Pada 2 Januari 2018, saya telah berpeluang membuat ‘passive noise limiter’ atau PNL yang diambil rajahnya dari blog 9M2ZAK. Jadi, bagi mula membina alat ini, saya telah pergi ke Jalan Pasar bagi mencari bahan-bahanya:
R1: 1 kilo ohm resistor.
C1: 47uf electrolytic capacitor.
D1, D2, D3 & D4: Diode 1N4001/ 1N4002.
J1 & J2: Mono jack socket.
Kos keseluruhan bahan adalah tidak lebih dari RM6. Kemudian, bagi mula membina saya telah merujuk rajah yang disediakan. Rajah di bawah telah dilukis semula oleh saya menggunakan perisian ExpressSCH Schematic.
Passive noise limiter.
Bahan-bahan.
Penyambungan bahan.
Saya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk menyiapkan semua penyambungan. Seterusnya diletakkan dalam kotak yang dikhaskan bagi ‘passive noise limiter’ ini.
Passive noise limiter yang telah siap.
Kemudiannya, bagi proses pengujian saya telah menggunakan perisian DSP Filter bagi melihat perbezaan graf audio yang diterima. Pengujian dibuat di mod digital FT8 pada keadaan tiada sebarang aktiviti atau ‘idle’.
Situasi ‘idle’ tanpa PNL.
Situasi ‘idle’ dengan menggunakan PNL.
Apabila anda melihat pada graf audio tersebut memang terdapat perbezaan yang ketara dari segi ganguan bunyi yang diterima. Seterusnya saya menguji pula pada keadaan terdapat audio yang sedang diterima.
Situasi RX audio tanpa PNL.
Situasi RX audio dengan menggunakan PNL.
Sekali lagi, apabila anda melihat pada graf audio tersebut, penggunaan PNL membolehkan audio yang diterima lebih stabil dan jelas. Jadi, saya menggalakkan anda mencuba sendiri ‘passive noise limiter’ atau PNL ini di radio anda.
Semoga berjaya.
Rujukan: