Introduction to DXing

Pada 24 – 25 Disember 2016, saya telah menyertai program Introduction to DXing yang dianjurkan oleh KLDX Team. Program ini telah dimaklumkan kepada saya oleh Pak Jamal,  9W2JE semasa sedang QSO dengan beliau.

Program ini telah diadakan di Hutan Lipur Gunung Nuang dengan bayaran RM50 sahaja. Seramai 32 orang peserta telah mengambil bahagian dengan beberapa antaranya masih belum mempunyai callsign dan terdapat 13 orang krew yang terlibat. Berikut ialah rekod perjalanan:

(24/12)

0937:  Perasmian dari 9M2IR selaku Presiden MARTS.

0940 – 1103: Pengenalan Antena oleh 9M2AGC.

1103 – 1235: Sesi amali antena.

1230 – 1258: Pemberian sijil.

1430 – 1550: Teori propagasi, 9M2AGC.

1552 – 1624: Digital Mode, 9M2KEY.

1650 – 1731: Logging system, 9M2ROL.

1732 – 1815:  Alat radas HF, N3ZAC.

2115 – 2200: Barbeku. DXing.

Sepanjang program ini, saya telah diajar cara mengendalikan radio di frekuensi HF dengan cara yang betul. Saya juga dapat berkenalan dengan pelbagai rakan radio yang mempunyai pelbagai latar belakang dan pekerjaan.

Saya juga diperkenalan dengan beberapa ilmu baharu seperti cara mencari gain sesuatu antena dengan menggunakan dBd memandangkan ialah adalah cara yang lebih praktikal dan tidak memerlukan kos yang besar.

dBd (decibels related to dipole antenna) is a measure of the gain of an antenna system relative to a dipole antenna at radio frequency.

Selain itu, kami juga diajar tentang Mutual Coupling, Traditional/ WARC Band. Kemudian, perkara yang paling penting berkaitan HF  ialah mengetahui propagasi solar yang betul sebelum memancar di mana-mana frekuensi HF. Istilah seperti HF propagation via the ionosphere, MUF (Maximum Usable Frequency) dan Ionosphere Layers diterangkan kepada kami.

Presiden MARTS, 9M2IR.

Penerangan tentang End Feed antenna telah diberikan oleh 9M2ZDX. Penerangan tentang antena untuk 80m pula telah diberikan oleh 9M2UDE. Penerangan tentang LFA Yagi disampaikan oleh 9M2ODX.

LFA Yagi.

Digital mode oleh 9M2KEY.

Logging system oleh 9M2ROL.

Sesi DXing.

Sesi DXing.

Sesi DXing.

Kenderaan 9M2UDE.

Akhirnya, terima kasih kepada KLDX Team yang menganjurkan aktiviti seperti ini. Telah banyak perkara yang saya pelajar. Terima kasih juga kepada semua rakan radio. Semoga kita dapat berjumpa lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *