Membina Coax Switch

Pada 16 Disember 2017, saya berkesempatan membina ‘coax switch’ sendiri atau juga dipanggil ‘antenna switcher’. Apabila dibanding semula, kos membuat sendiri alat ini adalah lebih murah jika membeli yang sudah siap. Saya telah belanjakan lebih kurang RM15 sahaja bagi kos keseluruhan projek ini. Berikut ialah bahan-bahan yang digunakan:

1. Suis.

2. Penyambung SO-239.

3. Penyambung paip elektrik saiz 20 mm.

4. Wayar 1.5 mm.

Mulanya saya telah memotong 2 bahagian dari penyambung paip bagi diletakkan penyambung SO-239. Potongan dibuat dengan mengunakan gergaji paip.

Penyambung yang telah dipotong.

Single pole-double throw switch.

Kemudiannya, saya telah membuang lubang bagi diletakkan 2 suis dari jenis ‘single pole-double throw switch’. Suis ini akan digunakan bagi memilih kabel atau antena yang akan digunakan nanti.

Penyambungan awal.

Penyambungan awal.

Selepas semua berada di tempat yang sepatutnya, maka penyambungan wayar dibuat. Setiap wayar yang disambung kemudian dipateri. Satu suis akan mengawal sistem ‘ground’ bagi antena. Satu lagi suis akan mengawal aliran kuasa dari radio.

Penyambungan yang telah siap.

Coax switch.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *