I-City, Shah Alam

Pada 5 Jun 2014, saya dan adik-beradik yang lain telah melawat I-City di Shah Alam. Berikut ialah rekod perjalanan saya:

2030: Bergerak dari Dusun Tua bersama Fadhilah, Fakhira dan Zawawi dengan menggunakan kereta Proton Saga.

2135: Tiba di I-City.

2205: Selesai bermain permainan memanah (Berjalan-jalan).

2241: Makan malam di KFC.

Saya tidak pasti, sudah berapa kali saya datang ke sini. Namun ia tidak pernah membosankan. Cadangnya kami mahu bermain permainan pemanah, namun disebabkan wang tidak mencukupi, maka hasrat tersebut terpaksa dibatalkan.

05062014878Bunga yang berlampu.

05062014879Pokok yang berwarna-warni.

Nasihat saya kepada sesiapa yang belum pernah datang ke sini, sila datang pada waktu malam sahaja. Hal ini adalah kerana jika anda datang pada waktu siang, anda tidak akan dapat melihat cahaya dari pokok-pokok atau bunga hiasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *