Hari Inovasi IPGM 2018

Alhamdulillah, pada 16 – 17 Januari 2018 saya telah menyertai Hari Inovasi IPGM 2018 (HI18) yang diadakan IPG Kampus Bahasa Melayu. Kehadiran saya adalah sebagai peserta. Mulanya terima kasih kepada rakan saya, Fazri Hassan yang telah memberikan kepercayaan kepada saya, Dr Sabry dan En Zubir selaku pembimbing yang banyak memberikan tunjuk ajar dan pihak IPG Kampus Kota Bharu sendiri.

Pada HI18 ini, terdapat pelbagai pameran inovasi dari pelbagai IPG di seluruh Malaysia. IPG Kampus Sultan Mizan telah menghantar wakil yang paling ramai. Istimewanya, saya juga dapat bertemu dengan rakan lama dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu. Teringat kata-kata bahawa dunia ini kecil sahaja. Sejauh mana kita merantau, nanti pada suatu masa kita mungkin boleh bertemu semula dengan kenangan lama.

Kemudian, terdapat sesi penilaian yang telah dijalankan di reruai kami sendiri oleh juri.

Penulis memberikan penerangan kepada juri.

Penulis memberikan penerangan kepada juri.

Seterusnya saya telah membuat kunjungan dari reruai ke reruai yang lain. Hasilnya terdapat pelbagai inovasi dan idea yang membuka minda saya. Namun, terdapat perkara yang tiba-tiba menjadi persoalan saya iaitu tujuan sebenar seorang penyelidik menghasilkan inovasinya. Saya tidak mahu menulis panjang tentang hal ini. Ianya terbuka kepada pemahaman masing-masing. Namun bagi saya ianya lebih kepada untuk berhijrah.

Hijrah ke mana atau bagaimana?

Saya petik kata-kata Tjokroaminoto dalam filem Guru Bangsa.

“Hanya ada satu cara untuk berhijrah. Setinggi-tinggi ilmu, sepintar-pintar siasah dan semurni-murni tauhid.” – Tjokroaminoto.

Saya risau bahawa ilmu yang saya direzekikan ini akan disalahgunakan. Harapannya saya dapat memanfaatkannya bagi semua orang. Insya-Allah. Selain itu, saya bersyukur kerana walaupun penyertaan ini adalah yang pertama kali, saya telah dianugerahkan tempat ketiga dalam Pertandingan Bicara Tuntas Inovasi (Kategori Pelajar).

Hadiah disampaikan oleh Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Saya juga sempat bergambar dengan Dr Mohd Rozi yang merupakan pensyarah di IPG Kampus Kota Bharu. Cumanya beliau telah berpindah ke IPGM. Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberikan, Dr.

Penulis dan Dr Rozi.

Plak dan sijil.

Saya tutup penulisan kali ini dengan kata-kata Hamka dari bukunya iaitu Peribadi. Semoga kita dapat mengambil pengajaran. Terima kasih kerana membaca.

“Berilmu sahaja, walaupun bagaimana mahirnya dalam suatu jurusan, belum tentu berharga, belum tentu akan beroleh kejayaan dalam hidup, kalau sekiranya bahan peribadi yang lain tidak lengkap atau tidak kuat, terutama budi dan akhlak!” – Hamka, Peribadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *