Peperiksaan Radio Amatur

Alhamdulillah, saya telah dapat menghadirkan diri ke peperiksaan radio amatur. Sebelum itu, memandangkan tarikh peperiksaan ialah pada hari kuliah, saya perlu meminta kebenaran untuk keluar. Saya amat bersyukur kerana Tn Hj Noorizan selaku timbalan HEP, telah meluluskan permohonan saya.

(24/6):

0925: Bergerak dari IPGKKB.

0930-0937: Berhenti mengisi minyak di Stesen Petronas Padang Tembak, RM40.

1131-1150: Berhenti Stesen Shell Merang, Setiu.

1210: Tiba di UMT (Makan tengahari) (Solat Zuhur dan Asar di Stesyen Petronas Bukit Rakit).

1400-1515: Menduduki Peperiksaan Radio Amatur (RAE).

1520: Bergerak pulang ke IPGKKB.

1729: Berhenti minum di PC.

Pada hari ini, saya telahpun lulus dalam peperiksaan tersebut dan memegang ‘Call Sign’, 9W2ZOW. Kepada mana-mana rakan yang mahu mempelajari mengenai radio amatur, insya-Allah saya boleh membantu setakat yang termampu.

Kini, saya aktif monitor rakan-rakan HAM yang lain di pancar ulang Bukit Marak. Sekiranya anda adalah salah seorang rakan HAM, jangan lupa memanggil saya semasa anda di jaluran.

9W2ZOW.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *