Jamuan Cg Narmi

Pada 19 Mei 2017, satu jamuan telah diadakan di rumah Cg Narmi iaitu Cg di SK Che Deris. Beliau telah mengajak kami iaitu guru praktikal yang pernah menjalani praktikal mengajar di SK Che Deris ke rumah beliau. Namun, tidak semua dapat hadir kerana terdapat mereka yang sudah mengajar dan berada di luar Kelantan.

Saya telah pergi ke sana bersama Afnan pada jam lebih kurang 5.15 petang. Menanti di rumah Cg Narmi ialah rakan-rakan dari kelas PISMP Semester 8, Sejarah. Saya berasa sangat bersyukur kerana Cg Narmi telah menghidangkan kami dengan pelbagai jenis makanan. Terdapat 3 jenis kek yang berbeza dan juga ayam dan sosej bakar.

Selain itu, majlis sambutan hari lahir salah seorang anak Cg Narmi juga disambut pada hari yang sama iaitu Amar Fahmi. Semoga beliau dimurahkan rezeki, dipermudah segala urusan dan diberikan kesihatan baik yang berpanjangan. Kawan-kawan kepada Amar Fahmi turut hadir bagi memeriahkan majlis. Mereka juga yang telah membakar ayam dan sosej untuk jamuan tersebut. Sesi makan-makan telah diadakan di ruang terbuka di belakang rumah Cg Narmi.

Sebelum jamuan bermula, bacaan doa telah dibacakan oleh Afnan. Kemudian, sesi bergambar beramai-ramai telah diadakan di ruang tamu rumah Cg Narmi sebelum kami pulang.

Amar Fahmi.

Sesi bergambar.

Akhirnya, terima kasih diucapkan kepada Cg Narmi dan keluarga kerana sudi menjemput kami ke rumah beliau. Kami mendoakan yang terbaik buat Cg Narmi dan keluarga. Semoga persahabatan kita berkekalan. Insya-Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *