajian ialah selama 5 tahun iaitu sebanyak 15 Semester yang dibahagikan kepada 1 tahun program persediaan dan 4 tahun program ijazah.

      2. Salam. Saya mahu tanya. Berapakah tahap yang diperlukan untuk lulus beep test bagi perempuan? Adakah peringkat 3 ke atas? Saya baru sahaja menduduki UCKG beberapa hari yang lepas.

        1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Bagi pengetahuan anda peringkat minimum beep test bagi perempuan ialah tahap 5. Namun, anda tidak perlu terlalu risau jika anda tidak melepasi tahap tersebut kerana banyak faktor lain yang turut diambil kira.

      3. Salam sejahtera. Apakah bahasa yang akan digunakan semasa temu duga jika saya mengambil Bahasa Cina?

        1. Pertamanya maaf kerana lambat memberikan jawapan. Seterusnya, saya rasa anda sudah pun menghadiri temu duga tersebut. Jadi, boleh anda berkongsi maklumat berkaitan temu duga tersebut supaya dapat dimanfaatkan oleh orang lain?

      4. Salam Sejahtera. Saya berusia 30 tahun dan sudah memiliki Ijazah Sarjana Muda namun masih berminat untuk menyambung pelajaran di IPG bagi mendalami bidang pendidikan bahasa Melayu. Adakah saya layak untuk memohon bagi kemasukan tahun 2018? Adakah terdapat had umur untuk pemohon? Mohon pencerahan. Terima kasih.

        1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Bagi pengetahuan anda, setakat hari ini IPG hanya menjalankan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Jadi, memandangkan anda sudah pun mempunyai ijazah tersebut anda boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana di mana-mana universiti awam atau swasta yang diiktiraf.

          1. Terima kasih kerana bertanya. Berpandukan syarat minima yang ditetapkan oleh pihak IPG, pemohon perlu sekurang-kurangnya memperolehi gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran. Namun, tiada masalah untuk mencuba menghantar permohonan walaupun kurang memenuhi syarat.

    2. Saya ingin bertanya, untuk tarikh temu duga, sekiranya kita mempunyai urusan penting pada hari tersebut, bolehkah kita meminta untuk ditukarkan hari temu duga tersebut?

      1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Saya nasihatkan cuba terus menghubungi pihak tempat anda akan ditemu duga. Jika, alasan yang diberikan anda munasabah, terdapat kemungkinan permohonan pertukaran tarikh temu duga boleh dipertimbangkan. Semoga berjaya.

  1. Saya lepasan SPM. Saya teringin menjadi guru Biologi. Jadi, macam mana? Hal ini adalah kerana saya mendapati IPG hanya mengeluarkan guru-guru yang akan mengajar sekolah rendah. Saya kurang faham. Mohon penjelasan. 🙂

    1. Maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Sekiranya anda masih lagi memerlukan jawapan ini, sila balas komen ini.

        1. Sekiranya anda ingin menjadi guru bagi subjek Biologi, anda boleh melanjutkan pelajaran di UPSI dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Biologi). Hal ini adalah kerana subjek Biologi tidak diajar di sekolah rendah dan IPG hanya mengeluarkan bakal guru yang akan mengajar di sekolah rendah.

      1. Saya mahu tahu sekiranya salah satu status bidang permohonan saya gagal, adakah saya masih berpeluang memohon IPG?

        1. Setakat pengetahuan saya, akan terdapat tempoh masa bagi para calon yang gagal untuk membuat rayuan bagi kemasukan ke IPG.

          1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Pemberitahuan sekiranya terdapat peluang untuk membuat rayuan bagi kemasukan PPISMP tahun 2020 akan dimaklumkan melalui laman rasmi.

            https://pismp.moe.gov.my/

            Harap membantu.

          2. Saya ingin bertanya. Jika permohonan telah diterima. Cumanya dalam borang kesihatan ditulis tentang penyakit tumor otak. Adakan terdapat kesan pada perjanjian IPG yang telah dihantar?

          3. Terima kasih kerana bertanya. Pertamanya tahniah kerana anda berjaya ditawarkan kemasukan ke IPG. Cumanya saya pun kurang pasti tentang kesan secara langsung terhadap perjanjian yang telah dipersetujui dengan IPG kerana memandangkan saya tidak pasti kandungan perjanjian IPG yang terkini. Namun, nasihat saya, anda boleh terus berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar di tempat IPG yang ditawarkan kepada anda untuk mendapatkan maklumat lanjut. Harap membantu.

      2. Tiada masalah. Beliau tidak balas. Saya balas. Saya mahu penjelasan? IPG hanya keluarkan guru sekolah rendah sahaja?

        1. Waalaikumussalam. Bagi opsyen Bahasa Melayu terdapat 16 kursus yang berbeza seperti BMM3117 (Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah), BMM3103 (Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah) dan lain-lain.

      3. Assalamualaikum. Saya merupakan lepasan STPM dengan PNGK 2.50 yang berumur 20 tahun. Saya bekerja tetap sebagai guru taski swasta. Saya ingin menyambung ijazah dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Adakah terdapat peluang untuk saya menyambung pelajaran ke IPG? Mohon penjelasan.

  2. Saya mahu bertanya, sekiranya saya tidak dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bahasa Inggeris tetapi hanya biasa sahaja kerana saya tidak begitu mahir dalam bahasa ini, adakah kita masih boleh meneruskan pengajian di IPG dan menjadi guru? Saya mengambil bidang Matematik dan saya sangat menyukai subjek ini. Please reply thank you.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Anda perlu memastikan diri anda memperolehi keputusan sekurang-kurangnya lulus bagi meneruskan pengajian. Sekiranya anda gagal dalam kertas tersebut, anda masih diberikan satu lagi peluang untuk menduduki peperiksaan semula. Bagi mengetahui sistem penggredan IPG, sila layari alamat berikut:

      http://219.92.7.20/items/umum/makPep.php?c=1

    2. Saya telah memohon melanjutkan pelajaran ke IPG. Syaratnya mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 5A dalam mana-mana mata pelajaran. Seterusnya, subjek BM dan Sejarah sekurang-kurangnya perlu mendapat C, manakala subjek BI sekurang-kurangnya lulus.

    3. Anda telah memilih Matematik, jadi keputusan subjek Matematik dan Matematik Tambahan anda mestilah sekurang-kurangnya A-.

      1. Saya pelajar dari Sabah. Sekiranya saya memohon IPG, bolehkah saya memohon IPG semenanjung atau lagi tepat mana-mana IPG yang saya pilih?

        1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Bagi pengetahuan anda, tempat IPG yang ditawarkan adalah bergantung kepada opsyen yang anda ambil. Seterusnya ia juga bergantung kepada keputusan yang telah ditetapkan dalam mesyuarat mengenai pembahagian opsyen mengikut kampus.

          1. Assalamualaikum. Terima kasih atas pencerahan yang diberikan. Info yang diberi amat membantu saya. Bilakah tarikh untuk menyemak keputusan bagi pelajar yang berjaya untuk ujian yang seterusnya? Adakah tiada rayuan untuk pelajar yang tidak berjaya? Terima kasih.

          2. Waalaikumussalam. Silalah sentiasa melayari laman rasmi KPM bagi melihat tarikh semakan bagi temuduga program PISMP. Apapun, saya minta maaf kerana saya pun tidak pasti sama anda boleh membuat rayuan atau tidak sekiranya anda tidak berjaya.

          3. Hai, sekiranya saya mahu melanjutkan pelajaran di IPG dalam bahasa Perancis, adakah saya boleh menyambung pelajaran di Perancis juga? Jika ya, bagaimana caranya? Berapa had bilangan pelajar yang akan terpilih untuk dihantar ke sana?

          4. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Berdasarkan carian saya, terdapat satu program yang ditawarkan KPM iaitu Program Kembar Praperkhidmatan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Perancis. Cumanya program tersebut ditawarkan pada tahun lepas. Sila rujuk maklumat berikut:

            https://pismp.moe.gov.my/iklan_pra_kembar.cfm

            Berkaitan had bilangan pelajar yang akan dipilih, ianya mungkin bergantung kepada keperluan. Harap membantu.

      2. Maaf bertanya lagi. Sekiranya berjaya menjadi cikgu, adakah saya boleh meminta untuk mengajar di semenanjung walaupun saya berasal dari Sabah? Apakah jadual tetap pelajar IPG? Adakah saya dapat keluar dari kampus sekiranya tiada kelas?

        1. Anda boleh memohon untuk mengajar di semenanjung. Tiada masalah. Bagi pengetahuan anda, jadual pembelajaran di IPG hampir serupa seperti di sekolah dahulu. Anda akan memulakan kuliah pada jam 7.45 pagi dan tamat paling lewat pada jam 4 petang. Namun, ia tertakluk kepada subjek yang anda ambil pada semester tersebut. Seterusnya, sekiranya anda melanjutkan pengajian di IPG Kampus Kota Bharu, pada hari kuliah anda hanya boleh keluar dari kampus selepas jam 1 petang.

  3. Saya mahu minta pendapat. Setiap seseorang itu perlu memilih subjek yang ingin diajar, betul? Boleh saya tahu subjek mana yang kurang saingan dan lebih tinggi peluang untuk berjaya selain dari Pendidikan Khas & Pra-Sekolah? Terima kasih.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini.

        1. Maaf, sebenarnya saya pun kurang pasti mengenai subjek mana yang kurang saingan dan lebih tinggi peluang untuk berjaya.

    1. Bagi makluman anda, sesiapa yang melanjutkan pelajaran di IPG tidak perlu membayar yuran pengajian bagi setiap semester. Semuanya adalah ditanggung.

  4. Adakah IPG hanya menawarkan kerjaya sebagai guru sekolah rendah sahaja? Hal ini adalah kerana saya berminat untuk menjadi guru sekolah menengah.

  5. Adakah saya perlu membeli nombor pin di BSN bagi memohon secara atas talian untuk SPM 2014?

    Macam mana pula yang ingin memohon program penghantaran pelajar cemerlang ke universiti terkemuka luar negara?

      1. Saya merupakan pelajar SPM 2013. Saya pernah memohon IPG pada 2014 dalam subjek Matematik. Namun saya tidak berjaya terpilih untuk ke IPG. Adakah saya perlu memohon lagi pada tahun ini dalam subjek yang sama? Atau mungkin lebih baik saya menukar subjek lain yang lebih mudah untuk diserap masuk. Terima kasih

        1. Nasihat saya ialah pilihlah sesuatu yang anda minati. Hal ini adalah kerana keputusan anda pada hari ini akan menentukan apa yang anda akan jadi pada 5 tahun yang akan datang sekiranya anda terpilih bagi melanjutkan pelajaran di IPG. Sesuatu perkara yang memang minat anda akan menjadikan anda lebih bersemangat dan bermotivasi untuk mendalami segala ilmu berkaitan dengan minat anda itu.

          Apapun, boleh dikongsikan adakah sekarang anda sedang melanjutkan pelajaran di mana-mana institut pengajian?

    1. Mahu bertanya, apabila sudah tamat pengajian bagi PISMP selama lima tahun, berapakah minimum tahun bekerja sebelum boleh berhenti?

      1. Setelah tamat pengajian PISMP selama 5 tahun, anda perlu berkhidmat dengan kerajaan sekurang-kurangnya 4 tahun. Jika anda berhenti dalam situasi melanggar syarat perjanjian sebelum cukup masa yang ditetapkan, anda boleh dikenakan denda RM110000. Sila rujuk borang perjanjian pendidikan guru KPM:

        http://www.ipbl.edu.my/portal/pendaftaran/Jun2015/04%20Borang%20Perjanjian%20Pendidikan%20Guru%20KPM%20PPISMP.pdf

        Namun, hal ini tertakluk kepada perubahan terkini.

  6. Saya melanjutkan pelajaran di UiTM puncak alam dalam program Asasi Sains tetapi saya tidak dapat menghabiskan program tersebut atas kegagalan saya pada subjek Biologi semasa peperiksaan akhir semester 1. Jadi, saya meletakkan harapan yang tinggi untuk IPG pada tahun ini. 🙂

    1. Pertamanya, terima kasih kerana memberikan pandangan. Apabila dilihat kepada pelajar lepasan IPG, kemungkinan kita akan mendapati terdapat mereka yang masih belum menerima sebarang tawaran bekerja. Hal ini mungkin adalah kerana pelbagai faktor. Apapun, apabila melanjutkan pelajaran dalam mana-mana bidang pun, sepatutnya kita mesti melakukan yang terbaik bagi memperoleh keputusan yang memuaskan pada penghujungnya.

  7. Assalamualaikum. Sekarang sudah tahun 2015, apakah subjek yang diberikan keutamaan oleh KPM untuk lepasan SPM 2014? Subjek apakah yang mempunyai kekurangan guru? Pada bilakah subjek Sejarah diperkenalkan di IPG?

      1. Sekiranya selepas tamat pengajian, bolehkah pelajar tidak mengikuti temuduga SPP? Atau tidak mahu bekerja sebagai guru? Ada tindakan yang akan dikenakan ?

        1. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, selepas menamatkan pengajian di IPG, pelajar terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangan semasa di awal pendaftaran. Sila rujuk terma perjanjian untuk maklumat lebih lanjut. Jika tidak salah, pelajar yang secara sengaja tanpa sebab yang munasabah, jika dia memilih untuk berhenti menjadi guru maka akan terdapat denda yang akan dikenakan.

    1. Waalaikumussalam. Bagi pengetahuan anda, PPISMP merujuk kepada Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Manakala, PISMP pula merujuk kepada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

        1. PPISMP boleh dimohon oleh sesiapa sahaja dengan menggunakan keputusan SPM selagi umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2020 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2000.

    1. Maaf, saya pun tidak pasti. Sila hubungi Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar bagi mendapatkan maklumat lanjut.

      No. Telefon: 03-8312 6720/6758/6731/6733/6769/6723/6760

  8. Saya adalah pelajar program PPISMP ambilan Jun 2011. Namun, oleh kerana masalah kesihatan, saya terpaksa menangguhkan sesi pembelajaran bagi semester yang lepas. Jadi, sekarang saya mahu menyambung semula pengajian. Boleh saudara senaraikan kampus yang mempunyai opsyen PISMP Bimbingan dan Kauseling? Sebagai maklumat tambahan, semasa Jun 2015 ini saya akan berada di semester 4.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maaf kerana saya tidak pasti. Nasihat saya adalah agar saudara menghubungi pihak KPM bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

    2. Ayie dapat mana dulu? IPG Kampus Darulaman? Sy pun melanjutkan pelajaran dalam opsyen Kaunseling Jun 2011 di kampus tersebut. Semasa hari pendaftaran, mentor saya menyatakan terdapat 2 orang yang tidak dapat mendaftar. Mungkin Ayie orang tersebut?

      1. Boleh saya bertanya. Kalau mahu ambil kursus untuk subjek Matematik, akan ada apa lagi subjek yang perlu dipelajari? IPG manakah yang menawarkan kursus tersebut?

        1. Terima kasih kerana bertanya. Untuk senarai subjek yang perlu diambil, ianya akan disusun oleh pihak IPG. Pelajar tidak perlu risau atau berebut untuk memilih subjek. IPG yang menawarkan kursus Matematik pula, ditetapkan oleh pihak IPGM. Boleh jadi masih IPG yang sama seperti tahun sebelumnya atau IPG yang lain pula.

  9. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya macam mana, sekiranya mahu menjadi guru di sekolah menengah. Saya ialah lepasan SPM 2014. Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Caranya adalah dengan mengikuti program perguruan peringkat ijazah yang ditawarkan di universiti-universiti yang terpilih.

      1. So, this means that after IPG, we have to find any university that offers that programme? I don’t know how this works. May you explain more about this matter?

        1. First of all, thank for visiting and reading this article. However, I’m not fully understand your question. For you information, after you have finished your studies at IPG, you will have to wait for the job offer from KPM.

      1. Salam. Saya mahu bertanya, sebelum mengikuti program PISMP ini, akan terdapat program UKCG? 23-29 Mac ini adalah merupakan tarikh semakan kelayakan untuk menduduki ujian tersebut. Jadi, macam mana mahu membuat semakan tersebut?

      2. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya untuk para pelajar IPG ambilan tahun 2017 ini masih lagi diberikan elaun ke bagi PPISMP? Soalan kedua adakah elaun ini juga akan diberikan lagi kepada pelajar IPG sesi 17/18 bagi PISMP kerana terdapat khabar angin yang menyatakan elaun hanya akan diberikan ketika program persediaan sahaja manakala bagi ijazah perlu memohon PTPTN?

        1. Waalaikumussalam, pertamanya terima kasih kerana bertanya. Selagi belum terdapat kenyataan rasmi dan surat hitam putih, maka saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Cuma sehingga hari ini, elaun masih lagi diberikan kepada semua guru pelatih IPG. Harap membantu.

  10. Saya mahu bertanya, adakah IPG boleh memberi peluang kepada calon yang ingin memohon untuk PPC walaupun hanya memiliki keputusan SPM 5A? Saya berminat untuk mengambil subjek bahasa Perancis dan saya telah mempunyai sijil Delf sehingga B1. Namun saya tidak bernasib baik untuk mendapat minima 7A. Adakah permohonan saya akan ditolak terus? Mohon penjelasan,terima kasih.

    🙂

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Maaf, saya tidak pasti. Pada pendapat saya, permohonan anda boleh dipertimbangkan walaupun anda memperolehi 5A. Hal ini memandangkan anda telah telah mempunyai sijil Delf sehingga B1. Namun, nasihat saya adalah supaya menghubungi pihak KPM bagi mendapatkan maklumat lanjut.

      1. Salam, terima kasih atas balasan tempoh hari. Saya telah diterima untuk menjalani UKCG pada 30 Mac nanti. Namun, saya ingin tahu adakah IPG menerima permohonan PPC saya ataupun mempertimbangkan pilihan kedua saya iaitu bahsa inggeris? Hal ini adalah kerana jika dilihat semula saya memohon untuk PPC dengan 5A sahaja.

        1. Pertamanya, tahniah kerana anda berjaya bagi tapisan pertama. Apapun, saya minta maaf kerana saya tidak pasti. Jika melihat kepada syarat minimum program tersebut, maka anda perlu memperolehi sekurang-kurang 7A. Nasihat saya adalah supaya menghubungi pihak KPM bagi mendapatkan maklumat lanjut.

    1. Para pelajar lepasan IPG akan mengajar di sekolah rendah. Sekiranya anda mahu mengajar di sekolah menengah, anda boleh mengambil kursus berkaitan perguruan di IPTA/ UA.

  11. Semakan untuk IPG 2015 sudah keluar tetapi saya tidak boleh melayari laman sesawang tersebut. Pada laman rasmi KPM juga tiada pengumuman tentang semakan IPG 2015. Jadi, macam mana? Mohon bantuan.

  12. Assalamualaikum. Berkenaan waktu cuti di IPG, adakah sama dengan waktu cuti pelajar sekolah rendah & menengah seperti yang anda nyatakan di atas? Adakah pelajar IPG turut bercuti apabila tiba cuti Hari Raya?

    Info: Semakan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2015 bermula dari 24 Mac 2015 hingga 30 Mac 2015. Ianya telah ditunda, sepatutnya pada 23 Mac 2015. Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih atas info yang diberikan. Bagi pengetahuan anda, cuti para pelajar di IPG adalah sama seperti cuti persekolahan. Selain itu, para pelajar juga akan bercuti apabila tiba cuti Hari Raya.

  13. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, biasanya kampus untuk kursus Sejarah serta Bimbingan dan Kaunseling di mana?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya minta maaf kerana saya pun tidak pasti.

      Setakat pengetahuan saya, kursus tersebut terdapat di IPG Kampus Kota Bharu. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, saya nasihatkan anda supaya menghubungi pihak KPM. Bagi pengetahuan anda, satu mesyuarat akan diadakan pada setiap tahun bagi menentukan setiap kursus itu akan berada di kampus yang tertentu. Jadi, tempat sesuatu kursus itu boleh berubah-ubah dan tidak tetap.

  14. Terima kasih. Saya sudah membuka laman web IPG utk semak kelayakan UKCG tetapi tiada ruang semakan. Jadi bagaimana? Adakah terdapat waktu tertentu untuk membuat semakan?

  15. Assalamualaikum. Saya telah menyemak status semakan ke UKCG tetapi ia memaparkan nama orang lain. Jadi, macam mana saya mahu tahu bahawa saya berjaya atau sebaliknya?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya tidak pasti mengenai masalah anda. Sekiranya anda sudah log masuk ke akaun anda bagi membuat semakan, maka sepatutnya nama yang dipaparkan ialah nama anda. Sekiranya terdapat sebarang masalah, saya nasihatkan anda supaya menghubungi pihak KPM dengan segera.

  16. Assalamualaikum. Saya telah menyemak status semakan panggilan UKCG saya tetapi saya tidak terpilih, sedangkan saya mendapat keputusan SPM 7A. Rakan saya yang hanya mendapat keputusan SPM 5A pula telah terpilih untuk menduduki UKCG dan kami memohon di IPG yang sama. Adakah pihak KPM telah membuat kesilapan? Atau adakah terdapat masalah tentang maklumat saya?

  17. Assalammualaikum. Pertamanya, terima kasih kerana berkongsi maklumat mengenai IPG ini. 🙂 Seterusnya saya ingin bertanya, sekiranya saya tidak mendapat keputusan yang bagus sewaktu belajar di IPG ini, adakah saya akan dibuang keluar? Terima kasih. 🙂

    1. Waalaikumussalam. Bagi pengetahuan anda, adalah sangat jarang berlaku kes para pelajar IPG dibuang keluar kerana gagal dalam peperiksaan. Hal ini adalah kerana sistem peperiksaan di IPG adalah berlainan dengan universiti. Pada setiap semester akan terdapat subjek yang mempunyai peperiksaan dan juga subjek yang tiada peperiksaan. Seterusnya terdapat juga tugasan projek yang perlu diselesaikan kerana markahnya akan mempengaruhi keputusan peperiksaan.

  18. Assalmualaikum. Saya akan menghadiri UKCG pada 31 Mac ini. Adakah soalan yang akan diberikan hanya insak sahaja? Apakah yang dimaksudkan dengan M-Test?

    1. Pertamanya, tahniah kerana anda berjaya melepasi tapisan pertamanya. Setakat pengetahuan saya, semasa UCKG akan terdapat 3 sesi sahaja:

      1. Sesi ujian bertulis.
      2. Sesi ujian kecergasan.
      3. Sesi ujian amali iaitu hanya bagi calon-calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

      Boleh dikongsikan anda akan menjalani UKCG di mana dan apakah jenis subjek yang dipohon? Apapun, saya doakan anda berjaya.

      1. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah berkongsi maklumat. Saya ingin bertanya, saya lepasan SPM 2015. Saya ditawarkan opsyen Pendidikan Islam. Maka, adakah akan terdapat ujian amali seperti yang dinyatakan?

        1. Setakat pengetahuan saya, ujian amali akan diadakan selepas anda berjaya melepasi ujian kecergasan. Ia akan diadakan pada hari sesi temuduga.

  19. Assalamualaikum. Terima kasih atas info yang berguna ini. Saya telah ditawarkan ke UKCG pada 6 April ini. Apakah persediaan yang perlu saya lakukan untuk menghadapi UKCG dan ujian fizikal nanti?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih. Silalah berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Pertamanya, tahniah kerana anda berjaya melepasi tapisan pertama. Saya nasihat anda agar menjadi seorang guru yang bukan hanya sekadar pandai mengajar bahkan juga dapat menjadi contoh tingkah-laku yang terpuji bagi para pelajar. Silalah tidur awal agar anda lebih bertenaga semasa UKCG. Jangan terlalu risau memikirkan apa yang bakal anda hadapi. Saya doakan anda berjaya.

  20. Salam. Saya akan menjalani UKCG pada 30 Mac ini di ILP Kota bharu. Adakah saudara akan terlibat sebagai urusetia pada hari tersebut? Maaf bertanya.

    1. Terima kasih atas info. Apapun, setakat ini saya memang tidak terlibat secara langsung dengan UKCG pada hari tersebut.

  21. Assalamualaikum. Saya akan menduduki temu duga pada 30/3 ini. Saya memilih bidang Reka Bentuk dan Teknologi. Adakah saya hanya perlu menduduki ujian bertulis dan ujian kecergasan fizikal?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, tahniah kerana anda berjaya melepasi tapisan pertama. Bagi pengetahuan anda, hanya mereka yang ditawarkan subjek Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi UKCG. Selain daripada subjek yang dinyatakan tadi akan menduduki 2 jenis ujian sahaja iaitu ujian bertulis dan ujian kecergasan fizikal.

  22. Assalamualaikum. Saya telah ditawarkan ke UKCG pada 8 April 2015 di kampus IPG Seremban. Soalan pertama, adakah memang dalam surat tawaran tersebut tidak ditulis opsyen yang ditawarkan? Biasanya pada setiap tahun, berapakah bilangan pelajar berjaya ditawarkan pengajian di IPG? Ketiganya, bagaimanakah sistem pembelajaran di IPG? Adakah perlu menghadiri kuliah atau macam mana? Keempat, ujian bertulis semasa UKCG itu, adakah objektif atau subjektif? Kelimanya, adakah semua pelajar dari semester 1 sehingga semester akhir digalakkan tinggal di dalam asrama? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya tahniah kerana anda berjaya melepasi tapisan pertama. Bagi pengetahuan anda, ujian bertulis yang dijalankan semasa UKCG adalah berbentuk objektif yang mempunyai 2 pilihan jawapan sahaja dan berjumlah 130 – 135 soalan. Pengambilan pelajar untuk masuk ke IPG pada setiap tahun adalah berbeza. Ianya bergantung kepada pelbagai faktor. Seterusnya, sistem pembelajaran di IPG hampir serupa seperti di sekolah menengah yang bermula pada jam 7.45 pagi sehingga paling lewat pada jam 4 petang. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada perubahan. Akhirnya, para pelajar memang digalakkan untuk tinggal di dalam asrama selagi masih terdapat kekosongan.

  23. Assalamualaikum. Sekiranya saya memasuki IPG, kemudian saya mendapat tawaran daripada universiti, adakah saya boleh keluar dari IPG untuk memasuki universiti tersebut?

    1. Waalaikumussalam. Kemungkinan anda masih boleh keluar dari IPG selagi anda tidak menandatangani perjanjian dengan pihak KPM.

      1. Assalamualaikum. Sekiranya saya lulus kedua-dua temuduga dan diterima di IPG tetapi saya ingin melanjutkan pelajaran di UA, bolehkah saya menolak tawaran tersebut?

  24. Adakah benar calon UKCG lelaki diutamakan atas faktor kekurangan guru lelaki dan bolehkah saudara berkongsi tips untuk melepasi ujian kecergasan fizikal pada UKCG? Terima kasih. ?

    1. Maaf, maklumat bahawa calon UKCG lelaki lebih diutamakan atas faktor kekurangan guru lelaki adalah tidak tepat. Semua orang perlu bersaing secara sihat. Apapun, tahniah kerana anda berjaya melepasi tapisan pertama. Saya nasihatkan supaya anda bersarapan terlebih dahulu dan tidur awal sebelum hari UKCG.

  25. Sekiranya saya lulus UKCG, adakah saya perlu mengambil ujian lisan pula atau apa-apa ujian lagi? Mohon penjelasan. Terima kasih.

    1. Apabila anda lulus UKCG, maka anda akan dipanggil untuk sesi temu duga yang akan dijalankan secara berkumpulan.

  26. Assalamualaikum. Saya terpilih untuk ujian 31 Mac ini, jadi saya ingin bertanya apakah bentuk soalan bertulis dan adakah soalan dia akan ditanya tentang isu-isu semasa?

    1. Waalaikumussalam. Soalan bertulis semasa UKCG hanya akan bertanya berkaitan personaliti sahaja. Soalannya lebih kurang 135 soalan dan perlu dijawab dalam masa 45 minit. Walaupun namanya bertulis tetapi sebenarnya soalan tersebut berbentuk objektif yang mempunyai 2 pilihan jawapan sahaja bagi setiap soalan.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya minta maaf kerana tidak pasti mengenai cara menjadi guru ICT di sekolah menengah. Namun, sekiranya di sekolah rendah, anda boleh membuat permohonan untuk menjadi guru data yang secara langsung akan terlibat dengan ICT.

  27. Salam, boleh terangkan tentang subjek Reka Bentuk dan Teknologi? Alhamdullilah, saya UKCG pada 6/4/2015. Terima kasih.

    1. Pertamanya tahniah kerana berjaya melepasi tapisan pertama. Bermula pada tahun 2014, tiga subjek baru untuk murid tahun 4 telah diperkenalkan:

      1. Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
      2. Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
      3. Subjek Sejarah.

      Ketiga-tiga subjek ini akan diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sesuai dengan hasrat KSSR untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

      Bagi pengetahuan anda, subjek Reka Bentuk dan Teknologi telah menggantikan subjek Kemahiran Hidup bagi tahun 4 di sekolah rendah. Terdapat 5 topik dalam subjek RBT tahun 4:

      1. Organisasi dan Keselamatan Bengkel.
      2. Asas Teknologi.
      3. Reka Bentuk.
      4. Penghasilan Projek.
      5. Sains Rumah Tangga.

  28. Saya ialah pelajar STPM 2014. Adakah saya mempunyai peluang untuk memilih kursus yang ditawar oleh UPU sekiranya saya telah berjaya ditawarkan PISMP?

  29. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bolehkah saya menukar subjek yang dipohon selepas ujian UKCG atau temuduga?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, anda tidak boleh menukar subjek yang telah dipohon. Namun, anda boleh menyatakan hasrat anda semasa sesi temuduga. Kemudian, terpulang kepada pihak yang menilai untuk membuat keputusan.

  30. Assalamualaikum. Terima kasih atas info yang sangat berguna. Maaf, saya ingin bertanya. Selepas tamat PPISMP, adakah perlu mengambil ijazah sarjana muda? Bagaimana kalau saya memohon IPG tetapi ingin menjadi seorang pensyarah? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Selepas tamat program PISMP anda tidak perlu lagi mengambil program ijazah sarjana muda. Sekiranya anda mahu melanjutkan pelajaran, anda boleh mengambil program ijazah sarjana atau dikenali sebagai master. Seterusnya, setakat pengetahuan saya, bagi melayakkan anda menjadi pensyarah di mana-mana universiti, anda sekurang-kurangnya perlu mempunyai sijil master.

  31. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang sesi temuduga IPG. Bagaimana proses temuduga dijalankan? Apakah persediaan yang perlu saya lakukan? Lagi satu persoalan, saya mengambil subjek Pendidikan Islam. Adakah saya akan ditemuduga tentang bahasa Arab juga? Harap anda dapat membantu. ?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, sesi temuduga akan dijalankan secara berkumpulan. Pihak penemuduga mahu melihat bagaimana anda berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain, personaliti anda, kerjasama dalam kumpulan dan lain-lain. Apapun, saya tidak pasti sama ada pihak penemuduga akan bertanya anda tentang bahasa Arab.

  32. Assalamualaikum. Sekiranya, kita sudah mengajar di sekolah rendah, adakah kita boleh mengajar ke sekolah menengah?

    1. Walaikumussalam. Anda boleh mengajar di sekolah menengah setelah anda menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana terlebih dahulu.

  33. Adakah benar bahawa IPG tidak lagi menawarkan biasiswa/ elaun pada setiap pelajar terutamanya pelajar yang mempunyai keputusan yang tidak memuaskan?

    1. Maaf, maklumat yang anda perolehi tidak tepat. Sebagai pencerahan, selagi anda belajar di mana-mana IPG, anda tetap akan diberikan elaun. Apapun, terima kasih kerana bertanya.

  34. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya. Saya sudah melepasi ujian UKCG. Saya mengambil subjek Seni. BMI saya hanya 16 shaja. Tekan tubi hanya 20 dan ujian yang seterusnya saya memperolehi 12. Ujian ‘Bleep’ saya tidak pasti. Hal ini bermakna markah saya ialah 60 tidak termasuk dengan markah ujian ‘Bleep’. Jadi, adakah saya layak untuk memasuki IPG dengan pencapaian yang tidak memuaskan?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, tahniah kerana anda sudah melepasi tapisan pertamanya. Seterusnya anda perlu melepasi tapisan kedua dan ketiga sebelum ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke IPG. Apapun, bagi maklumat anda, markah anda semasa UKCG akan disenaraikan bersama dengan orang lain. Sekiranya markah anda melepasi tahap yang telah ditetapkan, maka anda akan ditawarkan untuk mengikuti proses temuduga pula.

      1. Apakah ujian yang seterusnya? Saya juga ingin tahu adakah Pendidikan Seni Visual merupakan subjek yang mendapat permintaan tinggi dalam permohonan IPG? Berapa ramai pemohon yang akan dipilih oleh pihak IPG? Adakah pihak IPG akan memilih berdasarkan ujian bertulis dan fizikal sahaja untuk peringkat yang seterusnya? Bagi pengetahuan anda, saya hanya memperolehi 5A dalam peperiksaan SPM yang lepas. Sekiranya boleh, saya mahu mengetahui cara pemarkahannya? Mohon pencerahan. Maaf menganggu dengan perlbagai persoalan. Terima kasih.

        1. Peringkat yang seterusnya selepas UKCG ialah sesi temuduga. Seterusnya, saya minta maaf kerana saya pun tidak pasti sama subjek Pendidikan Seni Visual mendapat permintaan yang tinggi. Secara kasarnya, hanya lebih kurang 2 hingga 3 ribu pelajar sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti program Perguruan Ijazah Sarjana Muda (PISMP) pada tahun ini. Ketiganya, markah anda semasa UKCG memang akan digunakan untuk menilai sama ada anda layak untuk ditemuduga atau sebaliknya. Akhirnya, saya minta maaf kerana saya pun kurang pasti mengenai cara pemarkahan yang dilakukan.

          1. Assalammualaikum. Saya ingin bertanya adakah peluang bagi lulusan SMA terbuka luas bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan Islam di IPG? Mohon pencerahannya.

          2. Waalaikumussalam. Kemungkinan besar lulusan SMA akan lebih diutamakan bagi ditawarkan pengajian dalam bidang Pendidikan Islam di IPG. Namun, ia masih bergantung kepada beberapa aspek lain seperti pencapaian semasa sesi temu duga.

  35. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, sekiranya saya sudah menamatkan pengajian di IPG bagi PISMP, adakah saya boleh menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi? Mohon pencerahan.

    1. Waalaikumussalam. Selepas menamatkan program PISMP, anda boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tiada masalah. Saya pun bercadang mahu melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat PhD.

  36. Mohon maaf. Saya merupakan lepasan tingkatan 5 dan layak menghadiri sesi temuduga. Masalahnya, slip SPM saya telah hilang dan untuk mendapatkan salinan semula, saya perlu menunggu selama 7 hari. Temuduga saya berlangsung pada hari slip tersebut dijangka siap. Soalannya, adakah wajib bagi calon untuk membawa slip SPM ketika sesi temuduga?

    1. Setakat pengetahuan saya, anda memang perlu membawa slip SPM semasa sesi temuduga. Sila cuba membuat permohonan slip SPM yang baharu sekiranya slip SPM yang lama sudah hilang. Ataupun, hanya bawa salinan slip SPM semasa sesi temuduga. Sekiranya panel temuduga bertanya tentang slip SPM yang asli, anda nyatakan kepada mereka mengenai hal yang sebenar.

  37. Assalamualaikum, saya ingin tahu apakah kursus atau subjek yang terdapat dalam PPISMP bagi bidang Pendidikan Jasmani (PJ)? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Ringkasnya, berikut ialah antara kursus major yang bakal anda pelajari sepanjang anda menuntut di IPG sekiranya anda mengambil opsyen PJ:

      1. Kaedah Latihan Kecergasan Fizikal (PJM3101).
      2. Pergerakan Asas (PJM3102).
      3. Olahraga (PJM3103).
      4. Renang (PJM3104).
      5. Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor (PJM3105).
      6. Anatomi dan Fisiologi (PJM3106).
      7. Gimnastik (PJM3107).
      8. Pendidikan Luar (PJM3108).
      9. Permainan Bola Sepak dan Bola Jaring (PJM3109).
      10. Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani (PJM3110).
      11. Terdapat 9 lagi subjek yang lain.

  38. Good evening. Firstly, I would like to say thank you for reading this question. If I have passed the interview of IPG, am I allowed to reject the following offer or not? Hope that you can understand what I am trying to tell. Thank you and have a nice day!

  39. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakah seseorang yang mengambil bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak, hanya boleh menjadi guru prasekolah?

    1. Waalaikumussalam. Bagi pengetahuan anda, pengkhususan bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak memang akan tertumpu kepada para pelajar di prasekolah. Walau bagaimanpun, realiti sebenar di sekolah adalah agak berbeza. Hal ini adalah kerana anda mungkin diminta untuk mengajar subjek lain yang bukan bidang utama anda. Contohnya, anda diminta mengajar subjek bahasa Melayu bagi darjah 1. Namun, setelah anda melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, maka anda boleh pergi lebih jauh lagi.

  40. Assalamualaikum. Saya bakal menduduki temuduga pada 30 April ini. Saya ditawarkan kursus Matematik (SK). Jadi, adakah sewaktu temuduga akan ditanya soalan berkaitan matematik? Seterusnya, boleh kongsikan apakah yang akan ditanya sewaktu temuduga nanti?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya tahniah kerana anda berjaya melepasi tapisan yang kedua. Apapun pada pendapat saya, panel penemuduga tidak akan bertanya soalan-soalan berkaitan pengiraan semasa sesi temuduga. Hal ini adalah kerana sesi temuduga yang berlangsung nanti akan diadakan secara berkumpulan. Jadi, antara perkara yang akan dinilai cara berkomunikasi dan lain-lain.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya minta maaf kerana saya pun tidak pasti. Bagi makluamt anda, kali terakhir para pelajar yang ditawarkan kos tersebut di IPG Kampus Kota Bharu adalah pada tahun 2013.

      1. Salam. Saya terpilih untuk temuduga IPG bagi opsyen Bimbingan dan Kaunseling di IPG Kampus Kota Bharu pada 28/4 ini. Pada tahun lepas, saya sedah pergi temuduga kos yang sama tetapi tidak terpilih.

  41. Assalamualaikum. Apakah subjek atau kursus yang terdapat dalam program PISMP bagi opsyen Bimbingan dan Kaunseling? Mohon pencerahan.

    1. Waalaikumussalam. Bagi makluman anda, antara subjek yang bakal anda pelajari apabila anda mengambil opsyen Bimbingan dan Kaunseling seperti berikut:

      1. Pengenalan kepada Bimbingan dan Kaunseling (PBK3101).
      2. Teori Kaunseling (PBK3102).
      3. Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (PBK3103).
      4. Bimbingan dan Kaunseling Individu (PBK3104).
      5. Makmal Kaunseling Individu (PBK3105).
      6. Bimbingan dan Kaunseling Kelompok (PBK3106).
      7. Makmal Kaunseling Individu (PBK3107).
      8. Pendidikan Kaunseling (PBK3108).
      9. Etika Kaunseling (PBK3109).

      Terdapat juga 6 lagi subjek lain yang bakal anda pelajari.

  42. Adakah pelajar yang telah pergi ke temuduga dan terpilih ke IPG tetapi dalam masa yang sama mendapat tawaran ke universiti dan lebih memilih untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti akan disenarai hitam oleh kerajaan?

    1. Tiada sebarang masalah. Anda boleh melanjutkan pelajaran ke mana-mana universiti lain walaupun telah berjaya mendapat tawaran daripada IPG. Selain itu, anda juga tidak akan disenarai hitam oleh kerajaan.

  43. Alhamdullilah, saya berjaya mendapat temuduga IPG bawa subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Soalan apakah yang akan disoal berdasarkan subjek saya? Tiada banyak maklumat berkaitan subjek saya.

    1. Pertamanya tahniah kerana anda berjaya melepasi sehingga ke perinkat yang kedua. Bagi pengetahuan anda, subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sebelum INI dikenali sebagai subjek Kemahiran Hidup (KH). Semasa sesi temuduga ia akan dijalankan secara berkumpulan. Jadi, saya berpendapat panel penemuduga tidak akan bertanya tentang subjek yang anda ditawarkan. Apapun, sebagai bahan bacaan tambahan bagi subjek RBT, sila layari laman berikut:

      http://www2.bharian.com.my/articles/3subjekbaruuntukmuridTahunEmpat/Article/

  44. Salam, bolehkah seorang perlajar IPG yang sedang PPISMP dalam bidang Bahasa Inggeris dihantar ke luar negara? Jika boleh, bagaimanakah caranya? Seterusnya, apa itu PPC? Bolehkah pelajar lepasan SPM mengisi borang tersebut?

    1. Pertamanya, program ke luar negara tajaan KPM adalah berbeza pada setiap tahun. Contohnya pada tahun ini, tawaran menyambung pelajaran ke luar negara hanya terbuka bagi subjek Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Bahasa Perancis. Seterusnya, PPC itu ialah singkatan bagi Program Pelajar Cemerlang. Anda boleh memohon untuk mengikut program PISMP selagi umur anda belum melebihi 20 tahun. Anda boleh melayari laman di bawah bagi maklumat lanjut:

      http://apps8.moe.gov.my/smg/pismp2015/iklan_ppc.cfm

  45. Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah subjek yang terdapat dalam PISMP bagi bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak? Terima kasih 🙂

    1. Waalaikumussalam. Saya rasa anda maksudkan opsyen Prasekolah. Sekiranya betul, apa yang akan pelajari adalah seperti berikut:

      1. Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak (PRA3101).
      2. Pengajian Kurikulum dan Model Prasekolah (PRA3102).
      3. Perkembangan Fizikal, Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak (PRA3103).
      4. Perkembangan Bahasa Kanak-kanak (PRA3104).
      5. Perkembangan Kognitif Kanak-kanak (PRA3105).
      6. Perkembangan Kreativiti dalam Pendidikan Pra Sekolah (PRA3106).
      7. Perkembangan Sosio-emosi Kanak-kanak (PRA3107).
      8. Perkembangan Kerohanian dan Moral Kanak-kanak (PRA3108).

      Terdapat 7 lagi subjek yang lain.

    1. Waalaikumussalam. Bagi pengetahuan anda, temuduga yang berlangsung nanti akan diadakan secara berkumpulan. Antara aspek yang akan dinilai ialah kerjasama, cara berkomunikasi, berani mengeluarkan pendapat dan lain-lain. Semoga berjaya.

      1. Assalamualaikum, saya ingin bertanya untuk temuduga pada tahun ini adakah ujian INSAK akan dijalankan sekali lagi atau hanya temuduga berkumpulan? Kedua, sijil yang perlu dibawa ketika temuduga bermula dari tingkatan berapa? Terima kasih.

        1. Waalaikumussalam. Setakat pengetahuan saya, ujian INSAK hanya akan dijalankan sekali sahaja itu semasa UKCG. Saya cadangkan anda membawa sijil bermula dari tingkatan 1. Semoga berjaya.

  46. Assalamualaikum. Saya telah ditawarkan temuduga di IPG bawah subjek Seni Visual. Jadi, adakah saya perlu membawa apa-apa lukisan sebagai bahan sokongan? Setiap salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran perlukan pengesahan juga?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, tahniah kerana anda berjaya melepasi tapisan yang kedua. Setakat pengetahuan saya, temuduga kali ini akan dijalankan secara berkumpulan. Antara aspek yang ingin dilihat oleh panel temuduga ialah cara kita berkomunikasi dengan rakan-rakan, nilai kerjasama, berani mengeluarkan pendapat dan lain. Sebagai langkah selamat, sila sahkan sahaja semua salinan yang telah dibuat.

  47. Assalammualaikum. Saya telah mendapat temuduga untuk opsyen Matematik pada 28/4 di IPG Kampus Kota Bharu. Adakah soalan yang akan ditanya oleh penemuduga itu seperti isu-isu semasa dan hal-hal yang berkaitan dengan Pelan Pendidikan Negara? Adakah kita harus menghafal apa-apa yang penting?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, tahniah kerana anda berjaya melepasi tapisan yang kedua. Setakat pengetahuan saya, temuduga kali ini akan dijalankan secara berkumpulan. Antara aspek yang ingin dilihat oleh panel temuduga ialah cara kita berkomunikasi dengan rakan-rakan, nilai kerjasama, berani mengeluarkan pendapat dan lain. Walau bagaimanapun, maklumat-maklumat berkaitan pengetahuan am memang perlu.

  48. Saya mahu bertanya, jika saya memilih opsyen Pendidikan Jasmani, di IPG manakah yang bakal saya duduki sekiranya saya berjaya? Jawapan dari tuan amat saya hargai. Terima kasih.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun saya minta maaf kerana saya pun tidak pasti anda akan ditempatkan di IPG yang mana satu. Hal ini adalah kerana penetapan opsyen bagi sesuatu IPG itu adalah berubah-ubah dan tidak tetap pada setiap tahun .

  49. Satu lagi soalan saya. Saya telah membaca beberapa komen di atas yang menyatakan bahawa opsyen Pendidikan Jasmani terdapat kursus Renang dan sebagainya. Jadi, adakah semasa kursus Renang tersebut, kami akan diajar mengenai cara-cara berenang? Terima kasih.

    1. Bagi makluman anda, kursus Renang (PJM3104) ini adalah bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai pelbagai kemahiran renang. Tajuk lain yang akan dibincangkan meliputi sejarah perkembangan renang di Malaysia, struktur dan organisasi persatuan, keselamatan renang, asas terjunan, kaedah pengajaran dan pembelajaran renang, penilaian, kepegawaian dan pengurusan dan pengelolaan pertandingan renang.

  50. Assalamualaikum. Saya telah mendapat temuduga IPG pada 30 April ini bawah bidang Bahasa Inggeris. Soalan apa yang akan ditanya untuk bidang yang tersebut? Subjek apakah yang akan dipelajari bagi para pelajar yang mengambil opsyen Bahasa Inggeris? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya minta maaf kerana saya pun tidak pasti jenis soalan yang akan ditanya. Bagi makluman anda, para pelajar yang mengambil yang mengambil opsyen Bahasa Inggeris akan mempelajari subjek-subjek seperti berikut:

      1. Pengenalan Linguistik (TSL3101).
      2. Kesusasteraan Bahasa Inggeris (TSL3102).
      3. Metodologi Pengajaran Bahasa Inggeris (TSL3103).
      4. Fonetik dan Fonologi (TSL3104).

      Selain itu, terdapat juga 11 lagi subjek lain.

  51. Salam. Saya telah terpilih untuk menghadiri temuduga pada 30 April ini bawah opsyen Bahasa Melayu. Boleh saya tahu, apa yang perlu saya sediakan bagi menghadapi temuduga kali ini? Seterusnya, temuduga yang akan dijalankan nanti adalah berbentuk kumpulan. Jadi, adakah soalannya lebih tertumpu kepada opsyen yang kita ambil atau soalan pelbagai jenis?

    1. Temuduga pada kali ini adalah berbentuk kumpulan. Walau bagaimanapun, saya pun tidak pasti sama ada soalannya lebih tertumpu kepada opsyen yang anda ambil atau soalan pelbagai jenis.

  52. Assalamualaikum. Hi! Thank you for providing a very good info you have up there! I’d like to know if I could straight away further my studies in master after pursuing degree in education without pay my service to the gorvenment because I’d like to be a lecturer in higher institution. Is it allowed to do so? Or do I have to serve for the government only then I could continue doing master? Thanks in advance for answering my question.

    1. Waalaikumussalam. There will be no problems if you want to further your studies in master after graduated from IPG. However, I’m sorry as I’m also not so sure whether you can do so without need to serve for the government first.

  53. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya beberapa soalan. Pertamanya, apakah ujian amali untuk calon yang akan menduduki temuduga bagi opsyen PPC pengajian islam? Keduanya, adakah calon akan belajar di luar negara? Jika ya, berapa tahunkah di luar? Akhirnya, adakah calon yang melepasi PPC akan mengajar di sekolah menengah atau di sekolah rendah? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya minta maaf kerana saya tidak mempunyai jawapan mengenai pertanyaan anda. Walau bagaimanapun, para pelajar yang berada bawah Program Pelajar Cemerlang (PPC) memang akan melanjutkan pelajaran di luar negara. Kebiasaannya, anda akan belajar selama 2 semester iaitu 1 tahun di Malaysia terlebih dahulu sebelum ke luar negara. Sekiranya anda sudah mengikuti temuduga bagi PPC, saya sangat berbesar hati apabila anda dapat berkongsi mengenai perjalanan temuduga tersebut di sini agar dapat dijadikan rujukan oleh saya dan mana-mana pelawat lain.

  54. Assalammualaikum. Jika penemuduga itu bertanya ceritakan secara ringkas tentang diri kamu, adakah saya perlu memberitahu nama, umur dan keputusan SPM? Bagaimana dengan tujuan saya menjadi guru? Apa lagi yang perlu saya nyatakan? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, anda perlu lebih tekankan kepada tujuan anda mahu menjadi guru dan kelebihan anda berbanding orang lain yang menyebabkan anda merasakan diri anda memang layak untuk menjadi seorang guru.

    1. 1 tahun PPISMP bermaksudnya apabila anda berjaya ditawarkan untuk mengikuti pengajian di IPG, anda akan menjalani program persediaan terlebih dahulu selama 1 tahun. Program tersebut dinamakan dengan program Persediaan Perguruan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau ringkasnya dipanggil PPISMP. Selepas itu, barulah anda akan meneruskan pengajian di peringkat ijazah selama 4 tahun. Program tersebut dipanggil program Perguruan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)

  55. Assalamualaikum. Saya telah terpilih bagi temuduga IPG bidang Sejarah (SK). Adakah saya akan disoal mengenai sejarah atau saya akan ditanya mengapa saya memilih bidang sejarah berbanding bidang lain semasa temuduga nanti? Saya kurang jelas. Mohon pencerahan. ?

    1. Waalaikumussalam. Setakat pengetahuan saya, temuduga akan dijalankan secara berkumpulan. Maaf, saya pun tidak pasti sama ada anda akan disoal mengenai sejarah atau mengapa anda memilih bidang sejarah berbanding bidang lain semasa temuduga nanti. Walau bagaimanapun, setelah anda menjalani temuduga, saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat berkongsi mengenai perjalanan temuduga tersebut.

  56. Salam. Maaf bertanya. Sememangnya pada hari temuduga, pemohon tidak akan ditemuduga secara individu tetapi hanya berkumpulan? Seterusnya, boleh atau tidak pemohon mengetahui keputusan lebih awal tentang kemasukan ke IPG?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, temuduga akan dijalankan secara berkumpulan. Walau bagaimanapun, setelah anda menjalani temuduga, saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat berkongsi mengenai perjalanan temuduga tersebut. Bagi mengetahui keputusan kemasukan IPG, ianya bergantung kepada pihak KPM. Silalah selalu melayari laman rasmi KPM.

  57. Saya dipanggil untuk temuduga bagi subjek Sejarah. Bolehkah saya tahu soalan-soalan yang selalu ditanya oleh penemuduga?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya minta maaf kerana saya pun tidak pasti mengenai soalan-soalan yang sering ditanya oleh penemuduga. Namun, perkara yang pastinya ialah temuduga pada kali ini akan dijalankan secara berkumpulan.

      1. Sekiranya isu-isu pendidikan, apakah antara soalan-soalan yang akan ditanya? Boleh anda senaraikan? Terima kasih.

        1. Antara soalan yang akan ditanya kemungkinan seperti berikut:

          1. Adakah kaedah pentaksiran bagi KSSR pada hari ini membebankan guru-guru?

          2. Adakah tugas-tugas perkeranian yang perlu dilakukan melebihi bidang utama seorang guru iaitu mengajar dan mendidik murid-murid?

  58. Assalamualaikum..saya ingin bertanya bidang yg di pohon minor bahasa inggeris..apakah soalan yg akan ditanya..adakah tentang tugas-tugas guru yg ditanya..gaji lantikan selepas tamat pismp di ipg..
    Jawatan dan gred apa untuk guru yang akan dilantik selepas tamat pismp di ipg..

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, para pelajar lepasan IPG memang akan ditawarkan pekerjaan. Perbezaannya hanya lambat atau cepat. Ia bergantung kepada keputusan gred terkumpul anda pada akhir semester 8. Selain itu, anda juga perlu lulus temuduga SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) terlebih dahulu.

  59. Salam. Terima kasih telah menjawab soalan saya baru-baru ini. Saya juga baru sahaja melepasi temuduga pada 27/4 yang lepas. Alhmdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Saya ingin bertanya kepada tuan, saya berminat untuk menjadi seorang pensyarah tetapi tidak tahu bgaimana proses yang perlu saya lalui. Adakah saya boleh menjadi pensyarah selepas menamatkan pengajian di IPG ini atau saya perlu menyambung pelajaran lagi seperti mngambil PhD pula? Setahu saya, selepas tamat pengajian di IPG selama 5 tahun, kami akan diberi tempoh beberapa tahun untuk berkhidmat dengan kerajaan. Sekiranya saya ingin menyambung untuk mengambil PhD pula, adakah di IPG juga? Ataupun di institut pngajian yang lain? Harap tuan dapat membantu saya. Terima kasih. 🙂

    1. Pertamanya tahniah kerana telah menjalani temuduga. Saya doakan anda berjaya. Setakat pengetahuan saya, sekiranya anda ingin menjadi pensyarah di mana-mana universiti, anda perlu sekurang-kurangnya memiliki kelulusan ijazah sarjana atau dipanggil juga sebagai master. Jadi, selepas menamatkan pengajian di IPG, anda boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran sama ada secara sendiri atau melalui tawaran yang disediakan oleh pihak KPM. Sekiranya anda ingin memohon tawaran menyambung pengajian di bawah KPM, anda perlu mengesahkan jawatan anda terlebih dahulu. Hal ini bermaksud anda perlu menjadi guru untuk tempoh 2 hingga 3 tahun dahulu. Jika tempoh tersebut terlalu lama bagi anda, anda boleh membuat pengajian secara hujung minggu di mana-mana universiti yang menawarkan program peringkat ijazah sarjana.

      Perbezaan antara kedua-duanya ialah sekiranya anda memilih program yang ditawarkan KPM, anda berkemungkinan untuk diberikan biasiswa, cuti bergaji sama ada penuh atau separuh disebabkan menyambung pelajaran dan pelbagai lagi. Sebaliknya, jika anda memilih untuk tidak menunggu lama, maka anda perlu mengeluarkan duit sendiri untuk membiayai pengajian anda. Di samping itu, tugas anda sebagai guru di sekolah juga tidak boleh diabaikan. Hal ini kerana anda tidak boleh bercuti atas sebab anda mempunyai kelas. Jadi, anda perlu menyesuaikan masa kelas anda di universiti dengan masa anda di sekolah.

      Seterusnya, saya sangat berbesar hati sekiranya anda dapat berkongsi dengan saya dan pelawat-pelawat lain juga mengenai perjalanan temuduga anda.

      1. Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya. Bagi pengetahuan semua, semasa saya ditemuduga, setiap kumpulan kami dibahagikan kepada tiga pusingan. Pertama, penemuduga tersebut menayangkan video. Video tersebut tidak sama bagi setiap kumpulan. Kebetulan kami ditayangkan video berkaitan Hari Guru. Jadinya, kami diminta memberikan pendapat dan ulasan daripada video tersebut secara individu. Keduanya, kami disoal dengan soalan KBKK iaitu kemahiran berkaitan dengan guru juga secara individu dan berkumpulan. Ketiganya, kami disoal mengenai opsyen yang dipilih. Kami disoal secara individu dan beberapa lagi soalan kemahiran. Selepas itu, barulah kumpulan kami dibenarkan pulang. Satu lagi, masa yang diambil setiap kumpulan untuk disoal ialah selama 1 jam 30 minit. Sekian, trima kasih.

  60. Selamat petang, adakah terdapat pelajar lepasan IPG yang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat master? Kemudian, saya pernah terdengar sesiapa yang memperolehi keputusan yang bagus semasa di IPG akan ditawarkan untuk belajar di luar negara bagi peringkat master. Adakah maklumat tersebut betul?

    1. Memang terdapat para pelajar lepasan IPG yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat master. Selain itu, memang terdapat juga peluang yang disediakan oleh pihak KPM bagi mana-mana guru yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

      1. Bagi yang ditawarkan untuk menyambung pengajian di luar negara, adakah terhad kepada bidang bidang tertentu saja atau mana-mana bidang pun boleh?

        1. Terima kasih bertanya. Bagi tawaran pengajian di luar negara, hanya terdapat bidang tertentu sahaja yang ditawarkan. Boleh rujuk laman rasmi PISMP untuk maklumat lanjut.

  61. Salam. Saya ingin penjelasan lanjut, adakah benar pemohon IPG yang berumur 19 tahun diberi keutamaan? Mohon penjelasan. Terima kasih.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Walau bagaimanapun, saya minta maaf kerana saya pun tidak pasti sama ada pemohon IPG yang berumur 19 akan diberikan keutamaan berbanding yang pemohon IPG yang lebih muda. Adakah anda telah ditawarkan temuduga IPG?

  62. Assalamualaikm, saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa temuduga pada 30/4/2015. Saya telah ditawarkan opsyen Sejarah. Temuduga saya di IPG Jitra, Kedah. Satu kumpulan terdapat 8 orang. Kumpulan saya terdiri daripada 3 lelaki dan 5 perempuan. Saingin sangat hebat. Semua bersuara lantang dan memberikan pendapat masing-masing. Pertama kali, kami diminta untuk memperkenalkan diri. Seterusnya, dia menunjukkan satu video dan bertanya mengenai apa yang kita lihat dalam video tersebut. Panel penemuduga meminta setiap orang daripada kami unuk membuat perkaitan antara video yang ditayangkan dengan pengalaman atau kisah yang pernah kita lalui. Seorang lagi panel penemuduga meminta kami berbincang mengenai isu semasa. Alhamdulillah, selepas itu sesi temuduga kami tamat. Kumpulan kami tidak ditanya mengenai opsyen kami atau sebab-sebab kami mahu menjadi guru. Maaf, hanya ini sahaja dapat saya kongsikan. Sesiapa yang berkemampuan, semasa sesi temuduga nanti sila pakai tanda nama anda.

  63. Adakah betul sekiranya kita menyambung pelajaran ke peringkat master selepas menamatkan pengajian di IPG, maka kita boleh menjadi pensyarah? Saya kurang maklumat mengenai perkara ini.

    1. Anda memang boleh menjadi pensyarah selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana atau dikenali juga sebagai master. Namun, anda perlu membuat permohonan terlebih dahulu kepada mana-mana institut pengajian yang anda ingini selepas institut tersebut mengiklankan kekosongan jawatan sebagai pensyarah.

  64. Saya ingin bertanya. Sekiranya saya mendapat tawaran belajar dalam kursus Matematik, adakah saya boleh memohon untuk bertukar ke subjek lain?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, setakat pengetahuan saya anda tidak boleh bertukar kursus melainkan anda mempunyai alasan yang kukuh dan munasabah. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa jika anda ditawarkan kursus dalam subjek Matematik, maka subjek tersebut adalah kursus utama anda. Seterusnya, masih terdapat subjek lain yang akan menjadi subjek sampingan atau subjek elektif. Contohnya, subjek Matematik adalah kurus major anda, namun pada masa yang sama anda juga akan mempelajar subjek Pendidikan Seni dan Bahasa Melayu sebagai subjek elektif.

  65. Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Saya telah selesai menghadiri temuduga IPG pada 27/4 yang lepas tetapi saya melihat terdapat semakan bagi Temuduga Khas. Adakah saya perlu menghadiri temuduga lagi? Mohon dijawab pertanyaan ini. Terima kasih.

  66. Hai, bolehkah saya tanya mengenai Temuduga Khas? Hal ini adalah kerana nama saya tidak tersenarai semasa sesi temuduga yang pertama. Apakah perbezaan kedua-dua ini? Atau yang khas itu seperti sesi kedua temuduga? Mohon pencerahan. Terima kasih.

  67. Salam. Saya ingin bertanya. Sekiranya dapat melanjutkan pelajaran ke IPG, adakah kami boleh membawa basikal atau motosikal ke dalam kampus kami? Maksud saya pada awal bulan selepas pendaftaran? Atau mungkin kami diberi tempoh selama 2 atau 3 bulan baru dibenarkan membawa sebarang kenderaan? Terima kasih.

    1. Peraturan tertakluk kepada kampus masing-masing. Namun, secara asasnya anda perlu mendapatkan kebenaran daripada jabatan hal ehwal pelajar terlebih dahulu. Sekiranya di IPG Kampus Kota Bharu, anda boleh membawa kenderaan bermotor selepas anda melengkapkan borang tertentu dan diberikan pelekat kenderaan tanpa perlu menunggu 2 atau 3 bulan selepas pendaftaran. Seterusnya, sekiranya anda mahu membawa basikal, anda boleh membawanya pada hari pertama pendaftaran lagi.

  68. Saya ingin bertanya. Adakah kita akan ditempatkan di kampus yang sama untuk program PPISMP dan PISMP? Terima kasih.

  69. Salam. Saya ingin bertanya, adakah opsyen Pendidikan Jasmani juga ditawarkan pengajian di luar negara sekiranya mendapat keputusan yang cemerlang? Atau kemungkinan tiada penghantaran pelajar ke luar negara bagi opsyen Pendidikan Jasmani? Terima kasih.

  70. Saya telah membaca satu blog yang mengatakan bahawa kemungkinan elaun bagi para pelajar di IPG akan ditarik dan sistem pinjaman akan diwujudkan. Adakah betul pernyataan tersebut?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Setakat pada hari, tiada sebarang maklumat yang menyatakan sedemikian. Jadi, semua pelajar yang belajar di mana-mana IPG akan diberikan elaun. Namun, boleh anda berikan alamat blog tersebut?

  71. Assalamualaikum. Saya sekarang sedang mengikuti pengajian TESL di UniSZA. Kursus yang saya ambil itu boleh jadi seorang guru Bahasa Inggeris. Namun, saya lebih berminat memasuki IPG. Baru-baru ini, saya telah menjalani sesi temuduga tetapi bagi subjek Bahasa Melayu. Jika saya berjaya masuk ke IPG, adakah saya boleh menukar kursus Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris? Melalui siapakah saya perlu memohon pertukaran kursus? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, setakat pengetahun saya, anda memang tidak boleh bertukar kursus. Kursus anda adalah seperti yang ditawarkan dalam surat tawaran nanti. Saya juga minta maaf kerana tidak pasti dengan pihak yang mana satu anda boleh rujuk bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertanyaan anda. Saya galakkan anda menghubungi terus Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar bagi KPM. Sila layari laman di bawah:

      http://smg.moe.gov.my/pismp2015/info_hubungi.cfm

    1. Saya minta maaf kerana saya pun tidak pasti IPG mana yang menawarkan subjek Matematik. Saya nasihatkan anda supaya menghubungi pihak KPM bagi mendapatkan jawapan yang tepat.

  72. Assalammualaikum, maaf ganggu. Pada tahun 2015, IPG mana lagi yang menawarkan kos Reka Bentuk Teknologi (RBT)?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya minta maaf kerana saya pun tidak pasti IPG mana yang menawarkan kos Reka Bentuk Teknologi (RBT). Saya nasihatkan anda supaya menghubungi pihak KPM bagi mendapatkan jawapan yang tepat.

  73. Assalamualaikum. Apabila kita mendapat tawaran ke IPG, adakah boleh memohon untuk bertukar ke IPG lain?

    1. Waalaikumussalam. Selalunya tidak boleh. Hal ini adalah kerana terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan bagi meluluskan permohonan anda untuk bertukar ke IPG yang lain.

  74. Salam. Adakah IPG di kuala lumpur hanya untuk pelajar yang mengambil opsyen Bahasa Melayu sahaja? Adakah kami tidak akan ditempatkan di IPG tersebut sekiranya mengmbil opsyen selain Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Bagi pengetahuan anda, setiap IPG akan mempunyai pelbagai opsyen. Namun, terdapat beberapa IPG yang akan mengambil opsyen yang tertentu secara tetap pada setiap tahun. Apapun, pada tahun ini saya tidak pasti opsyen apa yang akan ditempatkan di IPG sekitar Kuala Lumpur.

  75. Salam. Saya ingin tahu, apakah itu temuduga khas? Hal ini adalah kerana saya telah terlepas untuk menyemak nama sama ada tersenarai ataupun tidak. Saya harap tuan dapat membantu. Terima kasih.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Maaf kerana lambat menjawab soalan anda. Temuduga khas ialah temuduga bagi para pelajar yang memohon program ke luar negara dalam bidang perguruan.

  76. Salam. Adakah nama yang dikeluarkan untuk calon yang berjaya mengikuti kursus ini keluar secara berperingkat? Atau adakah terdapat calon gantian? Hal ini adalah kerana tempoh masa yang diberikan untuk membuat semakan ialah panjang 29/5-21/6. Mohon pencerahan.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Maaf kerana lambat menjawab soalan anda. Setakat pengetahuan saya, nama yang dikeluarkan ialah sekaligus. Kemungkinan akan terdapat calon gantian apabila calon asal tidak mendaftarkan diri pada tarikh yang ditetapkan.

  77. Assalamualaikum. Adakah calon yang gagal boleh membuat rayuan? Adakah terdapat panggilan kedua bagi kemasukan ke IPG? Mohon pencerahan segera.

    1. Waalaikumussalam. Setakat pengetahuan saya, anda memang boleh membuat rayuan. Selalu panggilan kedua dan seterusnya adalah melalui telefon. Sekiranya anda berjaya ditawarkan ke IPG, pihak KPM akan menelefon anda.

  78. Salam. Sekiranya permohonan PISMP tidak berjaya, adakah saya boleh membuat rayuan? Adakah terdapat calon gantian? Terima kasih.

    1. Setakat pengetahuan saya, anda memang boleh membuat rayuan. Seterusnya, memang terdapat calon gantian. Hal ini selalunya terjadi apabila mereka yang ditawarkan ke IPG telah memilih untuk tidak menerima tawaran tersebut. Selalunya pelajar ini telah melanjutkan pelajaran dalam bidang lain yang diminati.

  79. Saya akan mendaftar ke IPG pada 22/6 ini. Jadi, adakah terdapat sebarang bayaran? Satu lagi, elaun akan diberikan kepada semua, betul?

    1. Pada pendaftaran pertama, bayaran yang dikenakan selalunya adalah berkaitan baju sukan IPG, tanda nama dan lain-lain. Seterusnya, elaun memang akan diberikan kepada semua pelajar secara bulanan.

  80. Terima kasih. Artikel ini sangat membantu. Saya akan mendaftar di IPG Kampus Sultan Abdul Halim pada 22/6 ini dalam program Pendidikan Awal Kanak-kanak. Harap-harap dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di sana.

    1. Tahniah kerana berjaya! Saya doakan anda dapat memperolehi ilmu yang bermanfaat dan mencapai cita-cita anda.

  81. Assalamualaikum. Adakah bilik dan rakan sebilik ditentukan oleh maktab? Atau kita boleh pilih sendiri? Adakah betul satu bilik hanya 2 orang sahaja?

    1. Waalaikumussalam. Bilik dan rakan sebilik memang akan ditentukan oleh pihak IPG. Betul, kebiasaanya dalam setiap bilik hanya akan memuatkan 2 orang sahaja.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maaf kerana lambat menjawab soalan anda. Saya juga tidak pasti mengenai subjek-subjek yang bakal anda pelajari sekiranya anda mengambil opsyen Sejarah.

  82. Salam. Apakah barang keperluan wajib semasa di IPG? Jika saya mengambil subjek Sains, apakah yang akan saya belajar? Terima kasih.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Maaf kerana lambat menjawab soalan anda. Barang keperluan wajib kemungkinan berbeza mengikut IPG. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana akan diberikan masa yang secukupnya untuk melengkapkan keperluan tersebut. Sekiranya anda mengambil subjek Sains, antara kursus yang bakal anda pelajari adalah seperti berikut:

      1. Menoraka Bahan (SCE3103).
      2. Hidupan dan Proses-proses Hidupan (SCE3101).
      3. Pembelajaran Sains Kanak-kanak (SCE3102).
      4. 12 yang lain.

  83. Assalammualaikum. Bolehkah saya membuat permohonan untuk mengajar di tempat sendiri? Adakah saya harus menunggu beberapa tahun sebelum boleh membuat rayuan? Mohon penjelasan.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Maaf kerana lambat menjawab soalan anda. Setakat pengetahuan saya, anda perlu mengajar sekurang-kurangnya selama 5 tahun terlebih dahulu di sekolah pertama anda itu sebelum boleh membuat permohonan untuk bertukar sekolah.

  84. Boleh saya tanya beberapa soalan?
    1. Berapa lamakah program PPISMP langsung? 1 tahun? 2 tahun?
    2. Adakah kerajaan membiayai kos untuk makan dan hidup selain membayar elaun? Maksud saya ialah pelajar PISMP tidak perlu berbelanja dalam makan dan kos kediaman kerana sudah dibekalkan secara percuma?
    3. Pekerjaan sebagai guru memang dijanjikan?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Maaf kerana lambat menjawab soalan anda.

      1. Program PPISMP adalah selama 1 tahun. Kemudian disambung pula dengan program PISMP selama 4 tahun. Jadi, keseluruhannya tempoh pengajian ialah selama 5 tahun.

      2. Maaf, pihak KPM hanya memberikan elaun bulanan. Tiada elaun khas untuk makan atau tempat tinggal.

      3. Peluang pekerjaan sebagai guru bagi lepasan IPG adalah lebih tinggi berbanding para pelajar lepasan UA yang mengambil bidang perguruan.

  85. Assalamualaikum. Pertamanya, terima kasih atas info yang diberikan. Program untuk lepasan SPM sebenarnya PISMP atau PPISMP? Sekadar bertanya kerana kawan saya telah ditawarkan program PPISMP manakala saya pula ditawarkan program PISMP, sedangkan kami ialah lepasan SPM 2014.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Maaf kerana lambat menjawab soalan anda. PPISMP ialah singkatan bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan manakala PISMP ialah singkatan bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang ditawarkan kepada pelajar yang telah menamatkan PPISMP. Seterusnya, saya pun tidak pasti kenapa anda dan kawan anda mendapat tawaran yang berbeza. Saya nasihatkan anda menghubungi pihak KPM secara terus bagi mendapatkan jawapan yang tepat.

  86. Assalamualaikum. Apakah subjek yang akan dipelajari apabila mengambil opsyen Pendidikan Khas – Masalah Pembelajaran?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Maaf kerana lambat menjawab soalan anda. Antara kursus yang bakal anda ikuti apabila mengambil opsyen Pendidikan Khas – Masalah Pembelajaran adalah seperti berikut:

      1. Pengenalan kepada Pendidikan Khas (PKU3101).
      2. Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi (PKU3102).
      3. Pengurusan Tingkah Laku (PKU3103).
      4. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Khas Bahasa Melayu (PKU3104).
      5. English Language Teaching Methodology (PKU3105).
      6. Pentaksiran dalam Pendidikan Khas (PKU3106).
      7. Kemahiran Asas untuk Berdikari (PKU3107).
      8. 8 yang lain.

  87. Assalamualaikum. Saya telah berjaya menduduki UKCG dan temu duga. Saya bakal mengikuti PPISMP di IPG Kampus Bahasa Melayu di Lembah Pantai, KL dalam kursus Bahasa Melayu. Tarikh mendaftar ialah pada 22 Jun ini. Soalan saya, sekiranya keputusan yang kita perolehi semasa PPISMP kurang cemerlang, adakah saya akan masih layak mengikuti PISMP yang selama 4 tahun itu? Atau akan dibuang?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Maaf kerana lambat menjawab soalan anda. Setakat pengetahuan saya, amat jarang para pelajar yang tidak berjaya menyambung ke peringkat seterusnya selepas PPISMP. Apa yang penting ialah anda mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Saya doakan anda berjaya.

  88. Assalamualaikum. Adakah pelajar IPG perempuan hanya boleh berkasut court shoes berwarna hitam sahaja sepanjang belajar di IPG atau boleh memakai kasut bertutup berwarna lain? Adakah court shoes perlu bertumit sepanjang orientasi?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Maaf kerana lambat menjawab soalan anda. Setakat pengetahuan saya, hanya court shoes yang berwarna hitam dan bertumit sahaja yang dibenarkan untuk dipakai sepanjang belajar di IPG.

  89. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya kepada saudara adakah semasa program persediaan ijazah sarjana muda perguruan selama 1 tahun itu kita hanya mempelajari 7 subjek teras yang saudara beritahu itu dan tidak lagi dikhususkan kepada subjek major kita? Soalan seterusnya, boleh saudara terangkan dengan lebih lanjut mengenai matematik asas yang akan dipelajari selama 1 tahun itu atau boleh saudara senaraikan topik yang bakal dipelajari sepanjanjang satu tahun tersebut? Boleh anda terangkan mengenai English Language Proficiency semasa PPISMP? Untuk makluman saudara, soalan saya hanya berkisar mengenai program persediaan sahaja. Diharapkan saudara dapat menjawab soalan saya dan memahami apa yang saya cuba ajukan. Saya juga bakal mengikuti PPSIMP pada Jun ini. Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, semasa PPISMP anda akan mempelajari semua subjek teras tersebut dan juga beberapa subjek yang berkaitan dengan perkhususan anda. Kursus Matematik Asas pula sebenarnya lebih kepada soalan yang berbentuk penyelesaian masalah berpandukan model Polya. Ringkasnya, kursus Matematik Asas tidak akan memerlukan anda mengaplikasikan rumus-rumus yang terlalu rumit seperti di dalam subjek Matematik Tambahan. Subjek English Language Proficiency (ELP) pula adalah subjek yang akan mengajar anda mengenai kemahiran membaca, menulis dan mendengar.

  90. Salam. Adakah calon gantian 1 dan seterusnya hanya diberikan kepada mereka yang membuat rayuan sahaja? Kebiasaanya bilakah panggilan untuk calon gantian? Sekiranya tidak membuat rayuan, adakah memang tidak dapat tawaran? Terima kasih.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya minta maaf kerana saya pun tidak pasti sama ada calon gantian hanya terdiri daripada mereka yang telah membuat rayuan sahaja. Saya nasihatkan anda menghubungi pihak KPM secara terus bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

  91. Assalamualaikum. Saya masih belajar di tingkatan 5 tahun ini. Saya mempunyai 8 subjek yang saya ambil iaitu 5 subjek teras, Sains, Matematik Tambahan dan Ekonomi. Saya tidak mengambil satu mata pelajaran iaitu Perakaunan. Sekiranya saya mendapat gred A bagi 8 subjek berkenaan, adakah saya layak untuk memohon ataupun tidak layak untuk memohon kerana hanya mempunyai 8 subjek? Seterusnya, adakah semasa temuduga saya akan ditanya tentang mengapa saya tidak mengambil mata pelajaran perakaunan tersebut?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Sebenarnya tidak menjadi sebarang masalah sekiranya anda hanya mengambil 8 subjek. Hal ini adalah kerana antara syarat permohonan ialah anda mestilah memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran. Sila layari laman di bawah bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarat-syarat permohonan:

      https://smg.moe.gov.my/pismp2015/iklan_pismp.cfm

      Seterusnya, saya berpendapat amat jarang para penemuduga bertanya mengenai sebab anda tidak mengambil mata pelajaran perakaunan. Akhirnya, saya doakan anda berjaya dalam peperiksaan SPM nanti.

        1. Sama-sama. Saya amat menghargai. Saya akan berusaha untuk berkongsi sebanyak mungkin ilmu yang saya perolehi dengan orang lain.

  92. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya.
    1. Saya sedang belajar di peringkat diploma. Adakah saya boleh memohon IPG selepas habis program diploma?
    2. Syarat kelyakan hanya bergantung kepada keputusan peperiksaan SPM sahaja?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, syarat kelayakan bagi memohon program PISMP ini, umur anda mestilah tidak melebihi 20 tahun. Keduanya, hanya keputusan peperiksaan SPM sahaja yang boleh digunakan bagi membuat permohonan.

    1. Waalaikumussalam. Setiap IPG memang mempunyai pengkhususan yang berbeza. Hal ini adalah kerana ia bergantung kepada tenaga pengajar dan kemudahan yang wujud dalam sesebuah IPG tersebut.

    1. Waalaikumussalam. Terdapat pelbagai jenis kursus di sini. Namun, yang menjadi keutamaan ialah kursus Pendidikan Islam dan TESL.

  93. Salam. Saya mahu bertanya, bilakah tarikh untuk mengisi borang permohonan kemasukan ke IPG bagi lepasan SPM 2015?

    1. Maaf saya pun tidak pasti. Nasihat saya, sentiasalah layari laman rasmi KPM atau membaca surat khabar. Selalunya tawaran akan dibuka selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun saya minta maaf kerana saya pun kurang pasti. Selalunya subjek yang mendapat banyak permintaan akan dinyatakan sekali semasa tawaran untuk memohon mengikut Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dibuka. Setiap tahun, subjek yang menjadi keutamaan adalah berbeza.

    1. Waalaikumussalam. Maaf saya pun tidak pasti. Nasihat saya, sentiasalah layari laman rasmi KPM atau membaca surat khabar. Selalunya tawaran akan dibuka selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

  94. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya, IPG mnakah yang menawarkan kos Sejarah? Sekiranya saya mendapat tawaran ke salah sebuah IPG, adakah saya perlu melalui proses temu duga dahulu ataupun tidak?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, saya pun kurang pasti pada tahun ini IPG mana yang akan mengambil guru pelatih dari opsyen Sejarah. Hal ini adalah kerana ia berbeza pada setiap tahun. Seterusnya, sebelum anda ditawarkan ke mana-mana IPG, anda terlebih dahulu akan diminta untuk menghadiri sesi temuduga dan beberapa ujian saringan yang lain.

  95. Saya ingin bertanya bagaimamana cara untuk memohon IPG? Seterusnya, bahasa apakah yang akan digunakan semasa sesi temuduga? Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu? Adakah tahun ini pelajar IPG masih diberikan elauan kerana saya mendengar khabar mengatakan elaun bagi pelajar IPG sudah dihentikan.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Bagi memohon melanjutkan pelajaran ke IPG, sila lihat alamat rasmi yang akan dikeluarkan oleh pihak KPM melalui laman rasmi mereka. Seterusnya, sesi temuduga boleh dijalankan dalam kedua-dua bahasa. Walau bagaimanapun, Bahasa Melayu tetap menjadi keutamaan melainkan anda ditemuduga bagi opsyen TESL. Akhirnya, elaun masih tetap diberikan seperti biasa. Berita yang anda dengar mengenai pemberhentian elaun adalah tidak tepat.

  96. Salam sejahtera. Saya mahu tanya, kalau saya memilih untuk mengambil opsyen Matematik, apakah subjek yang akan saya pelajari?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Antara subjek yang akan anda pelajari seperti:

      1. Mengenal Nombor (MTE3101).
      2. Kurikulum Pendidikan Matematik (MTE3102).
      3. Geometri (MTE3103).
      4. Matematik Keputusan (MTE3104).
      5. Statistik (MTE3105).
      6. 10 subjek yang lain.

  97. Assalammualaikum. Saya ingin mengajukan soalan kepada anda:

    1. Saya amat meminati subjek Matematik dan Sains. Jika saya ingin mengambil opsyen Matematik, adakah subjek Matematik Tambahan turut diambil kira untuk pengambilan kemasukan ke PPISMP? Bagi opsyen Sains pula, adakah subjek Biologi, Fizik dan Kimia turut diambil kira untuk memohon kemasukan ke PPISMP?

    2. Saya juga berminat dalam subjek perakaunan, namun PPISMP adalah kursus perguruan untuk sekolah rendah. Jadi, apakah institut yang perlu saya pohon untuk pengambilan guru ke sekolah menengah?

    3. Saya meminati subjek Geografi sejak tingkatan 3. Namun, saya tidak mempelajari subjek tersebut ketika saya berada di tingkatan 5. Adakah saya boleh memohon untuk subjek tersebut?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya.

      1. Bagi soalan pertama, sebenarnya saya pun kurang pasti sama ada subjek Matematik Tambahan diambil kira sekiranya anda mahu memohon opsyen Matematik atau subjek Biologi, Fizik, dan Kimia diambil kira sekiranya anda ingin memohon opsyen Sains.

      2. Sekiranya anda mahu mengajar di sekolah menengah, anda boleh melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

      3. Anda boleh memohon opsyen Geografi. Cumanya, nasihat saya agar anda memohon opsyen yang anda pelajari semasa di sekolah menengah dan tercatat dalam keputusan peperiksaan SPM anda. Hal ini agar peluang anda untuk berjaya dalam permohonan untuk dipanggil bagi sesi temuduga memasuki PPISMP lebih cerah.

  98. Saya ingin bertanya, semasa sesi UKCG dan temuduga diadakan, adakah betul soalan yang akan diajukan kepada bakal guru yang mendapat tawaran sebagai guru Matematik akan menggunakan bahasa Inggeris?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, hanya temuduga bagi opsyen TESL sahaja yang akan menggunakan bahasa Inggeris. Apapun, saya nasihatkan anda tetap bersedia dengan komunikasi asas dalam bahasa Inggeris memandangkan bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa komunikasi dunia.

  99. Salam. Sekiranya mahu memohon program PPC dan Program Kembar Bahasa Jerman atau Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman dengan Pendidikan, macam mana? Mohon pencerahan.

  100. Hi. I am a paraplegic and I have been selected for UKCG examination next week. As paraplegic, I cannot attend the physical tests. Do I have any special privileges or will I be rejected due to my condition? Hope you can reply me as soon as possible. Thank you.

    1. Firstly thank you for asking. Based on my knowledge, you just need to bring the confirmation letter from the doctor. By the way, I advise you to call the Ministry of Education to get more exact answer.

  101. Saya mendapat tawaran temuduga bidang Matematik bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Boleh kongsi contoh-contoh soalan yang mungkin ditanya ketika sesi tersebut? Seterusnya bolehkah saya menjadi pensyarah selepas tamat IPG?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Antara soalan yang mungkin ditanya adalah berkaitan sebab anda memilih IPG dan apa yang anda boleh tawarkan dalam bidang pendidikan. Selepas menamatkan pengajian di IPG, anda akan ditempatkan di sekolah rendah untuk mengajar. Sekiranya anda ingin menjadi pensyarah, anda perlu melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana/ master. Kemudian, memohon untuk mengajar di mana-mana universiti, kolej awam, kolej swasta atau IPG.

      1. Saya mempunyai soalan lagi berkaitan salinan sijil yang diperlukan. Adakah sijil PAFA, PEKA dan lain-lain perlukan salinan sekali atau tidak?

        1. Sebagai langkah selamat, buat sahaja salinan bagi sijil-sijil tersebut dan jangan lupa disahkan.

  102. Salam. Saya mendapat temuduga IPG pada 10 hari bulan ini. Namun, saya mempunyai masalah seperti kekurangan sijil kokurikulum. Adakah saya akan berjaya bagi sesi temuduga nanti? Adakah markah bagi sijil kokurikulum akan ditolak?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Seterusnya tahniah kerana berjaya mendapat tawaran bagi sesi temuduga. Setakat pengetahuan saya, semasa sesi temuduga, apa yang ingin dilihat bukan semata-mata tebalnya sijil yang anda miliki. Malah yang lebih penting adalah bagaimana anda mampu memberikan respon yang baik bagi setiap pertanyaan yang diajukan oleh panel temuduga. Saya doakan anda berjaya.

  103. Assalamualaikum. Saya ingin mengajukan 1 soalan. Saya sebenarnya telah mendapat tawaran ke UiTM bagi program asasi TESL dan diminta melapor diri antara 25-28 Mei tetapi keputusan pengambilan PISMP dijadualkan pada 6 Jun. Apakah tindakan yang saya perlu lakukan? Hal ini kerana pada saya belajar di IPG merupakan pilihan pertama manakala UiTM pilihan kedua. Namun keputusan IPG belum keluar lagi. Saya tidak boleh sambung belajar di UiTM sekiranya gagal melapor diri pada tarikh yang ditetapkan. Mohon pencerahan. Terima kasih

    1. Waalaikumussalam. Saya nasihat anda menghubungi pihak UiTM dan nyatakan persoalan anda. Jika berdasarkan pengalaman saya, sebelum memasuki IPG, saya melanjutkan pelajaran ke UPM dahulu dalam bidang Asasi Sains Pertanian. Oleh kerana saya masih menunggu keputusan IPG, terdapat beberapa jenis yuran yang saya tangguhkan bayarannya dan beberapa perkara lain.

  104. Soalan saya mengenai jaminan pekerjaan. Adakah masih terdapat pengambilan automatik untuk pekerjaan kepada lepasan IPG? Atau mereka perlu bersaing dengan lepasan IPTA atau IPTS?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Setakat maklumat yang saya perolehi, tiada lagi pengambilan automatik untuk pekerjaan kepada lepasan IPG. Anda perlu menduduki temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) terlebih dahulu.

  105. Salam. Saya mahu tanya, adakah terdapat ambilan kedua atau ambilan gantian? Saya tidak berjaya mendapat tawaran ke IPG.

    1. Ya. Memang terdapat pengambilan kedua sekiranya terdapat individu yang tidak mendaftarkan diri semasa pengambilan pertama.

  106. Salam. Saya lepasan SPM 2015 dan mendapat tawaran IPG di Kampus Pulau Pinang. Saya akan mendaftar pada 13/6. Saya dapati tiada pemberitahuan berkaitan jumlah yuran yang perlu saya bayar semasa mendftar nanti. Jadi, boleh tolong maklumkan berkaitan hal tersebut? Selain itu, saya juga mahu tahu berapakah jumlah elaun yang diberikan setiap bulan? Terima kasih.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya dan maaf lambat memberikan respon. Sebenarnya yuran pengajian di IPG adalah percuma. Elaun yang diberikan pula adalah berbeza mengikut lokasi IPG.

  107. Assalamualaikum. Sekiranya kita mendapat mana-mana tawaran universiti lain selepas menandatangani perjanjian semasa PPISMP, adakah kita akan dikenakan tindakan undang-undang?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya dan maaf lambat memberikan respon. Mendapat tawaran mana-mana universiti tidak menjadi sebarang masalah. Masalahnya mungkin timbul sekiranya anda mahu berhenti dari mengikuti kursus PPISMP kerana mahu melanjutkan pelajaran ke universiti.

  108. Hello, brother. Actually I’m SPM candidate (2016). When I should buy the pin number in BSN ? After SPM ? I’m a science stream student but I interested in Tamil subject. May I take it as my major subject? Your each and every replies motivated me to be teacher and my ambition is to be a lecturer. I know there are all the possibilities to become lecturer by choosing IPG.

    1. First of all, thank you for asking. You just need to wait the application to be opened by KPM. Then, it is not a problem if you want to take Tamil as your major subject. Only just make sure you get the best result for that subject in SPM. I wish you the best.

  109. Saya mahu tanya. Tahun lepas saya mendapat panggilan UKCG tetapi tidak hadir ujian tersebut. Jadi, adakah boleh saya mahu membuat permohonan IPG lagi sekali untuk 2017?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, anda boleh lagi asalkan umur anda tidak melebiha 20 tahun pada tahun 2017.

  110. Assalamualaikum. Apapun, terima kasih untuk perkongsian tersebut. Saya masih berada di tingkatan empat dan cita-cita untuk menjadi seorang murabbi tetap utuh. Usia baru setahun jagung, banyak lagi saya tidak tahu berkaitan proses untuk menjadi guru ini. Sebelum itu, maaf kalau tulisan saya terlampau panjang.

    1. Adakah IPG hanya keluarkan guru sekolah rendah? IPTA pula keluarkan guru sekolah menengah? Sekiranya bakal guru sekolah rendah ini diberikan elaun manakala guru sekolah menengah hanya mendapat bantuan daripada ibu bapa dan PTPTN?

    2. Saya tidak berminat dengan UPSI. Saya berminat dengan UPM, tidak pasti sebabnya. Adakah betul UPM mempunyai fakulti pendidikan? Adakah boleh, sekiranya saya mahu menyambung pelajaran di situ? Saya mengajar subjek Matematik Moden dan apa-apa subjek teras kecuali Bahasa Inggeris. Jadi, adakah saya perlu memperolehi sekurang-kurangnya A- bagi subjek Matematik Tambahan?

    3. Selalunya orang mengatakan bahawa hanya lepasan STPM dan matrikulasi sahaja yang memohon untuk melanjutkan pelajaran di fakulti pendidikan tersebut. Saya berminat dengan program asasi. Jadi, adakah saya masih boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA?

    Saya minta maaf kerana pertanyaan yang terlalu panjang. Enjoy your day, and enjoy answering my questions. ?

  111. Assalamualaikum, saya ingin memohon IPG untuk tahun 2017. Saya ada membaca syarat umur untuk memohon IPG ialah 20 tahun pada atau selepas 30 Jun. Saya pula 20 tahun sebelum 30 Jun kerana saya lahir pada bulan Februari. Adakah memang saya tidak mempunyai peluang untuk memohon? Hal ini adalah kerana saya ada membaca di ruangan komen bahawa saudara menyatakan umur mestilah tidak melebihi 20 tahun semasa memohon. Persoalannya saya masih 20 tahun untuk memohon. Jadi, bagaimana?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Bagi pengetahuan saudari, syaratnya semasa memohon umur seseorang itu mestilah tidak melebihi 20 tahun iaitu pada 30 Jun pada tahun permohonan, umur pemohon mestilah 19 tahun dan ke bawah. Sekiranya saudari lahir pada bulan Februari, maksudnya pada 30 Jun 2017, saudari sudah berumur 20 tahun 4 bulan. Jika berdasarkan syarat had umur, maka saudari sudah melebihi had umur yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, saya nasihatkan saudari menghubungi pihak KPM apabila permohonan pada tahun 2017 dibuka bagi menyatakan masalah yang dihadapi. Kemungkinan terdapat perubahan pada syarat kemasukan IPG 2017 atau pihak KPM boleh mempertimbangkan permohonan saudari.

  112. Salam. Saya pelajar semester 1 dari UiTM. Saya berminat untuk memasuki IPG. Adakah saya akan diberikan keutamaan jika mendaftar buat kali kedua? Hal ini adalah kerana saya pernah mendaftar sebelum ini dan hanya layak untuk UKCG sahaja.

    1. Selagi anda memenuhi syarat permohonan IPG yang ditetapkan, maka anda layak memohon. Namun, saya tidak pasti sama ada anda akan diberikan keutamaan berbanding pemohon lain. Maaf.

  113. Salam. Saya inginkan sedikit pencerahan, apakah perbezaan antara pelajar PPISMP dan PISMP? Adakah tempoh belajar di IPG adalah sama bagi kedua-dua program ini?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Bagi pengetahuan anda, tempoh pengajian bagi PPISMP ialah 1 tahun manakala bagi PISMP ialah 4 tahun. Umumnya, subjek yang dipelajari di tahap PPISMP ialah bersifat umum dan tidak menjurus kepada bidang atau opsyen yang tertentu.

  114. Saya mahu tanya, adakah pemarkahan untuk sesuatu subjek adalah berdasarkan campuran markah kerja kursus dan markah peperiksaan? Hal ini adalah disebabkan terdapat yang mengatakan sekiranya markah peperiksaan tidak melepasi 50%, anda akan dianggap gagal walaupun markah kerja kursus tinggi. Saya pelajar PPISMP.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun boleh tahu opsyen anda dan anda dari IPG mana? Bagi menjawab persoalan anda, ia bergantung kepada jenis kertas yang anda ambil. Selalunya, markah akhir bagi sesuatu subjek itu telah dinyatakan unjurannya dalam Rancangan Mengajar Kursus (RMK) atau Jadual Tiga. Sekiranya pembahagian markah bagi subjek tersebut ialah 50% dari tugasan projek dan 50% lagi dari markah peperiksaan, maka markah akhir ialah hasil tambah markah tugasan projek dan markah peperiksaan. Walaupun markah peperiksaan tidak melepasi 50%, masih lagi terdapat kemungkinan seseorang itu boleh lulus jika markah kerja kursusnya tinggi.

      1. Saya dari IPG Kampus Batu Lintang. Opsyen MT SJK(C). Kawan saya dari TESL mengatakan bahawa pensyarah mereka menyatakan kami mesti lulus sekurang-kurangnya 50% walaupun markah kerja kursus mereka tinggi.

        1. Terima kasih atas maklumat. Saya pun kurang pasti. Kemungkinan pembahagian markah bagi penilaian akhir adalah tidak seimbang. 70% dari peperiksaan dan 30% dari tugasan projek. Sekiranya begitu, anda memang perlu mendapat sekurang-kurangnya 50% dari markah peperiksaan akhir bagi lulus subjek tersebut.

          1. Sekiranya seseorang itu tidak lulus bagi sesuatu subjek, dia masih berpeluang menduduki peperiksaan ulangan. Peperiksaan tersebut biasanya dijalankan pada awal bulan pada semester berikutnya.

          2. Saya mahu tanya lagi, macam mana seseorang itu diketahui gagal dalam ujian? Adakah akan dikeluarkan senarai?

          3. Setakat pengetahuan saya, apabila seseorang itu gagal, pihak Unit Peperiksaan akan terus menghubungi individu tersebut. Tiada senarai penuh yang akan dikeluarkan untuk tatapan umum.

          4. Maaf. Maklumat berkaitan subjek tersebut saya tinggal di asrama. Sekarang sudah balik ke rumah kerana cuti semester.

      1. Adakah markah ujian akan dikumpul sehingga semester akhir?

        2016年12月25日 上午9:24,”Zmd94’s Blog” 写道:

        1. Markah setiap peperiksaan pada setiap semester akan dikumpul dan dibahagi bagi mendapatkan purata markah terkumpul.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, tiada masalah sekiranya anda ingin memohon lagi.

  115. Saya ingin menjadi guru Matematik tetapi saya tidak mngambil subjek elektif Matematik Tambahan kerana saya mengambil aliran akaun. Jadi, adakah saya boleh memohon opsyen Matematik? Mohon pencerahan.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Pilihan untuk mengikuti program tersebut boleh dibuat semasa anda mengisi program permohonan secara atas talian melalui laman rasmi KPM apabila ia dibuka nanti.

  116. Saya ingin bertanya:

    1. Adakah semua pelajar yang mengambil bahasa antarabangsa akan dihantar ke luar negara?

    2. Selalunya permohonan dibuka pada bulan berapa?

    3. Semua guru akan mengajar di sekolah rendah? Bagaimana pula jika guru yang mengajar bahasa Perancis dan Jepun yang tidak mengajar di sekolah?

    Terima kasih.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Maaf kerana lambat menjawab.

      1. Berdasarkan pengetahun lepas, pelajar yang mengambil bahasa antarabangsa memang akan dihantar ke luar negara.

      2. Permohanan pada tahun ini akan mula dibuka pada 20 Mac 2017. Tarikh tertakluk kepada perubahan semasa. Saya nasihatkan supaya sentiasa melayari laman web rasmi KPM.

      3. Saya pun kurang pasti. Maaf.

  117. Assalamualaikum, saya mahu tanya beberapa soalan?

    1. Untuk menjadi seorang guru, seseorang itu mestilah aktif. Adakah itu bermaksud pelajar IPG perlu menjalani aktiviti yang lasak atau sebenarnya kita perlu aktif dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di IPG sahaja?

    2. Jika ingin menjadi guru dalam mata pelajaran Matematik, di manakah pusat IPG yang menawarkan bidang tersebut?

    3. Adakah pelajar IPG akan disediakan tempat tinggal selama 5 tahun tempoh pengajian?

    4. Adakah pelajar IPG masih diberi elaun?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya.

      1. Seorang guru yang aktif bermaksud dia mempunyai ketahanan jati diri yang kuat. Antara program yang dirancang sepanjang 5 tahun pengajian di IPG ialah program Bina Insan Guru (BIG) dan perkhemahan unit beruniform yang akan menguji ketahanan fizikal, mental dan emosi para pelajar.

      2. Bagi pengetahuan saudari, penetapan bagi IPG mana yang akan mengambil guru pelatih bagi bidang tertentu adalah berbeza pada setiap tahun. Maaf saya pun kurang pasti, pada tahun ini IPG mana yang akan menjadi pusat untuk guru pelatih bagi Opsyen Matematik.

      3. Sepanjang tempoh asasi selama 1 tahun, para guru pelatih diwajibkan tinggal di dalam asrama yang disediakan. Apabila tempoh pengajian ijazah bermula, penempatan di asrama adalah bergantung kepada kekosongan ada pada sesebuah IPG tersebut. Ianya mungkin berbeza antara 1 IPG dengan IPG yang lain.

      4. Setakat hari ini, elaun masih diberikan kepada semua guru pelatih.

  118. Saya telah berjaya menduduki ujian UKCG tetapi gagal pada ujian temuduga sesi 2016. Jadi, adakah boleh saya membuat rayuan pada tahun 2017 dengan menggunakan keputusan UKCG dan temu duga pada tahun lepas?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, anda perlu membuat permohonan yang baharu iaitu perlu menjalani UKCG dan sesi temu duga semula.

  119. Terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya pada tempoh hari. Hari Isnin minggu depan saya akan menduduki UKCG. Semasa ujian kecergasan, akan terdapat banyak jenis ujian, betul? Sekiranya semasa salah satu ujian tersebut, saya sudah berusaha tetapi masih tidak mampu lakukannya, adakah kita tidak akan dapat meneruskan ujian yang seterusnya? Sekiranya mahu menjadi guru sekolah menengah tetapi tidak mengambil ijazah pendidikan semasa peringkat ijazah, masih bolehkah menjadi guru sekolah menengah dan apa caranya?

    1. Sama-sama. Antara ujian yang akan dijalankan semasa UKCG ialah bangkit tubi bervariasi, jangkauan meluncur dan bleep test. Setiap ujian terdapat tahap minimum yang perlu dicapai oleh setiap individu yang berbeza mengikut jantina. Seterusnya, anda tetap boleh berpindah ke ujian seterusnya walaupun anda kurang berjaya pada ujian yang sebelumnya.

      Kemudian, sekiranya anda ingin menjadi guru sekolah menengah tetapi tidak mahu mengambil ijazah pendidikan, anda tetap boleh mengajar di sekolah menengah dengan cara memohon untuk mengikuti Program Teach for Malaysia. Anda yang memohon untuk mengikuti program ini perlu menjalani ujian saringan. Selepas berjaya anda akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang berkenaan. Bagi tujuan pemantapan ilmu perguruan, setiap kali menjelangnya cuti sekolah, anda diwajibkan untuk mengikuti kursus Pemantapan Perguruan bersama rakan-rakan Teach for Malaysia yang lain. Kontrak perguruan diberikan selama dua (2) tahun dan selepas tamat kontrak anda boleh memilih untuk meneruskan kontrak atau sebaliknya.

      1. Sesiapa yang mengikuti Program Teach for Malaysia ini, adakah tidak akan menjadi guru tetap dan hanya bekerja mengikut kontrak atau sebaliknya? Maaf kerana banyak bertanya. Satu lagi perkara yang merunsingkan saya adalah adakah mereka yang mengikuti program Teach for Malaysia ini akan diberikan gaji pencen setelah bersara nanti atau perlu mendaftar KWSP?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya minta maaf kerana kurang pasti dengan jawapan kepada pertanyaan anda.

    1. Waalaikumussalam, pertamanya terima kasih kerana bertanya. Buat pengetahuan anda, semua guru pelatih semasa mengikuti program PPISMP wajib tinggal di asrama melainkan terdapat sebab-sebab yang munasabah. Seterusnya, setelah anda selesai program PPISMP, keputusan untuk tinggal di asrama bergantung kepada kekosongan bilik atau tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di IPG masing-masing.

  120. Assalamualaikum. Saya sudah dapat tawaran ke IPG bagi opsyen Matematik. Jadi, saya akan belajar dalam Bahasa Melayu atau Inggeris bagi subjek major?

    1. Waalaikumussalam, pertamanya tahniah saya ucapakan. Bagi pengetahuan anda, pembelajaran boleh berlaku dengan menggunakan kedua-dua bahasa tersebut.

  121. Salam. Boleh saya tahu kampus IPG manakah yang menawarkan kursus bimbingan dan kaunseling? Kemudian, adakah hanya IPG Kampus Bahasa yang terletak di Lembah Pantai sahaja yang menawarkan kursus Bahasa Melayu?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Namun saya minta maaf kerana saya pun kurang pasti kerana setiap tahun penentuan berkaitan penempatan setiap opsyen boleh berubah atau kekal seperti tahun lepas.

  122. Salam, terima kasih atas perkongsian yang bermakna ini. Saya ingin bertanya sedikit. Andai terdapat jawapan mohonlah diberikan. Saya seorang pelajar tingkatan 5 dan berminat ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan. Saya sangat bercita-cita untuk menjadi seorang guru sekolah menengah. Persoalannya, saya masih kabur tentang bidang pengkhususan IPG ini kerana kebanyakannya hanya menawarkan bagi SK sahaja. Jadi, apakah yang perlu saya lakukan untuk menjadi seorang guru SMK? Bidang pengkhususan apa yg perlu saya pilih? Ataupun terdapat alternatif lain? Terima kasih.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Bagi pengetahuan anda, semua lepasan IPG akan mengajar di sekolah rendah kebiasaannya. Sekiranya anda mahu mengajar di sekolah menengah, anda boleh melanjutkan pelajaran dalam mana-mana bidang pendidikan yang ditawarkan di mana-mana universiti awam atau swasta yang diiktiraf.

  123. Kalau saya mengambil opsyen Bahasa Inggeris, terdapat berapa temu duga dan apakah soalan-soalan yang akan ditanya?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Buat pengetahuan anda, hanya terdapat satu sahaja sesi temu duga. Namun, sebelum anda layak dipanggil untuk ditemu duga, anda perlu lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan ujian psikometrik. Seterusnya, sesi temu duga mungkin dijalankan dalam Bahasa Inggeris.

  124. Salam. Saya pelajar lepasan SPM dan saya amat meminati bidang bahasa Inggeris dan bercadang untuk melanjutkan pelajaran di IPG dalam bidang TESL tetapi syarat kelayakan bidang TESL adalah mencapai A dalam SPM. Sedangkan saya hanya memperolehi A-. Walau bagaimanapun, saya masih tidak mahu melepaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran di IPG dengan memilih bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Saya telah lulus UKCG baru-baru ini dan akan menduduki sesi temu duga tidak lama lagi. Jadi, adakah saya boleh menukar bidang pengajian saya setelah diterima ke IPG kepada kos TESL? Atau adakah saya perlu mengejar cita-cita saya dengan melanjutkan pengajian di UiTM dalam bidang asasi TESL setelah saya berjaya ditawarkan nanti? Saya sangat minat untuk mengajar di sekolah rendah. Jadi, bolehkah saya tahu tentang kronologi pengajaran bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak? Adakah terdapat pengkhususan pengajaran bahasa Inggeris untuk seseorang guru? Atau adakah seseorang guru itu perlu mengajar merangkumi semua mata pelajaran? Saya minta maaf atas pertanyaan yang terlalu panjang. Saya berharap agar saudara dapat membantu saya dengan memberikan pendapat dan cadangan bagi permasalahan ini. Terima kasih. ?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Saya akan cuba jawab soalan anda satu persatu. Sebelum itu, ucapan tahniah kerana telah lulus UKCG dan akan menghadiri sesi temu duga nanti.

      1. Setakat pengetahuan saya, anda tidak lagi boleh menukar opsyen pengajian setelah anda mendapat surat penempatan IPG. Hal ini adalah kerana setiap IPG akan mempunyai bidang pengajian khusus tertentu yang telah ditetapkan.

      Namun, jika anda memang berminat dengan bidang TESL, anda boleh menyatakan hasrat anda semasa sesi temu duga nanti. Apabila ditanya sebabnya, anda perlu mampu menyatakan dengan jelas sebab anda lebih layak di bidang TESL berbanding bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Hal ini adalah kerana saya pernah mempunyai kawan yang ditemu duga bagi opsyen lain tetapi semasa surat tawaran dikeluarkan dia memperolehi bidang yang dikehendakinya. Namun, perlu diingatkan bahawa ianya bergantung kepada budi bicara para panel penemuduga.

      2. Bagi pengetahuan anda, pengajaran bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah bertumpu kepada murid-murid prasekolah iaitu yang berumur bawah 7 tahun. Guru yang mengambil bidang ini kebiasaanya akan mengajar murid prasekolah sepenuh masa tanpa perlu mengajar murid tahun 1 hingga tahun 6.

      3. Apabila dilihat prospek masa depan, saya berpendapat bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini akan pergi lebih jauh lagi berbanding bidang TESL. Sekiranya anda mahir berbahasa Inggeris, ianya akan menjadi satu kelebihan buat diri anda.

      Harap dapat membantu menyelesaikan beberapa kegelisahan minda anda. Sekiranya masih kurang jelas, anda boleh bertanya lagi.

      1. Terima kasih saudara atas maklum balas yang diberikan. Saya cukup senang mendengarnya. Sekurang-kurangnya saya masih mempunyai alternatif lain untuk melanjutkn pengajian ke bidang yang saya minati. Kawan saudara sangat beruntung.

        1. Bolehkah saya mengetahui bidang yang kawan saudara ditemu duga dan bidang diperolehi setelah mendapt surat tawaran?

        2. Bolehkah saya minta penjelasan akan jawapan saudara yang ketiga? Kenapa saudara merasakan bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak akan pergi lebih jauh berbanding bidang TESL pada masa depan?

        3. Bagaimanakah saya hendak menyatakan hasrat saya sedangkan saya akan ditemuduga di dalam kumpulan nanti? Saya takut tidak diberi peluang untuk bertanya dan hanya perlu menjawab soalan dan memberikn pendapt kepada soalan yang diberikan penemuduga sahaja.

        4. Bolehkah saudara berikan saya tips dan idea bagaimana untuk menyuarakan hasrat saya untuk menukar pengajian?

        Minta maaf atas soalan saya yang agak pelik. Harap saudara sudi membantu. ?

        1. 1. Maaf saya sudah lupa.

          2. Jemput baca artikel ini:

          https://bit.ly/2ItFfvH

          3. Mungkin anda boleh meminta ruang untuk bertanya pada pengakhiran sesi berkumpulan. Minta peluang untuk bertanya atau menyatakan hasrat anda sebelum keluar dari bilik temu duga.

          4. Umumnya nyatakan 1 sebab paling utama yang menyebabkan anda lebih layak di bidang TESL berbanding bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Mungkin anda boleh nyatakan pencapaian anda sebelum ini dan bagaimana dengan pencapaian atau kemahiran tersebut anda boleh memajukan bidang TESL di Malaysia.

          Harap membantu.

          1. Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. Saudara banyak membantu saya dan saya berasa sangat bersyukur untuk itu. Saya doakan saudara sentiasa diberikan kesihatan sejahtera dan dimurahkan rezeki. Doakan saya berjaya mencapai cita-cita saya dan dapat membuat pilihan yang terbaik. Sejujurnya, saya reda dan bersyukur jika saya diberikan penempatan ke IPG walaupun bukan dalam bidang saya minati. Peluang itu merupakan suatu anugerah yang besar kepada saya terutamanya kepada ayah saya yang sangat menginginkan saya melanjutkan pelajaran di IPG. Terima kasih sekali lagi kepada saudara yang banyak membantu. ?

  125. Saya ingin bertanyakan soalan. Adakah elaun bulanan IPGM bagi ambilan 2018 dibatalkan dan diganti dengan PTPTN. Adakah kolej kediaman itu seperti asrama yang menyediakan makanan dan sebagainya? Boleh saya minta pandangan encik mengenai peratus pelajar IPG yang meneruskan pengajian sehingga habis? Atau terdapat mereka yang berhenti di pertengahan jalan? Saya ditawarkan kursus bagi opsyen Sejarah. Saya risau jika belajar separuh jalan, jadi saya mahu minta nasihat encik. Terima kasih.

    1. Mengikut arahan terbaharu, elaun hanya diberikan kepada pelajar IPG semasa pengajian di peringkat PPISMP iaitu selama 2 semester. Jemput baca kenyataan rasmi dari KPM:

      https://www.moe.gov.my/index.php/my/arkib/arkib/pemberitahuan/2017/3287-kenyataan-media-elaun-sara-hidup-pelajar-ipg

      Seterusnya, kolej kediaman di IPG hanya merupakan tempat tinggal dengan mempunyai kemudahan tertentu yang bebeza mengikut IPG. Walau bagaimanapun tiada penyediaan makanan di tempat khusus seperti dewan makan yang terdapat di sekolah berasrama penuh. Setakat hampir 6 tahun di IPG, tiada lagi kes guru pelatih berhenti separuh jalan. Semua menamatkan kursus sehingga ke penghujungnya. Namun terdapat beberapa kes yang guru pelatih terpaksa diberhentikan. Hal ini adalah kerana mereka terlibat dengan beberapa kes yang termaktub dalam Akta 174.

      Akhirnya, saya ucapkan tahniah kerana anda telah ditawarkan kursus bagi opsyen Sejarah. Saya doakan anda berjaya. Harap membantu.

  126. Salam saudara. Saya telah selesai ujian temu duga IPG bagi opsyen Pendidikan Awal Kanak-Kanak kelmarin dulu. Terima kasih banyak memberikan nasihat yang berguna sebelum ini. Saya ingin bertanya beberapa soalan kepada saudara.

    1. Bagaimanakah pemilihan calon pelatih guru yang dipilih untuk diberi penempatan ke IPG?

    2. Adakah sistem markah merit masih dikira dan digunakan lagi walaupun saya telah berada di tahap temu duga?

    3. Apakah ciri-ciri penting yang dititikberatkan bagi memilih bakal guru di IPG? Setelah berfikir panjang, saya berasa yakin untuk melilih bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak berbanding bahasa Inggeris.

    4. Adakah benar kurang permintaan bagi bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini? Hal ini adalah kerana semasa saya ditemu duga, saya ditemu duga bersama dengn kos bahasa Melayu kerana terlalu ramai kos tersebut. Malah sangat sukar bagi saya mencari orang yang mengambil bidang sealiran dengn saya.

    Minta pandangn dan penjelasn daripada saudara. ?

    1. Pertamanya tahniah kerana telah selesai sesi temu duga. Saya doakan anda berjaya.

      1. Maaf saya kurang pasti kerana saya tidak terlibat secara langsung dalam bahagian ini.

      2. Mungkin.

      3. Pada pendapat saya, ciri yang pertama ialah kesediaan individu itu memilih profesion perguruan atas sebab kerelaan diri sendiri iaitu bukan atas paksaan orang lain. Keduanya ialah mempunyai azam ingin memajukan bidang pendidikan di Malaysia dan sanggup memberikan pengorbanan masa, tenaga dan idea bernas yang berterusan. Akhirnya, individu itu perlu mempunyai tingkah laku yang tidak menjatuhkan maruah profesion perguruan.

      4. Mungkin.

      Harap membantu.

      1. Assalammualaikum. Saya mahu tanya, saya baru-baru ini sudah pergi temu duga untuk bidang Pendidikan Islam. Jadi adakah terdapat kemungkinan besar untuk saya dapat masuk belajar ke IPG mengikut bidang yang kita minta?

        1. Waalaikumussalam. Kebiasaannya, apabila berjaya, anda akan ditawarkan opsyen yang sama seperti masa temu duga. Saya doakan anda dipermudah segala urusan dan semoga berjaya.

      2. Assalamualaikum, maaf saya ingin bertanya. Bagaimana cara pelajar ditempatkan di IPG? Adakah ditempatkan mengikut bidang di kampus tertentu? Adakah tuan tahu pelajar bidang reka bentuk dan teknologi bakal ditempatkan di IPG mana?

        1. Waalaikumussalam. Untuk pengetahuan anda, setiap IPG mempunyai bidang khusus tertentu yang telah ditetapkan. Namun, ia mungkin berubah. Apapun saya minta maaf kerana tidak pasti IPG mana yang akan dipilih bagi menempatkan guru pelatih bagi opsyen reka bentuk dan teknologi.

  127. Saya mahu bertanya. Sekiranya, sahkan tawaran di UPU, adakah ia akan memberi kesan kepada permohonan IPG? Hal ini adalah kerana saya sedang menunggu keputusan IPG yang akan diketahui pada 13 Jun ini. Pada masa yang sama, saya perlu sahkan tawaran rayuan UPU sebelum 11 Jun. Namun, saya khuatir mahu sahkan. ?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat pengalaman saya, tiada masalah untuk anda membuat pengesahan rayuan UPU. Ia tidak akan memberikan kesan kepada keputusan IPG. Harap membantu.

  128. Bolehkah saya tahu macam mana cara mahu membuat rayuan IPG? Adakah perlu mengisi di mana-mana laman? Atau hanya perlu menunggu panggilan kedua untuk sesi 2018 ini?

    1. Setakat pengetahuan saya, anda boleh melayari laman rasmi permohonan ke PPISMP. Apabila permohonan tersebut dibuka, maka akan disediakan satu pautan khas. Harap membantu.

  129. Bolehkah saya tanya bahawa bilik asrama adalah dibahagi mengikut kursus atau mempunyai peraturan yang tertentu seperti matrikulasi iaitu 1 bilik 3 Muslim dan 1 non-Muslims? Seterusnya, apakah subjek yang kami akan belajar semasa PPISMP? Kelas adalah mengikut kursus yang ditawarkan atau jenis sekolah rendah?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Berdasarkan pengalaman saya, pembahagian bilik adalah mengikut saiz bilik tersebut dan polisi yang telah ditetapkan. Ianya mungkin berbeza bagi setiap IPG. Seterusnya, subjek yang akan dipelajari semasa PPISMP adalah mengikut kursus yang ditawarkan. Namun terdapat juga beberapa subjek wajib yang perlu diambil oleh semua jenis kursus. Kelas pula adalah mengikut kursus dan subjek. Hal ini adalah kerana semasa anda di peringkat PISMP, anda akan boleh memilih opsyen pilihan.

  130. Salam. Saya mahu bertanya, kalau saya melanjutkan pelajaran di IPG, saya akan mengajar di sekolah rendah? Jadi, macam mana caranya saya mahu mengajar di sekolah menengah?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, sekiranya anda ingin mengajar di sekolah menengah, anda perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana terlebih dahulu.

  131. Bolehkah saya tahu cara hendak membuat rayuan? Saya telah berjaya sehingga ke peringkat temuduga tetapi tidak berjaya mendapt penempatan.

    1. Setakat pengetahuan saya, anda boleh melayari laman rasmi permohonan ke PPISMP. Apabila permohonan tersebut dibuka, maka akan disediakan satu pautan khas. Harap membantu.

  132. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Saya lepasan SPM 2017 dan kini menyambung pelajaran di kolej matrikulasi. Saya tidak terpilih dalam ambilan tahun ini. Maka saya bercadang untuk memohon kemasukan ke IPG pada tahun hadapan. Bagaimana saya haru membuat permohonan sedangkan saya sudah berumur 19 tahun pada waktu itu?

      1. Adakah IPG mengambil kira keputusan SPM saya ataupun keputusan matrikulasi? Adakah proses pendaftaran sama sahaja seperti yang lepasan SPM dahulu?

        1. Permohonan IPG bagi program PPISMP hanya mengambil kira keputusan SPM. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian.

  133. Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Syarat kelulusan untuk masuk ke IPG adalah 5A, bukan? Saya yakin yang saya boleh dapat 5A dan mungkin lebih daripada itu cuma saya agak lemah dalam subjek Matematik. Bagaimana kalau saya mendapat 5A atau lebih dalam SPM tetapi gagal dalam Matematik? Adakah mendapat 5A dalam SPM mempunyai peluang yang besar untuk masuk ke IPG?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Berdasarkan syarat yang dinyatakan dalam laman web rasmi, pemohon mesti mendapat gred cemerlang iaitu merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat SPM. Seterusnya jika anda mempunyai subjek yang gagal, tidak semestinya dalam subjek Matematik, kemungkinan peluang untuk anda dipilih bagi sesi temu duga PISMP adalah agak tipis kerana anda perlu bersaing dengan ramai pemohon lain.

      Nasihat saya, pastikan semua subjek lulus dan buat yang terbaik. Saya doakan urusan belajar anda dipermudahkan.

  134. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagi program kembar bahasa Perancis. Adakah wajib belajar bahasa Perancis terlebih dahulu atau boleh jika tiada asas dalam bahasa Perancis? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Berdasarkan syarat akademik dari web rasmi, calon mesti mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta mempunyai sekurang-kurangnya Diplôme d’études en langue française (DELF A1). Sila rujuk di bawah:

      https://pismp.moe.gov.my/iklan_pismp.cfm

  135. Saya ingin bertanya, jika permohonan saya diterima ke IPG, bulan berapa ambilan untuk kemasukan pertama dipanggil? Terima kasih.

      1. Saya pun sama. Saya lepasan SPM dan mendapat keputusan A bagi subjek Matematik dan subjek bahasa Inggeris tetapi saya tidak mengambil subjek Matematik Tambahan ketika di sekolah menengah. Adakah saya masih layak untuk membuat permohonan dan rayuan untuk bidang matematik di IPG?

  136. Assalamualaikum, berapakah indeks BMI minimum bagi kemasukan ke IPG? Saya punya 14.7. Adakah melepasi syarat yang dikehendaki? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Indeks BMI hanya satu daripada beberapa aspek lain yang dinilai. Markah akhirnya nanti akan dicampur dengan beberapa ujian kecergasan yang lain. Harap membantu.

  137. Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Kalau saya mahu menjadi guru Sejarah. Adakah terdapat syarat-syarat tertentu?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apabila saya merujuk syarat Bidang Pengkhususan PISMP tahun 2019, seseorang yang ingin memohon bidang Sejarah, ia perlu mendapat sekurang-kurangnya A- bagi subjek Sejarah dalam SPM.

  138. Salam. Saya mengalami masalah semasa ingin log masuk sistem ke IPG. Saya boleh log masuk tetapi saya hanya mendapati paparannya hanyalah kosong. Laman web mengatakan saya sedang aktif sedangkan tiada paparan ditunjukkan. Saya masih belum mengesahkan dan menghantar permohonan saya. Saya harap encik dapat membantu. Terima kasih.

    1. Terima kasih bertanya. Kemungkinan terdapat masalah dengan sistem. Saya nasihatkan saudari terus menghubungi pihak pentadbir sistem PISMP. Harap membantu.

      1. Salam, saya ingin bertanya. Opsyen yang saya ambil ialah Pendidikan Jasmani. Ujian amali dan UKF dibuat berasingan atau ujian amali sahaja yang perlu dibuat oleh pelajar yang memilih bidang PJ. Jadi UKF tidak perlu dilakukan?

  139. Asalamualaikum. Saya ingin bertanya, adakah perlu untuk memohon biasiswa lagi walaupun mempunyai elaun yang disediakan kerajaan?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Biasiswa atau sebarang tajaan luar boleh dimohon walaupun anda telah menerima elaun. Ianya terpulang kepada individu tersebut selagi anda memenuhi syarat-syarat tajaan yang ditetapkan. Tiada sebarang larangan dari pihak IPGM.

  140. Assalamualaikum, mohon pencerahan.

    1. Saya telah lulus UKCG & mendapat opsyen Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Soalannya, adakah boleh saya bertukar kepada opsyen kedua iaitu BM apabila saya lulus temu duga & UKF di IPG nanti?

    2. Adakah boleh cikgu Prasekolah memohon untuk bertukar kepada cikgu sekolah rendah?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya.

      1. Tahniah diucapkan kerana anda telah lulus UKCG. Setakat pengetahuan saya, anda tidak boleh bertukar opsyen selain yang telah ditawarkan kepada anda. Namun semasa sesi temu duga nanti anda boleh meminta peluang untuk bertanya kepada panel tentang hasrat anda.

      2. Cikgu Prasekolah keluaran IPG akan mengajar di sekolah rendah. Jika anda maksudnya ingin mengajar di aliran perdana iaitu darjah 1 hingga 6, kemungkinan boleh bergantung kepada keperluan di sekolah tempat anda mengajar. Namun bidang ikhtisas tetap Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

  141. Assalamualaikum. Boleh saya tahu adakah kita terus menyambung pengajian ke peringkat PISMP pada tahun yang sama selepas tamat PPISMP?

    1. Ya. Anda akan dapat terus menyambung pengajian ke peringkat PISMP tanpa perlu mengisi apa-apa borang semula sekiranya anda berjaya menamatkan PPISMP dengan syarat yang ditetapkan.

    2. Salam. Saya ingin bertanya. Saya telah gagal dalam ujian yang terakhir dan tidak dapat mengikuti program PISMP. Oleh kerana itu, saya diberi peluang untuk membuat rayuan. Adakah peluang untuk saya diterima masuk ke IPG besar ataupun kecil? Bagaimanakah cara proses pemilihan rayuan dibuat? Faktor apakah yang akan diambil kira bagi permohonan rayuan?

      1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setelah keputusan temu duga guru IPG diketahui, calon yang tidak berjaya dalam temu duga tidak semestinya berpeluang untuk membuat rayuan. Setakat pengetahuan saya, permohonan rayuan adalah bergantung kepada kekosongan. Pihak IPGM perlu menunggu sama terdapat tawaran yang dikeluarkan itu diterima ataupun tidak oleh calon. Sekiranya, terdapat yang menolak sudah pasti terdapat kekosongan.

        Namun, cara kekosongan itu diisi, saya tidak pasti. Ianya mungkin melalui “Calon Gantian” yang telah sedia disenaraikan oleh IPGM. Mungkin juga melalui panggilan kedua. Sekiranya, terdapat iklan permohonan rayuan IPG yang dikeluarkan, maka barulah calon boleh membuat rayuan semula. Harap membantu. Sekiranya kurang jelas, boleh bertanya lagi.

        1. Cumanya pada tahun ini telah dibuka e-rayuan untuk calon yang gagal untuk mengikuti program PISMP.

          1. Pertamanya saya doakan anda berjaya dalam proses rayuan permohonan kemasukan ke IPG. Proses pemilihan semula mungkin berdasarkan syarat yang telah ditetapkan atau perkara yang diminta diisi semula atau dihantar bagi proses rayuan. Boleh tahu macam mana proses rayuan yang anda telah lakukan?

  142. 1. Jika saya memohon subjek Matematik (SJKC), adakah saya perlu belajar bahasa Cina? Hal ini adalah kerana subjek tersebut adalah dalam bahasa Cina.

    2. Semasa sesi temu duga, kami harus memberi demonstrasi pengajaran subjek yang telah kami pilih. Jadi, adakah tajuk yang dipilih mesti terdapat dalam sukatan sekolah rendah atau bebas?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya.

      1. Kemungkinan besar anda perlu mempelajari bahasa Mandarin bagi memudahkan anda mengajar subjek Matematik di SJK(C).

      2. Anda mungkin akan diberikan tajuk tertentu oleh panel temu duga berdasarkan tajuk yang terdapat dalam sukatan KSSR terkini.

  143. Kalau saya dapat masuk IPG yang berdekatan dengan tempat tinggal, adakah saya boleh memohon untuk berulang dari rumah?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, pelajar persediaan perlu tinggal di asrama. Apabila anda memasuki perinkat pengajian ijazah, kemungkinan anda boleh memohon untuk tinggal di luar. Harap membantu.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Sekiranya anda gagal semasa PPISMP, anda tidak dapat melanjutkan ke PISMP. Harap membantu.

      1. Terima kasih. Maknanya saya terus terkeluar dari IPG atau saya masih boleh ulang kertas peperiksaan?

        1. Setiap kali peperiksaan akhir semester, anda akan diberikan peluang untuk untuk menduduki peperiksaan semula bagi setiap subjek yang anda gagal. Tujuan peperiksaan semula adalah untuk memperbaiki keputusan penuh peperiksaan bagi semester tersebut. Jadi, sepanjang 5 tahun lebih belajar di IPG, saya tidak pernah lagi berjumpa kes pelajar IPG dikeluarkan kerana gagal dalam peperiksaan. Harap membantu.

  144. Maaf. Soalan berkaitan asrama. Adakah asrama di IPG sangat dekat dengan tempat belajar atau jauh? Saya tiada apa-apa lesen memandu. Adakah terdapat pengangkutan lain? Saya ditawarkan tempat di IPG Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

    1. Asrama atau tempat tinggal bagi para pelajar memang berdekatan dengan kelas atau bilik kuliah. Anda boleh berjalan kaki sahaja. Tidak perlu menaiki sebarang kenderaan. Akhirnya, tahniah kerana berjaya ditawarkan menyambung pengajian di IPG Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Semoga berjaya dalam bidang perguruan.

  145. Adakah pelajar lepasan IPG akan ditentukan sekolah yang bakal diajar berdasarkan tempat tinggal mereka?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Pelajar lepasan IPG akan ditentukan tempat mengajar berdasarkan kekosongan dan keperluan guru di setiap negeri. Hal penempatan ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia. Harap membantu.

  146. Salam. Maaf bertanya. Adakah masih terdapat calon program IPG yang dihantar untuk belajar di Beijing lagi pada tahun ini?

  147. Salam. Saya mahu bertanya di IPG nanti, pelajarnya diberikan makanan harian yang ditanggung pihak IPG sendiri ke? Saya sedia menanti jawapan. Terima kasih.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Pihak IPG tidak menyediakan perkhidmatan makanan harian seperti murid di asrama penuh. Setiap pelajar IPG perlu membeli makanan sendiri dari kantin yang disediakan dengan menggunakan wang elaun yang diberikan. Harap membantu.

    1. Terima kasih kerana bertanya. IPG hanya mempunyai satu pengambilan sahaja setiap tahun iaitu pada bulan Jun.

  148. Salam. Saya berjaya mendapat tawaran belajar di IPGKIK dalam opsyen Bahasa Melayu (SJKC). Persoalannya, adakah saya boleh memohon mengajar di SK sewaktu saya berkerja kelak?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Sekiranya dalam surat tawaran PISMP dinyatakan SJKC, maka kebiasaannya nanti anda akan ditempatkan di SJKC juga. Permohonan untuk bertukar ke SK boleh dibuat setelah anda mula bekerja melalui eGTukar. Harap membantu.

  149. Assalamualaikum, saya mahu tanya. PPISMP ini terdapat juga ke calon simpanan? Hal ini adalah kerana saya punya keputusan tidak ditulis calon simpanan atau apa-apa pun.? Saya harap sangat dapat menyambung pelajaran di IPG. Saya sudah membuat rayuan. Minta doakan saya. Saya mahu sangat belajar di IPG. Permohonan ini adalah yang kali kedua.?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Cumanya saya pun tidak pasti sama ada terdapat calon simpanan atau gantian bagi PPISMP pada tahun ini. Saya doakan permohonan anda untuk melanjutkan pelajaran di IPG berjaya.

  150. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya. Adakah terdapat kemudahan seperti alat seterika, mesin basuh atau perkhidmatan dobi disediakan di IPG? Saya sentiasa menanti jawapan. Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Kemudahan-kemudahan tersebut adalah bergantung kepada setiap IPG. Ianya berbeza. Berdasarkan pengalaman saya belajar di IPG Kota Bharu, hanya terdapat kemudahan mesin basuh. Harap membantu.

  151. Salam. Saya ingin bertanya. Adakah saya dikira sebagai lepasan SPM juga walhal saya sudah berumur 19 tahun dan tidak menyambung di mana-mana pengajian?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Anda masih lagi dikira sebagai lepasan SPM. Walaupun anda telah menyambung pengajian di mana-mana tempat pengajian, anda masih lagi dikira lepasan SPM selagi anda belum lagi menamatkan pengajian di tempat tersebut. Harap membantu.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Cumanya saya kurang pasti tarikh sebenar keputusan rayuan IPG akan diumumkan. Kebiasaanya beberapa minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan pertama.

  152. Salam, saya ingin bertanya, adakah semua program yang ditawarkan di semua kampus IPG sudah diiktiraf MQA (Malaysian Qualitification Agency)? Hal ini adalah kerana apabila saya semak dalam MQA, masih terdapat sesetengah kursus (contoh kursus pendidikan awal kanak-kanak dan bahasa cina) di sesetengah kampus TIADA tersenarai pengiktirafan di MQA? Kenapa begitu? Adakah perkara ini akan menjejaskan pelajar untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana nanti? Atau menganggu proses penempatan guru selepas mereka tamat pengajian nanti? Adakah mereka tidak dapat menjadi penjawat awam sebagai guru sekolah kerajaan? IPG di bawah kementerian pendidikan Malaysia (KPM), macam tidak logik pula perkara ini jika benar-benar berlaku?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, program yang ditawarkan di IPG memang sudah mendapat pengiktirafan MQA. Bezanya mungkin tempoh sah pengiktirafan yang berbeza mengikut IPG. Sekiranya betul seperti yang saudara nyatakan bahawa terdapat sesetengah kursus di sesetengah kampus TIADA tersenarai pengiktirafan di MQA, hal ini mungkin perkara yang terlepas pandang oleh pihak pengurusan di IPG tersebut. Pengiktirafan MQA bagi kursus yang diambil ialah penting kerana nanti satu salinan pengiktirafan tersebut perlu disertakan dalam dokumen semasa temu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Namun, saya kurang pasti jika ketiadaan pengiktirafan MQA boleh mengganggu keputusan penempatan guru di masa depan. Boleh saudara panjangkan isu kepada pihak KPM? Terima kasih atas keprihatinan.

  153. Saya mahu bertanya. Saudara ada menyatakan tentang program atau kursus yang mendapat elaun tetapi adakah program PKBP menpunyai elaun juga? Terima kasih atas perkongsian ini.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Cumanya adakan PKBP merujuk kepada Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran? Secara umumnya semua pelajar yang belajar di IPG akan diberikan elaun. Cumanya ia tertakluk kepada perubahan semasa.

  154. Salam. Saya ingin bertanya, adakah keputusan bahasa Inggeris saya yang mendapat gred (D) layak memohon IPG walaupun mendapat 6A dalam peperiksaan SPM?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pembacaan saya di syarat permohon PPISMP, anda sekurang-kurangnya perlu mendapat gred kepujian dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Namun, anda tetap boleh cuba memohon. Semoga berjaya.

  155. Salam, saya mahu bertanya, adakah semua IPG di Malaysia menawarkan semua kursus perguruan atau terdapat pengkhususan kursus bagi setiap IPG?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Semua IPG di Malaysia menawarkan kursus perguruan. Cumanya terdapat penggiliran dari segi pengambilan pelajar bagi tahun semasa. Harap membantu.

  156. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya, adakah boleh kita memilih IPG mana untuk menyambung pelajaran nanti? Ataupun adakah pihak atasan akan menempatkan seseorang pemohon di mana-mana IPG tanpa pemilihan oleh pemohon?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Pemohon hanya boleh memohon bidang yang dikehendaki. Penetapan tempat untuk opsyen tersebut bergantung kepada pihak IPGM. Cumanya terdapat beberapa IPG yang memang sudah dikhaskan untuk opsyen tertentu disebabkan kepakaran pensyarah dan kemudahan yang tersedia bagi mengajar ospyen tertentu. Harap membantu.

  157. Saya ingin bertanya. Sekiranya pelajar yang tidak mencapai tahap lulus dalam peperiksaan, adakah akan dikenakan tindakan walaupun diberi percubaan sekali lagi? Adakah perlu pelajar membayar apa-apa hukuman dan dikeluarkan dari IPG?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Sekiranya pelajar tidak lulus, mereka akan diberikan peluang untuk menduduki semula peperiksaan sekali lagi. Tiada sebarang denda akan diberikan sekiranya pelajar masih gagal mencapai tahap lulus dalam peperiksaan yang ditetapkan. Namun, kemungkinan pelajar boleh dikeluarkan dari sistem IPG. Ianya tetap tertakluk kepada budi bicara pihak pentadbir IPG masing-masing. Harap membantu.

  158. Salam. Boleh saya tahu kos apa yang kurang mendapat sambutan atau kos yang kekurangan calon di IPG? Permohonan ke IPG dikira markah merit ke? Sekiranya ya, berapakah markah merit setiap kos? Adakah terdapat sebarang maklumat tentang tarikh ujian kelayakan fizikal tahun 2020? Hal ini disebabkan semua IPG dan IPTA perlu dipohon melalui portal UPU sahaja dan setiap individu ditawarkan 1 tawaran sahaja.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pencarian saya, tiada bilangan jelas yang diperlukan bagi setiap opsyen yang ditawarkan. Hanya dinyatakan jenis opsyen yang ditawarkan. Boleh rujuk di bawah:

      https://pismp.moe.gov.my/bidang_tawar.cfm

      Seterusnya, markah merit juga akan dikira memandangkan permohonan melalui UPU. Bagi jadual ujian kelayakan fizikal, kemungkinan akan diumumkan kepada pemohon yang berjaya melalui emel masing-masing. Harap membantu.

    1. Penetapan IPG mana yang akan menawarkan bidang kaunseling tertakluk pada perbincangan di peringkat IPGM. Tiada penetapan khusus dibuat setakat pengetahuan saya. Harap membantu.

  159. Assalamualaikum. Kemasukan ke IPG akan menggunakan sistem merit juga ke atau pihak IPG akan memanggil individu yang telah memenuhi syarat untuk menjalani UKCG? Selepas lulus UKCG, memang pasti akan dipanggil temu duga? Selepas lulus temu duga pulak pihak IPG akan tapis lagi mengikut keputusan SPM ke? Saya mohon kemasukan ke IPG dalam opsyen Bahasa Melayu di pilihan 1 dalam sistem UPU. Saya amat risau sebab saya mendapat 5A 3B 2C untuk SPM 2019 (aliran Sains). ?

    Mohon doakan saya berjaya menjadi cikgu.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Permohonan ke PISMP juga menggunakan sistem merit. Sila kira markah merit anda melalui laman web di bawah bagi aliran Sains:

      https://online.moe.gov.my/upucity/merit/sains

      Seterusnya, individu yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani UKCG. Mereka yang lulus pula akan dipanggil untuk temu duga. Seterusnya apabila berjaya dalam temu duga, baru akan ditawarkan surat penempatan ke IPG yang telah ditetapkan mengikut opsyen masing-masing. Kemudiannya, keputusan SPM anda masih berada di tahap baik. Asalkan memenuhi syarat khusus untuk opsyen yang dimohon.

      Saya doakan anda dipermudah segala urusan dan semoga berjaya.

  160. Assalamualaikum. Saya baru sahaja menamatkan SPM dan ingin menjadi seorang guru. Saya mahu bertanya, jika saya ditawarkan ke IPG, di manakah saya akan menduduki UKCG? Adakah di IPG yang saya layak memohon ataupun di tempat lain?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Apabila anda berjaya disaring untuk UKCG, kebiasaannya tempat UKCG dijalankan adalah berdekatan dengan alamat tempat tinggal iaitu negeri yang sama. Harap membantu. Saya doakan anda berjaya.

      1. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya tentang program penghantaran pelajar ke luar negara Pendidikan Islam (Qiraat al Quran). Pertama, di negara manakah pelajar akan dihantar semasa program ini? Kedua, apakah pekerjaan bagi bidang ini kerana di sekolah rendah tidak mempunyai subjek qiraat al-Quran? Ketiga, adakah pelajar akan mendapat biasiswa dalam program ini? Jika tidak keberatan, boleh saudara jelaskan tentang program ini? Terima kasih.

        1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Setelah membuat kajian, saya pun kurang mendapat maklumat terperinci tentang program penghantaran pelajar ke luar negara Pendidikan Islam (Qiraat al Quran).

          1. Jawapan pertama, pelajar akan ditempatkan di universiti terkemuka luar negara di Timur Tengah.

          2. Jawapan kedua, berdasarkan maklumat tawaran program yang menyatakan bidang yang akan dipelajari nanti ialah bahasa Arab, jadi maksudnya nanti pelajar lepasan program ini apabila diserap masuk ke sekolah kemungkinan besar akan mengajar subjek bahasa Arab sebagai bidang pengkhususan.

          3. Jawapan ketiga, semua pelajar yang mengikuti program ini selalunya akan diberikan biasiswa penuh selagi tiada perubahan terkini dari pihak IPGM.

          Harap membantu.

  161. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya, saya telah berjaya mohon IPG melalui UPU online. Apabila saya membuat semakan status eUKCG, nama saya tidak tersenarai. Jadi, saya mahu bertanya adakah permohonan saya gagal atau tidak diterima? Mohon respon.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Sekiranya nama anda tidak tersenarai, kemungkinan permohonan anda tidak berjaya atau terdapat kemungkinan nama anda disenaraikan untuk eUCKG fasa 2. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang status permohonan, saya galakkan anda berhubung terus dengan pihak Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar, IPGM.

  162. Assalamualaikum. Jika rakan saya mempunyai BMI 16+, adakah dia berjaya diambil masuk ke IPG? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Mempunyai tahap BMI di bawah tahap normal mungkin hanya mempengaruhi peratusan kecil markah yang diambil kira dari keseluruhan markah Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Saya doakan rakan anda berjaya mendapat tawaran temu duga PPISMP. Amin.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan anda, penetapan IPG untuk setiap opsyen itu tertakluk pada mesyuarat di pihak IPGM. Ianya mungkin berbeza setiap tahun. Harap membantu.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Setiap tahun hanya terdapat satu kali pengambilan sahaja untuk kemasukan ke IPG. Cumanya mungkin terdapat pengambilan kedua dan seterusnya jika terdapat individu yang menolak tawaran pengambilan pertama.

  163. Berdasarkan keputusan UPU semalam, saya tidak ditawarkan ke IPG tetapi saya mendapat tawaran ke universiti awam. Walau bagaimanapun, melanjutkan pelajaran ke IPG memang merupakan minat saya. Tadi saya sudah menghubungi pihak UPU. Mereka mengatakan saya tidak dipilih kerana tidak berjaya melepasi ujian kelayakan. Saya ingin bertanya kepada tuan, adakah terdapat cara lain untuk saya membuat rayuan sebab saya memang betul-betul mahu melanjutkan pelajaran ke IPG.

  164. Saya telah gagal ditawarkan ke IPG. Jadi, saya telah membuat rayuan tetapi hanya opsyen BM di SJKC dan SJKT sahaja. Adakah saya perlu mempelajari bahasa Mandarin atau bahasa Tamil jika saya terpilih? Kemudian kebiasaannya IPG mana yang menawarkan opsyen tersebut? Seterusnya, adakah saya tidak akan terpilih jika berat badan saya melebihi tahap yang ditetapkan. Namun, saya agak aktif. Mohon penjelasan. Terima kasih.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Sekiranya anda berjaya ditawarkan opsyen bahasa Melayu sama ada di SJKC atau SJKT, anda tidak wajib mempelajari bahasa Mandarin atau bahasa Tamil. Namun, menjadi satu kelebihan jika anda mengambil inisiatif sendiri untuk mempelajari bahasa tersebut bagi memudahkan anda mengajar subjek bahasa Melayu di SJKC atau SJKT. Saya doakan anda berjaya.

  165. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, berapkah harga yuran yang perlu dibayar untuk daftar masuk?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Yuran daftar masuk mungkin berbeza mengikut IPG disebabkan kemudahan asas yang disediakan. Namun tertakluk kepada perubahan semasa. Harap membantu.

  166. Assalamualaikum. Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Soalan saya, adakah pihak kementerian masih memberikan elaun kepada pelajar yang berjaya ke IPG sepanjang tempoh pengajian pada tahun 2020 ini?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Setakat maklumat saya perolehi, pelajar masih akan menerima biasiswa sepanjang tempoh pengajian di peringkat persediaan selama 1 tahun. Selepas itu, pelajar perlu memohon pinjaman PTPTN untuk baki pengajian di peringkat ijazah selama 4 tahun. Harap membantu.

  167. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya. Saya betul-betul mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat PISMP. Tahun ini saya mengikuti PPISMP. Saya opsyen major PSV. Saya mahu bertanya adakah mudah untuk saya menyambung pengajian ke PISMP. Saya takut jika saya gagal untuk bertahan di IPG selama 5 tahun. Adakah peperiksaan seni ini susah? Saya bukanlah pelajar yang suka membaca buku ketika di sekolah dahulu. Ketika peperiksaan pun saya jarang untuk mengulang kaji pelajaran. Saya harap tuan dapat balas soalan saya ini kerana saya betul-betul berharap untuk mendapatkan ijazah dan bergelar sebagai guru SK. Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Saya memahami perasaan anda untuk berjaya menjadi guru. Sekiranya anda ingin berjaya 5 tahun di IPG, anda perlu keluar dari zon selesa. Anda perlu berani dan kuat untuk memperbaiki kelemahan anda. Anda sudah sedar bahawa anda lemah dalam mengulang kaji pelajaran dengan cara membaca buku. Jadi, usaha cari jalan lain untuk belajar. Peperiksaan subjek Seni tidak susah sekiranya anda telah membuat ulang kaji. Ingat, ulang kaji pelajaran bukan hanya dengan membaca buku. Cara gaya dan kaedah yang dapat memotivasikan diri anda untuk berjaya menjadi guru. Manfaatkan masa dan peluang yang diberikan. Saya doakan anda berjaya bergelar seorang guru SK.

  168. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya. Saya telah mendapat tawaran Bahasa Melayu SJKC tetapi saya tidak mengambil subjek bahasa Cina semasa di peringkat SPM. Adakah ini akan mengganggu pembelajaran saya?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Pertamanya tahniah kerana anda berjaya mendapat tawaran menyambung pelajaran di IPG. Untuk pengetahuan anda, tiada sebarang masalah bagi pembelajaran anda sepanjang 5 tahun di IPG nanti. Cumanya, cabaran akan datang apabila anda mula mengajar di SJKC nanti. Hal ini adalah kerana anda perlu mengajar subjek Bahasa Melayu di SJKC. Harap membantu.

  169. Apa khabar. Saya ingin bertanya. Adakah boleh saya berhenti belajar di IPG? Sekiranya ya, adakah saya akan dikenakan hukuman bayaran?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Anda boleh berhenti belajar tetapi masih tertakluk kepada perjanjian yang telah ditandatangani semasa pendaftaran. Sila rujuk bahagian Hal Ehwal Pelajar anda. Pihak IPG selalunya akan memberikan nasihat terlebih dahulu bagi membantu menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Saya doakan anda dipermudah segala urusan. Amin.

  170. Saya mahu bertanya sama ada tempoh pengajian 5 tahun di IPG akan disingkatkan kerana terdapat perubahan yang dilakukan iaitu 3 semester untuk setahun?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan anda, tempoh pengajian masih sama iaitu selama 5 tahun walaupun terdapat perubahan pada tempoh bilangan semester untuk setiap tahun. Jadi, secara keseluruhannya sepanjang 5 tahun belajar di IPG, pelajar akan mengikuti sebanyak 15 semester. Harap membantu.

  171. Assalamualaikum. Saya pelajar lepasan SPM 2017 dan lepasan STPM 2019. Syarat SPM saya semuanya lepas. Cuma, sekarang umur saya 19. Kemudiannya, akan masuk 20 pada hujung tahun 2020. Sekiranya saya mahu membuat permohonan ke IPG, adakah masih diterima lagi? Ataupun boleh ke saya membuat rayuan kemasukkan ke IPG? Hal ini adalah kerana saya sangat berminat menjadi seorang guru subjek Matematik. Satu lagi soalan, sekiranya saya memilih opsyen Matematik (SK), tetapi saya tidak mengambil subjek Matematik Tambahan semasa SPM, adakah saya boleh memohon? Saya hanya mengambil subjek Matematik dan memperolehi gred A. Mohon penjelasan.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Sekiranya umur anda tidak lebih 20 tahun pada tarikh pendaftaran untuk pengambilan program PISMP pada tahun depan, maka anda layak memohon. Seterusnya, jika anda berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam ospyen Matematik, anda perlu mendapat sekurang-kurangnya A- (cemerlang) di peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan. Hal ini merupakan syarat akademik yang telah ditetapkan. Harap menjawab pertanyaan.

        1. Terima kasih kerana bertanya. Betul, pelajar dari pelbagai agama mempunyai peluang untuk belajar di IPG. Tiada sebarang sekatan.

  172. Salam, saya mahu bertanya selain IPG, adakah terdapat universiti lain yang melahirkan guru sekolah rendah juga?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Hanya graduan dari IPG akan mengajar di sekolah rendah. Namun, graduan dari universiti lain yang mempunyai ijazah boleh mengajar di sekolah rendah dengan mengikuti kursus perguruan khas yang ditawarkan oleh KPM. Sila rujuk di lawan rasmi KPM tentang kursus khas tersebut. Harap membantu.

  173. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya. Sekarang saya berumur 18 tahun dan berada di matrikulasi. Jadi, adakah boleh saya memohon UPU untuk tahun depan bagi lepasan SPM/setaraf kategori B untuk masuk ke IPG? Adakah kalau sudah menyambung pelajaran ke matrikulasi, saya sudah tidak boleh memohon dalam bahagian lepasan SPM/setaraf? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Selagi anda memenuhi syarat untuk memohon bagi kemasukan ke IPG, tiada masalah untuk mengisi UPU sekali lagi walaupun anda sudah menyambung pengajian di matrikulasi. Harap membantu.

          1. Maaf mahu tanya satu lagi. Jadi kalau saya mohon pada bahagian SPM setaraf kategori B, dekat STPM boleh mohon sekali lagi? Salah satu sahaja ke?

          2. Betul-betul. Permohonan yang hanya boleh dibuat sekali sahaja setiap tahun. Jadi jika sudah buat permohonan untuk kategori SPM, maka tidak boleh permohonan lagi untuk kategori lain.

  174. Saya ingin bertanya. Jika saya memohon untuk menjadi guru Pendidikan Jasmani, adakah saya perlu mengambil dan belajar subjek lain?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Jawapannya ya. Anda tetap perlu belajar subjek lain selain subjek Pendidikan Jasmani.

  175. Saya ingin bertanya, memandangkan subjek Matematik tiada dalam program pengajian saya, bolehkah saya ingin mengambil subjek Matematik sedangkan saya sekarang berada dalam bidang Pendidikan Islam. Saya amat berminat ingin meneruskan pengajian Matematik.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, anda tidak boleh menukar opsyen pengajian. Apapun, sila rujuk dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar di IPG anda bagi mendapatkan kepastian yang lebih lanjut. Mungkin terdapat kelonggaran bagi kes tertentu. Harap membantu.

  176. Assalamualaikum, saya mahu bertanya. Saya merupakan seorang lepasan SPM 2020. Saya sudah melepasi UKCG dan membuat video pengajaran. Sekarang saya sedang menunggu keputusan IPG pada 16/7 ini? Saya memohon opsyen Sains dan Pendidikan Khas. Adakah terdapat kemungkinan IPG menawarkan saya subjek selain dari opsyen yang saya pilih?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Anda akan ditawarkan opsyen mengikut pilihan anda sekiranya anda memenuhi syarat khas bagi opsyen tersebut. Semasa menerima arahan menyediakan video pengajaran, adakah ada diberitahu anda ditawarkan opsyen apa?

  177. Assalamu’alaikum. Saya mahu bertanya tentang opsyen. Saya tersalah pilih opsyen yang tidak sealiran dgn subjek saya di tingkatan 5. Saya pilih opsyen Sains sedangkan saya bukan dari aliran Sains. Boleh ke? Memandangkan permohonan ini untuk ambilan fasa 2, jadi opsyen yang ditawarkan adalah terhad. Sedangkan saya layak untuk opsyen lain, namun opsyen yang saya layak tidak ditawarkan. Macam mana ya?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Sekiranya anda memenuhi syarat permohonan bagi opsyen tersebut, maka tiada masalah. Anda masih mempunyai peluang untuk layak bagi peringkat seterusnya. Harap menjawab pertanyaan anda.

  178. Assalamualaikum. Saya telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di IPG dalam bidang TESL. Selepas saya tamat 5 tahun pengajian, boleh ke kalau saya mahu menyambung belajar ke luar negara?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Setelah menamatkan pengajian di IPG, anda boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Tiada masalah. Syaratnya anda perlu disahkan jawatan terlebih dahulu. Proses pengesahan jawatan kebiasaannya mengambil tempoh masa selama 3 tahun. Harap membantu.

        1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Proses pengesahan jawatan ialah satu tempoh yang akan dilalui oleh guru selepas selesai menjalani temu duga SPP. Tempoh 3 tahun tersebut ialah tempoh percubaan sebelum seseorang guru itu disahkan jawatannya di gred DG41.

      1. Dalam tempoh 3 tahun tersebut, apakah yang boleh saya lakukan? Adakah saya boleh mengajar sewaktu tenpoh tersebut?

        1. Sepanjang tempoh 3 tahun tersebut, guru akan mengajar seperti biasa. Cumanya akan terdapat beberapa kemudahan seperti cuti dan beberapa lagi yang tidak dapat digunakan oleh guru tersebut kerana belum lagi disahkan jawatan di gred DG41. Harap membantu.

          1. Kemudian selepas 3 tahun tersebut adakah baru saya boleh menyambung belajar ke luar negara?

          2. Betul, selepas disahkan jawatan di Gred 41, guru akan mempunyai kelebihan untuk mengambil cuti khas untuk belajar serta beberapa kelebihan lain.

  179. Bolehkah saya menjadi pensyarah di IPTA/ IPTS selepas habis belajar di IPG dan di peringkat doktor falsafah?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Pertamanya tahniah kerana anda mempunyai semangat untuk meneruskan pembelajaran sehingga peringkat doktor falsafah. Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda sudah mempunyai ijazah sarjana, anda sudah boleh memohon bagi menjadi pensyarah di IPTA atau IPTS. Harap membantu.

  180. Assalamualaikum. Alhamdulillah saya telah berjaya mendapat tawaran ke IPG bagi kos BM pada tahun ini. Sebelum saya mendapat tawaran ini, saya telah belajar di IPTA lain. Semasa di tempat belajar saya terdahulu, saya telah pun mendaftar MUET sebagai calon persendirian dan peperiksaannya akan dijalankan pada bulan Oktober ini. Masalahnya sekarang saya sudah berhenti belajar dari IPTA tersebut kerana saya menerima tawaran ke IPG. Saya agak keliru sebenarnya kerana terdapat pihak tertentu memaklumkan bahawa belajar di IPG tidak memerlukan MUET manakala terdapat segelintir yang mengatakan perlu mengambil MUET. Jadi, adakah saya perlu meneruskan peperiksaan MUET tersebut atau tidak? Adakah saya perlu menarik diri daripada peperiksaan MUET tersebut jika IPG tidak perlukan MUET? Ataupun pergi sahaja menduduki peperiksaan MUET tersebut? Terima kasih. Stay safe.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya tahniah kerana anda berjaya ditawarkan menyambung pelajaran di IPG. Berkaitan MUET, setakat pengetahuan saya, ianya tidak wajib diambil oleh pelajar IPG melainkan bagi opsyen Bahasa Inggeris. Namun, sekiranya anda ingin mengambil MUET, ianya tidak menjadi masalah. Selagi tidak bertembung dengan jadual pengajian di IPG atau tidak menyusahkan anda untuk pergi ke tempat peperiksaan MUET tersebut. Jadi, terpulang pada anda untuk membuat pilihan. Harap membantu.

  181. Saya mahu bertanya, apakah subjek yang akan dipelajari untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian Sains Pendidikan Rendah (SK)? Adakah calon yang berjaya ditawarkan ke IPG perlu menyertai PPISMP terlebih dahulu sebelum PISMP?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Walau bagaimanapun saya minta maaf kerana tidak pasti secara terperinci subjek yang akan dipelajari untuk opsyen Sains. Untuk pengetahuan anda, semua pelajar yang menyambung pelajaran di IPG akan melalui tempoh PPISMP dahulu selama 2 semester atau 1 tahun. Kemudian baru akan meneruskan pengajian di peringkat PISMP selama 8 semester iaitu 4 tahun. Harap membantu.

  182. Selamat sejahtera. Saya telah mendapat tawaran IPG untuk opysen Sejarah walaupun saya meminta TESL. Adakah boleh saya memohon untuk menukar opysen?

        1. Anda boleh berhenti. Namun tertakluk kepada perjanjian yang telah ditandatangan. Mungkin terdapat beberapa denda akan dikenakan.

  183. Salam, saya mahu bertanya. Sekiranya pelajar mahu berhenti daripada meneruskan pengajian di IPG, apakah tindakan yang akan dikenakan kepada beliau? Sebab saya ada mendengar pelajar perlu membayar sejumlah wang.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Tindakan yang akan dikenakan bergantung kepada perjanjian yang telah ditandatangani. Ianya mungkin dari segi pembayaran semula elaun yang telah diterima atau lain-lain.

  184. Kalau saya ambil opsyen Sains di IPG, belajar dalam Bahasa Melayu. Jadi, periksa nanti dalam Bahasa Melayu juga, betul? 😅

    1. Terima kasih kerana bertanya. Setakat saya semak, opsyen Matematik hanya ditawarkan jika pemohon memilih penempatan di SJKT. Boleh hubungi pihak IPGM untuk maklumat lanjut.

  185. Saya ingin bertanya. Apakah beza aliran SK, SJKT dan SJKC? Contohnya jika saya memilih program Sains aliran SJKC, adakah saya hanya ditempatkan di SJKC apabila tamat pengajian dan tidak boleh bertukar ke mana-mana SK jika terdapat keperluan untuk saya memohon pertukaran suatu hari nanti.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Perbezaan utama antara SK, SJKT dan SJKC ialah aliran sekolah yang berbeza. SK merujuk kepada Sekolah Kebangsaan yang kebiasaannya majoriti murid ialah berbangsa Melayu. SJKT pula kebiasaannya majoriti murid ialah berbangsa Tamil. Manakala SJKC kebiasaannya majoriti murid ialah berbangsa Cina. Sekiranya anda menamatkan pengajian PISMP dengan pengkhususan SJKC, maka penempatan anda nanti akan diutamakan untuk berada di SJKC. Namun tidak mustahil jika anda ditempatkan di SK atau SJKT. Apabila berada di SJKC, tiada masalah untuk anda memohon pertukaran ke mana-mana SK. Tiada halangan selagi terdapat kekosongan dan permohonan anda diluluskan. Harap menjawab pertanyaan anda.

  186. Saya pelajar lepasan SPM ingin bertanya. Sekiranya saya mengisi permohonan IPG untuk subjek Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam, adakah terdapat kemungkinan bahawa saya dapat masuk ke IPG tetapi dengan kos yang bukan diminta contohnya muzik?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Selalunya opsyen yang ditawarkan semasa panggilan temu duga nanti, adalah merupakan opsyen yang anda bakal ikuti sekiranya berjaya ditawarkan masuk ke IPG. Semoga berjaya.

    1. Waalaikumussalam. Maaf saya tidak mempunyai senarai penuh kampus mengikut opsyen. Penetapan tempat untuk opsyen tersebut bergantung kepada pihak IPGM. Cumanya terdapat beberapa IPG yang memang sudah dikhaskan untuk opsyen tertentu disebabkan kepakaran pensyarah dan kemudahan yang tersedia bagi mengajar ospyen tertentu. Contohnya IPG Kampus Bangi, banyak menempatkan pelajar opsyen Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Untuk IPG kampus lain, saya kurang pasti. Harap membantu.

  187. Salam sejahtera, saya ingin bertanya. Kalau saya memilih opsyen Sains atau Sejarah di SJKC, jadi masa belajar di IPG nanti menggunakan bahasa cina atau bahasa melayu dalam subjek tersebut? Bagaimana pula setelah tamat belajar menggunakan bahasa apa untuk mengajar subjek tersebut. Mohon penjelasan. TQ.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Kebiasaannya medium bahasa yang digunakan untuk sesi pembelajaran di IPG adalah Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Namun bergantung kepada pensyarah yang mengajar sesuatu subjek tersebut. Untuk subjek Sains (SJKC), apabila anda mula membuat latihan mengajar, anda perlu menggunakan bahasa Mandarin kerana bahasa tersebut digunakan sepenuhnya dalam penulisan buku teks untuk subjek Sains (SJKC).

Leave a Reply to Ipah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *