Bengkel Membina PTT Mic

Pada 22 September 2017 bersamaan 1 Muharam 1439, saya telah berpeluang mengikuti bengkel memibina PTT Mic yang dianjurkan oleh Kelab Radio Amatur Kok Lanas (KRAKL). Program ini diadakan di Dataran Kok Lanas yang bermula pada jam 9 pagi. Tenaga pengajar bagi bengkel ini ialah Abg Din, 9M2CIO. Seramai 11 orang telah mengikuti program bengkel ini iaitu 9W2YZI, 9W2PNS, 9M2LEX, 9W2GDB, 9W2PBN, 9W2IDF, 9W2DKD, 9W2DJM, 9M2ZOL dan 2 lagi rakan yang saya kurang pasti panggilan amaturnya.

Program telah bermula dengan penerangan berkaitan komponen-komponen yang akan digunakan dan cara menyusunnya berpandukan litar yang telah diberikan. Susunan litar yang digunakan ialah Litar Preamp Microphone. Terdapat 7 komponen elektronik yang digunakan bagi projek ini:

1. Ceramic Capacitor 0.1 uF.

2. Press Button.

3. Transistor.

4. Resistor 10k.

5. Resistor 100k.

6. Variable Resistor 10k.

7. Condenser Mic.

Komponen elektronik yang digunakan.

Program diteruskan dengan meminta semua peserta melukis semula litar dengan komponen yang akan digunakan di atas kertas. Bagi memateri komponen di atas papan litar, perlu dipastikan kedudukan jalurnya adalah secara melintang.

Setelah semua lukisan disemak oleh Abg Din, kami semua mula menyusun komponen di atas papan litar dan mula memateri. Sebelum memateri, perlu dipastikan timah yang digunakan mesti jenis yang berkualiti. Saya sudah mempunyai pengalaman membeli 2 gulung timah tetapi kualitinya amat tidak memuaskan kerana susah cair dan merosakkan alat pateri.

Jenis timah yang berkualiti.

Selain itu, penggunaan alat penyedut timah dan pemegang papan litar juga amat membantu sekiranya ada. Saya merancang untuk membeli 2 alat tersebut pada masa depan.

Bengkel ini telah ditangguhkan pada jam 11.45 pagi. Jamuan makan tengahari juga telah disediakan oleh pihak KRAKL iaitu bihun sup. Sepatutnya saya perlu mengikuti bengkel pada sesi petang, namun disebabkan terdapat urusan lain, saya terpaksa pulang ke Pengkalan Chepa sebelum solat Jumaat.

Saya telah mula semula untuk melengkapkan pembinaan PTT mic ini pada hari berikutnya iaitu selepas saya membeli penyambung dan kabel mic di bandar Kota Bharu. Harga bagi penyambung 8 pin ialah RM26 dan harga bagi kabel mic pula ialah RM2.50 sahaja.

Penyambung 8 pin.

Kabel mic.

Seterusnya saya mula memateri setiap komponen berpandukan litar yang diberikan. Masa yang diambil agak lama kerana kali terakhir saya memateri komponen adalah pada waktu saya belajar di sekolah menengah. Jadi banyak kemahiran memateri sudah mula tumpul dan perlu diasah semula.

Hasil pateri.

Kemudiannya bagi proses penyambungan kabel mic ke penyambung 8 pin pula, say telah merujuk PTT mic asal bagi radio JJ saya. Hasilnya, wayar dari condenser mic disambung ke pin bernombor 5. Pin nombor 2 dan 3 pula disambung. Wayar bumi dari kabel mic disambung ke pin nombor 7 dan 6. Wayar kuasa pula disambung ke pin yang bernombor 1. Pin nombor 4 dan 8 tidak diusik.

Penyambungan wayar di pin.

Selepas itu saya telah membuat uji pancar. Sayangnya, PTT mic saya buat seolah-olah tidak berfungsi. Pening memikirkan masalahnya, saya pun berhenti dan keluar makan malam bersama rakan-rakan. Apabila pulang dari makan, saya melihat semula PTT mic asal radio JJ dan membuat perbandingan. Maka saya simpulkan bahawa bagi PTT mic radio JJ, hanya komponen condenser mic dan press button saya diperlukan. Maka, saya membuat pendawaian semula.

Hasil pendawaian semula.

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya. PTT mic tersebut boleh digunakan dan telah diuji. Saya meminta bantuan 9W2HXP dari Sg Petani untuk memberikan signal report dan hasilnya memang sama dengan PTT mic yang asal.

PTT mic yang telah siap.

Kesimpulannya, sebelum membuat PTT mic sendiri, perlu dipastikan jenis radio yang akan digunakan untuk PTT mic tersebut kerana setiap jenis radio mempunyai litar yang berbeza. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat.

Salam sayang, 9W2ZOW.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *