Berhati-Hati Menuliskan Wallahu A’lam

Pertamanya, jemput ‘Like’ page blog ini di Facebook.

Penulis artikel keagamaan (Islam) atau media Islam lazimnya mengakhiri tulisan dengan kalimat Wallahu a’lam yang ertinya: “Dan Allah lebih tahu atau yang Maha Tahu/ Maha Mengetahui. Sering ditambah dengan bish-shwabi menjadi Wallahu a’lam bish-shawabi.

Hal itu bagi menunjukkan bahawa Allah yang Maha Tahu atau lebih tahu segala sesuatu dari kita. Hanya Allah yang Maha Benar dan Pemilik Kebenaran Mutlak.

Penulisan yang benar, jika yang dimaksud “Dan Allah Maha tahu” adalah Wallahu a’lam iaitu tanda koma di atas [‘] selepas huruf “a” dan sebelum huruf “l”. Namun, sangat sering kita jumpai penulisannya begini:

Wallahu ‘alam (koma di atas [‘] sebelum huruf “a”).

Jelas, Wallahu a’lam dan Wallahu ‘alam membawa makna yang berbeza. Perkataan yang pertama (Wallahu a’lam) ertinya “Dan Allah Maha Tahu/ Maha Mengetahui atau Lebih Tahu”. Perkataan yang kedua pula (Wallahu ‘alam) ertinya “Dan Allah itu alam”, bahkan tidak jelas apa arti ‘alam di situ?

Sekiranya ‘alamin atau ‘aalamin, jelas ertinya alam seperti dalam bacaan hamdalah – alhamdulillahi robbil ‘alamin.

Jadi, kalau yang kita maksud itu “Dan Allah Maha tahu”, maka penulisan yang benar adalah Wallahu a’lam bukan Wallahu ‘alam.

A’lam itu asal katanya ‘alima artinya tahu. Daripada kata dasar ‘alima itu kemudian terbentuk kata ‘ilman (isim mashdar, artinya ilmu/ pengetahuan), ‘alimun (fa’il/ pelaku, yakni orang yang berilmu), ma’lumun (pemberitahuan, maklumat), dan sebagainya, termasuk a’lamu/ a’lam (lebih tahu).

Tanda petik tunggal atau koma di atas (‘) dalam a’lam itu terjemahan Bahasa Malaysia untuk huruf ‘ain dalam bahasa Arab seperti Jum’ah, Ka’bah, Bid’ah, Ma’ruf, dan sebagainya. Kata a’lam artinya “lebih tahu”. Jadi, penulisan yang sepatutnya ialah Wallahu a’lam bukan Wallahu ‘alam.

Mungkin, kesalahan penulisan itu tidak disengajakan kerana mereka merasakan bahawa tulisan itu betul, padahal tidak tepat. Jadi, sama-samalah kita sebarkan ilmu ini. Semoga bermanfaat.

29 thoughts on “Berhati-Hati Menuliskan Wallahu A’lam

    1. Terima kasih kerana memberikan komen. Untuk pengetahuan saudara, saya tidak mengambil artikel ini daripada laman web yang saudara nyatakan itu. Saya juga telah menjalankan kajian mengenai topik ini dan merujuk kepada beberapa artikel daripada laman web yang berlainan. Setelah membuat perbandingan antara artikel yang mana satu lebih tepat, barulah saya mengambil artikel tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak mengambil keseluruhan artikel tersebut. Sebaliknya, saya telah mengolah dan mengubah ayat yang digunakan dalam artikel asal kepada ayat yang lebih difahami.

      Saya juga berharap saudara tidak terus mengatakan seseorang itu menciplak hasil orang lain apabila sesuatu yang dia hasilkan atau tulis itu hampir sama dengan orang lain. Kemungkinan hasil penulisannya yang telah diciplak oleh orang lain.

    2. Tidak salah kalau mahu ambil, cuma perlu maklum siapa yang menulisnya. Intelektual bukan hak individu. Tanpa maklumat-maklumat awal, tiada siapa boleh berfikir. Maklumat awal tersebut pun datang dari sumber lain.

    1. Dalam hal ilmu agama, tiadalah istilah ciplak. Hal ini adalah kerana kita hanya menyampaikan daripada sumbernya setelah kita kaji untuk lebih dipahami oleh orang awam. Kalau hasil kajiannya sama, maka bukan bererti sesuatu pihak itu telah menciplak hasil kerja pihak yang lain. Kalau kita mengetahui suatu ilmu agama, maka menjadi satu kewajiban bagi kita untuk menyampaikan ilmu tersebut kepada yang lain. Jadi, jika artikel kita disalin oleh orang lain, bayangkan pahala yang kita akan dapat daripada setiap orang yang membacanya. Jadi, ikhlaskan sahajalah.

      1. Terima kasih atas nasihat. Memang benar apa yang dikatakan. Walau bagaimanapun, apabila kita telah mengambil hasil kerja seseorang itu, spatutnya kita menyatakan sumbernya dan mengaku bahawa hasil kerja itu adalah bukan milik kita. Kita hanya menyalin semula untuk dikongsikan dengan orang ramai.

  1. Wallahu a’lam atau Wallahu ‘alam itu sebenarnya hanya tulisan abjad biasa. Sekiranya mahu yang paling betul, mestilah ditulis dengan tulisan arab. Hal ini sama seperti pada perkataan Insya Allah atau In sha Allah.

    1. Tepat sekali. Bahasa dan tulisan Arab tidak akan sama maksud dengan bahasa-bahasa lain. Kita cuma boleh mentafsirkan sahaja. Makna kita tidak boleh samakan pemahanam yang sebenar dalam bahasa Arab itu sendiri. Bahasa Arab tidak mempunyai tanda baca dan tidak perlukan baris-baris sebagaimana yang kita biasa baca. Sama juga seperti nama-nama Arab yang dirumikan. Sebagai contoh Uthman, Othman dan Osman. Adakah dalam bahasa Arab maksudnya berbeza?

  2. Hal ini adalah sesuatu yang bermanfaat tetapi yang lebih penting adalah sebutan dalam bahasa Arab. Sekiranya ia ditulis Wallahua’lam tetapi sebutannya Wallahu’alam, maka masih lagi terpesong maknanya.

  3. Bagus sekali peringatan ini.

    Semua ilmu milik Allah. Kita manusia hanya mengutip itu dan ini. Namun ilmu itu tidak juga jadi milik kita. Siapa saja boleh mengambilnya kembali. Manusia mencipta pesawat terbang dengan melihat burung. Kapal selam dicipta dengan melihat ikan, dll. Hal itu sebenarnya menciplak ciptaan Allah.

    والله أعلمُ بالـصـواب

  4. Artikel ini salah dan betul. Perkataan wallahu a’lam dalam tulisan arab ialah وَ اللَّهُ أَعْلَمُ. Bagi perkataan أَعْلَمُ, huruf alif hadir sebelum huruf a’in.

    Sebagai contoh, perkataan melayu dalam tulisan jawi bagi perkataan “alam sekitar” dieja عالم سکيتر. Namun kemungkinan terdapat antara kita yang mengatakan sebutan sebetulnya ialah a’lam sekitar. Jadi sebutannya berbeza walaupun tulisan atau ejaan dalam rumi ialah sama. Wallahu a’lam dan a’lam sekitar. Hal ini menunjukkan sistem pertukaran abjad arab dengan abjad rumi mempunyai kelemahan yang sangat besar.

    Hukum menulis ayat al-Quran dalam tulisan rumi adalah harus WA. Namun untuk membaca secara tadarus, menghafaz dan lain-lain mestilah mengetahui dan mengikut abjad bahasa Arab. Amal dengan ilmu. Jadi luangkanlah masa setelah mencari rezeki untuk kita menuntut juga ilmu. Ilmu juga adalah harta dan rezeki. Sekiranya terdapat kesilapan mohon beritahu. Sama-sama belajar.

    1. Terima kasih atas perkongsian. Sebagai tambahan, perkataan “alam” dalam bahasa Melayu merupakan perkataan pinjaman dari bahasa Arab iaitu عالم. Jamak bagi perkataan tersebut ialah عوالم atau عالمون.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *