Ujian FCC

Pada 9 Disember 2017, Saya telah berpeluang mengambil ujian FCC. Mulanya terima kasih kepada Bg Asrizal, 9W2VRD kerana telah menjemput saya masuk ke dalam kumpulan WhatsApp FCC. Maka saya telah datang ke Pust Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur bagi menduduki ujian tersebut. Seramai 15 orang didaftarkan. Namun, hanya 13 orang yang hadir. Sebelum ujian bermula Prof Noh, 9M2NOH telah memberikan penerangan tentang ujian tersebut.

Mendengar penerangan dari 9M2NOH.

Kemudian ujian pun dimulakan. Alhamdulillah saya dapat menjawab dengan lancar. Namun baru saya tahu bahawa apabila seseorang itu telah lulus peringkat pertama, dia boleh terus mencuba untuk menjawab soalan bagi peringkat kelas yang seterusnya dengan percuma. Jadi, saya nasihatkan jika anda berkemampuan, terus ulangkaji sehingga dapat lulus ke peringkat kelas yang paling atas iaitu ‘Amateur Extra’.

Bergambar beramai-ramai.

Slip lulus saya telah ditandatangan oleh KK4NBH, W9HA dan W9AIS. Akhirnya pada 18 Disember 2017, saya telah diberikan kelulusan lesen sebagai KN4IMN. Jadi, kepada rakan-rakan lain, jemput mendapat lagi ilmu dalam bidang radio amatur ini dengan menduduki ujian FCC. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Be the First to Comment!

avatar
  Subscribe  
Notify of