Antena 40m Delta Loop

Pada 20 Disember 2017, saya telah berpeluang mencuba antena 40m delta loop. Antena ini telah dibuat terlebih dahulu semasa saya berada di Kelantan lagi iaitu pada 10 November 2017. Namun, hanya pada hari ini saya berpeluang mengujinya. Antena ini dibuat menggunakan wayar elektrik 1.5 mm dengan panjang lilit ialah 42.2 m sahaja.

Nota: Saya telah memanjangkan sedikit antena ini kepada 41.9 m iaitu tambahan 70 cm dari ukuran asal. Kemudian apabila antena ini di ‘tune’ di 7.1 MHz, nilai SWR ialah bawah 2 bermula dari 7.01 MHz – 7.16 MHz.

Rajah ukuran.

Proses mengukur.

Antena 40m delta loop.

Bagi proses pemasangan antena ini, ia sepatutnya dalam bentuk segi tiga menegak. Namun disebabkan keterbatasan ruang, saya terpaksa mengubah suai bentuk antena ini. Seterusnya antena ini disambung dengan balun 4:1 yang diperbuat dari flyback transformer.

Membina Balun 4:1 – Flyback transformer.

Antena 40m delta loop.

Setelah diuji pancar, SWR yang diperoleh agak tinggi iaitu lebih dari 2. Setelah menggunakan tuner, nilai SWR hanya dalam lingkungan 1.8 – 2. Walau bagaimanapun saya tetap mendapat respon yang bagus dari rakan Indonesia iaitu YG2UFA. Namun, setelah dibuat penilaian semula, saya telah menurunkan antena ini kerana prestasi kurang bagus disebabkan bentuknya yang tidak seperti dalam rajah. Saya akan cuba ditempat yang lebih terbuka dan kurang gangguan.

Selamat mencuba. Salam perkenalan dari 9W2ZOW.

Rujukan:

  1. The 40m Delta Mono-Loop.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *