Program Barbeku di Pantai Seri Telong

Pada 20 Januari 2017, saya dan 9 orang rakan lagi telah menjayakan program barbeku di Pantai Seri Telong. Program ini sebenarnya telah dirancang pada minggu yang sebelumnya. Namun disebabkan terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, ia terpaksa ditunda ke hari ini. Program ini disertai 3 buat kereta yang terdiri daripada Irfan, Afnan, Mukhlis, Arif, Abd Rahim, Afiq, Khairul Afifi, Syahadan dan Sharudin.

Sepanjang program barbeku, hujan telah turun dengan lebatnya disertai angin yang kuat. Namun, kami tetap berpegang dengan perancangan asal memandangkan kami telah menempah ayam dengan pihak Chalet Pantai Seri Telong. Setiap orang hanya mengeluarkan RM10 bagi menampung kos keseluruhan program ini.

Keadaan pantai yang berombak.

Apabila tiba di pantai, kami terus mengambil ayam yang telah diperap dengan rempah. Seterusnya kami mempersiapkan tempat membakar. Alhamdulillah, kawasan pantai tersebut mempunyai tempat khas untuk membakar yang berbumbung. Cumanya, kami masih perlu menyelesaikan masalah angin yang terlalu kuat.

Jadi, saya dan Arif telah mengambil bumbung terpakai di pagar chalet bagi menghalang angin bertiup terlalu kuat ke tempat membakar. Hasilnya, kami telah basah kerana hujan sebelum sempat mandi di pantai.

Mula menghidupkan arang.

Arang telah kami beli sebanyak 2 beg. Namun, hanya 1 beg sahaja yang digunakan. Lebih kurang jam 1715, 1 lagi kereta yang dinaiki Khairul Afifi, Syahadan, Afiq dan Sharudin pun sampai. Mereka membawa sosej dan air bagi melengkapkan program barbeku yang dijalankan.

Keadaan pantai yang berombak.

Para pembaca boleh melihat keadaan pantai yang berombak dan sebenarnya hujan pun masih belum reda. Namun, disebabkan telah beberapa kali kami mandi di kawasan ini, jadi kami yakin dengan keadaan pantai tersebut bahawa ia masih selamat untuk mandi tetapi berisiko tinggi.

Arang mula membara.

Membakar ayam.

Arif dan Afiq.

Lebih kurang jam 1830, sesi makan pun bermula setelah semua ayam dan sosej siap dibakar. Kami makan dengan nasi yang telah dibeli terlebih dahulu di Pengkalan Chepa. Kami semua menikmati suasana berangin dan basah di Pantai Seri Telong.

Pada jam 1900, kami pun berkemas dan bergerak pulang. Alhamdulillah, walaupun cuaca hujan, program yang dirancang dapat juga dijalankan. Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi persahabatan antara kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *