Mobile Radio + Cooling Fan (MRCF)

Pada 7 Jun 2016, projek radio saya iaitu “Mobile Radio + Cooling Fan (MRCF)” telah berjaya disempurnakan. Idea ini saya peroleh apabila melihat terdapat rakan yang ingin menjual mobile radio yang telah diubahsuai iaitu dengan ditambah kipas.

Jadi saya mula mencari bahan-bahan yang diperlukan seperti cooling fan di Plaza Lowyat. Selain itu, saya juga mencari suis bagi membolehkan saya mengawal cooling fan yang dipasang nanti. Baru saya tahu bahawa terdapat banyak kedai alat elektronik di sekitar Jalan Landak dan Jalan Pasar, Pudu. Selepas ini, apabila terdapat projek berkaitan radio, saya sudah tahu tempat yang ingin dituju.

Sepanjang proses penghasilan MRCF ini, terdapat banyak perkara yang saya belajar. Saya mengasah kembali kemahiran memateri. Saya belajar bahawa sambungan wayar ke bateri kereta harus dicabut terlebih dahulu, sebelum kita mahu memotong wayar tersebut. Satu kesilapan saya ialah memotong wayar kuasa yang digunakan untuk menghidupkan mobile radio tanpa mencabutnya terlebih dahulu daripada punca kuasa. Akibatnya, wayar positif dan wayar negatif telah bersentuhan dan menyebabkan kedua-dua fius terbakar.

Saya hanya menyedari hal ini, apabila mahu menguji mobile radio. Alhamdulillah, saya mempunyai simpanan fius untuk menggantikan fius yang terbakar.

IMG-20160607-WA0050Mobile Radio + Cooling Fan (MRCF).

Akhirnya, misi membina MRCF telah berjaya. Sekarang setiap kali mahu memancar menggunakan mobile radio, saya akan menghidupkan suis kipas sekali. Hasilnya radio lambat panas dan saya boleh berbual dengan lebih lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *