Doa Majlis Pertunangan

Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah.

Ya Allah, sumber segala barakah, curahkanlah berkat-Mu atas lambang cinta ini dan bimbinglah kedua saudara kami dalam masa pertunangannya. Semoga mereka mencari kehendak-Mu dengan hati yang ikhlas dan mengalami kebaikan-Mu yang berlimpah. Ya Allah Ya Tuhan Kami, karena ehsan-Mu, dua pasangan muda ini dapat saling bertemu. Kini mereka memohon rahmat-Mu untuk memasuki masa pertunangan dan mempersiapkan diri untuk gerbang perkahwinan. Kami mohon, kuatkanlah mereka dengan berkat-Mu yang melimpah.

Perkenanlah memberkati kedua saudara kami ini. Semoga pada masa pertunangan suci ini, mereka kian hari kian saling menghargai, dan saling mengasihi dengan kasih sejati, saling belajar mengenal, dijauhkan dari hawa nafsu tak teratur, sehingga terlaksanalah pembangunan peribadi yang saling mengisi, saling melengkapi satu sama lain; apalagi semoga tercapailah cita-cita mereka membangun keluarga yang bahagia.

Kami memuji Engkau, ya Tuhan, sebab dengan pengharapan yang lembut Engkau menggerakkan hati dan menyiapkan putera-Mu … (Nama) dan puteri-Mu … (Nama) untuk saling mencintai. Kami mohon, sudilah menguatkan hati mereka, agar mereka menjalani masa pertunangan ini dengan bertumpu pada iman, dan dalam segala hal berusaha berkenan kepada-Mu, sehingga dengan aman sentiasa akhirnya sampai pada gerbang perkahwinan.

Contoh Doa Majlis Kahwin:

Doa Majlis Kahwin

61 thoughts on “Doa Majlis Pertunangan

  1. Mohon izin tuan untuk menggunakan doa ini. Semoga tuan & keluarga tuan dilimpahi rahmat dan kasih Allah.

  2. Assalammualaikum. Minta izin mahu gunakan doa ini untuk majlis pertunangan kami. In shaa Allah. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *