Program BeDAK (Belajar Dengan Akronim)

Apa itu BeDAK?

BeDAK ialah singkatan bagi Belajar Dengan Akronim. BeDAK adalah merupakan   satu program yang dilhamkan oleh saya sendiri. Saya mula-mula terfikir mengenai program ini kira-kira 4 bulan sebelum saya menduduki peperiksaan SPM 2011. Program ini diadakan dengan beberapa tujuan:

1. Membantu para pelajar untuk mengingat fakta-fakta yang berkaitan dengan pelajaran terutamanya berkaitan dengan subjek SPM dengan lebih mudah dan tepat.

2. Memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teknik belajar dengan menggunakan singkatan.

Kenapa dinamakan BeDAK?

Pada mulanya saya tercari-cari apakah nama yang sesuai untuk program ini. Setelah berfikir saya mendapat idea untuk menamakan program ini dengan nama BeDAK iaitu singkatan bagi Belajar Dengan Akronim.

Sebagaimana yang kita tahu, terdapat pelbagai teknik untuk kita mempelajari sesuatu subjek pelajaran. Salah satu daripada teknik tersebut adalah dengan menggunakan singkatan. 

Program ini saya umpakan seperti ‘bedak’ iaitu merupakan salah satu daripada pewangi untuk tubuh badan. Walau bagaimanapun terpulang kepada kita untuk memilih sama ada ‘bedak’ atau pewangi badan yang lain tetapi tujuannya tetap sama iaitu untuk mewangikan tubuh badan. 

Jadi, belajar dengan menggunakan akronim adalah salah satu daripada teknik belajar yang dapat membantu para pelajar menguasai sesuatu pelajaran tetapi terpulanglah kepada para pelajar untuk memilih sama ada hendak menggunakan teknik belajar ini atau tidak.

Kelebihan BeDAK?

Kelebihannya ialah proram ini akan dapat mebantu para pelajar untuk mengingati fakta-fakta yang berkaitan dengan pelajaran dengan lebih mudah dan tepat. Sebagaimana kita tahu terdapat pelbagai teknik belajar yang terdapat di dunia ini, cuma yang mungkin membezakan BeDAK dengan teknik belajar yang lain ialah program ini diadakan khas untuk para pelajar mengingat dengan menggunakan singkatan.

Senarai subjek yang terdapat dalam BeDAK?

Setakat ini subjek-subjek yang terlibat dengan program ini ialah subjek yang berkaitan dengan subjek-subjek SPM sahaja. Antara ialah:

1. Bahasa Melayu.

2. Bahasa Arab.

3. Fizik.

4. Biologi.

5. Kimia.

6. Pendidikan Syariah Islamiah (PSI).

7. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah (PQS).

8. Sejarah.

Penutup:

Kepada semua pelajar di luar sana, marilah kita bersama-sama menyertai program ini. Mudah-mudahan dengan adanya program ini iaitu Belajar Dengan Akronim (BeDAK) akan dapat membantu para pelajar dan memang tidak dinafikan bahawa BeDAK bukanlah teknik belajar yang paling berkesan tetapi bagi sesetengah para pelajar, cara inidapat membantu mereka dalam pelajaran mereka.

Jadi, kepada sesiapa yang mempunyai formula untuk mengingat sesuatu fakta, anda dialu-alukan untuk berkongsi. Terima kasih.

2 thoughts on “Program BeDAK (Belajar Dengan Akronim)

    1. Terima kasih atas sokongan anda. Diharapkan program ini akan dapat membantu para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM agar mereka dapat mengingat fakta-fakta yang berkaitan dengan subjek-subjek SPM dengan lebih mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *