My REF Extended

Salam sejahtera semua.

Saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan satu aplikasi telefon bagi pengguna ‘android‘. Aplikasi ini dibuat khas terutamanya bagi para guru yang dinamakan ‘My REF Ext‘ iaitu bermaksud satu aplikasi yang boleh dijadikan rujukan untuk semua RPT dan DSKP tahun semasa. Aplikasi ini berbeza dengan ‘My REF‘ dari segi fungsi menambah subjek lain. Apabila anda memasang aplikasi ‘My REF Ext‘ ini, aplikasi ‘My REF‘ versi lama akan diganti secara automatik.

Kelebihan aplikasi ‘My REF Ext:

1. Percuma.

2. Boleh menambah pelbagai subjek tanpa had.

3. Tidak memerlukan internet. Ianya berbeza dari penggunaan ‘QR code‘.

4. Semua maklumat berkaitan RPT & DSKP disimpan di dalam sistem ‘My REF‘.

5. Boleh menyimpan muka surat yang terakhir dibuka oleh pengguna.

6. Fungsi ‘Jump Page‘. Hanya ‘long click’ pada butang ‘next’ untuk menggunakan fungsi ini.

7. Tidak memerlukan pengguna memasang perisian lain bagi menggunakan aplikasi ‘My REF‘.

8. Jimat kertas.

Paparan utama ‘My REF‘.

Contoh DSKP Pendidikan Islam.

Fungsi ‘Jump Page‘.

Aplikasi ‘My REF‘ ini diberikan secara percuma. Namun, ia memerlukan kebenaran untuk mengakses ‘Read External Storage‘ dan ‘Write External Storage‘ bagi membolehkan aplikasi ini ini berfungsi dengan betul. Pihak ‘My REF‘ sesekali tidak akan mengakses media peribadi yang terdapat dalam telefon pengguna.

Sila klik ‘Allow‘.

Cara mengkonfigurasi aplikasi ‘My REF Ext‘:

1. Install:

Sila muat turun dan klik fail.

Klik ‘install‘.

 

2. Masukkan semua dokumen ‘PDF‘ berkaitan RPT dan DSKP dalam ‘My REF folder’ yang terdapat dalam ‘internal storage‘ telefon anda.

Cari ‘My REF folder‘ dalam ‘internal storage‘.

Letak dokumen ‘PDF‘ berkaitan RPT dan DSKP dalam ‘My REF folder‘.

3. Menambah subjek bagi RPT dan DSKP:

Hanya ‘long click‘ pada butang ‘DSKP‘ atau ‘RPT‘.

Paparan ‘Add‘, ‘Edit‘ dan ‘Delete‘ dipaparkan.

Klik butang ‘Add‘ untuk menambah subjek dan 3 ruang perlu diisi.

Ruang ‘PDF File‘ perlu diisi dengan format, nama fail yang merujuk kepada DSKP terlebih dahulu dan diikuti tanda koma (,) kemudian baru nama fail yang merujuk kepada RPT. Semua dokumen tersebut perlu dalam format PDF dan diletakkan dalam ‘My REF folder‘. Sila tekan butang ‘Save‘ setelah siap mengisi.

4. Mengubahsuai atau memadam subjek:

Setelah klik butang ‘Edit‘ atau ‘Delete‘, senarai subjek akan dipaparkan. Hanya klik pada subjek yang diingini.

Jika, anda masih mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan idea, jemput komen di bawah atau emel saya secara terus. Sila muat turun aplikasi ‘My REF Ext‘ secara percuma dari pautan di bawah dan pasang di telefon anda. Semoga bermanfaat.

Nota: Pengguna mesti menggunakan minimum versi ‘android 5‘ atau ‘API level 21‘ bagi menggunakan aplikasi ini. Maaf atas kesulitan.

CHANGELOG:

v1.0 (19 January 2019)

– First release.

Attachments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *