Apakah Perbezaan antara IPTA dan IPTS?

Selamat tahun 2021.

Sila lihat dahulu pertanyaan yang telah diajukan di ruangan komen di bawah sebelum mengajukan soalan anda.

Apa itu IPTS?

IPTS ialah singkatan bagi Institut Pengajian Tinggi Swasta. IPTS juga dikenali sebagai kolej swasta yang belanjawannya dibiayai sepenuhnya melalui bayaran yuran oleh pelajar-pelajar. Hal ini berbeza dengan kolej awam yang dibiayai sebahagiannya atau sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Kolej swasta di Malaysia perlu memohon kepada Kementerian Pendidikan bagi mendapat lesen untuk beroperasi.

Senarai IPTS

Adalah menjadi satu kemestian bagi para pelajar yang ingin menyambung pelajaran di IPTS untuk memilih hanya IPTS yang mempunyai program yang telah mendapat pengiktirafan JPA, Badan Profesional atau Badan Lain. Kemaskinian maklumat adalah berdasarkan maklumbalas daripada IPTS yang diterima setakat 27 Disember 2013. Jumlah program pengajian IPTS yang telah mendapat Perakuan Akreditasi setakat ini adalah sebanyak 2169. Sila rujuk laman web berikut rasmi MQR.

Pembahagian IPTA dan IPTS

Secara amnya, kedua-dua IPT iaitu IPTS dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mempunyai fungsi yang sama. Walaupun begitu, setiap universiti itu unik dengan caranya tersendiri. 

Untuk pengetahuan, IPTA terbahagi kepada 4 kategori:

1. Universiti APEX (Accelerated Programme for Excellence): USM. Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Universiti APEX.

2. Universiti Penyelidikan: USM, UM, UKM, UPM dan UTM.

3. Universiti Komprehensif.

4. Universiti Berfokus iaitu universiti awam yang memberikan lebih tumpuan kepada bidang-bidang tertentu seperti teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan.

Manakala pembahagian Universiti Swasta adalah kurang jelas. Setakat ini masih belum terdapat universiti swasta yang mampu mencapai taraf APEX mahupun Penyelidikan. IPTA dipelopori oleh 5 buah universiti terkemuka (USM,UTM,UM,UKM,UPM) manakala universiti swasta lebih diterajui oleh 2 buah universiti (Multimedia University, Universiti Teknologi PETRONAS) manakala dalam bidang sains kesihatan, International Medical University (IMU) yang lebih dikenali dalam kalangan pelajar-pelajar cemerlang.

Perbezaan IPTA dan IPTS

1. Yuran Pengajian:

Perbezaan yang paling mudah dilihat adalah dari segi yuran pengajian. Rata-rata IPTA meletakkan yuran sekitar RM1000 bagi satu semester manakala IPTS bergantung kepada jenis bidang pengajian, sekitar RM50 ribu untuk bidang kejuruteraan, RM90 ribu untuk bidang farmasi dan RM300 ribu untuk bidang perubatan. Walau bagaimanapun, yuran pengajian tidak menjadi masalah kepada para pelajar IPTS memandangkan banyak kemudahan pinjaman pendidikan pada masa sekarang jika berbanding 10 tahun yang lepas antaranya ialah MARA, PTPTN dan sebagainya.

2. Kemudahan Pembelajaran:

Mungkin terpadat segelintir masyarakat yang mengatakan kemudahan di IPTS adalah lebih baik tetapi secara keseluruhannya kemudahan dari segi pembelajaran di kedua-dua IPT adalah lebih kurang sama. Walaupun begitu, kemudahan untuk pelajar di IPTA mempunyai sedikit kelebihan. Hal ini adalah kerana kebanyakan IPTA mempunyai keluasan kampus yang sangat besar seperti UUM dan UKM. Sekiranya anda berminat untuk menaiki ‘shuttle bus’ dari fakulti ke fakulti, ataupun menaiki Rapid KL, IPTA adalah jawapannya.

3. Suasana Pergaulan:

Kebanyakan IPTS adalah berpusat kepda satu, dua atau tiga fakulti sahaja. Contohnya IMU berfokus kepada bidang sains kesihatan, UTP dan MMU memfokuskan bidang teknologi dan kejuruteraan. Pergaulan bagi pelajar IPTS adalah lebih kepada dalam satu fakulti sahaja. Hal ini berbeza dengan pelajar di IPTA. Pergaulan para pelajar IPTA tidak terbatas kepAda 1 fakulti sahaja. Jika anda seorang pelajar kejuruteraan, kemungkinan untuk bergaul dengan pelajar guaman juga adalah sangat tinggi. Hal ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kemungkinan apabila semua pelajar mengambil jurusan yang lebih kurang sama, adalah lebih mudah untuk belajar. Kemungkinan juga dengan bercampur gaul dengan pelbagai fakulti dan jurusan akan lebih membuka minda para pelajar.

4. Keterbukaan Minda:

Hal ini bukan bermaksud pelajar di IPTA lebih terbuka mindanya berbanding pelajar di IPTS. Perkara yang paling mudah ialah cuba tanyakan kepada pelajar IPTS yang mengambil MUET untuk melanjutkan pelajaran ke universiti mengenai MQA. Ataupun cuba tanyakan nama-nama universiti penyelidikan. Mengikut pemerhatian, kebanyakan pelajar di IPTS tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Bagi pelajar di IPTA pula, cuba tanyakan International Baccalaureate adalah merujuk kepada apa? 

5. Suara Pelajar:

Dari segi suara pelajar ataupun kata lainnya adalah fungsi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), secara jujur MPP di kebanyakan IPTS kurang memainkan peranan seperti yang berlaku di IPTA. Hal ini mungkin kerana faktor bilangan pelajar itu sendri. Pilihan Raya Kampus (PRK) di IPTS adalah tidak sama seperti di IPTA. Jika di UKM akan dapat dilihat ASPIRASI dan Gabungan Mahasiswa (GMUKM) sewaktu PRK, di IPTS seolah-olah PRK ini “mati” dan tidak “bernyawa”. Walau bagaimanapun, terdapat juga IPTS yang suara pelajarnya masih dapat didengar seperti di Universiti Selangor (UNISEL).

6. Bantuan Kerajaan:

Sekiranya mengambil kira dari segi sokongan kerajaan, IPTA mungkin akan mendapat sedikit kelebihan. Setelah USM menjadi Universiti APEX dengan permohonan 3 buah universiti swasta (MMU, UNITEN, UTP) tidak disenarai pendek. 5 buah Universiti Penyelidkan juga adalah dari universiti awam. Mungkin terdapat IPTS yang meletakkan matlamat untuk menjadi salah satu daripada universiti bertaraf penyelidikan ini, tetapi nampaknya dengan hasrat kerajaan meletakkan universiti penyelidikan ke-6 negara adalah daripada universiti dalam bidang sains sosial, mungkin sukar untuk IPTS mencapai status ini. Walau bagaimanapun, fakta ini bukan berpihak kepada IPTA semata-mata, sebenarnya institusi swasta negara kebanyakannya menjalin hubungan dengan universiti terkemuka dari luar dan juga syarikat-syarikat yang besar. Contohnya, Universiti Perdana yang baru ditubuhkan adalah mengambil sukatan pelajaran dari Royal College of Surgeon Ireland (RCSI).

7. Sukatan Pelajaran:

Bagi kedua-dua IPT, sukatan pelajaran adalah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MQA. Jadi, tidak akan wujud persoalan bahawa kualiti pembelajaran di IPTS lebih baik daripada di IPTA atau sebaliknya. 

8. Bidang yang Ditawarkan:

IPTS menyediakan peluang kerjaya pada tahap yang boleh dikatakan selesa kerana kepelbagaian bidang yang ditawarkan. Sebaliknya, bidang yang ditawarkan di IPTA pula adalah terhad dan menyebabkan pelajar tidak dapat membuat pilihan jurusan lain untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma mahupun ijazah. Namun melalui IPTS, pelajar dapat melanjutkan pelajaran mereka dalam jurusan yang mereka minat dan menepati prospek pekerjaan pada masa sekarang. Para pelajar sendiri akan lebih bersemangat untuk menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang memandangkan ianya adalah satu lagi peluang yang telah diberikan sekiranya telah gagal dalam SPM mahupun matrikulasi. Selain itu, pelajar IPTS juga lebih berdaya saing berbanding pelajar IPTA kerana mereka lebih berdikari dan ditawarkan dengan pengajian yang mereka pilih sendiri berdasarkan minat mereka. Seterusnya mereka lebih didedahkan dengan pasaran tempatan dengan adanya latihan praktikal di syarikat-syarikat swasta yang lebih mencabar tugasannya.

201 thoughts on “Apakah Perbezaan antara IPTA dan IPTS?

  1. Secara amnya, kedua-dua Institut Pengajian Tinggi Swasta iaitu IPTS Malaysia dan Institut Pengajian Tinggi Awam iaitu IPTA Malaysia mempunyai fungsi yang sama. Walaupun begitu, setiap universiti itu unik dengan caranya tersendiri.

    Penubuhan institusi pendidikan ialah satu usaha murni dalam mewartakan proses penggarapan ilmu pengetahuan dan penyelidikan secara formal.

          1. Kawan saya berkelulusan diploma dari Kolej Universiti Yayasan Sabah. Bolehkah dia diterima untuk menyambung ijazah di IPTA?

          2. Terima kasih kerana bertanya. Pelajar lepasan universiti atau kolej swasta masih mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran di IPTA. Hanya perlu mohon melalui UPU. Semoga membantu.

    1. Salam, saya diberikan pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke politeknik premier dalam kos Seni Perindustrian manakala UniSel pula menawarkan kos Asasi Kejuruteraan Awam. Pihak UniSel memberikan pembiayaan sepenuhnya untuk pembelajaran saya. Namun, saya ragu-ragu untuk menerimanya disebabkan ramai orang mengatakan kos tersebut susah. Jadi boleh saya dapatkan pendapat encik? Terima kasih.

      1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Umumnya anda boleh buat carian terlebih dahulu berkaitan kedua-dua kos yang ditawarkan. Buat perbandingan dari segi subjek yang akan dipelajari, suasana pembelajaran dan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Seterusnya, lihat juga dari aspek peluang pekerjaan pada masa hadapan. Akhirnya, pertimbangkan juga minat anda. Harap membantu.

      2. Salam, saya mahu bertanya. Saya telah mendapat tawaran IPTS iaitu dari Kolej Universiti TATI (TATIUC). Namun, saya ragu. Takut tidak dapat bayar yuran pengajian selepas habis belajar nanti. Adakah IPT swasta ini pilihan yang tepat? Permohonan saya dalam UPU gagal. Jadi, saya perlukan pencerahan tuan.

        1. Terima kasih kerana bertanya. Mulanya anda boleh menyemak terlebih dahulu sama ada kursus yang ditawarkan kepada anda itu telah diiktiraf oleh MQA. Harap membantu.

    2. Salam. Saya mahu tanya pendapat. Saya sekarang belajar di KTAC iaitu kolej swasta tetapi pakcik saya suruh saya tukar kepada UiTM. Sebenarnya mana satu yang bagus? Hal ini adalah kerana pihak KTAC akan tolong kita carikan kerja selepas habis belajar. Lagi pun saya memang minat kursus dekat KTAC manakala tawaran UiTM yang saya dapat itu saya tidak minat langsung sebab saya tidak reti bercakap depan orang ramai. Mohon bantu saya. ?

      1. Terima kasih kerana bertanya. Sebelum itu, boleh tahu nama kursus yang sedang anda ikuti di KTAC dan nama kursus yang ditawarkan oleh UiTM kepada anda? Setelah saya membuat carian, graduan KTAC juga mempunyai masa depan kerjaya yang cerah. Pendapat saya, saya akan lebih cenderung untuk anda meneruskan pelajaran dalam bidang yang anda minati. Seterusnya pastikan anda berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam bidang tersebut dengan cemerlang. Semoga membantu.

    3. Saya mahu bertanya kalau untuk pengajian pra-universiti di IPTA, boleh ke nanti semasa pengajian peringkat ijazah, saya menyambung pengajian di IPTA?

      1. Terima kasih kerana bertanya. Setelah anda menghabiskan pengajian di peringkat pra-universiti, anda hanya boleh melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya di universiti yang sama sahaja.

  2. Salam. Saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di kolej dan juga dalam program pra-diploma. Namun, saya tidak pasti mahu memilih yang mana satu. Boleh berikan cadangan?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Walau bagaimanapun, boleh anda nyatakan nama program atau kursus yang ditawarkan?

    2. Assalamualaikum, saya mendapat tawaran pengajian di UiTM bagi kos Perladangan dan Agroteknologi. Namun atas sebab tertentu, saya tidak boleh melanjutkan pelajaran dengan kos ini. Selepas itu saya mendapat tawaran biasiswa daripada Cosmopoint College yang juga menjanjikan peluang pekerjaan selepas pekerjaan dan biasiswanya terdiri daripada yuran asrama percuma dan yuran pengajian ditaja iaitu kemungkinan dari segi baucer atau potongan kos. Biasiswa ini adalah daripada Karangkraf dan dana Ekuinas. Saya agak ragu-ragu kerana berasa tidak yakin dengan biasiswa swasta tetapi dalam masa yang sama saya tidak dapat teruskan pengajian di UiTM dalam bidang perladangan ini. Saya hanya baru dipanggil temu duga untuk biasiswa tersebut dan belum memilih kos. Persoalannya, mana satu yang patut saya ikut? Saya harap tuan ada nasihat.

      1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat pencarian saya, pihak Karangkraf dan Ekuinas memang menaja pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPTS yang terpilih dan salah satunya yang melanjutkan pelajaran di Cosmopoint. Bagi saya, perkara yang perlu diambil perhatian apabila mendapat biasiswa ialah melihat perjanjian yang akan dimeterai dari segi keterikatan dengan pihak pemberi biasiswa selepas menamatkan pengajian. Seterusnya perhatikan juga sama ada biasiswa yang diterima itu adalah sepanjang tempoh pengajian atau mempunyai tempoh masa tertentu. Apapun saya doakan anda dipermudah segala urusan dan berjaya dalam pelajaran. Amin.

  3. Baiklah. Sekiranya saya memperolehi program Pengurusan Perniagaan di kolej dan program Pra-Diploma Perdagangan, jadi yang mana satu patut saya pilih?

    1. Jawapannya saya ianya bergantung kepada minat anda. Program Pengurusan Perniagaan biasanya mensasarkan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar merentasi pelbagai disiplin perniagaan dan membantu untuk menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Program ini adalah satu bidang dinamik pengajian bagi pelajar-pelajar yang ingin membangunkan kemahiran dalam pelbagai kajian seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan. Disebabkan sifat fleksibel rangka kerja kursus, pelajar mampu untuk memilih laluan yang sesuai untuk kepentingan mereka, sama ada untuk memasuki pasaran pekerjaan atau untuk melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai program perniagaan.

      Manakala program pra-diploma adalah lebih kepada jalan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma apabila keputusan yang kita perolehi tidak melayakkan kita untuk melanjutkan pelajaran terus ke peringkat diploma.

    1. Salam, saya telah mendapat tawaran dari GMI dan UniMAP. Namun, saya masih tidak pasti mahu pergi yang mana satu. Bagi info anda, kedua-dua tawaran tersebut adalah bidang kejuruteraan iaitu GMI dalam program Diploma Rekabentuk Produk dan Pengeluaran. Manakala, UniMAP pula menawarkan program Kejuruteraan Pengeluaran. Jadi, mana satu yang lebih bagus? Mohon pencerahan segera.

      1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Bagi membuat perbandingan program mana yang lebih baik, anda perlu melihat apakah subjek yang bakal anda pelajari bagi kedua-dua program tersebut. Mudahnya, anda boleh mencari maklumat berkaitan sinopsis program tersebut.

  4. Assalamualaikum. Bilakah semakan temuduga bagi program PISMP 2015 boleh dibuat? Saya sudah semak banyak kali laman sesawang KPM tetapi tiada.

  5. Saya keliru sama ada mahu melanjutkan pelajaran ke UiTM atau UTP. Sekiranya saya memilih UTP, insya-Allah akan senang ditawarkan pekerjaan.

        1. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pencarian saya, anda boleh memohon untuk menyambung pangajian ke IPTA melalui UPU dengan syarat keputusan SPM anda sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah. Anda boleh rujuk syarat khas untuk program yang anda ingin mohon melalui laman sesawang rasmi UPU.

          1. Salam. Boleh ke kalau lepasan asasi IPTS mahu sambung pengajian peringkat ijazah di IPTA?

          2. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, lepasan asasi IPTS hanya boleh menyambung pengajian peringkat ijazah di tempat pengajian yang sama.

  6. Saya keliru. Saya telah mendapat tawaran UPM di Sarawak dalam program Pengurusan Makanan. Satu lagi tawaran adalah dari UniKL di Johor dalam program Perindustrian Logistik. Saya tidak tahu apa yang saya minat sebenarnya. Jadi, macam mana?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Sebelum menjawab persoalan anda, adakah kedua-dua program tersebut ialah program diploma?

  7. Sekiranya belajar di IPTS, adakah kos belajar bagi setiap semester memang mahal? Bagaimana pula dengan bayaran bagi hostel?

    1. Setakat pengetahuan saya, kos pembelajaran di IPTAS/ US (Universiti Swasta) memang lebih mahal berbanding di IPTS/ UA (Universiti Awam). Bayaran hostel pula mungkin berbeza-beza mengikut institusi-instutisi pengajian masing-masing.

  8. Salam, saya pelajar lepasan Asasi UIA. Saya ingin tahu sekiranya terdapat IPTA lain yang menerima pelajar Asasi UIA kerana rata-rata syarat am IPTA hanyalah Asasi UiTM/ Asasi UM sahaja.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, pelajar lepasan Asasi UIA hanya boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya di UIA sahaja.

  9. Salam. Saya merupakan pelajar lepasan SPM tahun lalu. Saya telah memohon UPU, malangnya tidak berjaya. Saya melakukan E-Rayuan sekali lagi dan nasib masih juga tidak menyebelahi saya. Saya telah memilih asasi di IPTS sebagai haluan selepas ini tetapi saya kecewa apabila mendapati asasi di IPTS tidak membolehkan saya untuk memohon ijazah di mana-mana IPTA. Apakah yang perlu saya lakukan? Saya bingung dan buntu kerana saya memperolehi keputusan yang bagus dan markah kokurikulum saya juga tinggi tetapi tiada peluang ke IPTA. Saya bercita cita tinggi ingin menyambung pengajian ijazah di IPTA memandangkan saya juga bukanlah berasal dari keluarga yang kaya. Mohon saudara berikan cadangan untuk kekusutan ini. Terima kasih.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya dan maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Apapun, saya minta maaf kerana saya pun tidak pasti mengenai IPTA yang mana menerima pelajar lepasan asasi dari IPTS/ US. Setakat ini, saya berpendapat bahawa anda perlu juga terus melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya di IPTS/ US. Saya doakan agar anda dipermudah segala urusan dan berjaya mencapai cita-cita anda.

  10. Salam. Saya sekarang ini tengah menyambung pengajian di tingkatan 6. Namun, saya tidak berapa yakin bahawa saya boleh mengikuti semua subjek yang diambil ini. Saya telah mengambil jurusan kemanusiaan. Pada masa yang sama, saya telah mendapat tawaran daripada MSU dalam program TESL yang sememangnya saya minati. Keputusan SPM saya ialah 6A bagi subjek BM, BI, Pendidikan Islam, Seni, Sejarah dan MT. Subjek yang selebihnya saya memperolehi gred (D). Ibu bapa saya pula telah mengatakan bahawa mereka tidak akan bersetuju jika saya melanjutkan pelajaran ke mana-mana universiti swasta atas alasan kos pengajian yang mahal, sijil tidak mendapat pengiktirafan dan susah mendapat pekerjaan. Jadi, saya mahu minta pandangan saudara. Bagaimanakah saya mahu memberikan penjelasan kepada kedua-dua ibu bapa saya? Walau bagaimanapun, antara tingkatan 6/ IPTS/ IPTA yang mana lagi bagus? Saya sangat risau kerana saya tidak mendapat tawaran ke matrikulasi, UPU dan IPG. Pilihan terakhir adalah antara IPTS dan tingkatan 6 sahaja. Ataupun, adakah masih boleh untuk membuat permohonan ke mana-mana IPTA lagi pada masa sekarang? Mohon penjelasan. Terima kasih.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, anda boleh memberitahu mereka bahawa bukan semua program yang ditawarkan di universiti swasta tidak mendapat pengiktirafan. Anda boleh membuat semakan dengan pihak MQA bagi mengetahui status sesuatu program tersebut sama ada ia diiktiraf atau sebaliknya. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa kos pengajian di universiti swasta memang tinggi.

      Seterusnya antara Tingkatan 6/ IPTS/ IPTA, setiapnya mempunyai kelebihan masing-masing. Walau bagaimanapun, memandangkan anda hanya mempunyai 2 pilihan iaitu IPTS dan Tingkatan 6 sahaja, maka saya berpendapat bahawa lebih baik anda meneruskan pengajian di Tingkatan 6. Anda masih mempunyai masa untuk memantapkan lagi pembelajaran anda. Apabila anda berjaya di Tingkatan 6, maka peluang untuk anda melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi adalah lebih cerah berbangding pelajar lepasan matrikulasi. Saya doakan anda berjaya mencapai cita-cita anda.

  11. Sekiranya saya mengambil program asasi di IPTS/ US, adakah saya boleh menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di IPTA/ UA?

    1. Setakat pengetahuan saya, anda hanya boleh menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di IPTS/ US yang sama sahaja.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Bagi pengetahuan anda, peluang pekerjaan itu tertakluk kepada pelbagai faktor seperti ekonomi, politik dan lain-lain. Apa yang penting, setiap bidang yang anda ceburi itu, anda mestilah lakukan yang terbaik bagi mencapai cita-cita anda. Sekiranya anda boleh nyatakan dengan lebih terperinci mengenai bidang yang anda minati, kemungkinan saya boleh memberikan nasihat yang lebih spesifik.

  12. Salam. Saya adalah lepasan asasi UiTM Shah Alam. Malangnya, saya telah mendapat kursus yang saya tidak minati untuk program ijazah di Sarawak. Saudara saya mencadangkan saya untuk menyambung pelajaran di universiti swasta dengan mengambil kursus yang saya minati. Namun saya takut jika saya membuat keputusan yang salah dengan menolak IPTA untuk pergi ke IPTS. Apa pendapat anda? Patutkah saya berada di IPTA sahaja dan mencuba untuk belajar benda baharu? Atau di IPTS? Setahu saya, walaupun pelajaran saya akan ditanggung oleh PTPTN tetapi wangnya masih belum cukup untuk digunakan bagi keperluan harian di IPTS. Terima kasih.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Sebelum itu, boleh tahu jenis kursus yang anda ditawarkan dan kursus yang anda minati? Kemudian, anda mengambil bidang apa di UiTM?

    2. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Seterusnya, maaf kerana lambat memberikan respon. Saya tidak pasti macam mana keadaan anda sekarang. Apapun, pada pendapat saya sekiranya kursus yang ditawarkan kepada anda di peringkat ijazah tersebut tidak menyebabkan sehingga anda langsung tidak berminat belajar atau berputus asa, maka tiada salahnya untuk mencuba perkara yang baharu. Selamat maju jaya.

  13. Assalamualaikum. Baru-baru ini saya telah menerima tawran IPTS. Saya telah menerima tawaran tersebut tetapi saya sedang menunggu panggilan dari IPTA melalui UPU. Adakah keputusan UPU nanti akan terjejas disebabkan saya mnerima tawarn dari IPTS? Harap dapat membantu.

  14. Salam, saya mahu tanya. Saya mendapat tawaran IPTS dan ditawarkan biasiswa penuh bagi program asasi. Saya rasa itu adalah satu kelebihan. Namun, saya masih keliru sama ada saya perlu menunggu keputusan UPU/ matrikulasi atau terima sahaja tawaran IPTS tersebut. Saya agak risau sekiranya saya tidak menerima tawaran IPTS tersebut untuk menunggu keputusan UPU, sebaliknya saya tidak mendapat tawaran mana-mana universiti atau matrikulasi kerana keputusan SPM saya hanya 5A, 4B dan 1C. Saya mengambil aliran Sains. Saya risau persaingan untuk mendapatkan tempat di universiti awam lebih sengit kerana terdapat pelajar yang lebih cemerlang dari saya. Pendapat keluarga saya adalah lebih baik saya tunggu sahaja keputusan UPU kerana mereka berpendapat bahawa keputusan saya itu masih membolehkan saya untuk ditawarkan mana-mana universiti awam. Jadi, pada pandangan anda, pilihan mana yang lebih baik antara menerima tawaran dari IPTS atau menunggu keputusan UPU?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Sebelum saya menjawab pertanya anda, boleh tahu nama IPTS dan program yang ditawarkan?

      1. Tawaran dari City University College of Science and Technology. Semalam saya pergi karnival MARA berdekatan. Apabila pihak mereka melihat keputusan saya, mereka tawarkan saya bidang perakaunan.

        1. Jadi, adakah anda minat bidang perakaunan? Sebagai makluman bahawa lepasan program asasi di IPTS hanya boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya di IPTS sahaja. Selalunya kos pengajian di IPTS adalah lebih tinggi. Seterusnya, beberapa nasihat lain:

          1. Sila buat kajian ringkas tentang kursus atau program yang ditawarkan kepada anda sebelum anda melanjutkan pengajian dalam program tersebut. Hal ini adalah supaya anda tahu serba sedikit dan dapat mempersiapkan diri dengan apa yang bakal dihadapi.

          2. Adakah selepas anda menamatkan program yang anda ikuti, anda akan mempunyai peluang pekerjaan yang luas?

          3. Adakah anda mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung kos pengajian program yang anda pilih?

          1. Betul, itulah masalahnya. Pada mulanya saya agak tertarik sebab mereka menawarkan biasiswa penuh tetapi apabila mendapat nasihat daripada adik-beradik, mereka mengatakan bahawa perkara tersebut hanya sebagai tarikan mereka sahaja. Tidak pasti lagi kos-kos akan datang yang perlu saya bayar. Lebih-lebih lagi swasta. Jadi mesti mahal. Jadi, saya tunggu sahaja keputusan UPU? Saya pun bukan daripada kalangan yang berduit sangat pun.

  15. Saya mendapat tawaran ke GMI dalam program Diploma Kejuruteraan (Tenaga Mampan & Pengagihan Kuasa). Apa kelebihannya berbanding IPTA? Saya buntu sama ada mahu ke IPTA atau GMI.

    1. Banyak kelebihannya. Antaranya ialah, GMI menggunakan pendekatan hands-on training berasaskan teknologi Jerman dalam sistem pembelajarannya dengan dibantu oleh mesin dan peralatan yang sofostikated dan terkini. Pelajar-pelajar juga dibahagikan kepada kumpulan yang kecil dalam sesebuah kelas untuk penumpuan yang khusus. Kemudahan asrama dan kompleks sukan adalah tersedia untuk kegunaan semua pelajar. Selain itu, pelajar lepasan GMI juga diterima baik oleh pihak insdustri.

      Bagi membaca dengan lebih lanjut mengenai kursus yang ditawarkan kepada anda, sila layari laman di bawah:

      http://www.gmi.edu.my/diploma-programmes-industrial-electronics/

  16. Salam. Saya mahu tanya berkaitan KTAC (Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics). Saya telah mendapat tawaran daripada kolej tersebut. Namun, saya masih belum pasti sama ada maklumat yang diberikan mereka adalah betul. Jadi, macam mana saya mahu pastikan maklumat tersebut? Mohon pencerahan.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Nasihat saya, mulanya anda perlu pastikan bahawa kursus yang ditawarkan kepada anda tersebut telah mendapat pengiktirafan dari MQA. Sila layari laman berikut dan tulis “Kolej Teknologi Cybernetics” pada bahagian carian.

      http://www.mqa.gov.my/mqr/

  17. Soalannya, adakah pihak kerajaan akan menempatkan saya di satu universiti sahaja atau saya berpeluang menerima tawaran dari IPTA yang lain? Keduanya, adakah dengan keputusan saya iaitu 11A, peluang saya masih cerah untuk menyambung pelajaran di peringkat asasi di IPTA? Ketiga, adakah betul meskipun saya mendapat tawaran di sesebuah universiti, saya perlu melalui ujian mini sebelum mendapat tempat di universiti tersebut?

    1. Pertamanya, tahniah saya ucapkan. Bagi soalan pertama, melalui UPU anda hanya akan ditawarakan satu sahaja universiti awam. Namun dalam pada masa yang sama anda masih boleh ditawarkan pelbagai kursus dari universiti swasta. Soalan kedua pula, anda memang mempunyai peluang yang cerah untuk menyambung pelajaran di peringkat asasi di IPTA. Akhirnya, hanya bagi kursus-kursus tertentu sahaja yang akan terdapat ujian mini.

  18. Assalamualaikum. Saya mahu minta pendapat. Keputusan SPM 2015 saya ialah 2A, 5B, 2C dan 1E bagi subjek Bahasa Inggeris. Jadi, adakah saya perlu saya terima tawaran dari mana-mana kolej sekarang untuk kemasukan sebab terdapat IPTS yang menawarkan saya dengan pelbagai tawaran seperti yuran dan bantuan? Namun, pendaftaran terakhir untuk kemasukan IPTS tersebut ialah pada 2/5. Atau saya tunggu keputusan UPU dahulu dan sekiranya tidak berjaya baru saya memilih IPTS?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Sebelum itu, boleh tahu jenis kursus yang ditawarkan kepada anda dan dari IPTS mana?

  19. Saya mahu tanya. Adakah Kolej Profesional Mara dan Kolej Yayasan Pahang itu bawah kendalian kerajaan atau swasta?

    1. Setakat pembacaan saya, Kolej Profesional MARA (KPM) ialah sebuah kolej awam yang diuruskan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Manakala Kolej Yayasan Pahang (KYP) pula ialah sebuat kolej yang diuruskan oleh Yayasan Pahang. Kedua-dua kolej tersebut bukan dikendalikan oleh kerajaan pusat.

  20. Assalamualaikum. Saya telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran dalam bidang Sains Komputer di UIA. Pada masa yang sama, saya juga mendapat tawaran belajar di MMU dalam bidang yang sama tetapi dengan tajaan. Antara UIA dan MMU, mana yang lebih baik untuk kos saya?

    1. Waalaikumussalam. Boleh tahu peringkat apa bagi kedua-dua tawaran tersebut? Asasi, diploma atau ijazah?

  21. Assalamualaikum. Saya mahu tanya adakah betul sijil KPTM adalah lebih tinggi berbanding sijil daripada universiti persendirian?

    1. Waalaikumussalam. Setakat pengetahuan saya, pelajar lepasan asasi IPTS tidak boleh melanjutkan pelajaran ke universiti awam.

  22. Assalamualaikum. Saya mahu tanya, bolehkah pelajar daripada universiti swasta untuk memohon jawatan sebagai inspektor PDRM?

  23. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah, IPTA yang manakah menerima pelajar lepasan asasi IPTS? Saya sedang mengikuti program asasi di sebuah IPTS dan saya berniat hendak menyambung pengajian di IPTA untuk peringkat ijazah nanti.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun saya minta maaf kerana saya sendiri kurang pasti. Setakat pengetahuan saya, pelajaran lepasas asasi dari IPTS hanya boleh melanjutkan pelajaran bagi peringkat ijazah di IPTS tersebut sahaja.

  24. Assalamualaikum. Saya adalah pelajar lepasan asasi di UniMaS, Sarawak. Namun, PNGK saya tidak begitu memuaskan iaitu sekitar 2.5 sahaja. Saya masih menunggu keputusan daripada pihak UniMaS berkenaan kursus yang akan diberikan kepada saya untuk program ijazah yang akan bermula pada bulan 9 ini. Pilihan kursus saya yang utama ialah Kejuruteraan Mekanikal. Setakat pengetahuan saya, subjek yang penting untuk kursus Kejuruteraan Mekanikal adalah Fizik dan Matematik. Saya mendapat A untuk subjek Fizik dalam kedua-dua semester namun B+ untuk subjek Matematik dalam kedua-dua semester. Maaf sekiranya pertanyaan saya ini tidak masuk akal atau sebagainya. Persoalannya, adakah peluang saya cerah untuk ditempatkan di kursus Kejuruteraan Mekanikal pada peringkat ijazah di UniMaS? Saya agak risau kerana takut pihak UniMaS akan memberikan kursus yang langsung saya tidak minat. Dan jika saya tidak berjaya ditempatkan untuk kursus tersebut, adakah saya perlu untuk memohon mana-mana IPTS untuk kursus tersebut? Adakah yuran untuk kursus saya ini mencecah puluhan ribu di IPTS? Saya keliru.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Pada pembacaan saya, anda masih mempunya peluang untuk ditawarkan kursus Kejuruteraan Mekanikal bagi peringkat ijazah di UniMaS. Anda boleh lihat syarat minimum bagi memohon program tersebut melalui laman web di bawah:

      https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_syarat.php?pagefunc=syaratByBidang&carian1=011&carian2=PNULKJ&carian3=K

      Sila lihat bilangan yang ke-95.

      Seterusnya, yuran pengajian di IPTS selalunya memang mahal berbanding yuran pengajian di IPTA.

  25. Assalamualaikum. Pelajar lepasan IPG akan mengajar di sekolah rendah. Jadi sekiranya mahu mengajar di sekolah menengah, macam mana caranya?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Sekiranya anda mahu menjadi pengajar di sekolah menengah, anda boleh mengambil kursus ijazah yang berkaitan pendidikan di mana-mana universiti awam yang diiktiraf seperti UPSI.

  26. Assalamualaikum, apakah perbezaan ijazah sarjana muda kejururawatan dengan ijazah sarjana muda sains kejururawatan?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun saya minta maaf kerana saya pun kurang pasti. Walaubagaimanapun anda boleh melayari laman sesawang di bawah bagi membaca artikel berkaitan Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan:

      http://www.ppukm.ukm.my/sppa/ijazah-sarjanamuda-kejururawatan/

      Ataupun, anda boleh menghubungi Sekretariat Pengajian Prasiswazah & Alumni Pusat Perubatan UKM di talian +603-9145 5028 / 5029 / 5030 / 5031.

  27. Hai. Saya bekas pelajar di sebuah IPTS. Saya ingin bertanyakan tentang pembayaran yuran pengajian di universiti tersebut. Adakah saya perlu membayar yuran pengajian kepada pihak universiti walaupun saya sudah menarik diri? Saya telah berhenti dari menerima PTPTN dan saya hanya membayar balik jumlah yang ditetapkan oleh pihak PTPTN. Namun, kenapa saya masih perlu membayar yuran pengajian bagi universiti tersebut walaupun saya sudah menarik diri?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Saya pun tidak pasti masalah sebenar yang berlaku. Saya nasihatkan anda menghubungi kembali pihak IPTS tersebut bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut dan terperinci.

  28. Saya ingin bertanya, jika saya menyambung pelajaran diploma dalam bidang Literatur Inggeris di UPSI, adakah saya boleh menyambung ijazah dalam bidang yang sama di UPSI? Adakah sukar untuk diterima masuk dalam UPSI? Keduanya, jika menyambung diploma dalam bidang tersebut, adakah ia menjamin saya mendapat tawaran ijazah dengan adanya diploma yang berasal dari universiti yang sama? Ketiganya, adakah benar kuota pelajar yang diserap masuk semula untuk melanjutkan ke peringkat ijazah dari program diploma hanya sedikit?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, apabila anda ingin menyambung pengajian ke peringkat ijazah di universiti yang sama, maka peluang anda lebih cerah dengan syarat anda memenuhi syarat kelayakan bagi pengajian peringkat ijazah tersebut. Bagi soalan yang lain, saya kurang pasti jawapannya. Saya nasihatkan anda supaya menghubungi terus pihak UPSI di talian 05 – 450 6000.

  29. Assalamualaikum. Saya mendapat tawaran daripada Universiti Malaya Putrajaya. Saya cuma mahu tanya, UM adalah universiti swasta atau kerajaan?

  30. Assalamualaikum, saya ingin bertanya satu soalan. Jika ditawarkan biasiswa bagi IPTS, adakah biasiswa itu akan termasuk dengan pemberian elaun kepada saya dari program asasi sehingga ijazah?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Bagi pertanyaan anda, saya nasihatkan anda supaya merujuk dan membaca semula dengan teliti syarat biasiswa yang ditawarkan oleh IPTS tersebut.

  31. Salam. Saya ingin menyambung ke peringkat asasi dalam bidang IT, tetapi program yang layak dipohon oleh saya di UPU hanyalah diploma IT. Namun, saya mendapat tawaran asasi bidang IT di City University College dengan biasiswa penuh. Syaratnya saya mesti mendapat pointer 2.75. Jadi, adakah saya perlu menunggu keputusan UPU atau menyambung pelajaran di IPTS?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, anda perlu mempertimbangkan dahulu beberapa perkara. Pertamanya ialah sama ada kursus yang ditawarkan kepada anda tersebut diiktiraf oleh MQA. Sila layari laman web di bawah bagi membuat semakan:

      http://www2.mqa.gov.my/mqr/

  32. Salam. Baru-baru ini saya ada terbaca dalam satu artikel menyatakan bahawa tempat yang lebih banyak hands on lebih mudah diterima bekerja berbanding UA. Adakah perkara ini benar? Jika benar, boleh senaraikan IPTS mahupun IPTA yang mempunyai lebih banyak hands on? Terima kasih.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun saya minta maaf kerana saya kurang pasti mengenai pernyataan tersebut. Sekiranya anda boleh nyatakan sumber artikel tersebut, maka boleh saya membacanya. Seterusnya, antara tempat pengajian yang menawarkan program yang menggunakan pendekatan ‘hands on’ ialah Politeknik Konvensional & METrO.

  33. Selamat petang. Saya perlukan nasihat anda. Saya ditawarkan program Diploma TESl di MSU dan Kolej Politeknik MARA. Kos lebih kurang sama. Kos yuran ialah RM20000. Jadi, pusat pengajian yang mana patut saya pilih?

  34. Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Saya pelajar lepasan SPM yang masih menunggu keputusan UPU online namun dalam masa yang sama saya telah mendapat tawaran dari Kolej Saito, saya juga telah mendapat tawaran untuk ke tingkatan 6 tetapi sekarang saya masih keliru sama ada saya harus ke IPTS ataupun menunggu saja keputusan UPU dan ke tingkatan 6 dahulu. Mohon pendapat.

    1. Waalaikumussalam. Maaf kerana lambat memberikan respon. Boleh tahu kursus apa yang ditawarkan oleh Koleh Saito kepada anda?

  35. Assalamualaikum. Saya mahu tanya, apakah program asasi di IPTS seperti Kolej Islam Selangor (KUIS) sama seperti program asasi di IPTA. Contohnya program asasi di IPTA mmpunyai elaun, maka adakah program asasi di KUIS juga sama?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya minta maaf kerana kurang pasti dengan jawapan kepada pertanyaan anda.

  36. Saya mendapat tawaran dari IPTS iaitu Kolej Universiti Widad kerjasama dengan UTM. Kos yang saya dapat ialah Diploma Sepenuh Masa Pengurusan Teknologi. Saya sekarang ini berada di Tingkatan 6 bawah, manakah lebih baik jika saya terus berada di Tingkatan 6 atau memasuki IPTS tersebut? Seterusnya, apakah kerjaya untuk diploma dan bagaimanakah dengan peluang pekerjaannya?

    1. Pertamanya maaf kerana lambat memberikan jawapan. Perkara pertama sekali apabila mendapat tawaran daripada IPTS ialah dengan menyemak sama ada kursus yang ditawarkan tersebut telah diiktiraf olah pihak MQA atau tidak. Sekiranya diiktiraf, barulah anda membuat penilaian terhadap subjek-subjek yang akan dipelajari sepanjang mengikuti kursus tersebut.

  37. Assalamualaikum. Saya cuba ringkaskan sahaja komen saya dengan beberapa soalan yang ingin saya ajukan dan maaf jika pertanyaan ini telah pun diajukan oleh orang lain.

    1. Berkaitan perbezaan IPTA dengan IPTS ini, sekiranya saya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPTS, adakah saya boleh mohon berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan atau lainnya berkhidmat bawah SPA/JPA/KPM?

    2. Jika saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan di IPTS, boleh ke saya melanjutkan pelajaran ke peringkat master di IPTA/UA?

    3. Benarkah bahawa kos atau yuran pengajian di IPTS mahal sebab pelajarnya perlu membayar secara penuh berbanding dengan di IPTA iaitu pelajar hanya membayar sebahagian sahaja kerana selebihnya ditanggung kerajaan?

    Sebenarnya terdapat beberapa soalan lagi yang saya mahu tanya tetapi cukup setakat ini dahulu. Harap dapat respon daripada saudara dengan segera.

    Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya dan maaf kerana lambat memberikan respon.

      1. Anda boleh berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan atau lainnya berkhidmat bawah SPA/JPA/KPM sekiranya terdapat iklan kekosongan jawatan yang dikeluarkan secara rasmi.

      2. Boleh selagi anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

      3. Selalunya kos pengajian di IPTS memang lebih mahal. Salah satu sebabnya dari yuran pengajian tersebut juga akan diambil untuk dijadikan salah satu sumber untuk menampung perbelanjaan pengurusan pihak IPTS. Namun, apabila terdapat dasar baharu kerajaan yang mengurangkan bajet untuk pendidikan dengan alasan universiti awam perlu diajar untuk tidak bergantung kepada kerajaan dan digalakkan untuk menjana pendapatan sendiri, maka yuran pengajian di IPTA atau UA juga mungkin akan terdapat perubahan yang ketara.

      Harap membantu.

  38. Saya dalam kecelaruan membuat pilihan lanjutan ijzah di UiTM. Saya berkelulusan diploma perakaunan. Namun untuk ke ijazah perakaunan saya tidak layak. Maka saya terpaksa memilih antara beberapa kursus khasnya dalam fakulti pengurusan perniagaan. Dalam fakulti pengurusan perniagaan terdapat pengkhususan kewangan, antarabangsa, insuran, pelaburan, sumber manusia dan pemasaran. Boleh berikan cadangan yang mana satu patut saya pilih? Terima kasih.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya dan maaf kerana lambat memberikan respon. Memandangkan anda sudah pun mempelajari bidang perakaunan, maka apa pendapat anda jika saya cadangkan anda memilih bidang kewangan?

  39. Ingin penjelasan, sekarang saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda di IPTS dalam bidang Sains Sosial. Kursus tersebut diiktiraf MQA, jadi bolehkah jika saya ingin sambung ke peringkat lebih tinggi di IPTA/UA?

    1. Pertamanya terima kasih atas pertanyaan. Setakat pengetahuan saya, anda boleh menyambung pelajaran di IPTA/UA selagi anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Harap membantu.

      1. Maaf. Saya mahu bertanya. Saya telah mendapat tawaran kos diploma pembantu perubatan di Murni International College. Saya juga telah mendaftar tetapi saya telah mebuat keputusan untuk menunggu tawaran daripada matrikulasi dan UPU. Kemudian pegawai yang menguruskan pendaftaran saya di Kolej Murni tersebut memaklumkan bahawa nama saya telah berada di dalam KKM dan juga dipantau oleh KKM. Pertanyaan saya, kalau saya menolak juga program tersebut, adakah nama saya akan disenarai hitam? Maaf sekiranya pertanyaan saya tidak masuk akal.

        1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Bagi pengetahuan anda, Murni International College adalah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Sekiranya anda mahu menunggu keputusan matrikulasi dan UPU tiada masalah. Seterusnya tiada masalah jika anda mahu menolak tawaran daripada kolej tersebut. Nama anda tidak akan disenarai hitam. Harap membantu.

  40. Saya baru sahaja menamatkan pengajian dalam kursus Diploma Sains Kesihatan. Jadi, saya mahu menyambung pengajian ke peringkat ijazah. Apakah kos yang sesuai untuk saya pilih?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Anda boleh melanjutkan dalam pelbagai bidang. Cumanya, boleh tahu anda lepasan dari institut pengajian mana?

  41. Assalamualaikum, saya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Asasi Kejuruteraan di IPTS. IPTS saya menawarkan peluang kerjaya. Walau bagaimanapun selepas keputusan UPU keluar, patutkah saya menerima tawaran tersebut?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Mulanya boleh tahu kerjaya macam mana yang ditawarkan? Jadi sekarang anda sedang menunggu keputusan UPU? Bidang apa yang anda mohon?

      1. IPTS ini mempunyai banyak syarikat dan graduan akan bekerja di bawah syarikat tersebut bermula dari bawah. UPU saya lebih banyak memilih diploma. Antara diploma dan asasi yang manakah lebih baik?

  42. Salam. Saya mahu bertanya tentang perbezaan antara diploma dan asasi? Saya mendapat tawaran di UniSZA dlam bidang diploma Pengajian Islam manakala di UniSHAMS saya ditawarkan program asasi Pengajian Islam. UniSHAMS adalah sebuah IPTS di bawah negeri Kedah dan UniSZA adalah IPTA. Boleh tolong jelaskan perbezaannya? Saya harap dengan jawapan yang akan diberi nanti boleh membuka minda saya untuk membuat pilihan. Terima kasih.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya.

      1. Lepasan pengajian program diploma Pengajian Islam di UniSZA, boleh terus bekerja atau memilih untuk melanjutkan pelajaran peringkat ijazah. Anda boleh memilih untuk melanjutkan di mana-mana universiti awam atau swasta. Namun, bagi program asasi Pendidikan Islam di UniSHAMS, anda perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah terlebih dahulu kerana sijil asasi tersebut tidak layak untuk digunakan bagi permohonan kerja. Selain itu, tempat pengajian yang boleh dipilih untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah ialah tempat yang sama anda mengikuti program asasi iaitu hanya di UniSHAMS.

      2. Tempoh pengajian bagi program diploma Pengajian Islam di UniSZA ialah 5 semester iaitu lebih kurang 2 1/2 tahun manakala bagi program asasi Pendidikan Islam di UniSHAMS ialah 3 semester iaitu lebih kurang 1 1/2 tahun. Namun, lepasan program asasi ini perlu menyambung pengajian dalam tempoh mungkin 4 – 8 semester lagi di peringkat ijazah iaitu lebih kurang 2 – 4 tahun. Sila layari halaman di bawah bagi maklumat lanjut tentang program asasi Pendidikan Islam di UniSHAMS dan peluang lanjutan pengajian yang ditawarkan:

      http://insaniah.edu.my/portal/program-asasi-pengajian-islam

      3. Faktor yang perlu dinilai seterusnya ialah kos pengajian, tawaran biasiswa atau kemudahan lain yang disediakan oleh pihak UniSZA atau UniSHAMS. Selain itu, faktor jangka masa panjang seperti peluang pekerjaan dan tawaran untul melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi juga perlu diambil kira.

      Harap membantu.

  43. Assalamualaikum. Saya tahun ini SPM. Saya berminat dengan subjek Ekonomi. Jadi saya mahu tanya, adakah terdapat universiti awam yang menawarkan jurusan Ekonomi tanpa perlu pergi ke tingkatan 6? Terima kasih.

  44. Assalamualaikum. Saya telah mendapat tawaran menyambung pelajaran di UniTAR dan lagi satu di Kampus Cyberjaya. Namun saya bingung untuk memilih yang mana satu. Hal ini adalah kerana saya takut program yang saya akan ceburi iaitu Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak ini tidak diiktiraf oleh MQA.

    1. Waalaikumussalam. Anda boleh melayari terus laman rasmi MQA dan memasukkan carian yang berkaitan bagi menyemak sama ada kursus yang bakal diikuti ini telah mendapat akreditasi oleh pihak MQA. Harap membantu.

  45. Salam. Saya pelajar lepasan SPM 2018. Saya baru sahaja mendapat tawaran ke Management & Sience University College untuk kursus Foundation of Engineering and Technology (FET) bagi ambilan bulan 2 ini. Saya ditawarkan biasiswa penuh untuk program asasi ini. Cumanya saya tidak pasti untuk buat pilihan sama ada perlu tunggu keputusan SPM keluar atau terima sahaja tawaran ini. Saya tidak dapat jwapan. Saya mahu terima tawaran dari MSU ini sebab takut sekiranya keputusan SPM teruk nanti dan tidak dapat kursus yang saya minat. Saya juga risau sekiranya bayaran kemasukan untuk program ijazah nanti mahal sangat dan menyusahkan ibu bapa saya. Jadi, pada pendapat anda pilihan mana yang lebih baik? Hanya terima tawaran asasi dari IPTS yang menawarkan biasiswa atau menunggu keputusan SPM dan IPTA yang memerlukan pinjaman PTPTN?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya.

      Pertamanya, saya mahu bertanya adakah biasiswa penuh yang ditawarkan tersebut hanya disediakan pada peringkat asasi sahaja? Atau diteruskan sehingga ke peringkat ijazah nanti? Keduanya, anda perlu jelas bahawa selepas menamatkan pengajian di peringkat asasi di MSU, anda hanya boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang yang ditawarkan di MSU sahaja.

      Harap dapat membantu. Sekiranya masih kurang jelas, boleh bertanya lagi. Saya akan cuba memberikan pandangan lain.

      1. Biasiswa tersebut disediakan hanya untuk peringkat asasi sahaja. Apa pandangan encik? IPTS atau IPTA? Saya rasa dua-duanya mempunyak kebaikan tersendiri. Saya lebih cenderung ke IPTS tetapi saya takut yuran pengajian di peringkat ijazah nanti terlalu mahal. Memandangkan saya tiada saudara terdekat yang pernah melanjutkan pelajaran ke IPTS, jadi saya tidak berapa tahu tentang yuran pengajian di IPTS.

        1. Pada pendapat saya, cuba saudari buat pencarian tentang kos pengajian sepanjang asasi di IPTS dan buat perbandingan dengan pengajian yang sama di IPTA. Seterusnya, cuba kaji kursus apa yang akan saudari ceburi di peringkat ijazah nanti setelah menamatkan pengajian asasi di IPTS. Kemudian, lihat kos bagi pengajian tersebut. Hasil daripada pencarian tersebut, saudari buat pertimbangan semula, sama ada saudari bersedia meneruskan pengajian di IPTS atau menunggu keputusan IPTA.

          Seterusnya, memang tidak dinafikan pengajian di IPTS dan IPTA mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Saya doakan saudari dapat membuat pilihan yang tepat.

          1. Sama-sama. Jika masih mempunyai sebarang pertanyaan, silakan bertanya. Saya akan usaha untuk membantu.

  46. Salam. Mohon pencerahan dan perkongsian daripada En.

    Anak saya adalah lulusan Diploma Seni Kulinari 2018 daripada Kolej Vokasional dengan CGPA 3.29. Setelah bergraduasi, beliau terus mendapat pekerjaaan di salah sebuah hotel bertaraf 5 bintang di Kota Kinabalu. Saya selaku bapa sangat bersyukur kerana dalam persaingan pencarian pekerjaaan sekarang, beliau tidaklah tergolong penganggur sementara.

    Namun apa yang menjadi kegusaran hati saya ialah beliau berhasrat untuk melanjutkan pelajaran beliau lagi, dalam bidang yang lain pula. Pada hari ini iaitu 22/01/2019, beliau telah menghadiri sesi temuduga di Kolej MSU Kota Kinabalu dan beliau mengatakan telah ditawarkan kursus Bachelor in Human Capital Management (Hons) dalam sesi pengambilan Jun. Saya telah sarankan kepada beliau untuk mengambil part-time course di OUM sambil bekerja, namun beliau menolak.

    Persoalan saya:

    1. Apakah peluang pekerjaan yang boleh didapati bagi kursus berkenaaan?

    2. Adakah wajar baginya untuk berhenti kerja buat masa ini?

    3. Yuran pengajian ialah RM43k untuk 3 tahun. Apakah itu dianggap murah atau pun mahal berbanding IPTS yang lain?

    4. Bolehkah anak saya memohon menyambung belajar ke IPTA dengan menggunakan kelayakan Diploma Vokasional Malaysia?

    Terima kasih.

    1. Mulanya, terima kasih kerana bertanya. Saya juga ucapkan tahniah kepada En Louis atas keprihatinan terhadap masa depan anak En Loius. Ucapan tahniah juga kepada anak En Loius yang telah berjaya mendapat pekerjaan selepas menamatkan program Diploma Seni Kulinari 2018. Saya akan cuba menjawab pertanyaan En Louis semampu yang boleh.

      1. Peluang pekerjaan bagi lepasan kursus Bachelor in Human Capital Management (Hons) adalah luas. Terdapat lebih kurang 6 pecahan bidang pengurusan sumber yang boleh diceburi nanti iaitu perancangan sumber manusia, pembangunan sumber manusia, pampasan dan kemudahan, keselamatan dan kesihatan, perhubungan industri serta penyelidikan sumber manusia. Ringkasnya pekerjaan mereka nanti dipanggil sebagai kerani, penyelia atau pengurus sumber manusia yang anggaran permulaanya gajinya RM1.5k ke atas.

      2. Bagi menjawab sama ada wajar atau tidak, ianya bergantung pada diri anak En Loius sendiri terlebih dahulu. Adakah dia bersedia berhenti bekerja dan meneruskan pelajaran? Adakah dia mempunyai sebarang dana untuk menampung kos pengajian yang bakal dia ikuti? Jika tiada, adakah terdapat sebarang pinjaman atau biasiswa yang boleh dipohon bagi kursus yang diikutinya?

      3. Yuran pengajian RM43k untuk tempoh 3 tahun adalah antara yang termurah. En Loius boleh lihat kos pengajian bagi kursus yang sama di INTI International University ialah lebih kurang RM70k. Namun, setakat pencarian saya, kursus yang hampir sama ditawarkan oleh Multimedia University (MMU) adalah paling murah dengan anggaran kos RM30k bagi tempoh 4 tahun.

      4. Bagi pengetahuan En Loius, pihak Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) telah pun memberi peluang kepada lepasan Diploma IPTS/ DKLM/ DKM/ DVM untuk membuat permohonan ke universiti awam menerusi permohonan UPU. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut tidak semestinya diterima kerana ianya bergantung kepada pertimbangan senat universiti. Jadi, anak En Loius boleh memohon melalui UPU dengan kategori lepasan STPM/ setaraf pada kategori E.

      Harap dapat membantu En Loius. Sekiranya masih mempunyai sebarang pertanyaan, silakan bertanya. Saya akan usaha untuk membantu.

  47. Anak saya berminat sangat dengan bidang perubatan. Dia berjaya memperolehi 5A, 2B, 2C+ dan C+ bagi subjek Fizik dan Kimia yang diambil peperiksaan ulangan. Sekarang dia telah mendapat tawaran Kolej Mara Kulim (Sains) dan Matrikulasi (Sains). Selain itu, dia juga memohon melanjutkan pelajaran ke program Asasi Sains Hayat di UNIMAS. Pada pandangan tuan, mana yang patut anak saya pilih? Saya cadangkan UNIMAS. Apa pandangan tuan? Terima kasih.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Sebelum itu, adakah anak tuan telah mendapat tawaran ke program Asasi Sains Hayat di UNIMAS?

  48. Salam. Sekiranya anak saya mendapat tawaran Asasi Sains Hayat di IPTA UniMAS, bolehkah dia menyambung pelajaran di IPTS apabila melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah? Terima kasih.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Setelah menamatkan pengajian peringkat asasi di UNIMAS, anak anda hanya boleh melanjutkan pelajaran di IPTA yang sama apabila mahu melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. Bagi maklumat lanjut, jemput layari halaman berikut:

      http://www.pppu.unimas.my/faq

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan anda, lepasan asasi KUIS hanya layak menyambung pelajaran di KUIS sahaja.

  49. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah Universiti Kolej Yayasan Pahang itu di bawah kerajaan, walaupun kerajaan negeri. Adakah sekiranya bekerja di sana kita mendapat segala kemudahan seperti penjawat awam yang lain? Terima kasih atas balasan soalan saya ini.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Universiti Kolej Yayasan Pahang merupakan universiti swasta. Sekiranya anda bekerja di UKYP, saya pun kurang pasti kemudahan sebagai penjawat awam diberikan atau tidak. Harap membantu.

  50. Salam. Saya ditawarkan untuk menyambung pelajaran di UIA dalam bidang yang kurang saya minati iaitu Sains Kesihatan. Namun, UIA ada menawarkan pertukaran kos mengikut minat pelajar pada program orientasi nanti, maka saya berpeluang untuk menukar kos kepada yang lebih saya minati. Namun, saya dalam dilema pula apabila mendapat tajaan penuh untuk program asasi dan ijazah di UNITEN dalam kos yang saya minati iaitu Kejuruteraan Elektrik. Tajaan tersebut tidak mengikat sebarang pekerjaan dengan pihak penaja. Jadi menurut tuan adakah pilihan di UA atau US yang lebih baik untuk saya ambil. Seterusnya, mana universiti antara UIA dan UNITEN yang lebih laku diambil sebagai jurutera? Terima kasih.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Berdasarkan cerita anda, saya lebih bersetuju anda memilih pengajian di UNITEN. Hal ini adalah kerana bidang yang ditawarkan ialah bidang yang anda minati. Lebih-lebih lagi anda mendapat tajaan penuh untuk pengajian sehingga ke peringkat ijazah. Setelah saya membuat beberapa carian, saya dapati peratusan graduan UNITEN yang diambil berkerja juga sangat tinggi iaitu mencapai hingga 95 peratus. Harap membantu.

  51. Salam. Saya adalah lepasan SPM 2017 tetapi tidak mendapat sebarang tawaran untuk UPU. Jadi saya bercadang untuk menyambung ke IPTS. Namun saya bukan daripada keluarga yang berada. Saya mendapat beberapa tawaran daripada IPTS seperti program Diploma Teknologi Kimpalan. Pihak IPTS memberitahu bahawa anggaran yuran sepanjang 2½ tahun tempoh pengajian adalah RM18k. Adakah itu adalah kos normal untuk diploma dalam IPTS? Selain itu, mengikut pengalaman encik, berapakah kos yuran yang paling minimum dalam 1 semester di IPTS?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Saya doakan urusan anda dipermudah dan mendapat keberkatan. Untuk pengetahun anda, kos pengajian di IPTS memang biasanya lebih mahal berbanding di IPTA. Seterusnya, jumlah kos sepanjang tempoh pengajian adalah berbeza mengikut kursus yang diambil. Pada pendapat saya, RM18K bagi tempoh 2½ tahun adalah satu nilai yang normal bagi program Diploma Teknologi Kimpalan. Harap membantu.

  52. Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya. Saya mendapat tawaran diploma Pengurusan Pejabat di City University Malaysia, Petaling Jaya. Saya pelajar lepasan SPM 2018. Tempoh pengajian hanya 2 tahun lebih sahaja. Kos pula ialah RM18k. Tawaran ini merupakan dari IPTS, jadi saya risau nanti kos pembayaran bertambah. Sukar untuk percaya. Saya minat kursus tersebut tetapi keluarga saya menyuruh saya menyambung pengajian di Politeknik Ungku Omar dengan menunggu keputusan pengambilan kedua. Jadi adakah saya perlu menunggu untuk belajar di politeknik?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Pertamanya tahniah kerana berjaya ditawarkan program diploma Pengurusan Pejabat. Berkaitan kos pengajian pula, kemungkinan untuk terdapat penambahan mungkin wujud. Cuma berapa jumlahnya, saya kurang pasti. Berkaitan program di Politeknik Ungku Omar, adakah program tersebut ialah program yang anda minati?

  53. Program yang saya minati di Politeknik Ungku Omar ialah Diploma Perbankan dan Kewangan. Saya risau sama permohonan saya berjaya atau tidak. Jadi adakah saya perlu menunggu atau belajar di City University?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Boleh tahu kursus yang anda bakal ikuti di City University? Adakah tarikh pengumuman permohonan kemasukan yang berjaya ke Politeknik Ungku Omar lama lagi?

      1. Ya. Lama lagi kerana bulan 10 nanti, baru boleh tahu sama ada berjaya atau tidak bagi kemasukan ke Politeknik Ungku Omar sesi Disember bagi pengambilan kedua. Kursus yang bakal saya ikuti di City University ialah diploma Pengurusan Pejabat. Saya risau melanjutkan pelajaran ke City University kerana ia merupakan universiti swasta. Seterusnya saya risau kos pengajian akan naik dan jaraknya pula jauh sangat. Hal ini adalah kerana saya dari Ipoh, sedangkan City University itu di Petaling Jaya. Adakah senang untuk ditawarkan ke Politeknik Ungku Omar bagi pengambilan kedua? Saya mempunyai 6 kredit dari 7 keseluruhan mata pelajaran yang saya ambil semasa SPM. Jadi, adakah saya perlu menunggu keputusan dari Politeknik Ungku Omar?

        1. Maaf sebab lambat memberikan respon. Sekiranya anda mengikut pengajian City University sememangnya kos pengajian lebih tinggi. Seterusnya saya kurang pasti sekiranya terdapat kemudahan asrama disediakan bagi pelajar City University. Kemudian, berdasarkan keputusan SPM yang anda perolehi, ianya sudah memenuhi syarat minimum kemasukan ke Politeknik Ungku Omar. Saya doakan anda berjaya.

  54. Asalammualaikum. Saya pelajar lepasan matrik jurusan akaun. Baru-baru ini saya mendapat keputusan UPU untuk menyambung pelajaran di UUM dalam jurusan perbankan. Saya telah menolak tawaran tersebut kerana saya tidak berminat dalam jurusan perbankan. Saya bercadang untuk menyambung ijazah perakaunan di UniKL tetapi malangnya UniKL tiada pengiktirafan dari MIA untuk kursus perakaunan. Kemudian saya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di MMU kerana terdapat pengiktirafan dari MIA. Masalahnya saya agak tertekan kerana ramai yang mempertikaikan tentang keputusan saya menyambung pelajaran di IPTS kerana kos yang agak mahal dan juga ada yang mengatakan saya tidak akan berpeluang untuk mendapat pekerjaan di mana-mana jabatan kerajaan. Soalan saya adakah betul jabatan kerajaan tidak menerima pekerja dari IPTS dan untuk pengetahuan En, saya amat berminat dengan bidang akaun dan saya bercadang untuk menyambung ACCA selepas tamat ijazah nanti. Saya berharap En dapat berikan pendapat En tentang situasi saya. Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Pertamanya tahniah kerana anda berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang yang anda minati. Memang tidak dinafikan bahawa pengajian di IPTS adalah lebih mahal dari segi kos berbanding di IPTA. Seterusnya pernyataan jabatan kerajaan tidak menerima permohonan kemasukan graduan dari IPTS adalah tidak benar. Hal ini adalah kerana selagi anda memenuhi syarat yang ditetapkan contohnya melalui SPA, maka anda layak memohon. Boleh rujuk contoh berikut bagi permohonan berkerja sebagai Akauntan Gred WA41:

      http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/ijazah/1104

      Terdapat dinyatakan bahawa salah satu syarat lantikan ialah mendapat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Tidak dinyatakan permohonan tidak dibuka kepada graduan IPTS. IPTS masih dikira institusi pengajian tinggi tempatan.

      Saya doakan anda terus berjaya dan cemerlang. Harap membantu.

  55. Hai. Saya lepasan Diploma Perhotelan dengan CGPA 3.68 dari IPTS (Cosmopoint). Walau bagaimanapun keputusan SPM saya hanya 4 kredit dan tidak mengambil MUET. Saya sudah 2 tahun setengah bekerja dalam industri tetapi ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang ‘Bachelor of Business Administration’ di IPTA. Namun, kebanyakan syarat kemasukan IPTA saya tidak penuhi. Kalau boleh saya ingin sangat masuk IPTA sebab yuran pengajiannya jauh lebih murah. Apakah pendapat encik? Ada lagikah peluang untuk saya menyambung pelajaran di IPTA? Adakah lebih baik saya teruskan pengajian di IPTS sahaja? Dari segi prospek kerjaya, adakah sijil dari IPTA/IPTS mempengaruhi? Harap encik boleh beri sedikit pandangan dengan situasi saya ini. Terima kasih.

    1. Pertamanya maaf sebab lambat memberikan respon. Seterusnya terima kasih kerana bertanya. Mulanya tahniah sebab anda berjaya menamatkan pengajian di IPTS dengan keputusan yang cemerlang dan telah pun bekerja selama hampir 3 tahun. Saya sokong hasrat anda untuk melanjutkan pengajian. Saya nasihatkan anda terus menghubungi pihak pengambilan pelajar di mana-mana IPTA yang anda mudah untuk melanjutkan pengajian. Cuba berbincang dengan mereka sekiranya mereka mempunyai alternatif lain. Kemudian, dari prospek kerja, bagi saya, pengalaman bekerja anda menjadi satu nilai tambah. Sijil dari IPTA atau IPTS tidak memberi kesan yang besar semasa sesi temu duga nanti. Semoga berjaya.

  56. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya, katakan saya sudah menerima tawaran di IPTS, namun permohonan UPU belum keluar. Jika saya metolak tawaran tersebut, adakah nama saya akan disenarai hitam? Mohon penjelasan segera. Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Anda perlu khuatir jika anda menolak tawaran dari IPTS. Nama anda tidak akan disenarai hitam. Semoga berjaya.

  57. Saya ingin menyambung pengajian tetapi saya kurang yakin dengan pilihan atas faktor takut tidak mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian nanti. Sukar membuat pilihan sama ada melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah pendidikan selama 4 tahun atau bidang sarjana Pengurusan Perniagaan selama 2 tahun. Untuk pengetahuan saudara, saya sudah memiliki diploma dalam bidang lain.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Boleh tahu anda memiliki diploma dalam bidang apa?

  58. Saya lepasan SPM 2019 dan ditawarkan program Diploma Sains Komputer di UiTM dan Diploma Keselamatan Rangkaian di GMI. Saya buntu mahu memilih program diploma yang mana satu. Antara kedua-dua proram tersebut, program yang manakah mempumyai potensi masa depan yang tinggi? Jika saya memilih GMI, adakah boleh saya menyambung pengajian ke IPTA? Menurut pegawai perhubungan GMI, semua program diploma di GMI diiktiraf MQA. Boleh tolong beri pandangam untuk saya membuat pilihan?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Kedua-dua program yang ditawarkan mempunyai peluang luas untuk prospek pekerjaan. Hal ini memandangkan dunia hari ini telah pun berada dalam Revolusi Industri 4.0 dan akan menuju Revolusi Industri 5.0 yang tidak lama lagi. Untuk memilih program yang mana satu, anda boleh pertimbangkan hal seperti tempoh pengajian, yuran pembelajaran dan kemudahan asas yang disediakan oleh pihak universiti untuk pelajar. Seterusnya, jika anda melanjutkan pelajaran GMI yang merupakan IPTS, setelah menamatkan pengajian di peringkat diploma, anda masih mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di IPTA selagi anda memenuhi syarat yang ditetapkan. Harap dapat membantu.

  59. Salam, saya mempunyai dua pilihan sama ada program Diploma PQS di UniSZA (IPTA) atau program Diploma Tahfiz Wa Qiraat di UniSHAMS (IPTS). Jika diikutkan minat, saya lebih minat bidang tahfiz tetapi saya agak ragu-ragu dengan pilihan saya apabila disebut mengenai kelebihan-kelebihan IPTA. Tolong berikan penjelasan kepada saya bagaimana cara untuk saya membuat keputusan ini.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Untuk membuat keputusan, pertamanya anda bandingkan dari tempoh pengajian. Kemudian, bandingkan dari segi yuran pengajian dan peluang untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman pengajian. Seterusnya anda boleh bandingkan kemudahan-kemudahan belajar yang disediakan pihak UniSZA dan UniSHAMS untuk pelajarnya. Harap dapat membantu. Sekiranya masih terdapat pertanyaan, anda boleh bertanya lagi.

  60. Assalamualaikum. Maaf, saya ingin bertanya tentang adik saya. Dia mendapat keputusan SPM dengan 4A, 1B, 1C, 1E dan 1G. Gred G ialah subjek Matematik Tambahan manakala gred A ialah subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.

    1. Dia mendapat tawaran IPTS dengan biasiswa penuh untuk program Asasi dalam Pendidikan di Universiti City. Jadi, adakah dia patut terima tawaran tersebut atau melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6?
    2. Sekiranya dia melanjutkan program asasi di IPTS, adakah saya boleh sambung ke IPTA?

    Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan anda, jika dia melanjutkan pengajian dalam program asasi di IPTS, dia mesti menyambung pengajian ke peringkat ijazah di IPTS yang sama. Jadi untuk soalan pertama, jika program yang ditawarkan oleh Universiti City itu mempunyai peluang yang cerah untuk kerjaya masa depan, mungkin boleh dipertimbangkan. Namun, jika dia mahu melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di IPTA, maka saya galakkan dia memilih Tingkatan 6. Harap membantu.

  61. Sebagai calon persendirian STPM tanpa markah kokurikulum dan terpaksa guna markah kokurikulum yang tidak sampai 10% (SPM), adakah saya mempunyai peluang untuk memohon ke UA? Bagaimana dengan IPTS? Adakah IPTS memerlukan markah KK?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Pertamanya, walaupun markah kokurikulum anda tidak sampai 10%, anda masih mempunyai peluang untuk mendapat tawaran menyambung pelajaran melalui UPU untuk ke UA. Namun, kemungkinan besar saingan adalah besar kerana markah 10% kokurikulum mempengaruhi meritokrasi pemilihan kemasukan ke UA. Untuk permohonan ke IPTS, setakat pengetahuan saya, anda tidak memerlukan markah kokurikulum. Harap membantu.

  62. Sekiranya saya masih belajar tetapi tidak tahu sama ada pengajian kolej saya ini menepati MQA atau tidak, kemudian saya dapati nama IPT saya tidak ada dalam senarai MQA tersebut, jadi macam mana?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Saya cadangkan anda untuk terus bertanya dengan pihak universiti berkaitan status terkini MQA bagi bidang pengajian yang sedang anda ikuti. Harap membantu.

  63. Saya mahu bertanya, kalau saya mohon IPTA di sistem UPU dan pada masa yang sama saya memohon institusi swasta pula, adakah pihak atasan hanya akan memberikan peluang kepada satu tempat saja samada IPTA atau IPTS? Maksudnya kalau mohon IPTS,permohonan saya di IPTA akan ditolak terus ke?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Tiada masalah untuk anda memohon di UPU dan IPTS. Kedua-duanya institusi pengajian tersebut terpisah. Anda mempunyai peluang untuk mendapat 2 tawaran sekaligus daripada IPTA dan IPTS dalam masa yang sama sekiranya anda memenuhi syarat yang ditetapkan.

  64. Anak saya hanya memperolehi gred 2A, 3B, 3D dan 1E untuk SPM. Untuk subjek teras semuanya gred A & B. Subjek Sains tulen pula gred D & Biologi gred E. Sekarang ini dia sedang menunggu rayuan UPU bagi kemasukan untuk program diploma teknologi maklumat. Jadi, adakah dia mempunyai peluang yang cerah untuk masuk ke IPTA?

    1. Waalaikumussalam. Berdasarkan keputusan SPM anak puan, saya merasakan dia mempunyai peluang untuk mendapat tawaran menyambung pelajaran melalui UPU. Saya doakan anak puan berjaya. Amin.

  65. Saya seorang lepasan SPM 2020. Saya telah menolak tawaran UPU dan melanjutkan pelajaran ke IPTS. Namun terdapat beberapa masalah yang saya tidak dapat elak. Adakah saya boleh membuat permohonan baru UPU setelah menarik diri daripada IPTS?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Selagi anda memenuhi syarat untuk memohon UPU, maka anda layak memohon. Tiada masalah walaupun anda pernah menolak tawaran UPU sebelum ini. Harap membantu.

  66. Saya mendapat tawaran temu duga biasiswa untuk diploma di kolej tetapi ayah saya minta masuk UiTM. Saya mahu bertanya, UiTM bawah IPTA ke? Atau kolej pun bawah IPTA? Atau patut ke saya hadir temu duga itu terlebih dahulu? Saya mahu bertanya biasiswa ini, kita kena bayar balik ke?

    1. Terima kasih bertanya. Boleh tahu nama kolej yang anda akan hadir untuk ditemu duga? Untuk pengetahuan anda UiTM adalah bawah salah satu universiti awam. Selalunya biasiswa yang diterima tidak akan dikenakan sebarang bayaran balik. Apapun sila rujuk semula syarat perjanjian dalam biasiswa yang ditawarkan. Harap membantu.

  67. Maaf bertanya. Jika belajar diploma di IPTS seperti UNISEL, adakah boleh menyambung pelajaran peringkat ijazah di UTEM?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Sekiranya sijil diploma anda memenuhi syarat kemasukan bagi program ijazah di UTEM, maka tiada masalah.

  68. Hi. Mahu bertanya sekiranya saya mahu memohon ke IPG selepas tamat program asasi di IPTS, adakah boleh? Atau lebih baik saya melanjutkan pendidikan peringkat ijazah di universiti IPTS?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan anda, sebarang permohonan kemasukan ke IPG adalah menggunakan keputusan SPM sahaja. Jadi anda akan rugi sekiranya telah menamatkan program asasi di IPTS. Jadi lebih baik anda meneruskan pendidikan peringkat ijazah di universiti IPTS yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *