Himpunan Formula TDP

BELAJAR DENGAN AKRONIM (BEDAK)

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai formula-formula bagi subjek Teknologi dalam Pendidikan (EDU3053). Saya telah menggunakan kaedah akronim. Sekiranya anda rasa formula-formula berikut dapat membantu anda, sila manfaatkannya. Anda juga bebas untuk mengubahnya mengikut cita rasa anda.

Seterusnya, jika anda mempunyai formula sendiri, saya amat berbesar hati apabila anda sudi berkongsi. Sila komen di ruangan bawah artikel. Berikut ialah beberapa formula yang telah saya cipta:

Domain-domain dalam Teknologi Pendidikan:

Re Domain Reka bentuk
Ke Domain Pengembangan
G Domain Penggunaan
U Domain Pengurusan
N Domain Penilaian

Cara membaca: ReKe GUN

Kon Pengalaman Edgar Dale (1969). Formula bermula dari bawah:

La Pengalaman langsung
Ti Pengalaman tiruan
Kon Pengalaman lakonan
Ca Tunjuk cara
La Kajian lapangan
Pa Pameran
Ge Gambar bergerak/ televisyen
Ra Rakaman audio
Si Simbol visual
B Bahasa

Cara membaca: LaTiKon CaLaPa GeRaSiB

Jenis media:

T Teks
A Audio
G Gambar bergerak
O Orang/ objek yang boleh disentuh dan dipegang
V Visual

Cara membaca: TAGOV

Warna panas:

Ke Kuning
Ja Jingga
M Merah

Cara membaca: KeJaM

Warna dingin:

B Biru
U Unggu
H Hijau

Cara membaca: BUH

Langkah penghasilan bahan audio:

Ma Tetapkan matlamat
Se Selidik dan kumpul bahan
Pi Pilih bahan
Tu Tulis skrip
S Sediakan peralatan
R Rakaman audio
P Prebiu
G Guna bahan audio
Ni Penilaian dan penambahbaikan

Cara membaca: MaSe PiTuS RPG Ni

Perkara-perkara dalam skrip audio:

Na Narrator/ pelakon
Di Dialog
M Muzik
Ke Kesan bunyi

Cara membaca: NaDiM Ke

Perkara-perkara dalam skrip video/ papan cerita:

Pe Penyampai
V Visual
Na Narrator/ audio
M Muzik/ bunyi

Cara membaca: PeV NaM

4 kategori/ mod penggunaan TMK dalam PdP:

Te Penerokaan
K Komunikasi
A Aplikasi
Tu Tutorial

Cara membaca: TeKA Tu

Selain itu, anda juga boleh dapatkan himpunan soalan dan jawapan yang lepas bagi subjek ini. Hanya klik halaman di bawah untuk memuat turun fail tersebut:

Himpunan Soalan dan Jawapan TDP

Selamat belajar dan memanfaatkan ilmu yang telah anda pelajari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *