Sudahkah anda tahu ke mana hala tuju anda selepas SPM?

Jadi, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai beberapa maklumat yang patut anda ketahui selepas sahaja selesai menduduki SPM. Berikut ialah maklumat-maklumatnya:

1. Kenapa Saya Memilih Guru.

2. Kehidupan di Institut Pendidikan Guru (IPG).

3. Apakah Perbezaan antara Matrikulasi, Asasi atau Diploma?

4. Apakah Perbezaan antara Pra-Diploma dan Diploma?

5. Apakah Perbezaan antara A-Level dan International Baccalaurate?

6. Kelebihan Tingkatan 6.

7. Program Asasi Sains di UM.

8. Universiti Teknologi Petronas (UTP).

9. Apa itu Universiti APEX?

10. Apakah Perbezaan antara IPTA dan IPTS?

11. Apa itu MUET?

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “SPM? Mana Hala Tuju Anda?

  1. Selepas diploma Bahasa Inggeris di UPSI tamat, bolehkah saya meneruskan pengajian di dalam bidang TESL dan menjadi seorang guru BI?

    Jawapan:

    Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, anda boleh menjadi guru BI melalui beberapa cara. Pertamanya, apabila anda menyambung pelajaran di dalam bidang TESL di Institut Pendidikan Guru di bawah Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Namun, syaratnya anda mestilah tidak melebihi 20 tahun pada tarikh mengisi borang permohonan. Maklumat lanjut tentang syarat adalah seperti berikut:

    1. Warganegara Malaysia.
    2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.
    3. Calon mesti sihat tubuh badan.
    4. Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
    5. Calon mendapat gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
    6. Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu; dan Sejarah.
    7. Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.
    8. Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online).

    Keduanya, apabila anda menyambung pelajaran dalam bidang TESL di peringkat ijazah di mana-mana universiti tempatan. Setelah tamat, anda bolehlah memohon pekerjaan di mana-mana institusi yang memerlukan khidmat anda.

  2. Saya berusia 17 tahun . Saya berkeinginan untuk menjadi seorang guru. Apakah yang perlu saya lakukan untuk mencapai keinginan saya tersebut?

    1. Anda boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran ke IPG di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau memohon mana-mana kursus pendidikan ditawarkan di univerisiti awam atau universiti swasta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *