Jamuan PIM

Pada 2 Mei 2017, satu jamuan akhir semester ini telah diadakan oleh Persatuan Intelektual Muallim di Pantai Sri Telong. Program telah bermula pada jam 4 petang dengan perjalanan dari IPGKKB ke kawasan pantai. Program ini telah melibatkan lebih kurang 7 buah kereta dan satu buah motorsikal yang terdiri daripada 25 orang.

Proses membakar daging ayam.

Proses membakar daging ayam.

Daging ayam dan kambing.

Daging ayam dan kambing.

Sambil membakar, kumpulan perempuan telah mengadakan aktiviti mereka sendiri. Manakala kumpulan lelaki bermain bola tampar. Terdapat juga mereka yang mandi di pantai. Sebahagian yang lain hanya melihat dan menikmati suasana mendamaikan di tepi pantai.

Kemudian, setelah semua daging siap dibakar, aktiviti jamuan makan pun bermula. Semua menikmati makanan yang dibakar dengan seleranya. Setelah itu, terdapat ucapan dari pengarah program dan Pengerusi PIM sendiri.

Peserta perempuan.

Peserta perempuan.

Sebelum tamat, aktiviti pemberian hadiah telah diadakan bagi menghargai ahli lajnah yang banyak memberikan sumbangan kepada PIM. Alhamdulillah, saya telah diberikan kepercayaan dan penghargaan sebagai ahli Lajnah Multimedia dan Publisiti yang telah memberikan sumbangan yang bermanfaat.

Pengerusi PIM, Zainal Ehsan.

Pengarah program, Saiful.

Ringkasnya, terima kasih kepada pihak penganjur dan semoga jamuan ini akan mengeratkan lagi hubungan silatur rahim sesama kita. Semoga berjumpa lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *