MARS Contributors

Selamat sejahtera semua.

Berikut ialah senarai ‘MARS Contributors‘:

1. 9W2PVH – Firdhaus Syukri.

2. 9W2UPI – Mohamad Lutfi Mat Daud.

3. 9W2BGU – Muhammad Zariff Abd Razak.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Saya ingin membuka peluang dan mengajak mana-mana rakan yang berminat untuk menjadi ‘MARS Contributors‘. Fungsi ‘MARS Contributors‘ ialah bagi membantu saya mengambil data berkaitan pengendali radio amatur yang dikeluarkan oleh SKMM. Hal ini adalah kerana jika hanya mengharapkan saya seorang sahaja, tugas tersebut akan mengambil masa kerana terdapat lebih kurang 12 ribu data dan lebih kurang 600 muka surat yang perlu saya salin satu persatu.

Kelebihan ‘MARS Contributors‘:

1. Kerja sukarelawan. Tiada gaji.

2. Nama dan ‘callsign‘ anda akan dipaparkan di halaman atas artikel ini.

Jadual data.

Cara salinan data dibuat.

Syarat menjadi ‘MARS Contributors‘:

1. Mempunyai kemahiran menggunakan ‘Microsoft Excel‘.

2. Setiap ahli ‘MARS Contributors‘ akan diberikan tugas menyalin data minimum sebanyak 50 muka surat.

3. Data tersebut perlu siap dalam tempoh 2 hari.

4. Hanya 10 orang terawal dan layak sahaja akan dipilih.

5. Satu ujian kelayakan akan dijalankan sebelum anda dipilih.

Untuk makluman semua, tugas menyalin data daripada laman web SKMM hanya akan dijalankan sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Jadi, ahli ‘MARS Contributors‘ hanya perlu bertugas minimum 3 kali sahaja. Sekiranya anda berminat, sila isi borang di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *