Forum Perdana Ehwal Islam

Alhamdulillah pada 17 April 2013 iaitu hari Khamis, saya dan rakan-rakan telah mengikuti program Forum Perdana Ehwal Islam di Hotel Perdana, Kota Bharu. Guru pelatih IPG telah dijemput untuk memeriahkan lagi forum yang diadakan. Satu bas IPG telah digunakan bagi membawa rakan-rakan yang lain.

Saya telah pergi dengan kenderaan sendiri kerana tidak dapat menaiki bas. Saya hanya boleh bertolak dari IPG selepas solat Maghrib kerana terdapat urusan lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Forum tersebut telah disiarkan secara langsung di TV1 yang bermula pada jam 9 malam sehingga 10 malam.┬áSebelum forum bermula, kami disajikan hidangan makan malam yang menyelerakan. Tajuk forum yang berlansung ialah “Raja Pitih vs Hamba Pitih”. Para panel yang dijempt ialah Ust Badlishah dan Ust Wan Jemizan.

Forum “Raja Pitih vs Hamba Pitih”.

Moderator, Ust Badlishah dan Ust Wan Jemian.

Krew kamera.

Para penonton yang hadir.

Selepas forum tersebut tamat, satu rakaman forum telah diadakan. Rakaman tersebut akan disiarkan sebelum bulan Ramadhan. Tajuk forum tersebut ialah “Kuat Kerja atau Kerja Kuat”. Ahli panel yang dijemput ialah Ust Badlishah dan Dr Izhar.

Forum “Kuat Kerja atau Kerja Kuat”.

Para guru pelatih IPGKKB.

Rakaman tersebut telah tamat pada jam 11.15 malam. Saya bersyukur kerana dapat merasai pengalaman berada dalam sesi siaran langsung sesuatu program. Selain itu, ilmu juga dapat ditimba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *