Konfigurasi Mod Digital – Manual (JJ)

Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang cara asas untuk mengkonfigurasi radio JJ supaya dapat digunakan bagi mod digital. Perlu diingatkan bahawa penerangan yang saya akan berikan adalah merupakan perkara asas sahaja. Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang mod digital sila layari laman yang akan saya kongsikan nanti.

Mulanya, anda perlu memuat turun perisian yang akan mendekod dan menghasilkan signal digital. Perisian yang saya guna ialah perisian WSJT-X. Sila muat turun dan pasang di komputer anda. Panduan lengkap tentang cara penggunaan perisian tersebut boleh dilihat di bawah:

WSJT-X User Guide

Selepas itu, anda perlu tahu bahawa untuk mendekod signal digital daripada radio JJ, perisian WSJT-X perlu memproses bunyinya. Jadinya, saya telah menggunakan mic luar yang terdapat di fon telinga. Seterusnya, bagi menghantar bunyi digital yang dihasilkan, saya telah meletak PTT mic bagi pembesar suara komputer. Apabila bunyi dihasilkan, saya pun menekan PTT.

Mic luar yang didekatkan dengan pembesar suara radio JJ.

PTT mic didekatkan dengan pembesar suara komputer.

Sebelum itu, sila pastikan ‘mic gain’ komputer anda tidak ditetapkan terlalu tinggi. ‘Mic gain’ pada radio JJ juga perlu dipastikan pada tahap yang rendah iaitu pada nombor 9. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya ‘over modulation’.

‘Mic gain’ komputer.

‘Mic gain’ radio JJ pada nombor 9.

Semasa monitor signal digital yang masuk, anda mesti pastikan tahap signal yang diterima tidak melebih 60+ dB. Hal ini adalah kerana berdasarkan pengalaman saya, apabila signal yang diterima terlalu kuat, perisian WSJT-X ini tidak dapat mendekod signal digital yang diterima. Jadi, selalunya saya bermain dengan tombol ‘volume’ di radio JJ bagi memastikan signal yang diterima adalah di bawah 40 dB.

Tahap signal yang diterima.

Seterusnya masa untuk cuba memancar di mod digital dengan menggunakan radio JJ. Saya akan menggunakan mod JT65. Hanya tetapkan frekuensi di 7.076 dan pilih mod ‘USB’ pada radio JJ.

JT65 di radio JJ.

Sebelum itu, anda perlu memahirkan diri menggunakan fungsi-fungsi asas yang terdapat pada perisian WSJT-X. Sila tonton video di bawah:

WSJT-X: JT65 – Basic Beginner Tutorial

Kemudiannya, saya mahu berkongsi satu laman web boleh dijadikan rujukan sejauh mana tahap kemampuan pancaran digital yang kita hasilkan. Sila layari laman PSK Reporter. Pilih ‘on: 40m’ dan ‘using: JT65’. Anda boleh pilih mana-mana jenis digital. Seterusnya saya biasanya hanya mahu lihat stesen yang aktif dalam digital pada 1 jam yang lepas.

Laman PSK Reporter.

Bagi membolehkan ‘callsign’ anda tersenarai secara automatik dalam laman PSK Reporter, sila hidupkan fungsi ‘Enable PSK Reporter Spotting’. Namun fungsi ini memerlukan komputer anda sentiasa bersambung dengan internet.

WSJT-X.

Saya selalu memancar hanya dengan kuasa 10 – 15W sahaja. Walaupun kuasa pancaran yang kecil, namun signal digital ini boleh mencapai jarak yang jauh.

Contoh hasil JT65.

Semoga bermanfaat dan membantu. Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan. Salam perkenalan dari 9W2ZOW.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *