Jamuan SK Sri Bemban

Pada 3 Mei 2017, pihak sekolah, guru-guru dan kakitangan SK Sri Bemban telah mengadakan jamuan khas untuk saya dan rakan praktikum saya, Afnan. Jamuan telah bermula pada jam 12.45 tengahari. Pelbagai makanan disediakan seperti singgang daging, sup kambing, tomyam campur dan lain-lain. Istimewanya terdapat kek coklat yang dilekatkan gambar kami dan guru-guru lelaki lain yang bermain futsal.

Singgang daging.

Afnan dan Cg Najib.

Kek coklat istimewa.

Khalid, penulis dan Afnan.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan semua yang terlibat bagi menjayakan jamuan ini. Terima kasih kepada pihak sekolah. Tidak lupa juga kepada guru pembimbing, Ustazah Faizah dan pensyarah pembimbing, Dr Hj Mohd Ridhuan. Selain itu, ucapan penghargaan juga kepada Cg Najib yang turut memberikan bantuan dan bimbingan. Terima kasih juga kepada Cg Zakaria, Penolong Kanan Pentadbiran yang memberikan hadiah tali leher kepada kami.

Semoga berjumpa lagi. Kami mendoakan semua guru, murid dan ahli SK Sri Bemban berada dalam lindungan Allah dan diberikan kesihatan baik serta dipermudah segala urusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *