Antena Vertical 40m

Alhamdulillah, pada 24 Disember 2017, saya telah berpeluang untuk membuat satu lagi antena bagi 40m. Bezanya kali ini antena tersebut ialah jenis ‘vertical’. Lakaran bagi antena ini saya telah ambil dari QRZ milik Om Eddy, YC2YIZ. Namun, terdapat beberapa perubahan yang telah saya buat kerana tidak mempunyai bahan yang sama seperti Om Eddy.

Lakaran antena ‘vertical’.

Mulanya, saya akan ceritakan bahan yang asal. Mulanya, jika anda lihat antena ini sebenarnya adalah ‘halfwave’ dipole. Bezanya di bahagian satu elemen itu telah dipendekkan dengan diletakkan ‘coil’. Asalnya pembuatan ‘coil’ tersebut adalah seperti berikut:

Diameter ‘coil’: 3 inc.

Lilitan: 12 lilitan.

Jenis wayar: Wayar enamel, 1.8 mm.

Nilai ‘coil’: 26.4 µH/ microhenry.

Nilai ‘coil’ yang saya dapat ini, saya perolehi dengan menggunakan ‘Coil Inductance Calculator‘. Namun, disebabkan saya tidak mempunyai saiz paip 3 inc dan wayar enamel, maka saya telah membuat modifikasi seperti berikut:

Diameter ‘coil’: 2.2 inc

Jenis wayar: Wayar elektrik, 1.5 mm.

Lilitan: 15 lilitan.

Nilai ‘coil’: 29.2 µH/ microhenry.

Jika anda lihat lagi, terdapat perbezaan dari segi nilai ‘coil’ yang terhasil iaitu lebih kurang 2.8 µH/ microhenry. Jadi lebihan nilai ini menyebabkan saya telah memendekkan wayar yang disebelah atas yang sepatutnya 4.28 m kepada 4 m sahaja. Asalnya Om Eddy, YC2YIZ telah menggunakan wayar sepanjang 4.28 m yang dililit pada buluh sepanjang 4.14 m seperti dalam rajah. Namun, saya telah membuat pengubahsuaian dengan terus menarik wayar sepanjang 4 m tanpa dililit.

Paip untuk ‘coil’.

‘Coil’ yang telah siap.

Jadi membuat ‘coil’ saya telah menggunakan paip yang hampir kepada 2.2 inc dan mula melilit. Kemudiannya, saya telah menyambung wayar bagi elemen di atas dan di bawah dengan kabel RG-58. Saya juga telah membuat tambahan ‘RF-choke’ di ‘fed point’ antena ini.

‘Fed point’ antena.

Antena ‘vertical’ 40m.

Seterusnya saya telah menaikkan antena ini seperti ketinggian yang dilukis dalam lakaran antena di atas iaitu lebih kurang 9 m. ‘Fed point’ antena ini hanya berada di ketinggian 5.5 m sahaja. Bagi ‘counterpoise’ pula hanya diikat lebih kurang 10 cm dari tanah.

Antena ‘vertical’ 40m.

‘Counterpoise’ yang diikat pada paip air.

Hasil pengujian dengan menggunakan ‘tuner’, saya dapat memperolehi SWR antara 1.8 hingga 2. Lebar jalur bagi antena jenis ini pula ialah +- 20 MHz. Memang kecil namun ia berfungsi dengan bagus. Buktinya apabila menggunakan antena ini bagi mod digital, saya telah dapat QSO dengan YC2CTE, VU2TS, 9M2TO, YC6RMT, YD1LST dan YD2CAB. Stesen yang paling jauh dapat saya QSO ialah dari USA iaitu W7GDK dengan jarak lebih kurang 15 000 kilometer.

Berikut ialah sejauh mana audio saya dapat didengari. Hasilnya sepanjang tempoh pengujian dengan hanya menggunakan 15W, audio saya dapat diterima oleh 69 stesen dari seluruh dunia. Cumanya, mungkin audio mereka pula saya tidak dapat terima dengan baik.

Maklumat dari ‘PSK reporter map’.

Jadi selamat mencuba dan semoga berjaya. Salam dari 9W2ZOW.

2 thoughts on “Antena Vertical 40m

  1. I wish the instructions also came in English. I would really like to try some of your designs.

    Thanks,
    Ron Savage

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *