Kenapa Saya Memilih Guru?

Setiap orang mempunyai minat dan kecenderungan masing-masing. Minat saya adalah ingin menjadi guru. Kenapa saya memilih bidang perguruan berbanding bidang pekerjaan yang lain. Berikut adalah antara sebab-sebabnya:

1. Ingin Mencari Keredhaan Allah:

Sebagai seorang Muslim, kita mestilah meletakkan Allah itu sebagai tujuan yang paling utama dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Hal ini adalah apabila kita melakukan sesuatu kerana Allah, sudah pasti kita melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan sehabis baik. Selain itu, percayalah apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan itu kerana Allah, Allah akan membimbing kita apabila kita ditimpa kesusahan. Akhirnya, sentiasalah ingat pada Allah! 

2. Suka Memberi dan Berkongsi:

Bagi saya, sifat suka memberi dan berkongsi menjadikan saya berminat untuk memilih bidang perguruan. Hal ini adalah kerana sebagai seorang guru kita tidak boleh asyik marah dan mengarah. Saya percaya kepada hadith Nabi yang bermaksud:

Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad) 

Apabila kita suka memberi dan berkongsi sesuatu ilmu yang bermanfaat kerana Allah, kita akan sentiasa mendapat pahala yang berterusan. Insya Allah!

3. Ingin Terlibat secara Langsung dalam Bidang Pendidikan:

Memang tidak dinafikan, sesiapa sahaja boleh menjadi guru. Apakah definisi guru? Bagi saya guru bermaksud sesiapa sahaja mengajarkan kita walaupun sekecil-kecil cabang ilmu. Apabila menjadi guru, saya akan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Selain itu, jika terdapat apa-apa cadangan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara, suara gurulah yang akan diberi perhatian yang lebih kerana merekalah yang terlibat dalam bidang pendidikan. 

4. Minat Mempelari Bahasa Arab:

Bagi pengetahuan semua saya telah berjaya ditawarkan tawaran ke UPM (bidang Asasi Sains Pertanian) dan Biasisiwa JPA (Program Khas Kejuruteraan Jepun). Walau bagaimanapun, saya telah memilih untuk mengikuti program PPISMP (Pendidikan Islam). Hal ini adalah kerana dalam kursus PPISMP ini saya juga perlu mengikuti kursus Bahasa Arab & Bahasa Inggeris. Jadi, saya dapat memantapkan penguasaan saya dalam kedua-dua bahasa tersebut. Jika ingin dibandingkan dengan kursus di UPM (bidang Asasi Sains Pertanian), saya hanya akan mempelajari Bahasa Inggeris manakala program Khas Kejuruteraan Jepun pula, saya hanya akan mempelajari Bahasa Jepun. 

5. Elaun:

Apabila saya belajar di IPG, saya akan diberikan elaun pada setiap bulan sepanjang kurus PPISMP & PISMP (selama 5 1/2 tahun). Para pelajar yang mengikuti kursus PISMP akan menerima elaun yang lebih tinggi daripada pelajar yang mengikuti kursus PPISMP. Jadi, apabila tamat pengajian para pelajar IPG tidak perlu risau mengenai masalah pinjaman yang perlu dijelaskan. Sebaliknya, hanya perlu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara lain.

6. Jaminan Pekerjaan:

Selain itu, saya memilih untuk belajar di IPG adalah kerana jaminan pekerjaan di masa hadapan. Jika dilihat pada hari ini banyak graduan-graduan universiti yang menganggur yang berkemungkinan kerana beberapa sebab seperti terlalu memilih jenis pekerjaan, menginginkan gaji permulaan yang tinggi, kurang berani menceburi bidang pekerjaan yang tiada kaitan dengan apa yang dipelajari di universiti, atau bidang pekerjaan yang ingin diceburi sudah penuh.

7. Waktu Cuti:

Waktu cuti para pelajar IPG ialah sama dengan waktu cuti para pelajar yang belajar di sekolah menengah/rendah. Hal ini adalah berbeza dengan waktu cuti para pelajar yang belajar di universiti lain. Mereka kebanyakan hanya mempunyai cuti akhir semester atau cuti peristiwa-peristiwa tertentu.

Jadi, masa-masa cuti itu dapat saya penuhkan dengan aktiviti-ativiti yang berfaedah.

8. Peluang untuk Melanjutkan Pelajaran:

Untuk pengetahuan anda semua, mana-mana guru layak untuk melanjutkan pelajaran di bawah satu program khas seperti Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) atau Program Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTG TB). Program khas ini membolehkan para guru melanjutkan pelajaran dengan lebih mudah daripada peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat Doktor Falsafah.

Pada pendapat saya guru ialah salah satu pekerjaan yang bukan mudah kerana para guru perlu menghadapi ragam murid-murid, ibu bapa dan pihak pentadiran. Walau bagaimanapun, semangat saya untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi orang yang berguna tetap akan membara. Sebarang komen daripada pembaca adalah amat dialukan!

37 thoughts on “Kenapa Saya Memilih Guru?

  1. Nice entry. This can help me in my interview next week. So maybe i choose my way to be a teacher not doctor. In Sha Allah. Thanks!

    1. Thank you. Congratulation. I hope you will excell in your interview and manage to further your study to be a teacher.

  2. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya, melalui apa yang ditulis di atas, anda mengatakan bahawa guru pelatih di IPG akan mendapat elaun setiap bulan dan tidak perlu risau akan pinjaman sewaktu di akhir pengajian, jadi pinjaman apa yang perlu dibuat? Adakah terdapat yuran pengajianya? Adakah perlu biasiswa semasa tempoh PPISMP?

    1. Bagi pengetahuan anda, semua guru pelatih di IPG akan diberikan biasiswa penuh sepanjang tempoh 5 tahun. Tiada yuran pengajian yang perlu dibayar pada setiap semester.

          1. Ya, elaun hanya diberi semasa tempoh persediaan selama 1 tahun. Walau bagaimanapun, yuran pengajian masih percuma.

  3. Saya mahu bertanya adakah boleh saya gunakan idea saudara untuk ditulis dalam pernyataan hasrat saya untuk temuduga IPG nanti? Jika boleh, minta halal. Satu lagi saya mahu tanya, adakah perlu menggunakan kertas tambahan untuk tulis hasrat tersebut? Hal ini adalah kerana arahan menyatakan ia sepatutnya ditulis dengan ringkas. Harap saudara dapat balas komen saya.

    1. Tiada masalah jika saudari mahu mengambil idea dari artikel ini. Seterusnya, hanya gunakan ruang yang disediakan bagi menulis hasrat saudari. Saya doakan saudari berjaya.

  4. Saudara, izinkan saya menggunakan idea saudara yang sangat berguna dan doakan saya nanti bagi sesi temuduga pada 11 Mei di IPG Kota Bharu. Terima kasih.

  5. Terima kasih cikgu. Pengisian dalam blog ini membantu saya menjawab persoalan dalam diri saya dan Insya-Allah membantu saya untuk temuduga IPG nanti.

    1. Alhamdulillah, jika artikel ini dapat membantu saudari. Semoga berjaya dalam sesi temuduga nanti.

  6. Terima kasih cikgu. Pengisian dalam blog ini membantu saya menjawab persoalan dalam diri saya dan Insya-Allah membantu saya untuk temuduga IPG nanti. Doakan saya untuk temuduga esok di IPG Kota Bharu.

  7. Assalamualaikum. Izinkan saya untuk mngambil sdikit manfaat atau idea daripada artikel ini untuk membantu saya semasa temuduga nanti.

    1. Umumnya soalannya yang ditanya adalah berkaitan opsyen yang anda pilih. Panel juga boleh bertanya tentang cara kita menyelesaikan sesuatu masalah yang sering berlaku di sekolah. Kemungkinan juga akan ditanya berkaitan isu semasa.

    1. Maaf saya kurang pasti. Cumanya saya lebih berpendapat hanya gunakan halaman yang disediakan sahaja. Hal ini adalah kerana para panel penemuduga mahukan pernyataan yang padat, tepas dan ringkas yang boleh dibaca oleh mereka dalam masa yang cepat semasa sesi temu duga dijalankan. Harap membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *