Kursus Radio Amatur

Pada 8 – 9 Disember 2015, saya telah mengikut Kursus Radio Amatur di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur. Kursus ini telah dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysian dengan kerjasama SKMM dan kelab MARES. Seramai 230 orang peserta telah mendaftarkan diri. Istimewanya kursus ini diadakan secara percuma dengan makan 3 kali ditanggung.

Walaupun telah mempunya lesen radio amatur, saya tetap mengikuti kursus ini bagi menambah ilmu pengetahuan dan kenalan. Hal ini adalah kerana satu kerugian jika saya mensia-siakan kursus ini memandangkan saya pun masih baru dalam bidang radio ini dan banyak lagi yang perlu saya perlajari.

Kursus dijalankan selama 2 hari yang bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 malam pada hari pertama dan 5.30 petang pada hari kedua.

9W2MJ.

Pengajaran berkaitan elektronik.

9M2SQL.

Saya bersyukur kerana dapat mendengar pengajaran yang disampaikan oleh 9M2AU, Abdul Aziz iaitu Presiden MARES sendiri. Banyak perkongsian pengalaman beliau dalam bidang komunikasi semasa bencana.

9M2AU.

Seterusnya, saya dapat mendengar pengajaran dari veteran dalam bidang radio iaitu 9M2RI, Raja Iskandar atau lebih dikenali sebagai Alex oleh rakan-rakan radio dari luar negara. Beliau juga merupakan bekas Timbalan Pengarah Radio Malaya dan juga orang pertama yang keluar di kaca televisyen di Malaysia.

9M2RI – Alex.

Taklimat dari 9M2RI.

9M2RI atau Alex telah berumur lebih kurang 87 tahun tetapi beliau masih bertenaga dan mampu berkongsi ilmu terutamanya berkaitan pembuatan antena, propagasi, transmitter dan transciever. Saya kagum dengan beliau. Sepanjang pengajarannya beliau tidak menggunakan Powerpoint tetapi hanya papan putih dan bahan-bahan sebenar.

Majlis penutup yang dirasmikan oleh Setiausaha Agung MBM.

Majlis penutup secara semi formal telah diadakan pada hari terakhir. Seterusnya setiap peserta diberikan sijil penyertaan. Sepanjang kursus ini, saya telah berjumpa dengan rakan radio lama iaitu Ustaz Baharuddin (9W2BBM) dan Abg Zul (9W2DBO).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *