Pengumuman:
“Sukacita dimaklumkan bahawa Slip Daftar MUET (MUET/D) Sesi Julai 2015 boleh disemak mulai 14 Mei 2015 (Khamis). Untuk semakan melalui portal, sila klik di sini. Untuk semakan melalui Sistem Mesej Singkat (SMS), sila taip MUETINFONo. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888. Calon dikehendaki menyemak maklumat MUET/D bagi memastikan semua maklumat adalah betul. Sekiranya terdapat kesilapan maklumat, sila lengkapkan Borang Pindaan Maklumat Calon dan hantarkan ke MPM dengan kadar segera. Permohonan yang dihantar dua minggu selepas MUET/D dikeluarkan akan dikenakan sebanyak RM25.00. Sila klik di sini untuk mendapatkan borang permohonan.”
MUET ialah singkatan bagi Malaysian University English Test (MUET) yang mula diperkenalkan pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia. MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi . Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.
Halaman sesawang rasmi MUET:
Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
MUET ini dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan April/Mei dan Oktober/November.
A. Komponen MUET:
Terdapat empat komponen dalam kertas MUET iaitu:
1. Listening dengan markah penuh 45.
2. Speaking dengan markah penuh 45.
3. Reading dengan markah penuh 120.
4. Writing dengan markah penuh 90.
Markah maksima yang boleh dicapai dalam MUET ialah 300 markah. Jumlah markah yang diperolehi dalam kesemua empat komponen itu akan digredkan kepada enam julat atau Band iaitu Band 1 ialah yang terendah dan Band 6 yang tertinggi.
B. Pemarkahan untuk Semua Band:
Band 6 – Pengguna yang sangat Bagus (Jumlah markah: 260-300) Penguasaan bahasa yang amat bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai iaitu hampir-hampir tiada kesilapan. Pemahaman yang amat bangus tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa.
Band 5 – Pengguna yang Bagus (Jumlah markah: 220-259) Penguasaan yang bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan. Pemahaman yang baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa.
Band 4 – Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah: 180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan. Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa.
Band 3 – Pengguna yang Sederhana (Jumlah markah: 140-179) Penguasaan yang sederhana. Sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara. Pemahaman yang sederhana tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.
Band 2 – Pengguna yang terhad (Jumlah markah: 101-139) Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salah faham dalam komunikasi. Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad dalam bahasa.
Band 1 – Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salah faham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.
C. Persediaan Anda:
Secara amnya persediaan yang boleh anda buat ialah:
1. Mengetahui aspek-aspek yang akan diuji.
2. Permakahan untuk setiap aspek.
3. Bentuk-bentuk soalan tahun-tahun lepas.
4. Persediaan dari segi grammar atau tatabahasa.
5. Persediaan dari segi vocabulary atau kosa kata.
6. Persediaan dari segi perbualan.
D. Soalan Lazim:
Sila layari laman yang berikut:
Diharapkan penerangan tentang komponen MUET dan permakahan ini dapat membantu anda memahami apakah aspek-aspek yang akan ditanya dalam peperiksaan MUET. Terdapat sesetengah kursus memerlukan band yang tinggi dan memerlukan persediaan yang rapi.