Membina Foot Switch (JJ) – [Failed]

Alhamdulillah pada hari ini saya telah dapat membina ‘foot switch’ yang boleh digunakan bagi radio JJ. Suis jenis ini akan memudahkan lagi saya untuk bermain mode digital sebenarnya. Pengubahsuaian ini menggunakan PTT Mic yang telah diubahsuai. Sila layari laman dibawah:

Bengkel Membina PTT Mic.

Bahan yang diperlukan hanya suis dan paip elektrik 20 mm. Kos keseluruhan hanya RM2 iaitu harga suis. Selebihnya, saya menggunakan bahan-bahan terpakai.

Foot switch.

Foot switch dan PTT mic.

Bagi penyambungannya, hanya diambil atau disambung pada bahagian ‘ground’ mic. Mudah sahaja. Selamat mencuba.

Penyambungan.

[Nota Tambahan]

Setelah saya membuat beberapa kali ujian, saya mendapati terdapat masalah dengan foot switch yang dibuat. Semasa saya cuba menggunakan alat ini dengan rakan-rakan di 7.185 MHz, mereka mengatakan audio saya seperti bunyi hon kereta. Bukti rakaman juga telah diberikan. Maka, saya membuat penilaian semula punca ia berlaku.

Hasilnya, saya mendapati wayar yang disambung terlalu panjang dari mic telah menyebabkan perkara ini berlaku. Saya mencari pelbagai jalan penyelesaian tetapi tidak berjaya. Akhirnya saya telah memendekkan wayar dan masalah pun berjaya diatasi. Namun, fungsi suis tersebut sebagai ‘foot switch’ tidak tercapai.

Suis yang dipendekkan.

Jadi, sekiranya rakan-rakan lain mempunyai sebarang cadangan bagi projek, sila kongsi bersama. Saya amat menghargainya. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *