Aktiviti Memanah di Kota Bharu

Pada 21 April 2014, saya bersama ahli-ahli Lajnah Multimedia dan Publisiti telah mengikuti program yang dianjurkan oleh AMT LaMP iaitu aktiviti memanah di Rainbow Archery Sport, Kota Bharu. Berikut ialah perjalanan program:

1740: Bergerak dari IPGKKB (Bersama Fadhil, Luqmanul Hakim dan Syafiq).

1742: Mengisi minyak di Pertronas Cabang Tiga (RM10).

1814: Tiba di KB Mall (Irfan dan Syahmi pergi dengan motorsikal).

1830: Tiba di Rainbow Archery Sport, Kota Bharu (Setiap orang membayar RM17 + 6 orang) (4 orang ahli LaMP perempuan juga sertai) (Setiap orang diberikan 21 anak panah).

1910: Selesai melakukan aktiviti memanah.

1919: Bergerak pulang ke IPGKKB.

1935: Solat Maghrib di PT (Abg Luqman pergi BSN).

2000: Makan malam di Restoran Siam (Amir dan Afifi menempah makanan).

2057: Tiba di IPGKKB.

Selama hari ini, saya hanya melihat orang lain memanah. Pernah terdetik di hati mahu mencuba untuk memanah kerana seakan-akan sangat mudah. Hanya menarik tali busur, kemudian melepaskan anak panah. Tempat memanah tersebut terletak di tingkat 1.

Rainbow Archery Sport.

Pakej memanah yang disediakan.

Namun, setelah mencuba sendiri, barulah saya tahu apa sebenarnya yang dialami semasa memanah. Fokus yang tinggi, tangan yang tetap dan pelbagai lagi syarat yang diperlukan agar bidikan panah tidak tersasar daripada bulatan kuning bernilai 10 markah.

Tempat memanah.

6 tempat sasaran.

Analoginya, seperti apabila seseorang bertanya kepada kita manis. Tidaklah dapat kita menerangkannya macam mana rasa manis, melainkan kita memberikan orang bertanya itu gula dan garam. Maka, kita menyuruh dia merasai gula untuk mengetahui rasa manis dan merasai garam untuk mengetahui rasa masin.

Abg Luqman, Fadhil dan penulis.

Oleh sebab itu, kita akan melihat orang yang tidak pernah merasai akan berada dalam kehairanan. Terima kasih kerana membaca. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.