Kenduri Kahwin di Melaka

Pada 4 Disember 2015, saya dan beberapa orang rakan lain telah pergi ke Melaka bagi menghadiri kenduri kahwin abang kepada sahabat sekolah menengah kami iaitu Nafi. Saya telah bergerak 1 hari lebih awal iaitu pada 4 Disember 2015 bersamaan hari Jumaat.

Mulanya, saya telah menjemput Haziq di Stesen LRT Ampang. Haziq telah datang dari USIM Gombak. Kemudian, kami menunaikan solat Jumaat di masjid sekitar Ampang sebelum meneruskan perjalanan ke Shah Alam. Kami telah mengambil Amir Asyrani dan Faiz Zainol di Shah Alam. Seterusnya, menjemput Khairul Idzwan di Rembau.

Kami semua telah berkumpul di Umbai sebelum pergi ke rumah penginapan. Di Umbai, Nafi telah belanja kami semua makan ikan bakar dan beberapa makanan yang lain.

Amir, Ifwat dan Haziq.

Faiz dan Khairul Idzwan.

Makan malam.

IMG-20151206-WA0013Makan malam.

IMG-20151206-WA0031Udang goreng.

Selepas makan malam di Umbai, kami pun bergerak ke tempat penginapan. Sepanjang makan dan berada di tempat penginapan kami banyak berkongsi cerita dan mengimbau kenangan lalu. Sangat manis dan menyeronokkan. Semuanya terdapat 10 orang rakan lama yang dapat bertemu iaitu Najib, Saufi, Ifwat, Amir, Faiz, Is Aad, Khairul Idzwan, Haziq, Nafi dan saya.

Pada pagi 5 Disember 2015, kami bergerak ke tempat kenduri kahwin di Masjid al-Hasanah bersebelahan dengan R&R Sg Rambai. Pengalaman baharu bagi saya iaitu kenduri kahwin tersebut diadakan dalam kawasan masjid. Bagi masuk ke kawasan tempat makan, kami terlebih dahulu perlu membuka kasut.

051220151687Haziq, Ifwat dan Amir.

051220151688Terdapat persembahan qasidah.

051220151690Masjid yang bersambung dengan Mahkamah Rendah Syariah, Sungai Rambai.

051220151689Nafi yang berbaju kelabu.

IMG-20151206-WA0033Najib Othman.

IMG-20151206-WA0036Sesi bergambar bersama.

IMG-20151206-WA0040Is Aad, Nafi dan Saufi.

IMG-20151205-WA0000Sesi bergambar bersama.

IMG-20151205-WA0001Saufi, Haziq dan Is Aad.

IMG-20151205-WA0002Khairul Idzwan, Nafi dan Najib.

Sebelum bergerak balik, kami telah pergi ke Pantai Kelebang bagi menikmati Coconut Shake. Terdapat ramai pengunjung pada hari tersebut. Kebetulan terdapat 2 buah bot laju yang sedang membuat latihan di situ. Selepas minum, kami pun bergerak balik. Perjalan pulang agak mencabar kerana hujan lebat. Saya pulang bersama Khairul Idzwan, Faiz dan Is Aad. Selepas menghantar Khairul Idzwan, kami telah berhenti solat Maghrib dan makan malam di R&R dalam perjalanan ke Shah Alam.

Saya tiba di rumah hampir jam 12.30 pagi. Satu perjalanan yang memenatkan tetapi sangat bermakna dan menyeronokkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *