Apakah Perbezaan antara Pra-Diploma dan Diploma?

Selamat tahun 2021.

Sila lihat dahulu pertanyaan yang telah diajukan di ruangan komen di bawah sebelum mengajukan soalan anda. Terima kasih.

Keputusan SPM telah diumumkan dan semua pelajar telah memperolehinya daripada sekolah masing-masing. Dalam beberapa hari ini, semua pelajar lepasan SPM yang berjaya sedang berkira-kira dan memikirkan hala tuju seterusnya dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ikuti serba sedikit maklumat yang berkaitan pemilihan pusat pengajian tinggi yang ditawarkan di Malaysia.

Program Diploma?

Program Diploma ialah satu program yang diuruskan dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Program Pra-Diploma?

Program Pra-Diploma pula ditawarkan kepada sesiapa mendapat keputusan kurang daripada 5 kepujian yang menyebabkan pelajar tersebut tidak layak untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma. 

Program ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar yang kurang berjaya, agar mereka juga boleh menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Berikut adalah syarat minimun bagi sesiapa yang ingin mengikuti program Pra-Diploma:

1. Mendapat kepujian dalam matapelajaran Matematik/Matematik Tambahan.

2. Lulus dalam subjek Bahasa Inggeris.

3. Lulus (1) daripada mana-mana subjek yang berikut:

3.1 Fizik

3.2 Kimia

3.3 Biologi

3.4 Matematik Tambahan

Tempoh pengajian bagi program Pra-Diploma ialah antara 6 bulan sehingga ke 12 bulan.  Akhirnya, mana-mana calon yang berjaya/lulus dalam program Pra-Diploma bolehlah melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma.

Jadi, manakah yang lebih baik?

Sebenarnya, program Diploma dan Pra-Diploma mempunyai kelebihan masing-masing.

Bagi mereka yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam SPM (kurang daripada 5 kepujian), anda amatlah digalakkan untuk memohon program Pra-Diploma. Memang tidak dinafikan bahawa masa yang anda akan habiskan adalah lebih kurang 4 tahun kerana anda perlu menyelesaikan dahulu program Pra-Diploma (lebih kurang 1 tahun) dan program Diploma (lebih kurang 3 tahun), tetapi program Pra-Diploma ini adalah merupakan salah satu peluang untuk anda melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Siapa yang mengatakan pelajar yang kurang cemerlang dalam SPM tidak boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dan seterusnya ke peringkat? Hal ini adalah kerana dengan adanya program Pra-Diploma, perkara ini adalah tidak mustahil.

Bagi mereka yang mendapat keputusan yang minimum sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam SPM, saya galakkan anda memohon untuk melanjutkan pelajaran ke program Diploma. Hal ini adalah kerana anda akan dapat menjimatkan masa selama 1 tahun.

Akhirnya, janganlah jadikan kegagalan itu sebagai satu halangan untuk kita terus berjaya. Jadikanlah kegagalan itu sebagai satu dorongan untuk kita menjadi lebih baik dan bersungguh-sungguh pada masa hadapan.

Saya ucapkan semoga anda semua berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat.

234 thoughts on “Apakah Perbezaan antara Pra-Diploma dan Diploma?

    1. Maaf atas kelewatan. Saya mempunyai beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan sehingga saya tidak sempat untuk menjawab persoalan di blog ini. Sekiranya saudari tidak keberatan, bolehkah saudari nyatakan keputusan penuh. Hal ini bagi memudahkan saya membuat penilaian.

        1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Selagi anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan, maka anda layak untuk memohon program tersebut.

          1. Saya mahu bertanya. Kalau saya berjaya mendapat skor yang bagus semasa semester 1 dalam program Pra Diploma Sains dekat politeknik, adakah saya akan boleh melonjak terus ke program diploma? Maksudnya seperti tidak perlu mengikuti pengajian di semester 2. Terima kasih.

          2. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, anda tetap perlu mengikuti pengajian di semester 2. Skor yang bagus tersebut akan membantu anda semasa penilaian markah akhir pada penghujung program pra diploma nanti. Terima kasih.

      1. Salam, cikgu. Saya lepasan SPM 2016 dari aliran Sastera dengan subjek yang diambil ialah Perakaunan, Ekonomi dan Matematik Tambahan. Saya telah mendapat 4A dalam SPM iaitu gred A bagi subjek Akaun, Ekonomi, Sejarah dan Sains. Namun, saya mendapat gred D bagi subjek Bahasa Inggeris dan Matematik manakala Matematik Tambahan pula saya mendapat gred G. Saya sebelum ini melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 tetapi disebabkan kekangan dan tidak yakin boleh mengikuti pelajaran dengan baik, saya berhenti dan telah memohon program Pra Diploma Perdagangan UiTM.

        Saya, insya-Allah akan memulakan pengajian pada bulan 9 ini. Namun, pada masa yang sama saya sedang menunggu rayuan ke politeknik dalam bidang Pemasaran dan bidang Logisitik & Rangkaian Bekalan. Rayuan ini adalah rayuan yang kedua. Sekiranya berjaya, saya akan menyambung pelajaran pada bulan 12 ini.

        Maka, saya ingin meminta jasa baik cikgu, apakah wajar keputusan saya untuk memilih program pra diploma walaupun saya memperolehi 4A dalam SPM? Hal ini adalah kerana biasanya mereka yang melanjutkan pelajaran ke program pra diploma adalah pelajar yang mendapat kurang daripada 5 kepujian dalam SPM. Bagi pandangan cikgu, antara pra diploma atau diploma politeknik, mana satu yang lagi baik? Saya harap cikgu, boleh membantu saya. Terima kasih.

        1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Bagi pengetahuan anda, keputusan anda untuk memilih program pra diploma walaupun memperolehi 4A dalam SPM bukanlah sesuatu yang janggal, selagi anda yakin bahawa pilihan tersebut adalah tepat dan anda mempunyai sebab-sebab yang munasabah atas pilihan tersebut. Seterusnya antara program pra diploma atau diploma politeknik, perbezaan mungkin dari segi tempoh masa pengajian, pemerolehan ilmu dan kebolehpasaran selepas menamatkan pengajian. Memandangkan anda akan memulakan pengajian pada bulan 9 ini, maka anda boleh memilih untuk mendalami dahulu kursus tersebut. Sekiranya tiada masalah, anda boleh teruskan sehingga tamat pengajian. Nasihat saya ialah cuba cari perbezaan dari segi subjek yang akan dipelajari dari kedua-dua kursus tersebut. Kemudian buat perbandingan. Harap membantu.

  1. Adakah terdapat kemungkinan bahawa para pelajar boleh ditawarkan program diploma dengan hanya menggunakan keputusan peperiksaan percubaan?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, sebarang program diploma hanya akan ditawarkan setelah dimohon oleh pemohon. Keputusan peperiksaan yang digunakan mestilah keputusan peperiksaan yang sebenar bukan keputusan peperiksaan percubaan.

      Walau bagaimanapun, sesiapa yang memperolehi keputusan peperiksaan percubaan yang cemerlang, mungkin akan ditawarkan mengikuti program ‘Fast Track’ (laluan pantas) bagi sesuatu bidang di universiti tertentu seperti bidang Sains Pertanian di UPM.

      Program ‘Fast Track’ bermaksud jangka masa kursus yang akan kita lalui dalam sesuatu bidang itu akan dipercepatkan. Contohnya, pelajar ‘Fast Track’ di UPM, hanya akan mengikuti program Asasi selama 2 semester sahaja (1 tahun) berbanding pelajar Asasi UPM laluan biasa yang perlu melalui program Asasi selama 3 semester (1 1/2 tahun).

  2. Saya mahu bertanya bagi pihak kawan saya. Kawan saya aliran sastera, tetapi dia mahu mengambil bidang kejururawatan. Keputusan SPM dia agak cemerlang. Adakah apabila kita mengambil pra diploma, kita boleh mengambil bidang kejururawatan untuk diploma? Hal ini adalah kerana dia aliran sastera bukan aliran sains. Harap dapat membantu 🙂

    1. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, sekiranya kawan anda memang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang kejururawatan, adalah lebih baik dia memohom program
      Diploma Sains Kejururawatan (D2031) yang ditawarkan dalam UPU kepada kedua-dua aliran iaitu aliran sains dan aliran sastera.

    2. Tiada kursus tersebut untuk menyambung pelajaran. Kursus mekanikal sahaja yang banyak dengan pilihan yang terhad.

  3. Hello admin, pertama sekali, terima kasih kerana berkongsi matlumat yang berguna ini. Saya ingin bertanya beberapa soalan. Saya mendapat keputusan minimum 5 kepujian (1A 2B 4C 1D 1E). Adakah keputusan minima ini layak untuk saya belajar diperingkat diploma? Saya ingin mengambil jurusan Seni Lukis dan Seni Reka (AD110). Syarat kelayakan Diploma AD110 ini adalah sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Mathematik. Sedangkan pra-diploma memerlukan kepujian dalam Mathematik. Jadi, bolehkah saya memohon dengan keputusan minima dalam subjek Mathematik iaitu E?

    Thank you for the time. 🙂

    1. Pada pendapat saya, berpandukan keputusan anda dan apa yang anda nyatakan. Anda layak untuk memohon bidang AD110. Hal ini adalah kerana lulus bermaksud anda memperolehi keputusan E.

        1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini.

  4. Sekarang ini kebanyakan ijazah melihat kembali keputusan SPM, jadi sekiranya saya mengikuti program pra-diploma ini dan berjaya sehingga menamatkan diploma. Bagaimanakah saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sedangkan keputusan SPM saya tidak mencapai kredit yang diinginkan?

  5. Saya telah mendapat dua tawaran yang berbeza iaitu Pra-Diploma Perdagangan dan Diploma Kejuruteraan Elektronik Komunikasi. Jadi yang mana satu patut saya pilih? Apakah kelebihan program pra-diploma?

  6. Assalamualaikum. Saya telah mendapat 2 tawaran iaitu program Diploma Pengurusan Sumber Manusia di KPTM dan Pra-Diploma Keusahawanan di UiTM. Saya lebih berminat dalam bidang perakaunan. Jadi yang mana satu patut saya pilih? Apakah kelebihan KPTM berbanding UiTM? Harap dapat membantu. Terima kasih

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini.

  7. Keputusan SPM saya ialah 6 kredit tetapi bahasa Inggeris sekadar lulus sahaja. Persoalannya, adakah boleh saya menyambung pelajaran ke program diploma tanpa melalui program pra-diploma? Ini ialah keputusan SPM saya iaitu Sains (A+), BM (B+), MT (C+), Geografi (C), PQS (C), PSI (E) dan BI (E). Harap dapat membantu. 🙂

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini.

  8. Assalamualaikum. Saya mahu mengambil kos psikologi tetapi saya dari aliran teknikal. Selain itu, saya juga merupakan lepasan SPM 2012. Masalahnya kos psikologi ditawarkan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sahaja. Jadi, patutkah saya memasuki program Pra-Diploma Sains terlebih dahulu?

    1. Sekiranya anda memilih program Pra-Diploma Sains, anda masih perlu mengambil diploma dahulu sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Sekiranya kursus psikologi hanya ditawarkan kepada pelajar peringkat ijazah, maka anda boleh terlebih dahulu melanjutkan pelajaran di peringkat diploma, asasi, matrikulasi, IB atau A-Level.

  9. Salam. Saya baru berumur 16 tahun dan terus meminta untuk melanjutkan pelajaran ke kolej vokasional. Adakah tindakan saya itu betul?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Sekiranya memang anda memang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara, maka tiada salahnya. Hal ini adalah kerana pelajar-pelajar yang belajar di kolej vokasional juga mempunyai masa depan yang cerah untuk berkerja dalam pelbagai bidang pekerjaan.

  10. Saya dari aliran sastera. Boleh atau tidak sekiranya saya mahu melanjutkan pelajaran dalam program Pra-Diploma Sains? Setelah habis pengajian tersebut, apakah jurusan yang ditawarkan?

  11. Saya telah mendapat BM (A-), Pendidikan Islam (A-), Sejarah (A), Bahasa Inggeris (B+), Matematik (B), Biologi (C), Fizik (D), Matematik Tambahan (E) dan Kimia (E). Adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pentadbiran Awam?

  12. Terima kasih atas info yang diberikan. Saya baru sahaja mendapat keputusan SPM tetapi keputusan saya tidak berapa memuaskan. Jadi, apakah bidang yang saya boleh ambil dengan keputusan saya iaitu Seni (B+), BM (B), Sains (B), Sejarah (B), Agama (C+), Bahasa Inggeris (C), Matematik (D) dan ICT (D)?

  13. Saya telah mendapat keputusan SPM iaitu 1A+ 2A 1A- 2B+ 1B 2C+ 1C 1D. Subjek Kimia saya ialah D. Bahasa Inggeris pula hanya C+ sahaja. Saya sudah berkelayakan memohon program Diploma Sains di UiTM tetapi saya lebih berminat kepada bidang fisioterapi. Walau bagaimanapun, keputusan SPM saya tidak memenuhi syarat minimum bagi program tersebut. Jadi, saya bercadang mengambil program pra-diploma. Adakah saya akan rugi? Hal ini adalah kerana keputusan saya tidaklah teruk tetapi saya tidak mahu belajar dalam program Diploma Sains. Boleh cadangkan sebarang jalan penyelesaian?

  14. Salam. Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam program Diploma Perbankan. Syarat kelayakan minimumnya ialah 5 kepujian (C) termasuk mata pelajaran Matematik, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Saya telah mendapat 5 kepujian tetapi bahasa Inggeris saya hanya D. Jadi, adakah saya layak melanjutkan pelajaran ke dalam program tersebut tanpa perlu mengikuti program pra-diploma terlebih dahulu?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Sekiranya melihat kepada syarat minimum yang diperlukan bagi kursus Diploma Perbankan, anda berkemungkinan tidak layak mengikuti program tersebut. Hal ini adalah kerana anda memperolehi gred D dalam bahasa Inggeris sedangkan syarat minimumnya ialah C. Apapun, saya nasihat anda supaya menghubungi mana-mana universiti yang menawarkan program tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut.

  15. Salam. Jadi, adakah saya perlu melanjutkan pelajaran dalam program Pra-Diploma? Apakah subjek yang perlu dipelajari dalam program Pra-Diploma tersebut?

    1. Pertamanya, saya nasihat anda supaya membuat semakan dengan mana-mana universiti mengenai syarat permohonan untuk melanjutkan pelajaran dalam program Diploma Perbankan. Hal ini adalah kerana setelah saya membuat sedikit pencarian, saya mendapati bahawa terdapat kursus yang sama tetapi tidak memerlukan anda memperolehi gred C dalam bahasa Inggeris. Contohnya seperti di KUIS dan Kolej Universiti Shahputra.

  16. Salam. Saya tidak layak mengikuti program pra diploma kerana pendapatan lebih RM3000 tetapi keputusan saya tiada masalah. Jadi mereka menawarkan saya menyembung pelajaran ke kolej bersekutu dalam program pra-diploma selama 6 bulan. Jadi, adakah boleh saya melanjutkan pelajaran bagi peringkat diploma nanti di UiTM atau tetap di kolej bersekutu? Terima kasih.

        1. Pada pendapat saya, anda boleh melanjutkan pelajaran di universiti lain sekiranya tiada sebarang perjanjian yang dimeterai antara anda dengan kolej bersekutu tersebut.

  17. Sekarang ini kebanyakan ijazah melihat kembali keputusan SPM, jadi sekiranya saya mengikuti program pra-diploma ini dan berjaya sehingga menamatkan diploma. Bagaimanakah saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sedangkan keputusan SPM saya tidak mencapai kredit yang diinginkan?

    1. Nasihat saya, anda pilihlah kursus peringkat ijazah yang menerima keputusan diploma sebagai salah satu syarat kelayakan untuk membuat permohonan.

  18. Saya ingin memohon program Diploma Seni Kulinari. Saya telah menyemak syarat-syarat kelayakan untuk memohon program tersebut tetapi keputusan saya tidak mencukupi. Jadi, adakah saya layak memohon pra diploma?

    1. Anda boleh memohon program pra diploma sekiranyanya keputusan anda menepati syarat-syarat kelayakan program tersebut.

  19. Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan pendapat, jika ingin menyambung pelajaran dalam bidang kejururawatan, adakah lebih baik memilih matrikulasi sains atau diploma kejururawatan?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, kedua-duanya membolehkan anda untuk menceburi bidang kejururawatan. Perbezaanya, nanti adalah pada syarat-syarat kelayakan untuk memohon dan tempoh pengajian. Sekiranya anda memilih program matrikulasi Sains, anda boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda selepas menamatkan program matrikulasi Sains. Sekiranya anda memilih program diploma, anda boleh terus bekerja sebagai jururawat selepas menghabiskan program tersebut.

      1. Assalamualaikum. Apakah perbezaan antara degree, bachelor dan master? Apakah susunannya mengikut peringkat pendidikan?

        1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Bagi pengetahuan anda, peringkat pertama selepas SPM ialah bachelor’s degree atau juga dikenali sebagai ijazah sarjana muda. Kebiasaannya pada peringkat ini tempoh pengajian adalah lama seperti 5 tahun dan sebagainya. Seterusnya ialah peringkat master atau dikenali sebagai ijazah sarjana. Akhirnya ialah peringkat PhD.

  20. Assalamualaikum. Sekiranya saya memohon program Pra-Diploma Perdagangan dan layak memasuki program tersebut, adakah saya layak memohon program Diploma Pembantu Perubatan?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Saya tidak pasti sama ada lepasan program Pra-Diploma Perdagangan boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam program Diploma Pembantu Perubatan. Sekiranya jawapan yang diberikan ini tidak menjawab persoalan anda, sila terangkan sekali lagi.

  21. Adakah apabila saya mengambil program Diploma Kejururawatan, saya akan terus mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian? Atau lebih baik saya menunggu panggilan daripada SPA 8 sahaja?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun saya minta maaf, kerana saya pun tidak pasti sama ada apabila anda berjaya menamatkan program Diploma Kejururawatan, maka anda akan terus ditawarkan perkerjaan. Namun, apa yang pasti adalah selepas seseorang itu menawatkan program diploma, maka dia boleh memohon kerja dengan sijil diploma yang di perolehi.

  22. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya jika pendapatan keluarga melebihi syarat yang ditetapkan, adakah kita masih lagi boleh membuat permohonan?

  23. Assalammualaikum. Saya ingin bertanya, saya mendapat keputusan SPM 8 kredit tetapi BI saya D. Adakah saya layak untuk ditawarkan ke program diploma? Ataupun saya perlu memasuki ke program Pra-Diploma UiTM?

  24. Assalamualaikum, saya ingin minta pendapat saudara. Saya mendapat tawaran ke tingkatan 6 dan juga tawaran ke UiTM dalam program Diploma Pentadbiran Korporat. Boleh saya tahu apa skop pekerjaan yang akan saya ceburi kalau menerima tawaran UiTM? Jika saya mengambil tingkatan 6, dalam jurusan sastera saya boleh menjadi guru bagi subjek Geografi. Walau bagaimanapun, jurusan kemanusiaan yang saya dapat tiada mata pelajaran Geografi?

    1. Waalaikumussalam. Sekiranya anda mengikuti program Diploma Pentadbiran Korporat, anda bberpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sama ada di dalam atau luar negeri dalam bidang seperti pengurusan perniagaan, pentadbiran, sains politik, ekonomi dan undang-undang.

  25. Salam, saya mahu bertanya beberapa soalan.

    1. Saya telah mendapat tawaran KPTM Bangi dalam program Diploma Pengurusan Perniagaan. Namun, terdapat yang mencadangkan saya supaya mengambil program pra-diploma terlebih dahulu sebelum ke peringkat diploma kerana saya memperolehi gred E dalam subjek Matematik dan gred D dalam subjek bahasa Inggeris. Jadi, bagaimana pendapat saudara? Patutkah saya menerima memohon program pra-diploma? Saya mahu belajar sehingga ke peringkat ijazah.

    2. Apakah perbezaan antara program pra-diploma dan pra-perdagangan?

    3. Semasa program pra-diploma, apakah subjek yang akan kita pelajari?

    4. Seterusnya, adakah saya dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah?

    Harap saudara sudi menjawab persoalan saya. Terima kasih. 

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya.

      1. Setelah membaca semua persoalan anda, saya mendapati bahawa anda memang meminati bidang perniagaan. Jadi, anda tidak perlu lagi mengambil program pra-diploma memandangkan anda sudah ditawarkan program program Diploma Pengurusan Perniagaan di KPTM Bangi.

      2. Pra-perdagangan adalah salah satu daripada program pra-diploma.

      3. Subjek yang akan dipelajari bergantung kepada program pra-diploma yang anda ikuti.

      4. Anda memang boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah. Saya doakan anda berjaya.

  26. Sama ada melanjutkan pelajaran dalam program Pra-Diploma di UiTM atau program Diploma Kejuruteraan Mekanikal di politeknik, yang mana lebih bagus?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Sebelum menjawab persoalan anda, program yang mana satu anda lebih minat?

  27. Assalamuaalaikum. Saya telah mendapat tawaran pengajian di politeknik dalam program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian). Saya juga telah memohon pra-diploma di UiTM. Jika saya mendapat tawaran ke UiTM, mana satu yang patut saya pilih? Terima kasih.

  28. Saya mahu bertanya bagi pihak adik saya. Adik saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkn pelajaran ke tingkatan 6 tetapi saya tidak menyarankan dia menerima tawaran tersebut kerana subjek tingkatan 6 memang mencabar. Malangnya, dia masih tidak mendapat tawaran dari mana-mana IPTA/ Politeknik. Seterusnya, dia diminta untuk mngisi E-Rayuan yang mempunyai pilihan program yang terhad. Keputusannya ialah 1A 2B 2C 2D 1E 1G. Dia meminati bidang kejuteraan. Apa tindakan yang harus diambil? Pra-diploma Sains atau sebaiknya menukar minat?

    1. Terima kasih kerana bertanya dan maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Pada pendapat saya adik anda boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam program Pra-diploma Sains. Setelah menamatkan program tersebut dengan jayanya, adik anda masih mempunyai peluang yang luas bagi memenuhi minatnya. Sila layari laman web di bawah bagi melihat senarai program diploma yang ditawarkan bagi lepasan program Pra-diploma Sains:

      http://pahang.uitm.edu.my/v1/images/download/mdab/PD007-MDAB_UiTM.pdf

  29. Assalammualaikum. Saya telah mendapat 2 tawaran iaitu pengajian di politeknik dalam program Diploma Pemasaran dan Pra Diploma Perdagangan di UITM. Jadi, mana satu yang lebih baik dan patut saya pilih?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Saya lebih menggalakkan anda melanjutkan pelajaran dalam program Diploma Pemasaran. Hal ini adalah kerana selepas itu anda boleh terus melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Sekiranya anda melanjutkan pelajaran dalam program Pra Diploma Perdagangan di UiTM pula, anda perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma terlebih dahulu.

  30. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya mengenai program fast track diploma yang dikatakan boleh terus melanjutkan ke program ijazah sarjana muda. Saya dikhabarkan apabila seseorang itu memasuki semester 3, maka dia boleh terus belajar ke peringkat ijazah. Adakah universiti lain yang menawarkan perkara tersebut atau hanya UiTM sahaja?

    1. Waalaikumussalam. Maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Setelah membuat pembacaan, hanya UiTM sahaja yang menawarkan program diploma secara ‘fast track’. Namun, program tersebut hanya bagi bidang perakaunan.

  31. Assalamualaikum. Saya mahu tahu apakah kelebihan program Diploma Pentadbiran Korporat? Adakah kursus tersebut susah?

  32. Saya telah mendapat BM (B), Agama (B), Sains (C+), Ekonomi Asas (D), Sejarah (D), BI (D) dan Matematik (G) dalam peperiksaan SPM. Apakah yang harus saya lakukan? Saya tidak mendapat apa-apa tawaran? Saya ingin sangat melanjutkan pelajaran.

    1. Pertamanya, maaf kerana lambat memberikan respon. Saya galakkan anda terus menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) dan seterusnya menyatakan hasrat anda. Nombor telefon adalah seperti berikut:

      Hotline 1 : 03-8870 6767
      Hotline 2 : 03-8870 6777

  33. Salam. Saya ialah calon SPM 2012 dan ingin mengambil program pra-diploma dengan keputusan BM(D), BI(E), Pendidikan Islam(C), Sejarah(B), Matematik(D) , Sains(B+), Geografi(B), Perdagangan(D). Adakah saya layak? Mohon percerahan.

  34. Salam. Saya sudah membuat permohonan bagi program Pra-Perdagangan. Namun, tidak berjaya padahal saya sudah memenuhi syarat-syaratnya. Boleh tahu kenapa?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Secara umumnya, setiap program yang ditawarkan pasti akan menerima banyak permohonan dari pelbagai pelajar yang memperolehi pelbagai keputusan. Jadi, persaingan yang tinggi akan wujud sekiranya semakin ramai pelajar yang memohon tersebut memperolehi keputusan yang tinggi dalam peperiksaan SPM. Boleh jadi anda sudah memenuhi syarat minimum permohonan. Walau bagaimanapun, apabila saringan dibuat bagi memilih para pelajar yang akan ditawarkan program tersebut, terdapat pelajar lain yang mempunyai keputusan yang lebih tinggi.

    1. I advise you to visit the official website of the university that provided law course. Then, review the needed requirements.

  35. Assalamualaikum. Saya merupakan pelajar lepasan SPM 2012. Adakah saya layak memohon pengajian di IPTA bagi program diploma/ asasi bagi kemasukan tahun hadapan? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Umumnya, tiada elaun atau pinjaman khas yang disediakan oleh pihak universiti bagi pelajar pra-diploma atau diploma. Walau bagaimanapun, anda tetap boleh memohon biasiswa atau pinjama daripada mana agensi sama ada kerajaan atau swasta seperti Yayasan Pelajaran Mara dan lain-lain.

  36. Boleh saya bertanya? Sekiranya saya melanjutkan pelajaran dalam program Pra-Diploma, adakah saya layak memohon pinjaman PTPTN? Terima kasih.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apabila saya merujuk skop pembiayaan pendidikan dari laman rasmi PTPTN, program Pra-Diploma tidak termasuk dalam jenis peringkat pengajian yang ditawarkan pinjaman. Namun, saya nasihatkan anda supaya menghubungi terus pihak PTPTN bagi mendapatkan maklumat lanjut dan lebih tepat.

      http://www.ptptn.gov.my/web/guest/pinjaman

  37. Assalamualaikum. Saya baru sahaja habis program Pra-Diploma Perdagangan. Mata terkumpul saya ialah 3.45 dan saya ingin menyambung pengajian ke program Diploma Pengurusan Bank. Masalahnya kolej yang saya belajar ini tidak menawarkan progam tersebut. Jadi macam mana? Adakah saya perlu pindah ke kolej yang menawarkan program yang saya minati?

    1. Waalaikumussalam dan terima kasih kerana bertanya. Pertamanya, maaf kerana saya pun tidak pasti. Saya nasihatkan anda supaya menghubungi pihak kolej anda bagi mendapatkan jawapan yang lebih tepat.

  38. Assalamualaikum. Apakah perbezaan diploma dan diploma lanjutan di politeknik. Adik saya telah mendapat tawaran program Diploma Akaun di politeknik. Dia ingin menyambung pelajaran di universiti tetapi syarat kelayakan permohonannya adalah agak sukar. Boleh saya dapatkan pendapat, di manakah tempat bersesuaian untuk adik saya memohon selain universiti swasta yang terlalu mahal, memandangkan dia masih ingin menyambung pelajaran dalam bidang akaun. Adakah, mungkin terdapat IPT yang semi swasta?

    1. Waalaikumussalam. Maaf kerana lambat memberikan respon. Setakat pengetahuan saya, tiada IPG yang semi swasta. Saya mencadangkan agar beliau melanjutkan pelajaran di politeknik sahaja. Seterusnya bagi pengetahuan saudari, diploma lanjutan hanya boleh dipohon oleh pelajar yang sudah menamatkan program diploma.

  39. Boleh saya bertanya? Kawan saya belajar dalam program pra-diploma tetapi dia telah mendapat keputusan 2D. Jadi, adakah dia boleh meneruskan pengajian di politeknik?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Boleh tahu bidang yang kawan anda ikuti? Seterusnya, subjek apa yang dia memperolehi gred D tersebut?

  40. Salam. Saya mendapat keputusan 4B 3C+ 2D. Saya tidak mendapat kredit dalam Matematik dan Sains Pertanian. Saya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang TESL tetapi tidak boleh. Sekiranya dalam pra diploma, kursus apa yang sesuai untuk saya?

  41. Saya mendapat keputusan SPM 2015 iaitu BM (B+), BI (B), Pendidikan Islam (A-), Sejarah (B+), Matematik (A-), Matematik Tambahan (D), Fizik (B), Kimia(D), Biologi (B). Pada pendapat tuan, adakah lebih baik saya menyertai program pra diploma ataupum diploma? Untuk pengetahuan tuan saya berminat dalam bidang perakaunan dan bahasa Inggeris. Jadi saya patut memohon pra diploma atau diploma?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, sekiranya keputusan anda melayakkan anda untuk memohon bidang yang anda minati di peringkat diploma, maka pilihlah program diploma.

  42. Saya mendapat keputusan SPM 2015 iaitu BM (C), BI (E), Matematik (D), Sains (C), Perdagangan (C), Sejarah (C), Pengajian Islam (B), Tassawur Islam (C) dan Pendidikan Islam (C). Jadi, adakah saya boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma di UiTM atau politeknik?

    1. Pertamamya, terima kasih kerana bertanya. Saya galakkan anda layari laman rasmi UiTM atau mana-mana politeknik yang anda ingin masuki. Kemudian, pilih bahagian kemasukan pelajar atau kursus-kursus yang ditawarkan di pusat pengajian tersebut.

  43. Assalamalaikum. Saya mendapat keputusan yang kurang baik. Saya mempunyai 4 kredit sahaja iaitu dengan gred (B+) tetapi tidak mempunyai (C). Saya mengambil 9 subjek dalam aliran Sains Tulen. Jika saya mahu melanjutkan pelajaran, adakah saya layak untuk mengikuti kursus diploma?

    1. Waalaikumussalam. Anda layak untuk mengikuti kursus diploma. Saya nasihatkan anda layari laman rasmi UPU dan lihat syarat minimum bagi memohon program diploma yang anda minati.

  44. Saya mahu tanya, bila tarikh tutup permohonan bagi program pra diploma untuk tahun ini? Terdapat yang menyatakan tarikh akhir menghantar borang permohonan adalah pada 6 mac lepas. Adakah betul?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun saya minta maaf kerana saya pun kurang pasti. Saya nasihatkan anda layari laman rasmi pusat pengajian yang menawarkan program pra diploma yang anda minati bagi mendapatkan jawapan yang lebih tepat.

  45. Salam. Saya ingin bertanya sekiranya saya mengikuti program Pra-Diploma Sains dan akhirnya lulus, diploma apakah yang harus saya pilih untuk melayakkan saya memohon ijazah sarjana muda farmasi atau doktor perubatan?

  46. Saya pelajar lepasan SPM bagi tahun 2015, keptusan SPM yang saya dapat ialah 2A 1B 3C 3D 1E. Adakah saya layak untuk ke peringkat diploma? Saya berminat dalam bidang lukisan.

  47. Assalamualaikum. Saya mahu tanya, sekiranya saya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan atau farmasi tetapi keputusan saya kurang memuaskan untuk memenuhi syaratnya kerana subjek BI dan Kimia saya tidak kredit, adakah program pra-diploma merupakan jalan yang terbaik untuk saya ambil?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, anda boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam program Pra-Diploma Sains.

  48. Saya mempunyai sijil teknologi mekanikal. Jadi, adakah saya boleh melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di politeknik? Satu lagi, apakah perbezaan antara sijil lanjutan dengan sijil sahaja?

  49. Assalamualaikom. Saya mahu tanya, adakah saya boleh menukar permohonan daripada program pra-diploma ke program diploma? Hal ini adalah kerana saya silap memilih. Saya mahu mengambil program diploma terus kerana keputusan SPM saya cemerlang.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Namun, saya minta maaf kerana saya pun kurang pasti.

  50. Assalammuaalaikum. Saya adalah dari aliran Sastera. Jadi adakah saya boleh memohon untuk mengikuti program Pra-Diploma Sains?

    1. Waalaikumussalam. Berikut ialah syarat kemasukan bagi program tersebut:

      1. Lulus SPM/SPMV atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang–kurangnya 3 kepujian termasuk subjek Bahasa Melayu dan Matematik/ Matematik Tambahan.
      2. Lulus salah satu (1) daripada subjek Fizik, Kimia, Biologi atau Sains Tambahan.
      3. Lulus Bahasa Inggeris dan Lulus Sejarah.

  51. Saya mahu tanya, adakah boleh saya memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang hiasan dalaman selepas menamatkan program pra-diploma?

  52. Salam. Saya pelajar SPM 2015 daripada aliran Sains. Saya telah mengisi UPU dan memohon program Pra-Diploma Perdagangan. Sekiranya saya mendapat tawaran program diploma, adakah secara automatik saya tidak akan ditawarkan program pra-diploma tersebut? Atau saya akan ditawarkan kedua-dua jenis program sekali?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Sekiranya kedua-dua permohonan program tersebut dibuat melalui UPU, maka hanya salah-satu program sahaja yang akan ditawarkan.

      1. Bagi program pra diploma, saya minta ditempatkan di UiTM Merbok. Borang telah diisi dan dihantar secara pos laju. Jadi soalan saya, sekiranya saya mendapat tawaran diploma di UPSI, adakah secara automatik saya tidak akan ditawarkan program pra diploma di UiTM?

  53. Salam. Sekiranya saya membuat permohonan program pra-diploma dan UPU sekali, adakah kita hanya akan dapat salah satu? Kedua-duanya menepati syarat.

  54. Salam. Saya mahu tanya, saya mendapat keputusan 2.97 semasa program Pra Perdagangan. Jadi, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang perniagaan di kolej bawah UiTM. Namun pada semester 1, keputusan saya bawah 1.8 sahaja. Saya mahu tanya dengan keputusan program Pra Perdagangan, adakah saya boleh memohon untuk memasuki kolej bersekutu yang lain? Kemudian, program apa yang boleh saya mohon?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya dan maaf kerana lambat memberikan respon. Saya nasihatkan anda supaya menghubungi pihak Pusat Pendidikan Usahasama, Institut Perkembangan Pendidikan (InED), Universiti Teknologi MARA (UiTM) di talian 03-55225397 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

  55. Salam. Saya mendapat tawaran politeknik premier dan tawaran Pra Sains di UiTM. Jadi, tawaran mana yang patut saya pilih?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Boleh tahu jenis kursus yang ditawarkan kepada anda di politeknik?

  56. Salam. Saya baru daftar masuk dalam program Diploma Reka Grafik (Bahagian 1) tetapi jika ingin memohon pertukaran ke program Pra Diploma Sains, adakah berbaloi? Seterusnya jika kita lulus program pra tersebut and memohon program diploma yang berkaitan Sains contohnya Diploma Makmal Perubatan kerana saya tidak memenuhi syarat minimum permohonan semasa UPU yang lepas, adakah memang terdapat risiko, kita akan ditawarkan kursus yang tidak berkaitan Sains disebabkan saingan UPU? Atau saya teruskan sahaja program Diploma Reka Grafik ini? Namun apabila mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah nanti, kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan pointer atau macam mana?

    Saya minat belajar apa-apa sahaja berkaitan Sains tetapi keputusan SPM saya yang lepas hanya Matematik (A-), Biologi (C), Kimia (D), Fizik (D) dan Matematik Tambahan (E).

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Bagi pengetahuan anda, program diploma yang ditawarkan selepas anda mengikut program pra diploma selalunya telah ditetapkan oleh institusi tempat anda mengikut program pra diploma tersebut. Sila lihat laman sesawang yang berikut:

      http://pahang.uitm.edu.my/v1/images/download/mdab/PD007-MDAB_UiTM.pdf

      Selepas anda lulus dan menepati syarat yang telah ditetapkan, kemungkinan untuk ditawarkan kursus diploma tidak berkaitan dengan Sains adalah rendah. Jika, anda ingin meneruskan pengajian dalam program Diploma Reka Bentuk, berikut ialah halaman untuk anda menyemak program yang anda boleh pohon dan syarat kemasukannya semasa di peringkat ijazah nanti:

      https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_syarat.php?pagefunc=syaratByBidang&carian1=

      Akhirnya, saya doakan anda berjaya.

  57. Adakah betul syarat kemasukan bagi program Pra Diploma Sains adalah mesti mendapat 3 Kepujian dan lulus subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik/ Matematik Tambahan?

    1. Ia bergantung kepada tempat pengajian yang anda ingin ikuti. Sila rujuk syarat kemasukan yang telah ditetapkan.

  58. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya jika saya tamat pengajian Pra Diploma Sains, adakah saya dapat menyambung pelajaran ke UiTM atau mana mana universiti awam? Atau apabila tamat pengajian Pra Diploma Sains, adakah saya harus sambung mana-mana pengajian? Seterusnya, minta pendapat tentang universiti mana yang bagus atau layak untuk saya lanjutkan pelajaran selepat menamatkan program pra diploma ini. Terima kasih.

  59. Saya telah membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke politeknik. Namun, masih tiada jawapan. Saya telah membuat rayuan tetapi masih saya. Sedangkan saya mendapat keputusan yang cemerlang. Boleh berikan penjelasan?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Saya nasihatkan anda supaya menghubungi pihak politeknik untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat.

  60. Assalamualaikum. Saya mendapat 2B+ 1B 1C+ 1C 1D 2E dan 1G. Saya gagal dalam Matematik Tambahan. Adakah saya layak untuk memohon program pra diploma?

  61. Assalamualaikum. Keputusan SPM saya, semuanya kepujian kecuali subjek Matematik sahaja saya mendapat gred D. Saya dari aliran Seni. Adakah saya boleh mengambil diploma terus atau perlu mengambil pra diploma Perdagangan dahulu? Saya berminat dengan Diploma Teknologi Pejabat.

  62. Assalamualaikum. Sekiranya saya mendapat 6 kepujian bagi aliran sastera semasa SPM, adakah saya boleh memohon program pra-diploma?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Anda boleh merujuk laman rasmi universiti yang menawarkan program pra-diploma tersebut bagi melihat syarat kemasukan yang ditetapkan.

      1. Salam. Saya lepasan SPM 2008. Saya mendapat keputusan BM (C), BI (G), Pendidikan Islam (B), Sains (D), Sejarah (C), Matematik (E), Geografi (D), PSV (C), ERT (D), Tasawwur (C). Jadi, kos apa yang sama boleh ambil? Saya berminat dalam bidang kejururawatan.

        1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun saya tidak pasti kos yang sesuai untuk anda. Saya nasihatkan anda menghubungi pihak Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) dengan kadar yang segera di talian 03-8870 6767 atau 03-8870 6777. Saya yakin mereka boleh membantu anda.

  63. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bagaimana jika saya sudah melepasi program Pra-Diploma dengan mendapat CGPA 3.90 tetapi apabila berada di peringkat diploma saya terpaksa berhenti semasa tahun akhir disebabkan hal tertentu? Jadi, adakah saya boleh memohon pekerjaan dengan keputusan pra-diploma atau program diploma yang belum habis? Seterusnya, adakah sijil program Pra-Diploma diiktiraf bagi memohon sebarang pekerjaan?

    1. Walaaikumussalam dan terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, sijil program Pra-Diploma adalah tidak diiktiraf bagi memohon sebarang pekerjaan. Ia hanya boleh digunakan untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya iaitu peringkat diploma. Sekiranya anda mempunyai masalah di tahun akhir pengajian peringkat diploma, saya nasihatkan anda berbincang dengan pihak universiti atau kolej anda bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

  64. Adakah terdapat biasiswa PTPTN bagi program Pra-Diploma Sains di politeknik? Berapa yuran bagi satu semester serta yuran untuk pendaftaran awal? Terima kasih.

    1. Saya ditawarkan program Pra Diploma Sains. Apa yang saya dapat dalam surat, yuran pendaftaran ialah RM200, yuran Asrama ialah RM60 dan yuran pelbagai pula ialah RM138 bagi satu semester.

  65. Assalamualaikum. Bagi keputusan SPM saya, kesemua subjek yang saya duduki telah pun melepasi kepujian kecuali subjek Matematik kerana saya mendapat D. Beberapa bulan lepas saya telah memohon untuk menyambung pelajaran di politeknik dan hari ini saya telah pun mendapat keputusannya. Pihak politeknik menawarkan kursus Pra Diploma Sains. Persoalannya, mengapa saya ditawarkan program tersebut sedangkan 6 subjek wajib yang saya ambil telah pun melepasi kepujian?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Bagi persoalan di atas, saya nasihatkan saudara menghubungi terus pihak politeknik tersebut. Hal ini adalah kerana mungkin terdapat beberapa faktor lain yang diambil kira.

  66. Assalamualaikum. Saya mendapat tawaran Pra Diploma Sains di politeknik konvensional sedangkan semasa SPM dahulu saya mengambil aliran sastera. Saya tidak memohon bidang tersebut tetapi saya ditawarkan. Adakah pembelajarannya sama seperti Pra Diploma Sains UiTM? Mohon penjelasan.

  67. Assalamualaikum. Saya Aidil ingin bertanya tentang Pra-Diploma Sains Politeknik. Bolehkah saudara huraikan tentang Program ini? Apakah subjek-subjek yang akan saya belajar? Adakah Program ini memerlukan kos yang banyak? Buat pengetahuan, saya telah mencari berkaitan dengan kursus ini di internet tetapi masih tidak jumpa jawapan yang saya inginkan. Harap saudara boleh membalas dengan secepat yang mungkin.

  68. Assalammualaikum. Saya Muhammad Razi. Saya bekas pelajar SPM bagi tahun 2014. Saya ingin menyambung pengajian diploma tetapi keputusan saya biasa sahaja iaitu C,C,C,C,E,E,C dan D. Saya akan menamatkan pengajian di sebuah kolej komuniti di Segamat. Jadi, adakah graduan kolej komuniti yang berjaya memperolehi sijil boleh menyambung pengajian diploma di UiTM?

  69. Asalamualaikum. Sekiranya saya mengikuti program pra diploma terlebih dahulu, bagaimanakah saya mahu mengikuti program diploma pada masa akan datang? Adakah saya perlu mendapat keputusan yang cemerlang dalam kursus pra diploma saya?

    1. Waalaikumussalam. Jawapannya, anda perlu memperolehi keputusan yang cemerlang dalam program pra diploma bagi membolehkan peluang anda untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma menjadi lebih cerah.

  70. Adakah terdapat tapisan untuk ambilan program Pra Diploma Perdagangan dan Sains UiTM 2016? Mohon dibalas segera.

  71. Oh. Jadi, macam mana mereka membuat tapisan tersebut? Adakah lain kampus, lain caranya? Atau adakah terdapat kemungkinan mereka masih membuat tapisan lagi terhadap calon yang sudah minimum syarat kelayakannya?

    1. Maaf saya kurang pasti. Saya nasihatkan anda menghubungi terus pihak UiTM bagi mendapatkan jawapan yang lebih tepat.

  72. Saya telah ditawarkan program pra-diploma tetapi tarikhnya sudah terlepas sebab saya baru menyemak keputusannya. Jadi, adakah saya boleh lagi untuk mendaftar masuk atau perlu membuat permohonan baharu?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Saya nasihatkan anda segera menghubungi pihak yang menawarkan program tersebut bagi mendapatkan jawapan yang lebih tepat.

  73. Salam. Keputusan SPM saya agak memuaskan tetapi saya mendapat gred D dalam subjek Matematik Tambahan dan Kimia. Subjek lain pula, BM (A), BI (B+), Sejarah (A), Matematik (A-), Pendidikan Islam (A), Fizik (C) dan Biologi (C+). Adakah saya perlu memohon program Pra-Diploma seperti Pra-Diploma Sains? Saya tidak tahu tentang perdagangan tetapi adakah saya boleh mohon bidang tersebut? Berbaloi atau tidak?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya dan tahniah kerana mendapat keputusan SPM yang baik. Bagi saya, keputusan anda boleh melayakkan anda melanjutkan pelajaran terus ke peringkat ijazah. Maka, anda tidak lagi perlu memohon program Pra-Diploma. Boleh tahu minat anda?

  74. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya, adakah saya layak untuk memohon program Diploma Akaun dengan keputusan saya iaitu BM (B), BI (C), Sains (A), Sejarah (A-), Agama (A+), Matematik (A-), Akaun (B), Matematik Tambahan (E) dan Ekonomi Asas (C+). Sekiranya saya tidak layak memohon program Diploma Akaun, adakah saya layak untuk program pra-diploma?

  75. Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Jika saya ingin memohon program pra-diploma, syarat minimum kemasukan iaitu mendapat kepujian dalam subjek Matematik. Keputusan SPM saya ialah 1A- 1B+ 4B 2C dan 1D. Subjek yang mendapat gred D ialah Matematik. Adakah saya masih layak untuk mohon program pra-diploma?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Bagi mendapatkan jawapan yang lebih tepat, saya nasihatkan anda supaya menghubungi institut yang menyediakan program pra-diploma tersebut.

  76. Salam. Boleh saya tanya? Sekiranya anak saya memohon program pra-diploma Sastera dan seterusnya dia lulus, adakah boleh menyambung pelajaran ke program Diploma Animasi?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Secara umumnya sekiranya anak Pn memenuhi syarat untuk mengambil Diploma Animasi, maka tiada masalah. Saya nasihat anda menghubungi terus pihak universiti yang menawarkan program tersebut seperti UTM dan ICYM bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

  77. Salam Cg yang dirahmati, terima kasih atas info ini. Saya mahu bertanya. Saya telah mendapat sekurangnya 6 kepujian dan satu lulus pada SPM 2016 iaitu:

    1. BM – B+.
    2. Sains – B.
    3. Menservis & Penyaman Udara – B+.
    4. Pendidikan Islam – B.
    5. Bahasa Inggeris – C+.
    6. Sejarah – C.
    7. Matematik – D.

    Saya berminat untuk menyambung pelajaran ke IPTA dalam Diploma Kejuruteraan Elektrik. Namun syarat khasnya bagi SPM adalah kepujian dalam Matematik. Jadi, adakah saya layak memohon Pra Diploma? Terima kasih.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apabila saya merujuk semula, selain subjek Matematik terdapat 2 lagi subjek yang perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian iaitu subjek Matematik Tambahan dan Fizik bagi melanjutkan pelajaran dalam program Diploma Kejuruteraan Elektrik. Jadi jika anda berminat dalam bidang kejuruteraan elektrik, saya cadangkan anda mengambil program Pra-Diploma Sains.

  78. Assalamulaikum. Saya mahu bertanya, selepas saya mengambil program Pra Diploma Sains dan saya mendapat ‘pointer’ yang tinggi, adakah saya boleh memohon untuk menyambung pelajaran ke kursus diploma perubatan? Jadi, berapakah ‘pointer’ yang harus saya perolehi untuk mencapai impian saya ini?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Bagi pengetahuan anda, peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma bergantung kepada jenis institusi yang saudari pilih semasa program pra diploma. Hal ini adalah kerana setiap institusi menyediakan tawaran jenis kursus yang berbeza. Harap membantu.

  79. Saya mengikuti program pra diploma dalam jurusan Pengurusan Teknologi di UTM. Tempohnya 3 tahun. Jadi apabila sama menghabiskan pengajian tersebut, saya akan mendapat sijil pra-diploma atau sijil diploma?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Bagi pengetahuan anda, sijil yang akan diperolehi ialah sijil pra-diploma.

        1. Ianya bergantung kepada jenis kursus diploma dan ijazah yang anda ambil. Umumnya tempoh pengajian bagi program diploma ialah 3-4 tahun dan tempoh pengajian bagi program ijazah pula ialah 4-5 tahun.

  80. Assalamualaikum cikgu. Saya ingin bertanya laman web manakah untuk saya mohon program pra diploma bagi tahun 2018? Adakah permohonan pra diploma 2018 masih dibuka?

  81. Salam,saya mahu bertanya adakah dengan keputusan SPM saya iaitu BM (B), BI (D), PI (C+), MT (E), Sains (C), Geografi (D) dan Ekonomi (E), saya layak untuk menyambung program Pra-Diploma Sains di politeknik? Terima kasih.

  82. Salam. Saya mahu tanya. Saya dapat tawaran diploma melalui UPU tetapi saya tolak kerana saya kurang berminat. Saya mahu mohon program pra diploma. Adakah saya boleh memohon program tersebut?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Anda boleh memohon, sekiranya anda memenuhi syarat minimum yang diperlukan.

  83. Salam. Saya mahu tanya, saya ialah pelajar sastera yang tidak mengambil subjek Matematik Tambahan. Saya telah mendapat tawaran program Pra Diploma Sains dan program ini terdapat subjek Matematik Tambahan. Bagaimana saya mahu melanjutkan pelajaran saya dengan program ini kalau saya tidak mempunyai asas bagi ilmu matematik tambahan? Adakah akan sukar? ?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat pencarian saya, sepanjang 2 semester pengajian anda akan mempelajari subjek Matematik I (Asas) dan Matematik II (Asas) (Aliran Fizikal) di semester 1. Kemudian anda akan mempelajari subjek Matematik I (Lanjutan) dan Matematik II (Lanjutan) (Aliran Fizikal) di semester 2. Harap membantu.

  84. Assalammualaikum. Saya mempunyai soalan. Sekiranya saya nanti sudah menamatkan pengajian program Pra Diploma Sains UiTM, adakah saya boleh menyambung pengajian ke asasi Sains UiTM?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Pelajar lepasan program Pra Diploma Sains UiTM hanya boleh melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di UiTM.

  85. Salam. Saya mendapat tawaran dalam diploma tetapi saya mohon pra diploma juga pada bulan ini kerana saya kurang berkemampuan. Adakah tawaran saya diterima bagi pra diploma? Saya risau.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Permohonan anda akan diterima selagi ia menepati syarat permohonan yang ditetapkan. Harap membantu.

  86. Hai. Saya pelajar aliran sastera. Saya telah mendapat tawaran pengambil kedua bagi program Pra Diploma Sains di politeknik. Adakah saya patut terima sahaja atau menolaknya. Hal ini adalah kerana saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan asas dalam aliran sains seperti Fizik, Biologi, Kimia dan Matematik Tambahan. Saya memperolehi gred D bagi Matematik, gred B bagi Sains dan gred E bagi BI. Patutkah saya teruskan dengan menerima program Pra Diploma Sains? Hal ini adalah kerana saya rasa saya berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekanikal.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Tiada pengetahuan asas dalam subjek seperti Fizik, Biologi, Kimia dan Matematik Tambahan bukan penyebab utama anda menolak tawaran program Pra Diploma Sains di politeknik. Sekiranya ada berminat menyambung pengajian dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekanikal, anda perlu mengambil peluang belajar bersungguh-sungguh di program pra diploma ini. Saya doakan anda berjaya.

  87. Mohon pencerahan. Adakah program pra diploma ini diiktiraf oleh MQA? Hal ini adalah kerana keputusan pra diploma ini akan membantu pelajar untuk masuk program diploma. Sebagaimana sedia maklum pra diploma adalah untuk pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran tetapi tidak melepasi syarat minimum diploma.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan anda, semua program yang ditawarkan oleh mana-mana pusat pengajian sama ada kerajaan atau swasta boleh disemak melalui laman rasmi MQA.

  88. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bolehkah saya menyambung pengajian dalam bidang kejururawatan dengan keputusan SPM 5 kredit tetapi matematik saya memperolehi gred D manakala bahasa Inggeris ialah gred E? Sedangkan syarat kelayakan untuk diploma kejurawatan adalah kredit dalam matematik.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Saya cadangkan anda cuba menghubungi pusat pengajian tersebut sekiranya terdapat kelonggaran diberikan. Jika tidak, anda boleh cuba memohon program pra-diploma. Harap membantu.

      1. Assalamualaikum. Saya berminat mahu menyambung pelajaran dalam bidang kejururawatan. Jadi, adakah saya layak mohon program Pra Diploma Sains? Saya mengambil subjek Biologi dan Sains sewaktu SPM tetapi subjek Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan saya tidak ambil.

        1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Sekiranya anda memenuhi syarat minimum yang ditetapkan, maka anda layak untuk memohon program Pra Diploma Sains.

  89. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya, saya mempunyai sijil SKM tahap 2 Mechatronics dari Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) dan mempunyai sijil Chargeman AO dari Suruhanjaya Tenaga (ST). Jadi, bolehkah saya menggunakan kedua-dua sijil tersebut untuk menyambung pengajian diploma separuh masa di politeknik? Harap encik boleh beri pencerahan. Terima kasih.

  90. Assalamualaikum, mahu bertanya pra diploma itu apa? Saya gagal temu duga untuk sarjana muda. Boleh ke mohon pra diploma?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Umumnya program pra-diploma ialah program yang ditawarkan kepada sesiapa mendapat keputusan kurang daripada 5 kepujian yang menyebabkan pelajar tersebut tidak layak untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah. Sekiranya anda gagal dalam temu duga sarjana muda, anda masih boleh cuba memohon melanjutkan pengajian di peringkat diploma. Semoga membantu.

  91. Salam, cikgu. Saya baru mendapat keputusan SPM 2019. Saya berjaya mendapat 5A,4B dan 2C. Keputusan penuh setiap subjek adalah seperti berikut:

    1. Bahasa Melayu (A-).
    2. Matematik (A-).
    3. Sains (A-).
    4. Sains Komputer (A-).
    5. Pendidikan Syariah Islamiah (A-).
    6. Bahasa Inggeris (B).
    7. Sejarah (B+).
    8. Perniagaan (B+).
    9. Ekonomi (B).
    10. Bahasa Arab (C).
    11. Pdidikan Al-quran dan Sunnah (C+).

    Saya berminat untuk mengambil bidang Sains Hayat dan berminat juga dengan bidang perubatan, veterinar dan lain-lain. Sekiranya saya mengambil pra-diploma Sains dan diploma Sains. Adakah saya layak memohon bidang perubatan? Atau tidak? Adakah permohonan untuk bidang perubatan di peringkat ijzah akan mengambil kira subjek SPM saya memandangkan saya dari aliran Sastera.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Pertamanya tahniah kerana mendapat keputusan yang baik dalam SPM 2019. Berdasarkan keputusan anda, anda boleh memohon program diploma Sains Perubatan ataupun program berkaitan bidang perubatan yang lain. Contohnya:

      1. Diploma Farmasi.
      2. Diploma Pembantu Perubatan.
      3. Diploma Teknologi Makmal Perubatan.

      Sekiranya, anda berjaya menamatkan program diploma, keputusan diploma sahaja akan digunakan untuk memohon melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Saya doakan anda berjaya. Harap membantu.

  92. Hello. Saya telah mengambil 7 subjek termasuk PSV dalam SPM. Saya mendapat gred D dalam bahasa Inggeris dan subjek lain mendapat kepujian. Jadi, adakah saya boleh memohon pra-diploma Sains?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Anda layak untuk memohon. Cumanya bergantung kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh pusat pengajian.

  93. Saya merupakan lepasan SPM 2019. Saya mendapat 2A dan mendapat 7 kepujian tetapi BI (D). Adakah saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau saya perlu mohon pra-diploma Perdagangan?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Keputusan SPM anda dalam kategori baik kerana tiada subjek yang gagal. Anda mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma. Saya doakan anda berjaya.

  94. Saya merupakan lepasan SPM 2019. Saya mengambil aliran Sastera termasuk subjek Akaun dan Matematik Tambahan. Namun, keputusan subjek Matematik Tambahan saya ialah G dan keputusan subjek Matematik ialah B. Adakah saya layak memohon program Pra Diploma Perdagangan? Kemudian, adakah boleh seseorang itu mahu memohon program Pra Diploma Perdagangan sedangkan dia sudah mendapat tawaran di politeknik?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pembacaan saya, keputusan anda masih melayakkan anda untuk memohon melanjutkan pelajaran dalam program Pra Diploma Perdagangan. Seterusnya, walaupun seseorang itu sudah ditawarkan pengajian di politeknik, dia masih lagi boleh memohon untuk menyambung pelajaran dalam Pra Diploma Perdagangan. Harap membantu.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Sekiranya anda memenuhi syarat program yang ditetapkan dan mendapatkan kebenaran untuk menyambung belajar dari pihak ATM, maka tiada masalah.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, anda tidak boleh bertukar universiti setelah menamatkan program pra diploma.

  95. Salam. Saya mahu tanya, sekiranya sudah isi UPU, boleh ke isi pula permohonan pra diploma? Atau hanya boleh isi salah satu sahaja?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, tiada masalah untuk anda isi kedua-dua permohonan. Semoga berjaya.

  96. Salam. Saya mahu bertanya, kalau saya mengambil pra diploma aliran STEM C & Sastera, adakah boleh selepas itu saya mengambil diploma kejururawatan?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pembacaan saya, setelah anda berjaya menamatkan program Pra STEM C di UiTM, terdapat lebih kurang 66 buah program Diploma di UiTM sama ada dalam gugusan sains dan teknologi, mahupun sains sosial yang boleh diikuti mengikut kecenderungan minat dan kerjaya masing-masing. Salah satunya ialah diploma kejurutawatan. Apapun boleh rujuk maklumat syarat kelayakan seperti berikut:

      https://apply-iceps.uitm.edu.my/images/intake_syarat/parttime/kkb/kkb_hs110_17042020.pdf

Leave a Reply to Syamin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *